Selasa, 3 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Uncle Seekers dianggap sebagai Anjing oleh Tengku Mahkota Johor?

Posted: 03 Jul 2012 07:53 AM PDT

Kalau dulu, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah mengelarkan peneroka yang menolak penyenaraian Felda sebagai 'Haram Jadah'.. Kali ini Tengku Mahkota Johor pula mengelarkan Uncle Seekers sebagai 'Anjing'...

Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah - Malaysiakini

Sebahagian komen rakyat Malaysia..




Lagi komen sila lihat di ( SINI )

APA?? Hairie Othman dibayar RM50K sekali ceramah?

Posted: 03 Jul 2012 06:08 AM PDT


Pemilik blog yang menyiarkan artikel 'Inilah tujuan Hairie Othman masuk PAS yer.. RM50K Beb' dipercayai adalah antara individu yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO.

Proses pembodohan oleh pemimpin UMNO itu telah menjadikan individu yang memiliki Blog ini ( SINI ) kurang daya fikir hingga menyebabkan beliau gagal membezakan antara kenyataan dan sindiran.

Oleh kerana kurangnya daya berfikir, maka beliau telah menulis seperti di bawah..
Ini tulisan dari Hairie Othman sendiri dalam Twitternya....ALLAH maha besar untuk tunjukkan pada orang ramai....Mewahnya Hidup menjadi penceramah PAS yer dengan hasil dari orang ramai....sedihlah ....derma ke jalan ALLAH katakan
Tak tahulah aku mamat pemilik blog di atas tu dah menjalani proses pembodohan tahap berapa.. pasal nampak bodoh sangat dia tu..

Bodoh kerana boleh percaya PAS membayar Hairie RM50K setiap kali ceramah..

Kalau betullah PAS bayar RM50K setiap kali ceramah.. Najib pun akan lepaskan jawatan Perdana Menteri untuk jadi penceramah PAS.. ya lah.. sebulan 30 kali ceramah dah dapat RM1.5Juta.. gaji PM pun bukan banyak sampai macam tu...

Tapi mahu ke PAS terima Najib sebagai penceramah?

Sama seperti yang sahabat aku tulis di ( SINI ) aku setuju.. Ini adalah propaganda bodoh oleh orang bodoh yang menganggap orang lain lebih bodoh dari dia..

Adakah kenyataan Mufti Pahang ini akan menyebabkan beliau dipecat oleh Najib?

Posted: 03 Jul 2012 01:02 AM PDT


Mantan CEO PETRONAS, Hassan Merican telah diberikan hanya enam hari notis menyatakan kontraknya dengan PETRONAS tidak disambung dan ini telah mengakhiri 21 tahun perkhidmatannya dengan PETRONAS.

Begitu juga dengan bekas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Abu Bakar beliau juga dilaporkan mendapat notis yang singkat mengatakan bahawa perkhidmatannya ditamatkan mengakhiri khidmatnya selama 35 tahun..

Laporan mengenai kedua-duanya sila baca di SINI dan juga di SINI..

Kedua-dua mereka dilaporkan ditamatkan perkhidmatan kerana mempunyai pendapat yang tidak selari dengan Najib.

Dan hari ini pula… Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman pula mengeluarkan pendapat yang jelas bercanggah dengan kenyataan Najib dalam isu hudud sebelum ini..

Baca kenyataannya yang telah dilaporkan oleh Sinar Harian ini..


Adakah beliau juga akan menerima nasib yang sama dengan Mantan CEO PETRONAS dan juga Ketua Pengarah JPA kerana dalam hal hudud video di bawah menjelaskan apa pendapat Najib..

Saksikan!!

 

Bersamalah kita nantikan apakah nasib Mufti Pahang ini pula...

Berita Harian memalukan Najib?

Posted: 02 Jul 2012 09:42 PM PDT


Blogger Pro UMNO mendakwa tindakan Berita Harian memberikan ruang kepada Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini adalah memalukan Najib.

Secara tidak langsung ini membawa maksud Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam itu telah ditamatkan perkhidmatannya atas arahan Najib, oleh itu perkara ini perlulah disembunyikan dari pengetahuan rakyat..

Jadi nasib Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hampir sama dengan Hassan Merican Ex-CEO Petronas yang dikhabarkan tidak disambung kontrak kerana tidak sehaluan dengan Najib, biarpun apa yang Najib lakukan itu tak betul...

Kisah tersebut sila baca di ( SINI )

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat


Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.

"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.

"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.

Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.


Malaysiakini


Video skandal Khalid Ibrahim dengan Setiausahanya didedah.

Posted: 02 Jul 2012 05:38 PM PDT


Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya.

Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut.

Tambah Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut.

Hari ini, kami menyiarkan salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya terdapat lebih banyak video.

Tidak ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang Azmin memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain.

Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin.

Menurut Azmin, Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar.

Dan orang-orang Azmin sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan Azmin membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah.

Adakah ini video yang dipasang untuk memerangkap Khalid dan Rahimah dalam keadaan yang mencurigakan?

Hanya mereka yang memasang kamera tersembunyi tahu tujuan mereka.. tak kira siapa pun.

Sebenarnya, kamera tersembunyi itu telah diletakkan dipejabat Khalid sejak sekian lama dan terdapat lebih dari satu video selain dari yang dijumpai didalam kamera tersebut, seperti yang kami tayangkan dibawah.

Persoalanya: siapa yang meletakkan kamera tersebut dan siapa yang menyimpan semua video tersebut. Juga, adakah terdapat video-video terlampau yang boleh menjejaskan ataupun boleh digunakan untuk mengugut
Khalid?


Ulasan sepenuhnya mengenai video ini sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: