Anak Sungai Derhaka |
- Misteri perletakan jawatan Hassan Merican CEO Pertonas didedahkan Reuters akhirnya..
- Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah tiada kehadhiran?.. Pencacai UMNO kantoi lagi!!
- Surat ini bukan kerja PERKASA kata Setiausaha Agung Perkasa
- Scandal Scorpene disiar oleh 'The China Post' Taiwan pula...
- Banglo Rahim Tamby Chik dimasuki penjenayah
- Banyak ni yang dengar ceramah, Ummi nak bagi Anwar hilang wang pertaruhan??.. Alahai...
Misteri perletakan jawatan Hassan Merican CEO Pertonas didedahkan Reuters akhirnya.. Posted: 02 Jul 2012 08:43 AM PDT Laporan dari Reuters ini memberikan jawapan kepada kita yang masih tertanya-tanya mengapa seorang CEO yang telah 21 tahun menerajui Petronas hingga berjaya meletakkan nama Petronas sebaris dengan pengeluar minyak lain didunia meletakkan jawatannya secara tiba-tiba. Selain dari mendedahkan Najib telah dibidas secara berhadapan oleh CEO Petronas sekarang iaitu Datuk Shamsul Azhar Abbas, laporan dari Reuters ini juga mendedahkan bahawa Najib sebenarnya lebih kejam dari Tun Mahathir. Menurut Reuters, meskipun Tan Sri Hassan Marican telah dilantik oleh Tun Mahathir sebagai CEO bagi Petronas dalam banyak hal beliau sering tidak bersetuju dengan Mahathir. Biarpun begitu Hassan menurut Mahathir telah bersetuju untuk menyelamatkan Proton yang menjadi kebanggaan Tun Mahathir dan juga Syarikat perkapalan milik anak Mahathir. Bagaimanapun apabila Najib mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009 dari Tun Mahathir telah berlaku pertelingkahan antara Najib dan Hassan Merican . Isunya hanyalah pasukan 'Formula One' yang mana satukah hendak ditaja oleh Petronas. Kerana beliau tidak bersetuju dengan Najib, Hassan Merican teah diberikan notis hanya selama enam hari mengatakan kontraknya tidak diperbaharui pada tahun 2010. Selain dari isu menaja pasukan 'Formula One', Hassan Meriacan juga dikatakan menolak cadangan dari Najib untuk menerima syarikat yang tidak berpengalaman langsung dalam industri minyak dan gas untuk bersama Petronas membangunkan industri minyak dan gas di Malaysia. Dan dengan disingkirnya Hassan Merican dari Petronas.. kedua-dua projek yang melibatkan dana berjumlah USD444 Billion adalah sebahagian dari pelan Transformasi Ekonomi Najib yang telah dilancarkan pada bulan September 2010 hanya tujuh bulan setelah Hassan disingkirkan oleh Najib. Artikel yang membongkar bagaimana keuntungan Petronas telah dikaut dan diguna ikut suka hati Kerajaan UMNO/BN boleh di baca di ( The Malaysian Insider) Persoalan yang timbul disini ialah mengapa Najib tetap bertegas mahu pasukan 'Formula One' pilihanya ditaja oleh Petronas dan mengapa juga Najib tetap bertegas mahukan Syarikat yang tidak berpengalaman dalam industri minyak dan gas diberikan kontrak oleh Petronas? Mengapa??? |
Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah tiada kehadhiran?.. Pencacai UMNO kantoi lagi!! Posted: 02 Jul 2012 04:42 AM PDT Semalam.. dengan berbekalkan gambar diawal majlis anjuran Pakatan Rakyat, sekali lagi Blogger pro UMNO cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa majlis itu tiada sambutan.. Kalau minggu lalu mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tidak mendapat sambutan berdasarkan gambar sebelum ceramah bermula – sila lihat di ( SINI ) Kali ini majlis anjuran PAS Kedah pula dijadikan sasaran mereka. Dengan modus operandi yang sama iaitu gambar di awal majlis yang hanya kelihatan beberapa orang yang hadir mereka cuba memperbodohkan rakyat sekali lagi. Kononnya kali ini Majlis yang dianjurkan oleh PAS negeri Kedah tidak mendapat sambutan.. Berdasarkan gambar-gambar di atas, menulislah mereka seperti di bawah..
Dan gerakan memperbodohkan rakyat ini telah berjalan secara besar-besaran.. tengok kat bawah ni berapa ramai Blogger Pro UMNO yang cuba nak perbodohkan rakyat.. Ini adalah gambar-gambar dari 'Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah' ketika majlis sedang berlangsung.. Sumber gambar dari ( SINI ) Blogger UMNO ni tak letih kah menipu rakyat? Atau dia orang ingat semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan begitu mudah seperti mereka diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO? |
Surat ini bukan kerja PERKASA kata Setiausaha Agung Perkasa Posted: 02 Jul 2012 02:27 AM PDT Semalam satu pekeliling yang menggunakan kepala surat PERKASA Johor yang memberi amaran kepada kaum Cina telah beredar di laman Facebook.. Dalam pekeliling tersebut amaran telah diberikan kepada semua peniaga kaum Cina supaya tidak menaikkan harga barang keperluan dengansewenang-wenangnya. Pengundi-pengundi Kaum Cina juga telah diingatkan supaya memastikan Calon Melayu Menang. Bagaimanapun Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan seperti itu. "Saya tak tahu menahu tentang perkara ini, kami tidak pernah mengeluarkan sperti ini" katanya kepada FMT. Beliau membayangkan pekeliling tersebut mungkin dikeluarkan oleh individu Pro Pakatan Rakyat.. Rasanya cerita pasal pekeliling oleh PERKASA ini bukanlah kali pertama, semasa PRK DUN Tenang dulu pun dah ada.. Ini jawapan Setiausaha Agung Perkasa bila pekeliling seperti di atas tersebar.. Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor, lapor Bernama. Agak-agak korang… ada tak sesiapa yang nak mengaku berak ditengah jalan? |
Scandal Scorpene disiar oleh 'The China Post' Taiwan pula... Posted: 01 Jul 2012 10:35 PM PDT Walaupun Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO/BN cuba sedaya upaya untuk menggelapkan berita ini.. Setelah beberapa negara menyiarkan scandal yang mengaitkan nama Najib ini.. kali ini ianya disiarkan oleh The China Post pula.. The China Post ialah ahkbar berbahasa Inggeris yang pertama di Taiwan.. dalam portal on-line nya mereka telah menyiarkan kisah scandal ini yang dipetik dari AFP.. Ini artikelnya.. Sensational Malaysian submarine scandal resurfaces KUALA LUMPUR -- A scandal linking Malaysia's leader, a young woman's murder and alleged kickbacks in a French submarine deal has resurfaced as a potential danger for the government as elections loom. Even by the corruption-prone standards of Malaysia's long-ruling coalition, which since 2009 has been headed by Prime Minister Najib Razak, the Scorpene case is explosive. It centers on allegations that French submarine maker DCNS paid commission of more than 114 million euros (US$142 million) to a purported shell company linked to Abdul Razak Baginda, a former close associate of Najib. Malaysia's opposition claims the payments were kickbacks to top officials involved in a US$1.1 billion deal for Kuala Lumpur to buy two Scorpene-class attack submarines. Abdul Razak's Mongolian mistress, who was said to have demanded a payoff for working as a languagetranslator in the deal, was shot dead and her body blown up with plastic explosives near the capital in 2006. But the extraordinary affair sank off the radar in 2008 when a Malaysian court cleared Abdul Razak of abetting the murder, sparking an outcry and opposition allegations of a huge cover-up. Calls for further investigation were not pursued at the time. Now, though, the affair is back in the headlines with a vengeance after French judges, acting on a complaint by opposition-leaning Malaysian rights group Suaram, launched a new probe in April. Since then Malaysia's online media has been aflutter with talk of new "evidence" that Suaram and its lawyers say has been turned up by the judges. They include an allegation that a classified Malaysian defense ministry report on the country's naval needs was sold to French defense giant Thales, which part-owns DCNS, possibly to help land the contract, according to Suaram's lawyer Joseph Breham. Najib was defense minister in 2002 when the Scorpenes were ordered. Malaysia's current defense minister, Ahmad Zahid Hamidi, told parliament on Tuesday that no confidential information was leaked or corruption involved in the submarine deal. The China Post Kenapa Najib tak mahu saman akhbar-akhbar ini agaknya kalau ini semua adalah fitnah? |
Banglo Rahim Tamby Chik dimasuki penjenayah Posted: 01 Jul 2012 07:22 PM PDT KUALA LUMPUR - Sebuah banglo milik bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terletak di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah kelmarin. Dalam kejadian itu, suspek dipercayai lebih daripada dua orang melarikan sepucuk pistol jenis Barretta bersama peluru, barang kemas, komputer riba dan wang tunai. Ketika kejadian, tiada individu di dalam banglo dua tingkat itu. Kejadian disedari oleh anak lelaki Abdul Rahim yang baru sampai ke rumah pada pukul 9 malam dan terkejut mendapati bilik tidur bapanya di tingkat atas terang. Anak Abdul Rahim yang curiga melihat bilik itu terang terus meninggalkan rumah tersebut dan melaporkan kejadian di balai polis. Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kumpulan penjenayah itu masuk ke dalam rumah Pengerusi Risda itu dengan memanjat pagar belakang dan memotong jeriji tingkap dapur. "Suspek-suspek kemudian naik ke tingkat atas dan mengumpil pintu bilik utama dan sebuah bilik lain sebelum melarikan pelbagai jenis barangan berharga," katanya ketika dihubungi Kosmo!. Berikut pula adalah laporan dari myMetro..
|
Banyak ni yang dengar ceramah, Ummi nak bagi Anwar hilang wang pertaruhan??.. Alahai... Posted: 01 Jul 2012 05:00 PM PDT Di Taman Janggus yang berada di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, Ummi Hafilda beberapa kali menegaskan bahawa beliau tiada kaitan sama sekali dengan UMNO sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Katanya " Saya tiada kaitan dengan UMNO.. sudah lama saya dipecat dari UMNO kerana mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri… Tapi… cuba korang baca apa laporan Utusan ni..
Kita yang diguna pakai oleh Ummi itu menggambarkan siapa? Sedangkan umum mengetahui bahawa penentang utama Anwar Ibrahim dan KEADILAN Permatang Pauh adalah UMNO.. Kalau nak diulas seluruh ucapan Ummi memang banyak yang bercanggah dalam masa dua jam itu.. Antara yang bercanggah ialah cerita Ummi ketika rumahnya diserbu oleh UTK suatu masa dulu.. Dia cerita macam ni.. "Ketika rumah saya diserbu oleh UTK dulu.. saya tergamam dan menggigil apabila melihat anggota UTK menyerbu kedalam rumah saya.. saya mengira jumlah mereka yang masuk melalui tingkap itu, semuanya ada lebih dari 50 orang.. Saya biarkan mereka.. saya kuatkan semangat.. saya ambil wuduk kemudian saya terus solat Maghrib dan Isyak".. "Saya biarkan anggota Polis yang menyerbu dari jam 6.30 petang hingga ke 11.00 malam terus menunggu… dan saya dibawa keluar jam 11.00 malam.. Tambahnya lagi " Hampir lima jam pihak Polis cuba untuk masuk kedalam rumah saya tetapi gagal.. mungkin Malaikat mahu menjaga saya.. hinggakan berbagai peralatan yang digunakan untuk memecah masuk ke dalam rumah itu gagal.. Malaikat nak tolong dia konon… nampak tak diawal tadi dia kata dia nampak UTK pecah masuk ikut tingkap? Lepas tu dia kata polis masuk dia biarkan, dia ambil wuduk dia solat maghrib pada pukul 6.30? Dan banyak lagi yang bercanggah.. dia patut tulis semula skrip dia tu.. Berbalik kepada Ummi nak pastikan Anwar kalah hingga hilang wang pertaruhan kali ini… Taman Janggus tempat Ummi ceramah itu terletak di bawah Jentera Daerah Mengundi 3 bagi Jentera Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh (JDM3 @ Kampung Pertama atau suatu masa dulu dikenali dengan nama Sungai Derhaka) Jumlah pengundi disini adalah melebihi 2000 orang.. Kalau setakat 300 orang saja yang datang dalam setiap ceramah Ummi.. teruskanlah bermimpi kononnya dia boleh sebabkan Anwar hilang deposit.. 300 orang tu majoriti bukannya dari Kampung Pertama sendiri.. katalah petugas 60 orang.. orang PKR dan PAS yang ada dalam 300 orang tu lebihkurang 100 orang.. penyokong-penyokong UMNO yang tah dari mana datangnya tu 100 orang.. berapa orangkah ahli UMNO dari Taman Janggus itu.. Mungkin dia buat lawak kot??? Saksikan Ummi Hafilda yang kata dia tak takut mati.. tapi mengarahkan semua security yang ada mengelilingi pentas bila Ketua AMK menerjah ceramahnya di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan