ANAK SENGAT |
Posted: 28 Jul 2012 11:55 AM PDT Seperti yang dijangka, umNO memang resah dengan perkembangan yang berlaku di dalam PAS. Penghijrahan orang cerdik dan karyawan menjadikan umNo semakin terpinggir dari dunia orang cerdik. Talian hayat umNo hanya di Kampung dan ceruk felda yang terputus dari maklumat dunia siber. Lihat saja komen blog umNO yang cemburu dengan hijrah berbondong golongan ini ke dalam PAS. Turut memberi komen "cemburu" ialah ustaz yang mendakwa bebas...Kazim Elias... Terkini umNO menggunakan surat yang didakwa dari PAS Larut yang menolak pencalonan Datuk Fauzi Shaari sebagai calon Larut... baca saja komen ini sebagai salah satu dari contoh.. Entah mengapa umNO berminat dengan isu sebegini... PAS sendiri belum menentukan calonnya... Mungkin umNO khususnya di Sungai Rapat cuba melarikan diri dari isu Pencalonan Hamidah yang dah di jauhi sebahagian besar umNO Gopeng. Aku pun malas nak ulas isu calon umNO...tak de Pekdahnya... Berbalik isu Datuk Fauzi yang kononnya ditolak oleh PAS Larut...umNO lupa sebagaimana diakui bahawa Datuk Fauzi sebagai calon berwibawa...bahawa pengaruh dan personaliti Datuk Fauzi sebagai bekas pegawai besar memang dapat melahirkan momentum yang besar untuk menumbangkan umNO. Saya sangat yakin PAS tidak akan mempersiakan tokoh seumpama Datuk Fauzi... namun usaha umNO yang cuba memancing atau mengharapkan agar Datuk Fauzi diletakkan di Larut mungkin gagal. Memang benar beliau anak jati Larut di Pantai Besar. Latarbelakang keluarga dan personiliti peribadi beliau memang dikagumi... Namun bagi PAS... tokoh besar seperti Datuk Fauzi sewajarnya memimpin satu kawasan elit dan hebat di sekitar Wilayah persekutuan barangkali... Mereka cuba memerangkap PAS agar meletakkan Datuk Fauzi di Larut bagi mematikan karektor besar seorang pemimpin berwibawa... Larut adalah kawasan jauh dari Bandar... Cukup bagi Larut diwakili oleh orang yang mudah mereka dekati....Datuk Fauzi amat diperlukan di kawasan yang memerlukan pendekatan yang berbeza dari kalangan pengundi Larut . Kawasan yang boleh mempengaruhi pemimpin masyarakat setempat dari kalangan orang elit. ...Jika Datuk Fauzi diletakkan di kawasan elit, ia sangat meresahkan umNO... kawasan bandar adalah kawasan utama liputan media yang pastinya memberi momentum besar kepada PAS dan Pakatan Rakyat seluruh negara. saya tak fikir Dr Hatta yang mengemudi jentera Pilihanraya PAS Pusat akan terpengaruh dengan provokasi murahan blogger umNO! Dr Hatta tidak sebodoh itu untuk menerima cadangan Blogger umNO bagi membekukan Datuk Fauzi jauh di kampung Halamannya... Apapun... PAS sebenarnya bersedia meletakkan sesiapa sahaja yang dikehendaki akar umbi... Apatah lagi di Peringkat Parlimen yang kerjanya bukan di Kampung...Namun percayalah... PAS pastinya tidak mengambil risiko menyimpan tokoh besarnya di hujung negeri ... Ia pasti menyabungkan ayam tambatannya di tengah medan... jika pun ingin jauh dari Bandar... Mungkin boleh digandingkan menghadapi Najib.. Ia jauh lebih mengangkat tokoh harapan PAS ini... umNO tak perlu ambil pusing dalam isu calon PAS...kerana "cerita kita berbeza".... |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan