Jumaat, 27 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PRU-13 : Najib Berasa Gayat Nak Menentukannya

Posted: 26 Jul 2012 05:30 PM PDT

Gayat - antara hidup atau mati -
begitulah juga Najib dalam menentukan PRU-13

Korang ingat PM Najib beranikah buat aksi begini? Nak umumkan Pilihanraya pun dia tak berani , nak suruh buat kerja gila begini....Lebih baik duduk diam-diam bawah ketiak Rosmah - aman sentosa ....

Tetapi itulah yang dilakukan oleh Kemeter Mich berusia 23 tahun, berjalan di atas tali tegang pada ketinggian yang menggayatkan lebih daripada 3,000 kaki di Yosemite National Park di California.

Beliau bergerak perlahan-lahan merentasi dawai sepanjang 25 metre yang lebarnya hanya satu inci - sebanyak 4 kali.

Kemeter Mich dengan teliti berjalan di Yosemite National Park di California. Beliau tidak memakai sebarang peralatan keselamatan selain tali keselamatan dan satu langkah silap akan membawa kepada kejatuhan 3,000 kaki ke bawah lurah.

Berdoa sebelum merentasi tanpa peralatan keselamatan.

Walaupun dengan tali keselamatan, jatuh mungkin akan bermakna memecahkan buku lali, lutut atau pinggul, disebabkan ketinggian tersebut.

Untuk satu perjalanan akhir merentasi lurah yang curam itu, beliau kemudiannya dengan berani telah menanggalkan tali keselamatan tersebut.

Adoi! Gayatnya! Aku sendiri terasa kecut teloq , apa lagi Najib!

Lagak ngeri ini adalah sebahagian daripada kegilaan yang berbahaya – berjalan di atas tali tegang di beberapa lokasi di dunia yang paling menakutkan.

PM Najib keadaannya tidak ubah seperti pelagak ngeri ini yang berjalan atas tali tegang - antara hidup atau mati. Najib belum lagi memulakan langkah perjalanan tersebut sebab dia tahu dia akan kecundang kebawah lurah kalau dia lakukan tanpa sebarang 'talian hayat'

Najib pastinya akan menggunakan 'talian hayat' rahsia yang kita semua pun tidak pasti samada akan mampu menyelamatkannya.

Tapi itulah yang terpaksa Najib lakukan...dia terpaksa merentasi perjalanan yang akan menyaksikan kejatuhan Umno/BN dan kita akan pastikan 'talian hayat' itu tidak dapat berfungsi untuk menyelamatkannya!

(Gambar telah dirakamkan oleh jurugambar Alexandre Buisse, dari Chamonix di Alps Perancis.- the Daily Mail)

Tiada ulasan: