Ahad, 22 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Ditangkap Kerana Rasuah?

Posted: 22 Jul 2012 02:35 AM PDT

Benarkah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Sanusi Md. Noor kini berada di dalam tahanan lokap SPRM.Beliau juga merupakan Setiausha Politik kepada Azizan Razak MB Kedah di tahan atas tuduhan/dakwaan RASUAH bernilai Rm 1.3 Juta dan munkin lebih dari itu. Aku baca di sini

Harap ada yang dapat menafikannya; kalau tidak MB Kedah, Azizan Razak akan kemaluan besar yang teramat!

Orang suruh dia minta maaf tapi dia pula minta orang ucapkan terima kasih ...

Posted: 22 Jul 2012 12:06 AM PDT

Gara-gara selalu saja tertidur, MB Kedah selaku pengerusi PKNK memberi alasan 'tidak tahu' bila perbadanan itu membeli saham kontroversi dan bertentangan dengan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu penyenaraian FGVH.

Tidak mungkin sebagai pengerusi, beliau tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi itu. Sebagai Pengerusi, Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan. Takkanlah waktu sebegini pun beliau boleh tertidur?

Kesian melihatkan Mahfuz yang setengah mampus jadinya kerana cuba nak membela Azizan dengan memberi alasan yang sangat longgar dan tidak menyakinkan.
Azizan dilaporkan berkata, perkara itu juga tidak harus dipanjangkan lagi kerana PKNK, yang dipengerusikannya, telahpun menyedari kesilapan mereka dalam membeli 500,000 unit saham FGV.

Walaupun Azizan mengakui kesilapan tersebut tapi nampaknya masih tidak mahu memohon maaf kerananya, tetapi sebaliknya meminta golongan yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang bersetuju untuk melepaskan pegangan saham dalam syarikat itu.

NGO bawah PAS, ANAK yang menganjurkan kempen bagi menentang usaha penyenaraian itu turut menuntut PKNK memohon maaf atas tindakan berkenaan.

Inilah Azizan, orang suruh dia minta maaf tapi dia pula minta orang ucapkan terima kasih ...

Tiada ulasan: