Jumaat, 13 Julai 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Sayap R dibuka di seluruh dunia.

Posted: 13 Jul 2012 12:21 AM PDT

Salam R semua.

R Induk bersetuju membuka sayap R di seluruh dunia, memandangkan anak-anak Kelantan ni ada kat Eskimo sekali pun. Sungguh pun begitu, kepada bukan anak-anak Kelantan pun dialu2kan menyetup sayap R di tempat sendiri.

Caranya mudah. Hubungi melalui FB ke Presiden R, Syam, gua, TPU, Jeming atau mana-mana aktivis R induk yang lu selesa. Berikan butiran diri lengkap. Kami akan satukan dalam satu database.

Then, apa-apa program yang lu nak buat atas nama R, maklumkan kepada R induk dengan awal. Sebab R induk kena bahaskan dalam mesyorat. Baik buruk program. Pastu kalau lulus, kita pakat2 menjayakan. Cuma bab duit memang takda la. NGO R bukan parti politik yang ada pengikut bayarkan zakat, derma atau minta kat Zionis. Kah3.

Lagi satu, bila open penyertaan aktivis seluruh dunia, maka, kena wujud mekanisme pecat. Standard la. Sebab takut ada pihak yang masuk untuk sabotaj. Itu biasa.

Jadi, untuk langkah pertama sayap R di Lembah Kelang, kita akan mulakan program Berbuka Puasa secara potluck di KLCC nanti (insyaallah). Kemudian menjelang Subuh tu kita akan agihkan Sahur R kepada golongan gelandangan. Nanti pihak R akan umumkan. Yeyeh!

Tiada ulasan: