Addin |
- Akhbar Antarabangsa Bogelkan Najib
- Keterangan Suspek Amuk Di JPM Di Ambil
- Pengakuan Suami Suspek Amuk Di JPM
- Pemimpin Umno Paling Suci.. Mai Tengok Buktinya
- Tangki Air Pecah Sambut Kedatangan Najib Ke Dungun
- Lagi Artis Popular Berjinak-Jinak Dengan Islam
Akhbar Antarabangsa Bogelkan Najib Posted: 14 Jul 2012 10:29 AM PDT Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat dia telah berjaya meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa pembaharuan yang telah didakwa para pengkritik sebagai "penipuan", "tidak ikhlas" dan "jahat", dia memang sudah tersilap.Dan seperti dongeng Maharaja yang telanjang, pemimpin Malaysia yang berusia 58 tahun kini telah didedahkan tentang kepura-puraan yang didakwa melindungi maksud jahat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan seperti kebanyakkan pemerintah-pemerintah hina yang jahat di dunia ini. Hanya beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara "Double-talk" (talam dua muka) oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS. Washington Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawankontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga kematian. Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia. Tetapi tidak, Najib dan penasihatnya tidak menghiraukan dan cuba sekalipun untuk membersihkan nama mereka. Dengan degilnya, mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa mereka menguasai media arus perdana tempatan, mereka mempunyai kelebihan. Jika mereka berdusta dengan lebih kerap, rakyat Malaysia, malah di serata dunia akan percaya kepada mereka!Walau bagaimanapun, ia tidak berkesan. Bukan sahaja Najib cuba menggunakan undang-undang zalim untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya bertopengkan 'transformasi' malah dia telah diselar rakyat tempatan dan akhbar bereputasi tinggi di Kanada kini mengkategorikannya sebagai " demokrat palsu"." Demokrasi palsu memberi gambaran bahawa sesebuah negara itu bebas tetapi sebenarnya mereka jarang menghadapi tekanan antarabangsa seperti rejim jahat yang lain," kata artikel yang disiarkan dalam The Globe and Mail pada 8 Jun.Seperti Mubarak & Co, Najib akan buat apa sahaja cara untuk berkuasaBertajuk 'Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru', artikel itu juga meletakkan Najib setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia. Pengarang Mark MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan - demokrat palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan. Najib telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen 'bekas ahli' kelab adalah bekas Yugoslavia Presiden Slobo dan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.MacKinnon berkata pemimpin itu "mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk memberi kuasa" dan "pesaing kuat politik mereka dipenjarakan dan parti mereka diharamkan melalui undang-undang". Menurut ikon pembangkang Lim Kit Siang, Najib jelas kecewa dengan artikel itu. Tetapi penafian tidak akan mengubahnya melainkan jika Najib berikrar di hadapan semua bahawa dia dan parti Umno akan melakukan peralihan kuasa secara aman jika mereka kalah pada pilihanraya, Lim berkata sebagai reaksi kepada berita bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia telah mencabar artikel Kanada itu."Seminggu yang lalu, saya telah meminta Najib untuk mengisytiharkan secara terbuka sama ada dia bersedia untuk menerima keputusan pengundi bagi memastikan peralihan kuasa yang aman untuk kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum yang akan datang," kata Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen bagi Ipoh Timur." Ia adalah penting bahawa selepas persidangan media Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas, Najib dengan teliti cuba mengelak utnuk menjawab soalan ini apabila telah dikemukakan oleh para wartawan. Oleh itu, soalan yang mahu ditanya rakyat Malaysia dan dunia adalah sama ada Najib benar-benar merupakan seorang demokrat palsu yang mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk menyerahkan kuasa. "Najib dalam galeri penyangak antarabangsa: PRU ke-13 akan jadi "menarik"Untuk MacKinnon, ada harapan bagi negara-negara yang ditadbir oleh pemimpin mengamalkan "demokrasi palsu" kerana ia boleh juga mewujudkan kemungkinan perubahan."Milosevic dan Mubarak telah digulingkan kerana rakyat menggunakan ruang politik yang dibenarkan dalam negara demokrasi palsu ... pilihan raya di Malaysia yang akan datang bakal menjadi menarik," kata MacKinnon. Walau bagaimanapun, dalam bangkangan yang disiarkan pada hari ini, Kementerian Luar Malaysia telah memberi senarai terperinci tentang pembaharuan yang diadakan oleh Najib dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menggambarkan ini sebagai "rekod kerja yang hebat mengikut piawaian bagi sesiapa sahaja". Pembaharuan termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berakhir setelah 60 tahun digunkan, langkah-langkah untuk meningkatkan kebebasan media, pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, enakmen Akta Perhimpunan Aman, pengumuman untuk mengkaji semula Akta Hasutan,pemansuhan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad, serta pelaksanaan reformasi pilihanraya." Pandangan ini tidak sama dengan hakikat bahawa pembangkang telah berjaya meraih jumlah kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang lalu. Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan bebas untuk memilih siapa yang mereka mahu untuk memimpin negara dan apabila Perdana Menteri tidak bersikap leka, dia berharap akan diberi mandat untuk sekali lagi meneruskan agenda transformasi Malaysia, " selar Kementerian Luar di bawah setiausahanya Ahmad Rozian. ~malaysian-chronicle | ||
Keterangan Suspek Amuk Di JPM Di Ambil Posted: 14 Jul 2012 12:48 AM PDT KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan Muhdalina Ahmad, 28, wanita yang terlibat dalam kes amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, kini masih menjalani rawatan di Hospital Putrajaya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Muhdalina sudah boleh bercakap dan keterangan sudah diambil untuk siasatan seterusnya. "Kita akan mengenal pasti penglibatannya dan punca dia terpengaruh untuk melakukan tindakan itu," katanya kepada media selepas majlis taklimat khas pemantapan aktiviti memerangi jenayah di dewan perdana, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Cheras, di sini, semalam. Beliau turut mengesahkan penahanan seorang lelaki yang dikatakan kawan baik kepada Khalil Afandi. Sinar Harian sebelum ini melaporkan rakan baik kepada Khalil Afandi ditahan sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan. Ismail berkata, pemantauan ke atas blog dan laman sosial yang mempunyai unsur ajaran sesat akan diteruskan dan masyarakat perlulah bertanggungjawab bersama mengenai isu ini. ~sinarharian | ||
Pengakuan Suami Suspek Amuk Di JPM Posted: 13 Jul 2012 10:26 PM PDT SHAH ALAM - Suami Muhdalina Ahmad mengakui menghantar isterinya dan Khalil Afandi Abd Hamid ke Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum kejadian amuk, Isnin lalu. Mohd Irwan Mohd Foad, 28, yang sebelum itu bersama isterinya tinggal di rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan selama empat hari turut mendedahkan diri sebenar lelaki yang mati selepas ditembak polis. Mohd Irwan juga menceritakan kejadian sebenar sebelum berlakunya kejadian yang menggemparkan negara. ~sinarharian | ||
Pemimpin Umno Paling Suci.. Mai Tengok Buktinya Posted: 13 Jul 2012 07:06 PM PDT Heboh dalam blog pencacai tentang isu akhlak pemimpin. Tak habis-habis buat cerita selak dalam kain orang je. Dari cerita pemimpin PKR, pergi ke DAP dan sekarang pimpinan PAS pula. Mengapa timbul cerita tak senonoh pemimpin Pakatan Rakyat nih? Sebabnya Umno hendak memberitahu rakyat Malaysia pemimpin mereka berakhlak mulia! Dalam erti kata yang mudah.. pemimpin Umno paling suci. Pemimpin Umno tiada yang rasuah dan pecah amanah. Tiada yang menyamun tanah rezab Melayu. Hebat sungguh akhlak mereka. Mari tengok pemenang brands Malaysia ini. Siapa pemenangnya? Soalnya, dalam sebuah negara "ISLAM" ada pula kategori khas untuk produk arak. Inilah dia tandanya pemimpin Islam 1Malaysia memiliki brand akhlak yang paling suci. Mereka merepek bercakap tentang akhlak pemimpin, tetapi menggalakkan perniagaan produk arak yang terang-terang diharamkan oleh Islam. Yang bestnya..siap bagi hadiah lagi tu. Brand awards ini dijalankan setiap tahun sejak 3 tahun lepas. Carlsberg memenangi kategori produk arak setiap tahun. Syabas!! Malaysia Boleh!! | ||
Tangki Air Pecah Sambut Kedatangan Najib Ke Dungun Posted: 13 Jul 2012 05:48 PM PDT Mungkin ini kebetulan sahaja.. takkanlah nak dikatakan Najib pembawa sial kot. Mana ada manusia pembawa sial, itu kepercayaan karut marut zaman tok nek moyang kita dulu-dulu. Nak dijadikan kebetulan semasa Najib ke Terengganu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun, Terengganu pecah. Semalam..13 Julai, kunjungan pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke Daerah Dungun disambut meriah lebih 20,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara sempena majlis Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), hari ini. Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu, tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu turut diraikan lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Tapi... Terengganu nih memang Darul Runtuh.. samada Najib datang atau tidak.. perkara yang melibatkan runtuhan nih sudah menjadi perkara biasa. Orang Terengganu dah tak heran.. Baru-baru ni signboard runtuh, mai tengok kat ( SINI ) Gambar | ||
Lagi Artis Popular Berjinak-Jinak Dengan Islam Posted: 13 Jul 2012 04:06 PM PDT Sebelum ini penulis ada melaporkan berkenaan artis Aizat Amdan yang berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan. Kini, penulis mendapat info yang Adam AF pula bergiat aktif dalam program-program agama. Alhamdulillah. Kini semakin ramai anak-anak muda yang menunjukkan minat dalam bidang agama. Malah, apa yang ditunjukkan oleh para selebriti patut dipuji kerana tindakan mereka selalu menjadi ikutan para peminat.Penulis ingin berkongsi beberapa gambar Adam AF yang memakai jubah bersama finalis-finalis Imam Muda. Menurut sumber, mereka sedang melakukan sesi penggambaran merakam program yang bakal disiarkan pada Syawal nanti. Selain itu, ada sumber yang melaporkan Adam AF bertugas sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Pusat rawatan Islam tersebut dikendalikan oleh Asyraf Muslim dan pada ketika itu Adam bertindak sebagai pembantu kepada Asyraf. Apa-apa pun, penulis berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Adam serta rakan-rakan artis yang lain apabila menunjukkan perubahan yang positif. Semoga peminat-peminat serta mereka yang menjadikan Adam sebagai ikon akan turut sama mengambil langkah positif yang ditunjukkan olehnya. ~mynewshub |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan