Selasa, 10 Julai 2012

Addin

Addin


Memalukan!! Gambar 'Haram' Najib Dan Noh Omar..

Posted: 10 Jul 2012 10:43 AM PDT


Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar didakwa melakukan promosi dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Beliau berkata, tindakan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani itu jelas membelakangkan peraturan dan undang-undang yang menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi dengan boleh dilakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa.

"Mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini, kita pasti Najib akan merasa malu apabila gambarnya dipaparkan pada billboarad haram.

"Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri telah lama memberi peluang kepada Noh tetapi tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dengan MDKS atau merujuk terlebih dahulu sebelum membina billboard tersebut.

Sehubungan itu, katanya, arahan merobohkan semua billboard telah dikeluarkan kepada MDKS.

Menurutnya, tindakan Noh itu amat dikesali kerana sebelum ini beliau mencerca Pakatan Rakyat (Pakatan) kononnya hanya tahu memacakkan billboard yang dikatakan tindakan tidak tahu diuntung.

Tambahnya, Kerajaan Negeri menggunakan billboard di seluruh negeri ini untuk menyebarluaskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mungkin mendapat maklumat ini menerusi media cetak arus perdana dan televisyen.

"Kita meminta kebenaran untuk meminjam billboard milik PBT di seluruh negeri. Kita juga membina 56 billboard baru iaitu satu Dewan Undangan Negeri (DUN) satu billboard untuk mempromosikan MES selepas mendapat cadangan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Projek ini dibuat secara tender terbuka dan pemilihan tapak dibuat atas nasihat PBT. Kita memastikan pembinaan billboard ini mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh PBT dan mengingatkan PBT supaya mengambil tindakan sekiranya kontraktor terlibat gagal mematuhi grsi panduan," katanya. ~selangorku


Senamrobik 3.6 Juta.. Muhyiddin, Betul Ke Nih?

Posted: 10 Jul 2012 09:32 AM PDT


Betul ke 3.6 juta pelajar sekolah sertai senamrobik ni? Musykil di buatnya.. sebab terlalu ramai. Namun yang untung adalah presiden Malaysia Book of Records, Danny Oii. Menurut maklumat setiap rekod yang dipecah dikenakan bayaran oleh Malaysia Book of Record untuk didaftarkan.

Jikalau boleh, Malaysia Book Of Records lain kali letakkan standard yang lebih tinggi untuk sesuatu rekod di pecahkan. Bukannya mengharapkan keuntungan semata-mata. Mungkin sebab itu, rekod yang dipecahkan di Malaysia Book Of Records dipandang sinis oleh segelintir masyarakat.


Muhyiddin lancar Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui pembabitan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan, hari ini.

Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15 di sini. Dalam perutusannya semasa melancarkan program itu, Muhyiddin berkata, dasar 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah.

"Saya bersyukur kerana dasar 1Murid 1Sukan turut memperlihat hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

"Justeru, bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah," katanya.

Tahun lalu, kementerian mencatat nama dalam MBR melalui program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan oleh 4.1 juta pelajar dari 9,980 sekolah seluruh negara.

Sejurus menyampaikan ucapan, Muhyiddin bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan beberapa pegawai kanan kementerian yang lain menyertai kira-kira 2,500 murid yang bersiap-sedia di padang sekolah berkenaan untuk melakukan senamronik selama 45 minit.

Sebaik tamat, Timbalan Perdana Menteri menyaksikan penyerahan sijil MBR yang beliau tandatangani kepada Abd Ghafar daripada Presiden MBR, Datuk Danny Ooi.

Muhyiddin turut merasmikan perlawanan futsal antara murid dan melawat gerai pameran. ~bernama


Video Ummi Hafilda Bertengkar Pasal Duit Tersebar

Posted: 10 Jul 2012 07:46 AM PDT


Sikap Ummi Hafilda akhirnya telah memakan dirinya sendiri. Kebanyakkan dari kita semua tidak mengenali Ummi Hafilda dari belakang tabir. Rakaman video dipercayai perbualan Ummi Hafilda berkenaan duit upah ceramah bernilai RM2,500. 

Saksikan video nih..





Suspek Mengamuk Hina Tuan Guru Nik Aziz Dan Wali Songo

Posted: 10 Jul 2012 06:12 AM PDT


Kecoh la ni pasal kemunculan 2 orang suspek mengamuk di JPM. Suspek lelaki berkenaan tanpa baju dan pakai pakai topi lambang tengkorak lanun. Tapi bila aku jenguk kat blog suspek mengamuk nih, tidak ada pun sepatah perkataan yang boleh mengaitkannya dengan isu 'Imam Mahdi' sebagaimana yang digembar gemburkan oleh media perdana.

Tetapi mengutuk Tok Guru orang PAS tu adalah. Maka blogger Umno janganlah cuba nak kaitkan tragedi tersebut dengan PAS. Ini buktinya.. cuba kita sama-sama ikuti antara tulisan yang terakhir diblognya..


Menitis air mata tis.. tis.. tis....tatkala berdoa. Kami redha jika ini takdir untuk kami.... kami redha. Terus-terusan manusia ini menangis disepertiga malam selama 40 tahun.... sampaikan ada 50 tahun menangis tis.. tis.. tis. Hish.. hish.. hish.. ingus meleleh la pulak.

Habis kalau dah redha kenapa menangis. "menangis konon.. jantan tak tahu malu. Menikah satu sen tidak keluar uang".. pinjam dialog P ramlee.... Ibu mertuaku. ha ha ha!

Selama kamu solat tahajjud tiap-tiap malam kamu asik-asik menangis... tiap-tiap malam..PELIK! Kamu nonton drama sedih barangkali. Ia kan...? Kamu menangis betul-betul ke?

Aku betul-betul nangis. Aku solat tahajjud ikhlas kerana Allah. Aku ini hamba yang lemah... jadi aku pasrah.. siapalah aku... aku lemah... aku lemah... aku ini hamba mu Ya Allah. Tis.. Tis..tis terus-terusan menangis.

Selama-lama hari-hari puluhan tahun menangis dan meminta bercucuran airmata. Airmata siapakah itu ? Nik Aziz.... airmata siapa lagi? Hadi Awang...... lagi.. Dr Harun Din. Kamu semua solat tahajjud setiap malam mengigil-gigil dan menangis tatkala berdoa. Puluhan tahun kamu lakukan tapi aku hairan kenapa Allah Tuhanku tidak sayang sama kamu.

Kenapa? Allah Marah kamu ke Dr Harun Din...." iyalah kan kamu ada kata".... bukan aku sahaja yang melihat kamu menangis sebab nak jadi selipar nabi... bercucuran airmata kamu bagai kanak-kanak ribena... ramai yang melihat kepura-puran kamu. Ishk... ishk. ishk... mana ada Selipar gi kerja naik Mercedess..... Selipar yang beriman sekalipun tak mungkin mahu memandu kereta Mecedessss. Gila apa manusia tua ini. Tebiat nak mampus barangkali.

Bukankah semua wali-wali Allah menangis disepertiga malam. Disaat semua orang tidur dimalam yang dingin..... mereka ini wali Allah bangkit dari tidur. Mereka tunduk, rukuk dan sujud cuma pada Allah tidak pada yang lain. Mereka merintih minta dikasihi, disayangi serta dimurahkan dan dipermudahkan rezeki" Wal Hasilnya.... Mercedessss. Semua kemewahan ini anugerah dari Allah. Pastinya.

Rabiatul Adawiyah juga menangis. Wali songo lagi kuat menangis.

Penulis begitu angkuh bila turut mempersendakan Wali Songo dengan katanya :

Siapakah yang mengesahkan mereka ini wali..... yakni wakil dari Allah... siapa? Jawap soaalan aku? Siapa? Ramainya wakil dari Allah. Biar betul. Masakan kamu ini wakil dari Allah Tuhanku. Sebegini ramai lahir terus-terus aja tertumoih kedalam longkang serta membawa kamu bersama-sama. Pergila cuci badan kamu wahai wakil dari Tuhan bersama-sama pemuja kamu. Pergilah..... aku tidak tahan bau semuanya kamu. Busuk dan bodoh. Gila apa umat Indonesia ini. Wali songo kalau boleh dibarat cuma 'juadah' yang telah lama basi tapi masih dihidang kemerata Dunia Islam termasuk Malaysia. Ada ramai cucu-cicitnya diMalaysia.

Aku sendiri tidak tahu apa pegangan agama orang ini bila dia tulis begini :

Siapakah yang busuk dan berbau longkang. Pastinya orang Islam. Jesus dilahirkan tanpa berbapa seperti yang dinyatakan dalam Alquran sendiri pastinya dia bukan anak manusia seperti kita. Maka anak siapakah dia? Pastinya dia 'anak' Allah Tuhanku . 'ANAK' ini cuma perumpamaan.... seperti 'Kaabah' yang kamu anggap sebagai RUMAH Allah.

Baca selanjutnya di blog suspek di sini.





2 Individu Mengamuk Di JPM Sakit Otak

Posted: 10 Jul 2012 01:36 AM PDT

Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis. Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) hari ini, beliau berkata IPKKL menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. ~bernama

Utusan Kelentong Najib.. Namun Najib Percaya

Posted: 09 Jul 2012 11:51 PM PDT

Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas 'Janji Ditepati' dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Gambar: Kanak-kanak (dalam bulatan) diperalatkan untuk sambut Najib di Bangi

Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana 'bertenggek' atas kapasiti giliran dan nasib.

Mudahnya dia naik

Masa mula-mula beliau terlibat dalam politik, adalah kerana menggantikan kerusi wakil rakyat milik ayahandanya yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika itu Najib dipilih oleh rakyat atas budi dan nama baik serta simpati kepada perjuangan ayahandanya.

Kemudian, rentetan sejarah jawatan beliau dalam parti dan kerajaan juga seakan rezeki terpijak. Beliau jadi Menteri Besar Pahang yang termuda, semua tahu ketika itu tiada wakil UMNO yang benar-benar layak dan disukai oleh istana Pahang, maka Najib mendapat laba dari situasi itu.

Kemudian dia naik jadi Ketua Pemuda UMNO kerana Anwar naik pangkat ke Naib Presiden, seterusnya beliau jadi Naib Presiden bila Pak Lah naik jadi Timbalan setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO dan Kabinet. Selepas itu, Najib naik ke takhta no.1 kerana Pak Lah ditendang keluar oleh UMNO sendiri.

Begitulah nasib yang sentiasa menyebelahi Najib Tun Razak. Beliau belum pernah diuji dilapangan sebenar, dan pilihanraya akan datang pastinya akan menjadi medan ujian sebenar sama ada Najib betul-betul dikehendaki oleh rakyat Malaysia atau tidak.

Hebat-hebat Najib, pakai Utusan juga

Dalam rentetan ini, kini Najib sibuk ke hulu ke hilir berkempen baik atas kapasiti kerajaan mahu pun parti. Kita sebagai rakyat biasa, sudah tak boleh nak beza yang mana kempen guna duit parti yang mana guna duit cukai rakyat. Najib dan UMNO, main sapu sahaja.

Dalam banyak adegan kempennya, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia sering sahaja 'menggubah' sokongan orang ramai kepada Najib, seolah-olah Najib sudah dipilih oleh rakyat secara automatik dalam siri-siri kempen menggunakan wang cukai rakyat ini.

Yang terbaru, tanpa sebarang gambar yang menunjukkan orang yang menyambut Najib, tiba-tiba Utusan yang terkenal sebagai akhbar fitnah telah mendakwa sejumlah 50,000 orang telah menyambut Najib. Pelik, tapi inilah hakikatnya.

Dulu sewaktu Bersih 3.0, Utusan dakwa hanya 30 ribu orang sedangkan orang yang hadir, wartawan antarabangsa yang berada di ibu kota masa itu, gambar-gambar dimuat naik ke internet menunjukkan sebaliknya, malah jauh besar dari dakwaan Utusan itu.

Najib cetus kesesakan lalu lintas dengan bas-bas sewa

Teman terpanggil nak mengutuk di sini kerana dah rimas dengan dakwaan 50,000 di sana, 70,000 di sini. Kebetulan pula, teman terperangkap dalam kesesakan lalulintas sewaktu acara Najib itu berlangsung. Ya memang ramai orang yang datang, kebanyakan budak-budak sekolah.

Namun, dalam banyak-banyak itu, rasanya bas-bas sekolah lebih banyak dari pengunjung. Plat bas-bas ini ada yang bermula dengan P, D, C, A, N dan J. Pastinya bas-bas ini disewa khas dari negeri tersebut.

Selain dari bas persiaran dan bas sekolah, banyak juga bas-bas dari kolej swasta. Kasihan budak-budak kolej dipaksa datang menyambut PM. Jumlahnya sekitar 100 buah. Semua bas-bas ini diletakkan di luar kawasan tapak pesta.

Projek bawa orang datang guna bas charter ke program UMNO atau kerajaan BN pastinya projek yang cukup lumayan. Saiz tapak majlis sekitar 700 meter persegi. Kalau dikira dengan jari, pasti muatnya tidak lebih dari 5,000 orang. Itu pun kalau kawasan parking tak penuh.

Kalau nak membohong pun, agak-agak la. Tapi itu Utusan kan…

Bagi Najib yang hadir sebagai VIP, pastinya tidak akan melihat gambaran sebenar di luar pentas acara. Yang dilihat adalah mereka yang telah duduk bersimpuh di hadapannya. Pasti juak-juaknya akan berbisik, " Dato' Seri, inilah penyokong kita, kita mesti sukses punya".

Tanpa sedar bahawa semua yang hadir, majoritinya (mungkin 5,000 agaknya) bukanlah penduduk Selangor. Kasihan Najib, kena main dengan pengelola majlis.

Nampaknya, perjalan politik Najib kali ini pastinya sukar. Tiada lagi tiket untuk bertenggek selesa demi menjamin kekuasaan seperti dahulu. Sudahlah dia disindir dua kali oleh Dato' Chua Soi Lek – kerana ketua MCA sanggup berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng – pastinya Najib semakin tertekan untuk mengelak dari berdebat dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim.

Kini Najib harus terima realiti, dia kena tunjuk kekuatan yang sebenar dengan menerima jemputan debat Perdana dengan Anwar Ibrahim. Tak perlulah bergantung dengan Utusan yang sudah berkali-kali kalah dalam saman fitnah. Najib kena disedarkan bahawa rakyat belum lagi memilih Perdana Menteri sejak PRU 2008. Tunggulah sehingga PRU13 nanti. ~roketkini


Konvensyen Pilihanraya Umum PKR Sunyi Sepi.. Utusan Kantoi Lagi

Posted: 09 Jul 2012 10:32 PM PDT


Dengan menggunakan modus operandi sebagaimana sering digunakan oleh pencacai-pencacai UMNO, iaitu menyiarkan gambar ketika majlis baru hendak bermula Utusan menyiarkan gambar di atas.

Tujuannya ialah untuk memberikan gambaran negatif kepada pembacanya kononnya ceramah atau majlis Anwar tidak lagi mendapat sambutan..

Antara contoh modus operandi pencacai UMNO yang sama dengan laporan Utusan ni sila lihat di ( SINI ) dan juga di ( SINI )

Antara yang dilaporkan Lidah Rasmi UMNO itu ialah..

Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.

Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.

Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.

Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan -Lidah Rasmi UMNO

Berikutan dengan laporan Utusan itu pencacai UMNO mula menyambung pembohongan Utusan..

Ada yang mempersoalkan adakah Anwar semakin gagal meraih simpati dan sokongan rakyat..

Ada yang menulis.. konvensyen itu gagal sama sekali ,apabila Anwar mendakwa telah disabotaj oleh Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia yang berlangsung di Sunway Carnival Seberang Jaya.Mana tidak nyer konvensyen Anwar hanya dihadiri oleh 200 orang. Walau pun Anwar menawarkan pelbagai pakej janji bulan dan bintang namun masih tidak mampu menarik ahli parti sendiri untuk hadir.

Ada pula yang menulis.. Ni semua tanda-tanda kejatuhan Pakatan di Penang...

Sebelum aku jelaskan keadaan sebenar ini pesanan aku buat pencacai UMNO dari tiga Blog yang menulis di atas tu... kalau tak tahu cerita jangan nak buat cerita.. nanti hangpa baca apa aku tulis pasal konvensyen hangpa yang dah habis RM40K tu...

Ini pasal Konvensyen Pilihan Raya Umum PKR tu..

Sepertimana yang didakwa oleh Utusan memang benar Konvensyen ini dingin.. dingin sekali sebab air-cond sejuk melampau.. ha..ha..ha..

OK.. Ini adalah Konvensyen tertutup PKR Pulau Pinang dan bukannya satu Konvensyen terbuka yang perlu dihadiri oleh ribuan penyokong PKR Pulau Pinang.

Meskipun sasaran yang ditetapkan ialah hanya 500 petugas Pilihan Raya Parti, pihak penganjur yang terlebih kaya telah menyewa dewan yang punya kapasiti 4000 orang bukannya 1000 seperti Utusan laporkan dan kerusi yang disusun hanyalah sekitar 600 buah sahaja.

Bagaimanapun ianya masih boleh dianggap berjaya kerana lebih kurang 300 petugas telah hadir dipagi Ahad tersebut, perlu kita ketahui ianya jauh lebih berjaya dari Konvensyen puak yang lagi satu tu yang diadakan di Seberang Jaya dimana sasaran mereka ialah 1500 tapi yang hadir tak sampai 300 orang..

Kehadiran Anwar bukanlah dijangkakan dan tidak dijaualkan kerana malam sebelum Konvensyen beliau berada di Pattani, Thailand, menurut Pak Mus, Anwar mendarat di Pulau Pinang pukul 2.00 pagi dan tiba di hotel sejam kemudiannya..

Anwar telah hadir di Konvensyen yang dijadualkan bermula pukul 10.00 pagi ini pada pukul 9.30 pagi dan seperti biasa mana nak ada orang lagi masa tu.. dia datang awal setengah jam.

Yang ada di dalam dewan itu ialah manusia-manusia yang telah ditipu supaya hadir ke dewan pada pukul 8.30 pagi.. dan antara manusia itu ialah aku sendiri..

Tentang penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu seperti laporan Utusan tu.. cuba korang tengok gambar di bawah ni.. Melayukah yang ada di depan ni?





Ini sedikit gambar dari depan stage Konvensyen.. bukannya gambar jauh dari stage Konvensyen seperti yang wartawan Utusan rakamkan itu..






Cuba korang kira da 300 orang tak?.. tapi sekurang-kurangnya sebagai Ahli PKR aku berbangga pasal kami tak menipu diri sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh puak yang buat Konvensen di Seberang Jaya tu..

Nak bagi nampak ramai.. 4 dewan yang disewa dikecilkan jadi satu.. kerusi kosong dipindahkan keluar dewan... ha..ha..ha.. nanti ada masa aku cerita apa yang sebenarnya berlaku dalam Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia di Seberang Jaya...

Kan Anwar dah pesan... jangan bagi wartawan dari Utusan masuk majlis PKR.. siapa yang benarkan Utusan masuk nih?


Sumber

Tiada ulasan: