Addin |
- Gambar Rosmah Mansor Benar-Benar Menjiwai Konsep Wasatiyyah
- Gambar Menarik Pasukan Sepak Takraw Wanita P. Pinang Memakai Tudung Sertai SUKMA
- Utusan Kantoi!! Utusan Lapor Guling Kerajaan, Polis Lapor Lain..
- Dr. Asri Ajak Sokong Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya
- Isu LRT Ampang : Syarikat Dari Perancis Berkaitan Scorpene Bakal Laksana Projek
- Satu Lagi Video Fitnah Seks Anwar Ibrahim Bakal Di Dedahkan Petang Ini?
- "Anwar Hanya Test Market" - Rafizi Ramli
- MB Kedah Baru Gertak, Umno BN Dah Kecut Perut
- Al- Fatihah.. Blogger Tinta Hijau Dari Kaki Bukit Meninggal Dunia Di Tanah Suci
Gambar Rosmah Mansor Benar-Benar Menjiwai Konsep Wasatiyyah Posted: 09 Jul 2012 09:51 AM PDT Gambar-gambar menunjukkan Rosmah Mansor makan dalam bekas polistren. Gambar nih di keluarkan oleh laman pro Umno, KL pos. Apa tujuan gambar nih dikeluarkan tidak berapa pasti, mungkin nak counter balik kerana lambakan isu-isu negatif berkaitan Rosmah Mansor berlegar di alam cyber. Mana tau kot-kot boleh backup serta pulihkan kembali imej Rosmah Mansor sebelum PRU 13 nanti.. baca berita selanjutnya di sini. |
Gambar Menarik Pasukan Sepak Takraw Wanita P. Pinang Memakai Tudung Sertai SUKMA Posted: 09 Jul 2012 08:03 AM PDT Pasukan Takraw Wanita Pulau Pinang yang menyertai SUKMA Pahang menang ke atas pasukan Wilayah Persekutuan. Yang menariknya, keseluruhan pasukan sepak takraw P. Pinang memakai tudung dan menutup aurat. Tahniah peserta P.Pinang yang membuktikan dengan menutup aurat dalam bersukan, tidak menghalang mereka melakar kejayaan. Tegakkan syiar Islam walau di mana anda berada. |
Utusan Kantoi!! Utusan Lapor Guling Kerajaan, Polis Lapor Lain.. Posted: 09 Jul 2012 06:54 AM PDT KUALA LUMPUR – Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi. Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui. Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut. Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. ~Facebook PDRM. Utusan siap TOKOK tambah bahawa wujud gerakan menumbangkan Kerajaan?? wahh.. JAHAT sungguh tuduhan UTUSAN.. sampai begitu sekali yer? Apa motif Utusan Malaysia sebenarnya menyebarkan berita sedemikian rupa? Mengapa mereka mendahului Polis dalam penyebaran beritanya yang ternyata berunsur fitnah untu menimbulkan kurang senang rakyat dengan mengaitkannya dengan mengatakan suspek mahu gulingkan kerajaan dan bertakbir sedangkan Polis mengeluarkan kenyataan sebaliknya...? ~kog |
Dr. Asri Ajak Sokong Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya Posted: 09 Jul 2012 04:18 AM PDT Betul ke neh? Cuba baca apa yang Dr Maza twitt kat atas neh.. Apa jadi negaraku, penjenayah bertahta, pelapor direman dan didera. Kita wajib berubah dan mengubah. Kalau diperhatikan betul2, apa yang cuba disampaikan oleh dr asri seolah2 ada kaitan dengan apa yang telah berlaku ke atas uncle seekers. Sebab baru2 neh uncle seekers telah ditahan reman selama 4 hari sebelum disambung semula untuk 3 hari tak silap aku menjadikan jumlah keseluruhan hari uncle seekers dan teman wanitanya direman adalah sebanyak 7 hari. Mula2 uncle seekers direman dibawah akta OSA. Akta yang mana kita tahu digunapakai oleh polis andai sesiapa mendedahkan dokumen sulit dan rahsia kerajaan ataupun pihak tertentu. Jadi besar kemungkinan dokumen yang didedahkan oleh uncle seekers adalah tulen. Jika tidak tulen maka kenapa ditahan di bawah akta OSA bukan di bawah akta fitnah mahupun akta keterangan pindaan 2012 yang telah berkuatkuasa baru2 ini? Selesai satu kes. Namun sayangnya uncle seekers tiba2 pula kantoi pasal morfin. Ada yang cakap mungkin disebabkan ubat. Kalau kita ada mengambil ubat yang mengandungi 'dadah' jenis morfin maka tak mustahil ujian pengesan dadah menunjukkan positive dadah. Bukan bererti kita penagih dadah. Namun dalam masa yang sama jika uncle seekers tidak membuat penafian bahawa pdrm menfitnah dia maka automatik kita boleh menganggap bahawa isu tersebut adalah benar. Apa pun boleh jadi uncle seekers belum lagi tahu apa yang dihebahkan oleh polis mengenainya. Ataupun kalau dia dah tahu dia bersikap berdiam diri sebab memang insiden tersebut benar. Sekarang neh kena tunggu uncle seekers keluar dulu baru boleh buat kesimpulan penuh. Berbalik pada tweet Dr Asri, kalau diperhatikan memang seolah2 sedang mengajak menyokong PR bila menyebut kita perlu berubah dan mengubah. Sebenarnya apa lah sangat dibandingkan dengan 55 tahun berbanding 5 tahun yang diminta oleh pakatan rakyat. Jika kita boleh vote bn out, kita juga boleh vote pr out kalau mereka tidak menjalankan tugas dengan betul. Sudah terlalu lama kita biarkan diri kita ditipu dan dimanipulasi oleh bn takan lah kita masih lagi nak mengharap pada yang tak boleh buat kerja sedangkan kita sudah diberikan satu pilihan yang lain? Jika dulu boleh larh nak bersikap demikian ketika pas dan dap masih baru, masih belum mampu menyaingi kekuatan bn tetapi sekarang pas, dap dengan kerjasama dan bantuan dari pkr apa yang mustahil telah bertukar menjadi tidak mustahil lagi. Marilah kita sama2 berubah dan cuba melakukan perubahan dengan mengubah kerajaan kita sekarang. Orang kata if you don't try then you don't hope. Jika kita takut mengambil risiko kita akan kekal seperti ini untuk selama-lamanya. Sudah tentu hasilnya seperti yang kita tahu dan sedia jangka. Tetapi jika kita berani mengambil risiko sekurang2nya kita ada peluang sebanyak 50-50. Samada gagal mahupun berjaya. Tetapi itupun lebih baik dari mereka yang tak berani amek risiko. Sebab kita dah tentu2 terbukti gagal 100%. Fikirkan. Sumber |
Isu LRT Ampang : Syarikat Dari Perancis Berkaitan Scorpene Bakal Laksana Projek Posted: 08 Jul 2012 11:45 PM PDT Isu projek LRT Ampang makin menjadi tumpuan apabila PKR mendakwa sebuah syarikat dari Perancis yang ada kaitan dengan penjualan kapal selam 'second hand' bakal melaksanakan projek berkenaan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana di sini berkata syarikat George Kent hanya berminat mendapatkan keuntungan 'atas angin' sahaja dan bakal menyerahkan pelaksaan projek itu kepada syarikat dari Perancis terbabit. "Maknanya Datuk Seri Najib Razak tidak cukup dia dapat RM600 juta daripada syarikat Perancis yang menjual kapal selam 'second hand' tetapi 10 tahun kemudian syarikat yang sama itu Datuk Seri Najib rancang dan berikan kontrak RM1 bilion," dakwa Rafizi. Tambah Rafizi, syarikat George Kent ini dimiliki oleh seorang peniaga yang bernama Tan Sri Tan Kay Hock seorang 'taukey' yang merupakan rakan akrab Datuk Seri Najib Razak daripada sekolah menengah sehingga kini. "George Kent yang merupakan syarikat membuat meter paip ini adalah merupakan 'Ali Baba' yang tidak berminat dan hanya akan mengambil keuntungan di atas angin sahaja," kata Rafizi. Jelas Rafizi, beliau tidak gentar dengan ugutan dan ancaman daripada terus mendedahkan skandal RM1 bilion ini demi rakyat. Negara ini berhadapan dengan skandal yang cukup bahaya kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat yang bakal menggunakan sistem pengangkutan LRT jika syarikat yang tidak mempunyai kepakaran melaksanakan projek penting ini. "Kami Pakatan Rakyat akan membawa isu ini kepada penduduk di Ampang, Pandan, Cheras dan Bandar Tun Razak minggu depan kita akan turun untuk mengedarkan risalah agar lebih ramai orang yang akan faham skandal LRT Ampang ini bukan soal hanya politik, tetapi ia melibatkan nyawa rakyat. "Tiap-tiap minggu kita akan dedahkan dokumen baru untuk membuktikan bahawa inilah rancangan dan angkara Datuk Seri Najib Razak,dia tidak fikir tentang keselamatan rakyat," katanya. Tambah Rafizi, pendedahan skandal RM1 bilion akan terus 'membenamkan' karier politik Najib. "Projek LRT Ampang ini memang cukup dibimbangi oleh Najib jika ia diketahui rakyat kerana ada surat dan dokumen yang ditandatangani sendiri oleh Najib sendiri," tegasnya. ~keadilandaily |
Satu Lagi Video Fitnah Seks Anwar Ibrahim Bakal Di Dedahkan Petang Ini? Posted: 08 Jul 2012 11:34 PM PDT Menurut blog Umno, APA telah terima satu e-mel malam tadi di katakan dari pengirim yang tidak dikenali. Sejauh mana kesahihan email tersebut blogger APA tidak dapat di pastikan. Jikalau benar, ini adalah pembunuhan karektor Anwar secara berterusan oleh musuh politiknya iaitu Umno. Berikut adalah posting blogger APA dalam blognya..
Sumber |
"Anwar Hanya Test Market" - Rafizi Ramli Posted: 08 Jul 2012 08:21 PM PDT BAYAN BARU - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu "test market" apabila mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan berundur dari politik jika perikatan itu gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, kenyataan itu hanyalah satu cubaan Anwar untuk melihat bagaimana persepsi masyarakat, terutama penyokong PR sekiranya berundur daripada memimpin perikatan tersebut. Beliau berkata, jika Anwar mengundurkan diri, bagaimana PR akan menang dan menawan Putrajaya jika tidak berjaya dalam cubaan kali ini. "Kelemahan PR ialah rakyat tidak kurang percaya kepada PKR dan kepimpinan Anwar. "Anwar digambarkan pihak tertentu sebagai gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR PRU13 di Sunshine Square di sini, hari ini. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kejutan minggu lalu apabila mengumumkan akan mengundurkan diri jika gagal membawa PR menduduki Putraja dalam PRU13. Serentak dengan itu, beliau mahu pakatan itu mencari pemimpin baru untuk meneruskan perjuangan dalam arena politik tanah air. Pengumuman beliau mengejutkan ramai pihak dan beberapa pimpinan PR kerana masih memerlukan kepimpinannya untuk terus menerajui komponen parti itu. Kenyataan itu diulangi Anwar pada satu ceramah di Rawang dan Selayang kelmarin dengan alasan adalah cubaan terakhirnya dalam perjuangan politik. ~sinarharian |
MB Kedah Baru Gertak, Umno BN Dah Kecut Perut Posted: 08 Jul 2012 06:47 PM PDT Baru gertak!! dah kecut perut.. Inilah yang boleh dikatakan terhadap pemimpin BN Kedah. MB baru gertak.. dah ambik serius. Sendiri yang cipta undang-undang.. sendiri yang takut. Bermakna BN merasai ketidakadilan undang-undang ciptaan mereka sendiri sebelum dilaksanakan lagi. Jadi, undang-undang yang BN cipta sudah pasti banyak kelemahan dan kekurangannya. Yang pasti undang-undang ciptaan BN telah banyak menzalimi rakyat marhaen. Hanya undang-undang ciptaan Allah SWT sahaja yang sempurna bagi menjamin kemaslahatan ummah. Mari kita sama-sama kembali ke fitrah asal kita.. tolak BN bagi menegakkan hukum Allah SWT..
|
Al- Fatihah.. Blogger Tinta Hijau Dari Kaki Bukit Meninggal Dunia Di Tanah Suci Posted: 08 Jul 2012 05:00 PM PDT Facebooker/blogger Tinta Hijau Kembali Ke Rahmatullah!!.....Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah ...Al Fatihah ................... Gambar: Tinta Hijau Nik Hazman Nik Hashim Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim.... Sedang Mengerjakan Umrah... Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.. .al Fatehah.....aminnn' -fb Ibn Batutah سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ Seorang demi seorang telah kembali ke rahmatullah. Bebeberapa minggu yang lepas blogger D'Perbatasan Sdr Amir Fadzil, kini Tinta Hijau Dari Kaki Bukit, Sdr Nik Hazman Nik Hashim. Terasa benar dengan kehilangan mereka... dan yang tinggal hanya kenangan... Allah swt lebih menyayangi mereka... Namun yang GB masih terkilan, (dengan maaf) para pemimpin parti kita semacam tak kisah lansung pemergian mereka ini... sedangkan mereka inilah tunggak media baru di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Ribuan ahli mencari-cari dan membaca tulisan mereka setiap hari... Namun, tidak mengapa, sesungguhnya Allah swt Maha Kaya dan Maha Mengetahui peranan blogger-blogger ini dan semuga Allah saja yang membalas kegigihan mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dunia siber sekian lama sekalipun manusia di dunia lalai dan lupa pengorbanan dan jasa mereka. GB pernah menulis mengenai nasib blogger PAS/PR di Bilakah PAS Akan Iktiraf Sumbangan Blogger Pula? GB yakin Allah akan mengangkat dan menempatkan blogger ini di kedudukan yang wajar di dalam parti tidak lama lagi. Di sebalik itu, sebenarnya ada yang paling istimewa dan paling manis: Allahyarham Sdr Nik Hazman Nik Hashim telah diambil oleh Allah swt tatkala sedang berada di bumi suci Mekah... ia tampak seperti satu penghargaan dariNya yang tiada tara nilainya... yang mana nikmat itu bukan semua orang dapat mengecapinya. Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh para mukminin, solehin dan syuhada, amin ya rabbal 'alamin. Alfatihah. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan