Khamis, 5 Julai 2012

Addin

Addin


Patutlah Najib Tangguh PRU..

Posted: 05 Jul 2012 10:00 AM PDT

Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene. Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai. Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.

"Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.

"Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.

"Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.

"Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO," jelas Manthorpe seperti dipetik.

7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.

Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. ~keadilandaily


(Kemaskini) Gambar Blogger Uncle Seekers Di Tangkap Dan Di Reman 4 Hari

Posted: 05 Jul 2012 08:16 AM PDT


Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar. ~sinarharian







Gambar-Gambar Kaduk Naik Junjung (2)

Posted: 05 Jul 2012 06:43 AM PDT


Betul telahan semua pihak, PM Malaysia yang sebenar adalah Rosmah bukannya Najib. Ini terbukti apabila TV1 dan TV3 menyiarkan secara live program Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri tetapi yang hadir hanyalah Rosmah Mansor. Nih baru betul-betul kaduk naik junjung..






Keruntuhan Moral Pemimpin BN, Berbangga Dengan Skandal Seksnya

Posted: 05 Jul 2012 03:39 AM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak seberani beliau yang mengaku silap dan sanggup menanggung akibat daripada skandal seksnya dahulu. "Mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seperti saya yang ada keberanian moral dan politik untuk bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," kata Chua (kiri). Chua merujuk kepada dakwaan hubungan sulit melibatkan Lim dan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.

Chua membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Lim menafikan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pekerjanya seperti didakwa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo.

Lim hari ini mencabar dakwaan itu diulang di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri dapat mendakwanya di mahkamah, sekali gus membuktikannya "bukan seperti Chua".

Empat tahun lalu, Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.

Beliau meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat selepas itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Chua mencabar Lim mengaku salah, meminta maaf dan meletak jawatan daripada semua tugasnya jika tuduhan itu benar.

Chua juga berpesan agar Lim tidak menggelabah apabila diminta memberi komen tentang tuduhan itu jika tiada apa-apa untuk disembunyikan.

"Saya tidak bersembunyi daripada isu itu, bolehkah beliau lakukan perkara yang sama?" cabar Chua kepada Lim. ~malaysiakini




Gambar-Gambar Kaduk Naik Junjung

Posted: 05 Jul 2012 12:41 AM PDT


Betul telahan semua pihak, PM Malaysia yang sebenar adalah Rosmah bukannya Najib. Ini terbukti apabila TV1 dan TV3 menyiarkan secara live program Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri tetapi yang hadir hanyalah Rosmah Mansor. Nih baru betul-betul kaduk naik junjung..






Abby Abadi Tetap Mempertahankan PAS

Posted: 04 Jul 2012 11:00 PM PDT

Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas. Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik. Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas. ~sinarharian





Blogger Uncle Seekers Di Tahan Di Balai Polis Nusajaya

Posted: 04 Jul 2012 08:57 PM PDT


Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncle  Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan oleh pihak polis.

Uncle Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan. Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi.

Penahanan Uncle Seekers dipercysi berkait rapat dengan tulisan beliau dalam blog yang dikatakan mengaibkan Sultan dan Tengku Mahkota Johor. Sehingga kini, belum dapat dipastikan penahanan ini kerana Uncle Seekers masih gagal dihubungi oleh keluarga beliau.

Dipercayai blogger Uncle Seekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru.

Gambar Pemimpin Umno Boros Dan Rakus Dengan Duit Rakyat

Posted: 04 Jul 2012 07:00 PM PDT


Gambar nih tak pasti di program yang mana satu, sebab di Melaka nih banyak sangat program di jalankan dan yang terbaru Pesta Sungai Melaka sepanjang bulan Jun. Selama sebulan beb..

Pelbagai pesta dijalankan, pengisian program kebanyakannya pertandingan karaoke dan pelbagai lagi.. boleh katakan pengisian program hanya bersuka ria tiada langsung pengisian rohani.

Al maklumlah, dia orang bukan nak sangat pada agama.. hanya sekadar retorik saje. 

Jikalau cakap puak-puak nih pejuang sekularisme dia orang marah. dah kalau macam ni punya kelaku seorang pemimpin sudah pasti rakyat pun hilang hormat.

Baca lanjut tentang festival kedarah duit rakyat nih di sini.

Addin :

Aku rasa puak-puak songkok 3 jengkal nih berangan jadi Hang Tuah kot.. tapi terjadi Hang Buah.

Tiada ulasan: