Rabu, 4 Julai 2012

Addin

Addin


Gambar Pemimpin Umno Boros Dan Rakus Dengan Duit Rakyat

Posted: 04 Jul 2012 10:11 AM PDT


Gambar nih tak pasti di program yang mana satu, sebab di Melaka nih banyak sangat program di jalankan dan yang terbaru Pesta Sungai Melaka sepanjang bulan Jun. Selama sebulan beb..

Pelbagai pesta dijalankan, pengisian program kebanyakannya pertandingan karaoke dan pelbagai lagi.. boleh katakan pengisian program hanya bersuka ria tiada langsung pengisian rohani.

Al maklumlah, dia orang bukan nak sangat pada agama.. hanya sekadar retorik saje. 

Jikalau cakap puak-puak nih pejuang sekularisme dia orang marah. dah kalau macam ni punya kelaku seorang pemimpin sudah pasti rakyat pun hilang hormat.

Baca lanjut tentang festival kedarah duit rakyat nih di sini.

Addin :

Aku rasa puak-puak songkok 3 jengkal nih berangan jadi Hang Tuah kot.. tapi terjadi Hang Buah.

Rupa-Rupanya Rakaman CCTV Tersembunyi Di Pejabat MB Selangor Di Lakukan Sejak 2010 Lagi

Posted: 04 Jul 2012 08:23 AM PDT

SHAH ALAM - Satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam dari dalam pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebar di Internet semalam selepas dimuat naik di laman You Tube. Video berdurasi selama 15 minit itu bagaimanapun tidak menunjukkan apa jua pendedahan, aksi panas atau motif penyebaran video tersebut kepada umum. Video tersebut hanya menunjukkan aksi seorang lelaki berbaju kemeja bercorak didakwa Abdul Khalid yang masuk ke dalam pejabat, seterusnya duduk di kerusi dan meneliti beberapa helai dokumen di atas mejanya.

Gambar lelaki yang didakwa Abdul Khalid dalam video itu tidak begitu jelas kerana diambil dari arah belakang.

Penyebaran video tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia sebahagian rakaman kamera tersembunyi di belakang langsir dalam pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan SUK itu seperti didedahkan Abdul Khalid pada Ogos 2010. ~sinarharian




Kerja Buat Umno Nih, Punca Mereka Bakal Berkubur..

Posted: 04 Jul 2012 05:31 AM PDT


Nih pasal citer pasal imam muda yang memberikan laluan Tuan Guru Nik Aziz menjadi sebagai imam solat jumaat telah dikenakan tindakan. Kejadian tersebut berlaku di Masjid Jamek Pasir Gudang, Johor. Mengikut dari maklumat blog King of Goblok, imam muda tersebut telah di tukar menjadi kerani.

Betapa terdesaknya Umno sampaikan suruh jadi imam pun tak boleh, apa pun tak boleh. Apsal nih Umno, sebab suruh jadi imam je ko orang beri tindakan terhadap imam muda tersebut. Memang tak profesional..


Tindakan nih membuatkan rakyat semakin meluat dan tak sabar-sabar untuk menumbangkan Umno pada PRU13 nanti..




Pelik Tapi Benar!! Tiba-Tiba Peguam Umno Menjelma Jadi Pegawai Kerajaan

Posted: 04 Jul 2012 02:25 AM PDT


Ini adalah satu dokumen rasmi, passport Malaysia, cuba anda lihat di ruangan pekerjaan. Sejak bila Dato' Shafiee Abdullah nih bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan?




Sumber

(Kemaskini) 5 Adun DAP Di Gantung 6 Bulan Oleh Speaker DUN Melaka

Posted: 03 Jul 2012 08:33 PM PDT

Berita terbaru, Addin berada sidang DUN Melaka hari ini. Sidang DUN negeri Melaka di tangguhkan hari ini kerana 5 ADUN dari DAP telah digantung selama 6 bulan oleh Speaker. Keputusan sebulat suara telah dibuat setelah undian di buat sebentar tadi. Adun DAP tersebut yang di gantung ialah, Goh Leong San-Adun Kesidang, Betty Chew-Kota Laksamana (gambar), Lim Jak Wong-Banchang, Teh Kok Kiew-Banda Hilir dan Khoo Poay Tiong-Ayer Keroh.


Kekecohan tercetus sejurus speaker masuk ke dalam dewan, Betty Chew dari Kota Laksamana bangkit dan mempersoalkan isu yang dipaparkan di akhbar  media pencacai semalam. (baca sini.)

Berita lanjut akan menyusul..

Tiada ulasan: