Rabu, 18 Julai 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Fuuyyoo..!! Terrer-nyer Anwar...

Posted: 18 Jul 2012 02:52 AM PDT

 
Dedulu.... ramai yang tak pernah dengar perkataan LIWAT dan ada juga yang tak tahu apa itu LIWAT. Tapi, berkat hasil usaha puak-puak UMNO, maka perkataan LIWAT dan maknanyer begitu familiar dalam kalangan masyarakat di Malaysia, tak kira ler bangsa dan peringkat usia.

LIWAT juga begitu sinomin dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim kerana fitnah yang dilemparkan oleh puak-puak tak takut dosa terhadapnya.

Fuuuhh... !! Kini, berebut-rebut anak muda yang mahu mendakwa diri mereka diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sana mengaku diliwat oleh Anwar. Sini mengaku diliwat oleh Anwar. Mereka tak pilih orang lain untuk diliwat tetapi mereka pilih Anwar. Mereka tak pilih.... Najib Razak. Mereka tak pilih Muhyiddin Yassin. Mereka tak pilih Mahathir tetapi mereka pilih Anwar.

Fuuuhhyyooo....!!! Nama-nama besar lain, mereka tak sior, wa cakap lu. Begitulah terrer-nya Anwar Ibrahim hingga jadi rebutan ramai. Bukan terrer sebab hebat meliwat tetapi hebat kerana citer fitnah liwat yang dikaitkan dengannyer, menjadi bahan ketawa umum. Kalau ada yang bersedih.... sampaikanlah berita, kisah liwat yang dikaitkan dengan nama Anwar, pasti ceria semula beb!! Kah kah kah... mereka ketawa, wa cakap lu!!

Cerita liwat Anwar sudah jadi bahan lawak. Tak caya, cer baca kat sini. Sikit punyer hebat ke dialogue lawaknyer. Bisa ketawa guling-guling kita dibuatnya. Kalau masuk pertandingan Maharaja Lawak.... sure johan punyer.

Kalau kita tolong buat orang yang sedang berduka nestapa, ketawa dan gumbira semula, kerana Allah Taala... boleh dapat pahala, kan??

So.... apa kata kita ramai-ramai pakat tulis status dalam FB bagi tahu satu dunia lawak yang kita diliwat oleh Anwar Ibrahim. Pasti banyak pahala kita dapat... sebab kita telah buat satu dunia ketawa dan gumbira dengan lawak kita.

Sedikit nasihat kepada yang empunya badan tukang fitnah.... kalau nak fitnah pun berpada-pada ler. Kalau tak fitnah langsung lagi baik tapi.... oleh sebab menfitnah dah menjadi darah daging awak... berpada-pada ler. Jangan giler nak jadi kaya dan jangan meroyan nak fofular jer. Tak der maknanyer.. Mampoos kalau, kau jawab ler.

Apa-apa pun, mekasih ler kerana  sedikit sebanyak, kamu telah menjadikan nama Anwar Ibrahim semakin popular di persada politik negara.

Barisan Haprak

Posted: 18 Jul 2012 12:00 AM PDT




BH for Barisan Haprak??

Kah kah kah kah....

Tepat sekali. Geli hati...

Barisan Haprak....
Kah kah kah kah kah kah

SYABAS yang tak syabas pengurusannya. Ek ele... Bangang rupernyer.

Posted: 17 Jul 2012 10:00 PM PDT



KERAJAAN SELANGOR 'SERANG BALAS'

SHAH ALAM, 17 Julai -- Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah pertama untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau Syabas apabila ia mengambil keputusan untuk mengenepikan kuasa Syabas dalam memberikan kuasa kelulusan pembangunan kepada projek baru dan juga kilang.

Menurut
MStar, Menteri Besar,Tan Sri KhalidIbrahim berkata, berdasarkan perjanjian konsesi, Pengawal Air Negeri Selangor yang juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Noordin Sulaiman, mempunyai kuasa untuk mengenepikan ataupun menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh Syabas.

Kata Khalid, setakat ini Syabas telah menolak 60 permohonan daripada pekilang.

"Dalam proses untuk memperolehi kelulusan pembangunan, setiap jabatan kerajaan yang berkaitan diperlukan memberi keputusan sama ada setuju, tidak setuju atau wajar dipertimbangkan.


"Syabas akan memberi komen sama ada cadangan itu tidak disyorkan atau disyorkan. Kini kita telah mengarahkan supaya pengawal air Selangor melihat akan keputusan yang dibuat oleh Syabas kerana Syabas bukanlah pihak berkuasa terakhir yang menentukan keputusan muktamad," katanya kepada para pemberita hari ini.


Semalam Khalid telah mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas dengan syarat ia diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.


Keputusan untuk mengambil alih peranan dan tanggungjawab Syabas itu memerlukan persetujuan daripada pusat.


Selama ini kata Khalid, kerajaan negeri telah mendelegasikan tanggungjawab dan kelulusan arahan pembangunan kepada Syabas di bawah perjanjian konsesi.


Bagaimanapun tegasnya, kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan delegasi kuasa itu ekoran perkhidmatan Syabas yang mereka dakwa sebagai tidak memuaskan.


"Kini mereka tidak dibenarkan lagi membuat keputusan akhir atau muktamad. Keputusan akhir kini akan ditentukan oleh pengawal air negeri Selangor," ujarnya lagi.


Mengenai langkah untuk mengambil alih pengurusan Syabas, Khalid berkata kerajaan negeri telahpun menulis kepada kerajaan pusat dan juga Syabas mengenai hasrat mereka itu.


Keputusan untuk mengambil alih pengurusan Syabas itu dibuat setelah syarikat konsesi air itu membuat keputusan untuk mencatu penggunaan air di Lembah Klang.


"Kami telah memerhati dan melakukan penilaian mengenai prestasi Syabas sejak enam bulan yang lalu dan kami dapati mereka bertindak tidak profesional dan cuba mencetuskan perasaan bimbang dan panik kepada masyarakat," tegas Khalid.


Dalam perkembangan yang lain, Khalid berkata pejabatnya masih belum lagi menerima surat perletakan jawatan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Latheefa Koya yang diumumkan semalam.-MalaysiaAktif

Bagi UMNO SUSAH. Bagi PR MUDAH

Posted: 17 Jul 2012 07:58 PM PDT


Nak tau mengapa walaupun bertukar 3 MB daripada UMNO tapi tak dapat-dapat jugak geran tanah??

Senang jer.... Sebab UMNO ni memang suka buli orang Melayu. Mereka memang suka orang Melayu ni jadi bangsa yang meminta-minta. Dengan itu bolehlah mereka tunjuk siapa yang berkuasa agar Melayu patuh pada kehendak mereka. Apa kehendak mereka??

Mandat untuk membolehkan mereka terus berkuasa. Sebab tu... bangsa Melayu di'dera' oleh mereka. Selagi Melayu terus di'dera' selagi itulah mereka boleh terus berkuasa dan  bermaharajalela.

Sekarang... setelah mereka didera pulak oleh rakyat dan hilang mandat untuk kekalkan kuasa maka baru rakyat semua tahu bertapa mudah sebenarnya untuk mendapatkan geran tanah. Hendak seribu daya, tak nak kalu... seribu dalih. Siapa perintah masa ni oi...??

Hahahaha.... Pakatan Rakyat ler!! PR lah sebenarnya kerajaan yang mendahulukan rakyat. UMNO pulak hanya pandai menipu rakyat.

Dan, kini... mereka terus mencuba untuk menipu dan mendera rakyat Selangor dengan harapan rakyat akan kembali meyokong mereka. Nak terus bagi air percumalah. Pigiiraahh!! Air percuma hotak derang!! Air dicatu adalah. Celaka punyer Syabas. Main taktik kotor pulak. Dia punya angkara, lepas tu tuduh pulak kerajaan negeri tak pandai urus masalah air.

Weii.... jual balik jer lah saham Syabas kepada kerajaan negeri dan biar kerajaan negeri uruskan from A to Z, segala urusan berkaitan air dan kita tengok siapa lebih hebat mengurus air di Selangor?? Ada berani??

Pasti tak berani punyer. Kalau bagi pada kerajaan Selangor, tak dapatlah lagi si lintah darat ni nak hisap darah rakyat Selangor. Pucat lesi dan kering kecut ler si lintah ttak berdarah lagi!! Mampoos... wa cakap lu!!

Rakyat Selangor kena bijak membuat pilihan. Mau rakyat mamposs atau mahu lintah darat bernama Syabas yang mampos. Untuk mendapatkan kejayaan yang manis, kita kena merasai yang pahit dulu. Bak kata pepatah Melayu... Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ayuh rakyat Selangor. Jadi rakyat yang tahan diuji. InsyaAllah.... Syabas dapat kita seligi dan kerajaan negeri terus kita terajui.

Tiada ulasan: