WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
ISU PEMBEKUAN PTPTN DI UNISEL - KERAJAAN PR SELANGOR JANGAN MELUTUT KEPADA PARTI BANGSAT ITU Posted: 07 Jun 2012 12:27 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KENYATAAN ini sudah cukup untuk membuktikan betapa hodoh dan jijiknya pemimpin Umno berpolitik dan ini menguatkan azam rakyat bagi menumbangkan parti yang rakus, ego dan sombong ini. Kenyataan dari Menteri bengap Noh Omar yang membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah adalah kenyataan berbentuk ugutan jahat yang penuh dendam kesumat. Perlukah kita mengaku salah semata-mata untuk menyembah kepala lutut Umno? Jawapannya tidak samasekali, PR wajib berkorban apa sahaja untuk membela rakyat termasuk para pelajar. Jangan kita korbankan masa hadapan anak bangsa kita demi untuk memuaskan nafsu binatang puak-puak haramjadah itu. Akan sampai masanya kita akan buktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan lagi seperti Umno di zaman Tunku Abdul Rahman atau Tun Razak yang prihatin kepada anak bangsa. Umno ciptaan Mahathir Kutty tidak pernah melihat penderitaan rakyat, sebab itu mereka sanggup untuk melakukan ugutan kepada Kerajaan Selangor asalkan para pelajar terus berhutang dengan mereka. Bangsat dan celakalah puak ini hendaknya. Di mana penari punggung? Di mana suara PERKASA dengan raja katak? Hilangkah suara Ketua Pemuda Umno? Jauh sekali jangan ditanya fatwa Mufti tentang sifat dendam Umno ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Apakah para pelajar boleh dipersendakan sedemikian rupa atas nama politik? Umno mahu melihat para pelajar sentiasa melutut kepadanya memohon sedekah. Memang kerja bangsat. Kepada PR Selangor, lakukan apa sahaja untuk selamatkan anak bangsa ini dari kezaliman Umno. Noh Omar, belum pun menjadi MB Selangor (Nau'zubillah) sudah begitu ego dan sombong sekali. Bayangkan jika orang seperti ini berada di kerusi MB Selangor, sudah tentu jauh lebih dahsyat dari Khir Toyo. PR Selangor, lakukan apa sahaja dan jangan samasekali melutut kepada parti bangsat sekutu Apco itu. Kami di belakang anda./wfauzdin.blogspot.com |
ISU PTPTN DI UNISEL - BAYANGKAN JIKA PR SELANGOR JUGA AMALKAN SIKAP BALAS DENDAM Posted: 07 Jun 2012 04:42 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS ISU PTPTN nampaknya dijadikan modal balas dendam Umno kepada PR setelah rakyat dapat memahami dengan jelas komitmen PR di dalam menghapuskan pinjaman PTPTN sebagaimana yang disebut oleh Sdr Rafizi sewaktu berdebat dengan KJ, Ketua Pemuda Umno baru-baru ini. Hasilnya, Umno terpaksa melaksanakan kerja balas dendam mereka dengan menjadikan UNISEL di Selangor mangsa pertama mereka. Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil", itulah yang ditegaskan oleh Muhyiddin selaku TPM yang kononnya berjiwa rakyat. Baca DI SINI. " Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu. Apa kah ini tindakan seorang pemimpin Melayu yang setiap kali di dalam Perhimpunan Agung Umno menghunuskan keris telanjang tanpa sarung itu? Penuh dengan dendam kesumat dan hasad dengki. Apa pula kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin? Beliau turut mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa UNISEL milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada PR membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia. Kita mahu tunggu apa pula komen Timbalan beliau, Datuk Saifuddin. Apakah di perut dan hati Datuk Saifuddin sama seperti kedua-dua tokoh Umno dari Johor itu? Cuba kita bayangkan, jika PR Selangor melakukan dendam yang serupa kepada ahli-ahli Umno/Bn di Selangor. Adakah PR Selangor mengecualikan air percuma, TAWAS, Wang RM2, 500 kepada ahli keluarga yang meninggal dunia dan banyak lagi kebajikan untuk rakyat Selangor terhadap semua ahli Umno/Bn Selangor? PR Selangor tidak mengecualikan mereka walaupun mereka tidak menyokong dasar PR. Malangnya, busuk hati pimpinan Umno yang turut dikongsi oleh PTPTN sendiri menunjukkan sikap sebenar Umno/Bn. Sehubungan itu, amat wajar sekali mereka ini dihumbankan di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan