WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
PELABUR DILINDUNGI,RAKYAT DIANIAYAI Posted: 26 Jun 2012 06:12 AM PDT EDISI TIDAK DI EDIT Gebeng-himpunan anti lynas yang berlangsung selama 24 jam bermula di pelangi beach resot dan berakhir jam 12 tengahari keesokkannya di pintu masuk kawasan perinustian gebeng berjaya menyampaikan mesej jelas rakyat terutamanya masyarakat kuantan kepada kerajaan negeri pahang khasnya dan kerajaan Malaysia umumnnya betapa rakyat menolah kilang memproses nadir bumi yang telah diberikan lesen operasinya.Majlis yang dianjurkan dengan penuh simbolik dengan pameran ,persembahan seni,kebudayaan orang asal ucapan wakil rakyat, dan aktivis ini cukup memberikankesedaran kepada rakyat. Turut hadir dalam pelancaran yang dianggap besar-besaran ini ialah Yb Azan Ismail,Yb Leong Ngah-Ngah,Yb Syed Mohammad, wakil Ngo,Aktivis hishamuddin Rais, dan wakil dari Raub anti Cynide dan wakil dari Bukit Merah. Dalam usaha msyarakat setempat dan seluruh Malaysia menyatakan rasa kebimbangan yang amat sangat itu, kerajaan didesak agar lebih serius menangani operasi kilang memproses nadir bumi bagi mengelak kesan yang sama yang telah berlaku di Bukit Merah dan kesan kajian ketas penduduk setempat yang berlaku di kawasan perlombongan emas yang menggunakan Cynide. Usaha ini diambilalih oleh sekumpulan aktivis yang telah melakukan berbagai cara termasuklah kemuncaknya menghimpunkan ribuan aktivs yang bersimpati dengan operasi kilang yang akan memulakannya setelah kerajaan memberikan kebenaran lesen operasi kepada syarikat dari Australia bagi memproses nadir bumi. Ucapan pada sebelah paginya dilakukan oleh pengerusi lajnah alam sekitar pas pusat Sdr zulkefly mohamad Omar wakil pas pusat menjelaskan bahawa pipinan pas pusat dan pakatan rakyat telah menyatakan pendirian tetap menentang operasi lynas malahan kerajaan cuba memusingkan kenyataan dr che rosli wakil rakyat ulu langat yang menyebut bahawa bukan isu radioaktif yang sebagaimana di katakana kerajaan yang menyatakan paling selamat dilakukan , malahan dr che rosli sendiri menyatakan bahawa kesan sisa toksik itu perlu di rujuk kepada pakar kesihatan yang dikeluarkan.Malah beliau sendiri menyatakan bahawa itu bukan bidang beliau untuk menilai tahap kesihatan. "Malahan saya menyatakan bahawa pengurusi PSC yang baru-baru ini menimbulkan isu PTPTN, dan kali ini juga beliau yang dipercayai tidak merujuk kepada laporan menyatakan bahawa tidak ada penempatan penduduk sekitar 6 kilometer, sebaliknya terdapat hampir 60 ribu penempatan di sekitarnya, selain itu juga , beliau belum juga menyatakan kesanggupan dan belum ada pun perjanjian dengan kerajaan Australia yang mahu menerima hasil pemperosesan radio aktif tersebut, kenapa belum ada perjanjian dan baru mahu mengkajinya sedangkan lessen untuk memulakan operasinya telah dibenarkan Syarikat tersebut tersebut dijangka mendapat mendapat keuntugan 8 billion setahun dan kerajaan memberikan lesen bebas cukai selama 12 tahun kepada syarikat terbabit.Jelas telah berlakunya rasuah dan ianya kemungkinan berlaku dan Pakatan Rakyat menegaskan bahawa apa sahaja industri dan pelabur yang mahu menjalankan operasi di Malaysia mestinya tidak harus menerima industri yang berisiko tinggi dan masa depan serta alam sekitar bagi rakyat dan negara serta kawasan ini pula merupakan kawasan pelancongan, malahan kita berjaya menafikan usaha ini di kawasan Broga yang akhirnya kita telah menang", jelas beliau lagi. Ucapan kedua dilakukan oleh Wakil penduduk dan aktivis Bukit Koman iaitu Saudari Chiu yang merayu kepada kerajaan agar memberikan sepenuh perhatian terhadap operasi perlombongan emas sejak sekian lama.di Bukit Koman Raub Pahang yang mana melibatkan perlombongan emas, dan lombong emas telah berpuluh-puluh tahun telah menggunakan bahan kimia iaitu cynide dan beroprasi dengan menggunakan bahan kimia itu sebanyak 1500kg cynide dan tidak meggunakan langkah yang sepatutnya dan kesan sisa toksik ini telah memberikan impak yang besar dan kerajaan sepatutnya menguruskannya dengan lebih cekap dan menjamin kesihatan rakyat sekitar, dan mendapati penduduk yang terdedah dengan bahan ini mengalami kesan lelah,penyakit kulit,kanser dan sukar bernafas. Wakil dari Bukit merah,Sdr Hua , yang turut menyertai kempen anti lynas telah menjelaskan kesan dari operasi Asian Rare Earth bersama beberapa penduduk telah menjelaskan bahawa sisa radio aktif yang telah menjejaskan kehidupan penduduk yang bermula pada tahun 1982. dan meyatakan bahawa kesannya terhadap penduduk telah menyebabkan mereka mengambil tindakan menyaman syarikat dari jepun tersebut dan akhirnya telah menyebabkan kilangnya ditutup, namun kesannya terhadap penduduk dan alam sekitar amat menyedihkan.kematian mengejut pekerja seramai 8 orang telah berlaku sekitar tahun 1985, telah menyebabkan penduduk sekitar seramai 80,000 orang menyaman syarikat berkenaan dan akhirnya kilang tersebut menutup operasinya . "Inilah kemenangan rakyat, namun kesannya juga amat membahayakan rakyat yang berda disekitarnya.jangan jadi seperti Bukit Merah dan Lynas amat merbahaya" katanya Menurut sdr Wong Tat dalam sidang media nya adalah untuk menunjukkan dan mendedahkan kesan-kesan yang diterima rakyat sekiranya Lynas dijalankan di kawasan Gebeng dan kesannya tetap berlaku di sekitar Besarah dan balok yang menjadi tempat pelancongan."Tujuan wakil-wakil ini dibawa ke Gebeng dan pelancaran menentang serta pameran yang dilakukan adalah untuk menunjukkan bukti bahawa, kesannya dan akibatnya tetap dihadapi oleh rakyat sekitarnya"jelas beliau lagi. .Selepas ucapan dari wakil-wakil penduduk dan aktivis yang memperjuangkan kesan radio aktif di tempat masing-masing, maka seluruh aktivis bergerak ke tepi pantai memacak dan mempamerkan bantahan melalui banner-banner dan juga symbol kepada operasi lynas dan mengecam tindakan kerajaan terhadap apa yang sedang berlaku di kawasan perindustrian Gebeng.Turut bersama melakukannya ialah YB leng Ngah Ngah ADUN Triang,YB Syed mohammad ADUN Beserah, YB Azan Ismail,Sdr Zulkefly dan aktivis memacak serta mempamerkan papan keranda sebagai tanda simbolik kematian rakyat akibat aktiviti Lynas. ACARA SENI DAN UCAPAN WAKIL SEBELAH MALAM Upacara sebelah malammnya bermula jam 9, apabila wakil dari penduduk setempat dan pengerusi PKR negeri Dato Fauzi Abdul Rahman yang memulakan ucapan beliau dengan menyatakan bahawa beliau yang berasal dari kuantan, datuk dan neneknya juga bersal dari kuantan dan kini kebimbangan tentang loji memproses nadir bumi ini sudah sampai ke kemuncaknya apabila kerajaan meluluskan lessen iperasinya. "Saya anak kuantan, keturunan saya dari Kuantan , apa yang YB fauziah perjuangkan kepada penduduk Kuantan adalah benar, dan kita juga merasakan tidak selamat jika kilang inii beroperasi. Dimana kita akan pergi setelah semua ini berlaku dan kita tinggal disini.Jika kita semua bersatu memilih Pakatan Rakyat, kita telah berjanji untuk menamatlan oeprasi kilang ni dengan apa cara sekali pun demi kesihatan penduduk setempat dan negara seluruhnya.Untung 8 billion hanya dengan 350 peluang pekerjaan tidak seberapa, sedangkan kesannya keatas manusia amat membingkan" demikian ucapan beliau di hadapan 1000 hadirin yang hadir pada seblahmalamnnya. Selain beliau turut berucap pada malam tersebut ialah wakil dari BERSIH, Wakil dari JOM PANTAU PRU13, dan juga persembahan hiburan.penerangan mengenai tuntutan bersih dilakukan oleh saudara Syed Ibrahim yang juga merupakan wakil GMI. Persembahan hiburan dan kebudayaan di adakan selepas itu dimana Sdr Nik jidan dengan lagunya ABU asal bukan Umno diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin.beliau berjaya dengan persembahan solo beliau, Turut menyerikan acara malam tersebut ialah Black dan kumpulan serta persembahan kebudayaan orang asal dari Pekan dimana 2 buah lagu disampaikan oleh kumpulan orang asal semai jahut. Upacara sebelah malamnya diakhiri dengan embakar banner sebagi simbolik kepada hancurnya kilang dan juga kematian bagi Barisan nasional yang menjaga kepentingan pemodal dari menjaga rakyat terbanyak.ianya dilakukan oleh A.samad said,Yg Leng Ngah-ngah dan juga wakil-wakil ngo. PAGI DI KAWASAN PERINDISTRIAN GEBENG Jam 9 pagi para penyokong dan aktivis bergerak secara bersendirian dan berkumpulan,lebih 200 orang telah berjaya memasuki kawasan perindustrian Gebeng melalui jalan alternative,namun bagi penduduk luar, jalan utama telah disekat,pihak polis menyoal dan megarahkan berpatah balik.Kumpulan yang berjaya cuba menghampiri kilang Lynas, namun disekat oleh polis trafik dan di hadapan pintu masuk seperti biasa pihak FRU menunggu.nampak sangat seorlah-olah benteng yang disediakan bagi menyelamatkan dan mempertahankan kilang tersebut beroperasi, dan rakyat berpatah balik, kaum pemodal bermegah hati dengan perkembangan ini.Pihak polis ini bukan sahaja mengawal lalulintas dan mengunakan sepnuhnay anggota bagi mempertahankan lynas dari dihampiri rakyat.Mereka berkhemah disitu sejak malam sebelumnya, seolah-olah loji dan kilang tersebut harus dijaga dengan sesungguhnya dan rakyat adalah hamba kepada kerakusan dan penguasaan kerajaan. Kumpulan ini kemudiannya beratah semula ke pintu masuk utama kawasan peruindustrian gebeng dan berkumpul disitu.Pintu utama ini juga di sekat pihak polis.Oleh kerana pimpinan utama seperti Mat Sabu,A Samad Said, dan beberapa Yb lainnya disekat, maka tindakan berkumpul di pintu masuk kawasan perindstrian Gebang pun bermula,disini seramai hampir 2000 aktivis berkumpul dan duduk sebagai symbol membantah kehadiran logi pembuangan sisa toksik yang kini berada dibumi Malaysia. "Kerajaan mungkin senang dengan apa yang berlaku namun kita tetap melawan., kerajaan lebih senang menerima pelaburan dan keuntungan dengan mengadaikan nasib dan kesihatan rakyat di bumi Malaysia ini.Untuk menghentikannya, maka seluruh rakyat harus bersatu tumbangkan Umno" demikian jelas Mat Sabu dalam ucapannya . |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan