WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?
- SIDANG MEDIA DI BANGKOK BERKAITAN KAPAL SELAM
- Kehilangan Jaban: Malaysia di bawah "hukum rimba"?
Posted: 03 Jun 2012 03:07 AM PDT |
Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun? Posted: 03 Jun 2012 02:49 AM PDT Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya. Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut. Di samping itu, menurut perangkaan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, KWSP menjadi "khazanah" terbesar untuk kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan). Badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini. Seandainya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP. Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC. Hutang RM101.6 bilion perlu dijelaskan Perhitungan kasar MerdekaReview mendapati hutang sekuriti kerajaan Malaysia dan Sukuk yang sampai ke tarikh tebusannya antara tahun 2010 hingga 2012 berjumlah RM101.65000 bilion, iaitu 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri. Jumlah hutang dalam negeri telah mencecah paras RM348.6 bilion pada hujung tahun 2009. Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, hutang Bil Perbendaharaan yang bernilai RM10 bilion akan tiba tarikh tebusannya pada tahun ini, namun kerajaan persekutuan masih belum menjelaskan RM4.32 bilion daripadanya. Selain itu, hutang sukuk yang bernilai RM5.0 bilion yang harus dijelaskan pada tahun 2012, masih dihutang RM4.9 sehingga kini. Sementara itu, Sekuriti Kerajaan Malaysia bernilai RM92.4 bilion yang belum dijelaskan akan sampai ke tarikh tebusannya, mulai tahun ini hinggalah tahun 2012. Apa yang menarik, bon yang bakal sampai tarikh tebusan ini diterbit oleh kerajaan Malaysia antara tahun 2001 hingga 2009, dan melibatkan angka yang besar. Akibat daripada pembaziran 10 tahun lalu Ia sebenarnya mencerminkan pembaziran dan kekurangan disiplin ketika kerajaan mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi pada tahun 1997. Sepanjang 10 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul, menjurus kepada akibat hari ini, di mana kita berada pada saat genting untuk membayar hutang dalam tiga tahun ini. Kerajaan Malaysia sebenarnya berpeluang untuk mencapai keseimbangan belanjawannya dalam tempoh 10 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya. Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan melonjak secara mendadak selepas kemelut ekonomi Asia, dari RM90 bilion (atau 32% berbanding KDNK) pada tahun 1997, kepada RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008. Pada ketika angka defisit dan jumlah hutang semakin melambung, kerajaan mengemukakan pakej ransangan ekonominya dengan RM67.0 bilion. Defisit kewangan terus melonjak dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7.4% pada tahun 2009. Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan berkembang dari RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008, kepada RM362.5 bilion (atau 52.4% berbanding KDNK) pada tahun 2009. Menurut seorang juruaudit, kerajaan Malaysia agak bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan. Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak. Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini. Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi. Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan. *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal. |
SIDANG MEDIA DI BANGKOK BERKAITAN KAPAL SELAM Posted: 03 Jun 2012 12:16 AM PDT BERBAGAI USAHA CUBA DITUTUP BERKAITAN DENGAN PEMBELIAN DAN SKANDAL KAPAL SELAM, NAMUN USAHA INI DILAKUKAN DI BANGKOK MELALUI SIDANG MEDIA. BAGI YANG TERLIBAT.....TIDOQ MALAM TAK LENA LA WOIIIII Peguam Perancis yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM telah mendakwa seorang pembantu rapat Perdana Menteri Najib Altantuya menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis. "Ia adalah dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit," Joseph Breham memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok pada hari Rabu. Menurut Breham, yang mengetuai pasukan undang-undang SUARAM, polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis. Berita terbaru yang melibatkan pengkhianatan akan menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, yang sudah bimbang dan kecewa dengan endemik rasuah pemerintah parti Umno Najib. Breham dipetik berkata, di Perancis menjual menjual maklumat sulit negara lain adalah melanggar undang-undang pertahanan. "Ia adalah pengkhianatan kerana anda menjual rahsia pesaing atau negara asing tentang spek senjata dan pelan bagaimana untuk menggunakan senjata khusus ini. Di Perancis, jika mereka dilepaskan, anda boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara." tambahnya lagi. Ke Hong Kong untuk menutup jejak Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bil. Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd. Najib Altantuya adalah menteri pertahanan yang telah mempersetujui pembelian itu pada tahun 2002. Baginda telah menjadi pensyarah di Kementerian Pertahanan dan menjadi pengarah sebuah badan strategi penyelidikan di Malaysia. Menurut Breham, laporan itu adalah mengenai kerja "kejuruteraan komersial". "Mereka diberikan maklumat yang sedia ada di Internet dan akhbar, kecuali satu dokumen ini." Kata Breham, sambil merujuk kepada majistret penyiasat di mahkamah Paris di mana perbicaraan terbuka telah bermula bulan lepas. Hubungan dengan Daim Selepas gagal mendapatkan kerajaan Malaysia untuk memulakan siasatan besar-besaran terhadap dakwaan penyelewengan wang pembayar cukai oleh pucuk pimpinan, SUARAM telah memfailkan aduan terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010 kerana didakwa telah menyogok pegawai Malaysia untuk mendapatkan pengambilalihan itu secara kontroversi. Ia adalah salah di sisi undang-undang Perancis bagi firma untuk menawarkan rasuah atau komisen bagi menjamin transaksi dan jika DCNS didapati bersalah, ia mungkin perlu membayar balik wang rakyat Malaysia. Dalam proses itu, pegawai-pegawai Malaysia yang bersalah akan diketahui - satu langkah yang akan memaksa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan atau sedia menghadapi cemuhan di seluruh dunia dan kehilangan kredibiliti. Hanya sehari yang lalu, SURAM telah mendedahkan bahawa selain dari Najib Altantuya dan Baginda, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mungkin juga telah terlibat melalui sekutunya Mohd Ibrahim Mohd Noor. Dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk dokumen yang berlabel "Malaysia", di mana terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI - dua firma yang dikaitkan dengan Baginda. Laporan ini termasuk nota mengenai "Mengesan latar belakang rundingan", yang menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat syarat bahawa pemindahan wang yang besar disalurkan kepada individu dan/atau organisasi politik. "Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari pemberi perintah. Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak sebagai titik rujukan untuk rangkaian politik, "kata Suaram dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu. Baginda ambil alih dari Mohd Ibrahim apabila kuasa Najib meningkat dan Daim menurun Nota juga mendedahkan bahawa menjelang awal 2001, pengaruh Mohd Ibrahim mula merosot berikutan kejatuhan Daim dari kuasa, yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah. Dia kemudiannya digantikan oleh orang-orang Razak Baginda. Bertentangan dengan dakwaan beberapa blog Umno yang cuba untuk memesongkan fakta dengan menyalahkan Daim, dokumen yang disita setakat ini oleh polis Perancis menunjukkan bahawa Baginda akhirnya memang menjadi titik rujukan utama bagi rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang. "Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya (Mazlinda) adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan (Rosmah). Oleh itu, Baginda menjadi orang penting: Terasasi dikaitkan dengan Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Mohd Noor," jelas nota itu. C4 disebut dalam dokumen-dokumen disita polis Perancis Baginda diminta untuk menjadi saksi dalam kes di Perancis. Dia telah dibebaskan daripada pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan dia juga telah mengakui mangsa sebagai bekas kekasihnya yang dipercayai tahu tentang transaksi Scorpenes. Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, berada di Kuala Lumpur pada bulan lepas dan mengejutkan negara apabila beliau mendedahkan bahawa anak perempuannya telah datang untuk berjumpa Najib untuk "memutuskan sesuatu bersama dengannya". Jika benar, ini akan mempunyai implikasi politik serta jenayah yang serius bagi Najib Altantuya, yang menjadi PM sejak tahun 2009 dan yang telah menolak semua gesaan untuk meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan untuk kedua-dua kes pembunuhan dan pembelian Scorpenes. "Saya bertanya kepadanya apakah tujuan dia datang ke Malaysia. Dia menunjukkan kepada saya gambar yang diambil di Paris. Tiga orang berada di dalamnya - Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya. Dia berkata 'Saya perlu berjumpa dengan orang penting disana', dan menunjuk kepada Najib Altantuya," kata Setev. "Dia memberitahu saya dia mempunyai sesuatu untuk dibincangkan dengan Najib. Saya memberitahunya ia tidak berbaloi tetapi dia tetap pergi. Ramai saksi telah melihat gambar ini saya bukan satu-satunya malah Burmaa Oyunchimeg, yang juga merupakan seorang saksi telah memberitahu mahkamah mengenai perkara itu semasa perbicaraan pembunuhan pada tahun 2007. " Altantuya dibunuh dalam di dalam hutan di Malaysia pada tahun 2006 dan badannya dibom dengan menggunakan bahan letupan C4 gred tentera untuk mencegah dirinya dari dikenalpasti. Antara dokumen yang disita oleh polis di Perancis merupakan satu sub-folder yang bertajuk "C4" – dan ini terus mengukuhkan syak bahawa Altantuya telah dibunuh kerana pengetahuannya berkenaan hal Scorpene dan walaupun dua bekas pengawal peribadi Najib Altantuya, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dihukum gantung bagi pembunuhan itu, mereka hanya bertindak atas arahan dari 'atas'. |
Kehilangan Jaban: Malaysia di bawah "hukum rimba"? Posted: 02 Jun 2012 11:38 PM PDT Adakah Malaysia benar-benar bebas dan berdaulat atau di bawah "law of the jungle" di mana penyampai berita Radio Free Sarawak Peter John Jaban yang telah hilang selama 6 jam sejurus selepas sampai di Miri tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Saya baru sahaja bercakap dengan peguam Jaban, Alan Ling yang juga ADUN DAP Piasau di Miri dan beliau sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Jaban selama 6 jam selepas berjumpanya di Lapangan Terbang Miri dari Kota Kinabalu. Alan baru sahaja bercakap dengan pihak polis Miri lebih kurang satu jam tadi dan dimaklumkan sekali lagi bahawa pihak polis Miri tidak menerima apa-apa arahan atau terlibat dalam penahanan Jaban atau kehilangannya. Jaban (gambar kiri) telah sampai ke Miri dari Kota Kinabalu menaiki penerbangan Air Asia kira-kira pada pukul 10:45 pagi dan seperti yang dikatakan oleh pihak polis Miri bahawa tiada apa-apa pun arahan untuk menahannya, Jaban telah meninggalkan lapangan terbang Miri menuju ke bandar Miri bersama-sama Pengerusi PKR Miri Dr.Michael Teo. Dalam perjalanan ke Bandar, tiga orang lelaki dalam kereta Proton telah memberhentikan Teo dan Jaban, dan telah membawa Jaban bersama mereka. Enam jam telah berlalu dan tiada sesiapapun yang tahu menahu mengenai apa yang telah berlaku pada Jaban, jika beliau selamat ataupun sebaliknya - jika tiga orang lelaki yang membawa Jaban itu dari polis Miri yang khasnya telah dihantar unuk memberkas Jaban, dan jika benar mengapa pihak polis Miri masih enggan memberi komen. Malaysia kini berada dibawah penelitian warga antarabangsa terhadap pengendalian oleh kerajaan berhubung dengan kes Jaban oleh kerana kes ini akan menjadi satu skandal antarabangsa sekiranya seseorang itu boleh hilang begitu sahaja selama enam jam selepas sampai di lapangan terbang Miri pagi tadi. Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Omar Ismail mesti diingatkan bahawa dunia sudah memasuki era teknologi maklumat di mana maklumat dan informasi dapat disampaikan seperti kelajuan cahaya dan akauntabel bukan sahaja dalam tetapi di luar negara juga. Rakyat Malaysia dan warga dunia mengharapkan yang mereka ini akan mendedahkan tempat di mana Jaban berada kerana tempoh masa enam jam itu memang memadai untuk pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai lokasi Jaban atau pengakuan terbuka bahawa keadaan anarki di Malaysia telah sampai ke satu tahap di mana tiga orang yang tiada apa-apa kaitan dengan pihak polis atau kerajaan telah diculik pada siang hari di bandar Miri dalam negara Malaysia! *Lim Kit Siang (gambar kanan) ialah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan