shalehudin |
- Layan mangkuk ni hanya buang masa... kahkahkah...
- Menantu Najib nak lari mana... kahkahkah...
- Abby belum sampai SERU nak masuk PAS...
- LAWAK Umno memang tak boleh blah...
- Ahhh!!! Tian Chua dah bikin PANAS pulak...
- PANAS: Bakal besan kelaku SETAN...
- Malaysia ni memang PELIK... kahkahkah...
- MENARIK: Ketahui juzuk Al-quran cara matematik
- Apasal ATM Maybank ja jadi camni?
Layan mangkuk ni hanya buang masa... kahkahkah... Posted: 29 Jun 2012 09:00 AM PDT Ahmad Awang: Cukuplah debat hadis 26 tahun lalu Tidak perlu lagi debat berhubung isu hadis dengan Dr Kassim Ahmad yang pernah berlangsung 26 tahun lalu kerana sarjana kontroversi itu tidak akan mengubah pendiriannya, kata tokoh ulama Dr Ahmad Awang. Ahmad yang mengetuai debat Pusat Islam berdebat dengan Dr Kassim pada 1986 itu berkata, mengadakan debat sekali lagi hanya membuang masa memandangkan sehingga hari ini penulis itu masih mempertahankan hujahnya. "Tiada sebab (hendak berdebat). Sudah 26 tahun. Orang ramai pun boleh menilai. Dia berdegil dan cuba cari kesempatan sebenarnya. Dia kata keadaan sekarang dah berubah. "Mungkin maksud dia mengenai Islam liberal yang ada penyokongnya di kalangan intelektual. "Tak ada maknalah. Buang masa. Saya takkan fikir untuk berdebat semula," kata Ahmad ketika ditanya sama ada beliau bersedian berdebat sekali lagi dengan Dr Kassim berhubung idea-idea dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula. Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, perdebatan 26 tahun lalu 'tergantung' kerana pihaknya tidak sempat berhujah kerana Dr Kassim terpaksa pulang awal untuk mengejar penerbangannya ke Pulau Pinang. "Perbincangan itu tidak habis kerana Kassim suruh kita mendengar dulu hujahan dia. Tapi lepas dia berhujah hampir sejam lebih, masuk pula waktu Asar. Selepas Asar Kassim perlu balik ke Pulau Pinang kerana tiket kapal terbangnya dalam pukul enam lebih. "Dia berjanji akan datang semula. Tetapi selepas dua, tiga bulan, dia tidak datang sebaliknya buku itu diterbitkan," kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan anggota majlis syura PAS itu. 'Bukan nilai, tapi tolak' Ditanya tentang arahan Kementerian Dalam Negeri supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyemak semula buku itu, Ahmad berkata perkara itu tidak mungkin kerana ia didakwa jelas bertentangan dengan ajaran Islam. "Saya sendiri ada salinan buku Hadis: Satu Penilaian Semula sebelum ia diterbitkan. Memang dia menolak hadis. Bukan penilaian semula. Tetapi menolak terus. "Tapi saya tak tahulah kalau kerajaan ada kepentingan lain (untuk menerbitkan buku)," katanya Ahmad lagi sambil menambah buku itu berbahaya kepada akidah umat Islam. "Menteri sekarang ini pun tidak tahu mengenai agama. Sebab itu dia serahkan kepada Jakim. "Buku itu memang banyak bercanggah. Dia kata hadis tak ada dan sunah itu rekaan ulama. Dia kata, kalau ada pun hadis yang boleh digunakan, hanya dua, tiga hadis sahaja. Dr Kassim bagaimanapun menjelaskan beliau bukan anti-hadis sebaliknya hanya kritikal kepada sumber Islam kedua itu dan menerima kira-kira 40 hadis yang didakwanya tidak bertentangan dengan al-Quran. Malaysiakini sebelum ini melaporkan, arahan KDN bagi mengkaji semula pengharaman buku Hadis: Satu Penilaian Semula dibuat pada 20 Jun setelah Dr Kassim menuntut perkara itu tiga bulan sebelumnya. - Malaysiakini |
Menantu Najib nak lari mana... kahkahkah... Posted: 29 Jun 2012 08:57 AM PDT Bakal menantu Najib dari Kazakhstan lari ke Malaysia? 29 Jun: Beberapa blog dan facebook memberi gambaran Daniyar Nazarbayev – bakal menantu Perdana Menteri, berada di negara ini berdasarkan dua gambar yang tersebar di internet. Ia memaparkan seorang individu lelaki menyerupai Daniyar, menjalani latihan ketenteraan dan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia. Sedangkan, keluarga Daniyar Nazarbayev sebelum ini menyatakan Daniyar mendaftar di Sandhurst Military College, sebuah kolej ketenteraan berprestij. Namun, gambar itu menunjukkan seolah-olah Daniyar berada di Malaysia, malah ada pendapat menyatakan ia dirakam di kem askar Port Dickson. Kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak pula membuat sebarang penafian. Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri. Daniyar bertunang dengan Nooryana Najwa Jun tahun lalu. Ibunya, Maira Nazarbayev – bakal besan Najib pula dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah. Sumber yang dipetik portal berita tempatan, Free Malaysia Todaymelaporkan, Maira ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis daripada Interpol. Dalam New York Post juga, Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. Gambar Daniyar yang dikatakan berada di Malaysia boleh diakses di sini |
Abby belum sampai SERU nak masuk PAS... Posted: 29 Jun 2012 06:00 AM PDT Mohd Nasir menyampaikan buku Munajat Pejuang kepada Abby Abadi. Abby: 'Belum sampai masa masuk Pas' ALOR SETAR - Belum sampai masanya lagi! Demikian kata Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan televisyen Gerak Khas ketika diajukan pertanyaan sama ada akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas. Beliau berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini. Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya. "Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan. "Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan. "Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya. Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya." Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi. Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa. Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan. "Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan. "Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian," katanya. Menurutnya, hasrat beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah. "Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. "Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya. Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. "Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya. Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah. - SH |
LAWAK Umno memang tak boleh blah... Posted: 29 Jun 2012 05:25 AM PDT Awak ni funny lah UMNO Saya suka menonton komedi. Ini penting supaya saya tidak terlalu tertekan memikirkan segala macam masalah ekonomi yang saban hari menggasir usia dan sumber-sumber yang saya ada. Kalau ada gunung pun boleh runtuh. Tuntutan kewangan saban hari menjadikan apa sahaja pendapatan yang saya perolehi tidak begitu bernilai. Jadi saya suka komedi. Kerana komedi buat saya ketawa dan lupa sebentar tentang penderitaan poket dan dompet yang semakin merekah gersang tanpa aliran wang yang baik. Tidak ada ubat yang lebih baik daripada ketawa. Err.. Okay, mungkin ada. Tapi itu bukan pokok pangkal cerita hari ini. Komedi yang baik selalunya memerlukan lawak jenaka yang nampak bersahaja. Itu yang membuatkan siri Friends begitu berjaya di seluruh dunia. Jenaka yang diperankan oleh sekawan manusia yang berdepan masalah-masalah harian itu dilakukan dengan penuh bersahaja. Tidak nampak dibuat-buat. Namun pastilah ada komedi yang lebih baik dan lebih berjaya daripada siri Friends, yang hanya bertahan untuk sepuluh musim. Apabila kerajaan Malaysia kelmarin mengumumkan bahawa tema Hari Merdeka tahun ini ialah 'Janji Ditepati', hancurlah reputasi Friends sebagai siri komedi yang baik. Dirampas takhtanya itu oleh Barisan Nasional, yang sudah pun berbuat lawak jenaka sejak puluhan tahun lampau. Pastinya melampaui sepuluh musim Friends. Jenaka United Malays National Organisation dengan slogan 'Janji Ditepati' ini ialah jenaka tahap tinggi. Tanpa perlu berhujah tentang 'Hari Merdeka bukan bapak dia punya hari jadi', kita sendiri boleh menilai bahawa 31 Ogos bukan Hari UMNO, biar pun kita akui bahawa memang kita merdeka 10 tahun lewat berbanding orang lain yang bergegas merdeka sebaik tamat perang dunia. Jadi 'Janji Ditepati'… Hurmmm. Bila yang dia janjikan duit buat ganti tayar teksi? Tapi tak apa. Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Najib Razak kerana berjaya meningkatkan jumlah keterhutangan nasional sehingga begitu hampir ke paras yang dibenarkan undang-undang. Kita semua pastinya akan lebih besar hati kalau Najib Razak boleh keluarkan wang simpanannya sendiri untuk ditabur kepada semua orang, tetapi kita tahu itu tidak akan terjadi. Tetapi betulkah bantuan ini benar-benar membantu? Atau sekadar dibuat supaya nampak macam sedang buat sesuatu? Maka mudah nanti mengikat leher mereka yang dibantu supaya kekal menyembah takzim kepada Barisan Nasional? Tidak, saya tidak mempersoalkan nawaitu, saya pasti Barisan Nasional ikhlas dan punya hati yang suci murni untuk membantu meningkatkan beban hutang negara yang akan ditanggung oleh anak cucu kita nanti. Kemudian apa? Nganga tunggu bantuan spesis lain pula? Dulu BR1M. Sekarang bagi duit tukar tayar, (walau pun masalah sebenarnya ialah hak permit teksi, tapi tak apalah, kita kan dipaksa bersyukur juga) dah jadi TR1Ma. Lepas ini apa? BAg1 BAL1k kepada Bn1UMN0. – Roketkini.com |
Ahhh!!! Tian Chua dah bikin PANAS pulak... Posted: 29 Jun 2012 02:15 AM PDT Tian Chua bikin kecoh lagi... Tian Chua mula bikin panas lagi... Altantuya yang berusia 28 tahun telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan walaupun mahkamah Malaysia enggan mengenal pasti motif untuk membunuh dirinya, kebanyakan mereka yang mengikuti kes itu percaya ia adalah kerana dia mempunyai maklumat berkaitan dengan pengambilalihan Scorpenes. Azilah, Ketua Inspektor pasukan polis Malaysia, dan Koperal Sirul Azhar dihukum gantung pada tahun 2009 kerana membunuh dia dalam hutan dan kemudian mengebom tubuhnya dengan bahan letupan C4 untuk mencegah pengenalannya. Kedua-dua merupakan bekas polis dan pengawal peribadi kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Rayuan mereka akan didengar pada 27 dan 28 Ogos. Baginda yang juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu telah dibebaskan dan ia telah menjadi kontroversi, menyebabkan bantahan rakyat kepada kerajaan secara besar-besaran dan badan kehakiman yang cuba menutup jenayah itu. |
PANAS: Bakal besan kelaku SETAN... Posted: 28 Jun 2012 10:17 PM PDT LAGI BERITA SUWEY UNTUK NAJIB DAN ROSMAH TERNOW TERKINI besan najib telah di tangkap di dubai oleh interpol sedih tetapi benar berita juga ada mengatakan bahawa nama najib juga akan masuk dalam senari interpol jika enggan datang ke paris untuk jadi saksi kes rasuah jual beli kapal selam apa punya suwey! SEMUA MULUT BESAR KOMENTAR TUKAR TIUB kah kah kah kah kah kah kah kah kah padan muka anak nak berancok pakai duit kerajaan anak nak berancuk pakai duit orang ramai BERANCUK PAKAILAH DUIT SENDIRI kah kah kah kah kah kah BESAN NAJIB DI TANGKAP DI DUBAI OLEH INTERPOL - fmt DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian. Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan. "Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya," kata sumber itu kepada FMT. MULUT BESAR LULUSAN KULUM DIA FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas. Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya. Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu. DI CARI OLEH POLIS AMERIKA New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat. Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. Brader TT |
Malaysia ni memang PELIK... kahkahkah... Posted: 28 Jun 2012 06:57 PM PDT MALAYSIA NEGARA UNIK LAGI PELIK LAGI MELIK GUA RASUAH 1 BILION BARU OK SPRM SIASAT RAFIZI ISU PM CAMPUR TANGAN TENDER - mkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion. Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam. Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini. Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi. Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK). KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... MALAYSIA INI MEMANG PELIK.... kah kah kah... kah kah kah...MALAYSIA INI MEMANG UNIK.... kah kah kah... kah kah kah...KALAU BUAT ADUAN TENTANG ORANG BUAT RASUAH.... kah kah kah.. kah kah kah...BUKAN SPRM SIASAT ORANG YANG DITUDUH RASUAH ... kah kah kah... kah kah kah... TAPI SPRM SIASAT ORANG YANG BUAT TUDUHAN ITU... kah kah kah.. kah kah kah...SAMPAI KIAMAT RASUAH TAK SELESAI SELESAI.... kh kah kah... NOTA : rafizi tuduh najib rasuah najib salah guna kuasa tapi yang disiasat bukan najib tapi rafizi kah kah kah Brader TT |
MENARIK: Ketahui juzuk Al-quran cara matematik Posted: 28 Jun 2012 06:19 PM PDT Cara Mengetahui Juzuk Al-quran Melalui Matematik "Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia) Jom sama-sama kita belajar… Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? Contoh 2 Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182 Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala… |
Apasal ATM Maybank ja jadi camni? Posted: 28 Jun 2012 12:00 PM PDT Attention to All Maybank Account Holders!!! All Maybank account holders with ATM cards, please be careful when witfhdrawing money through ATM machine. 1. For the first time when you enter the right pin number, a message "invalid pin number" pops up. 2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message "invalid pin number", please call this number 'xxx-xxxx' pops up. 3. If you call this number, you will lose all your money. NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. Share this out to your friends. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan