shalehudin |
- BONGKAR: Nama PM di sebut dalam Video nie
- TERHOT: Parti Islam menang di Mesir... TAKBIR
- Bijak cara cina nie MAINKAN UTUSAN... kahkahkah...
- Utusan offer DUIT BUTA kat Anwar Ibrahim
- JOM LANGGAR Khalid Samad...
- Mangkok betoi la POMPUAN MISTERI nih...
- Mampuih la UMNO kali nie, hampa tunggu bom terbaru...
- Anugerah ANAK JANTAN Umno... kahkahkah...
BONGKAR: Nama PM di sebut dalam Video nie Posted: 24 Jun 2012 09:45 AM PDT [VIDEO] Nama PM Disebut Dalam Video Beli Ahli Parlimen PKR Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi. Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu. "Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti. "Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan," beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan. Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR. "Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli," tambahnya. Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat. "Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang. "Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan," tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. "Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun. "Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat," jelas beliau. Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. -selangorku GB Video beli MP: Khalid dedah seorang lagi ajen Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan sambungan video perbincangan agen BN bersama wakil Ahli Parlimen Parlimen Pakatan Rakyat untuk melakukan pembelian wakil rakyat. Video 30 saat yang ditayangkan kepada media itu menunjukkan wajah seorang lagi yang didakwanya sebagai 'agen Umno' yang dinamakannya sebagai Azwanddin Hamzah iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Sebelum ini, rakaman video pertama yang didedahkan Khalid menunjukkan wajah salah seorang lelaki yang didakwa bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim. Selain menayangkan video, Khalid turut mengedarkan transkrip dialog antara Zamil dengan Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu. Bagaimanapun, transkrip itu tidak begitu lengkap. Zamil dalam transkrip dan video tersebut ada menyebut beberapa nama anggota PKR yang dianggap 'tidak berpuas hati dengan parti. "Saya pun dari asal PKR. Kawan-kawan saya.. Sala...I mean..sat.. Sallehuddin dengan report itu semua...lepas itu ini Shamsul Iskandar, Jonah dan sebagainya ramai kawan-kawan lagi...kadang kala kita jumpa kita cakap termasuk Dato Rashid Din Merbuk. "Saya rasa lebih kurang sekarang 31...saya rasa sekarang lebih dari setengah..Sani..Abdullah Sani, ini apa Amran, Ajiz Ketereh, ini semua tidak akan disenarai semula.." Kata Zamil dalam transkrip video tersebut. Khalid berkata, terdapat usaha yang gigih dan teratur untuk membeli ahli Parlimen PKR bertujuan memburukkan parti itu. "Mereka tumpu kepada PKR sebab nak tunjuk PKR ini lemah. Nak buat pada PAS tak boleh sebab PAS dah kuat, dah 30 tahun," katanya. Namun ujarnya, Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu sehingga sekarang masih berada di dalam PKR. Khalid berkata, beliau akan menayangkan secara berperingkat-peringkat video selama tiga jam itu. -HD |
TERHOT: Parti Islam menang di Mesir... TAKBIR Posted: 24 Jun 2012 09:00 AM PDT Alhamdulillah..Dr Mohammad Morsi dari Ikhwanul Muslimin telah diumumkan sebagai pemenang Pilihanraya Presiden Mesir (Jam 10.33pm waktu Malaysia)..... Allahu Akhbar..Allahu Akhbar...Allahu Akhbar Tiada yang dapat ku ungkapkan pada saat ini melainkan lafaz-lafaz memuji-Mu ya Allah. Semoga kemenangan ini membawa sinar baru untuk umat ini! |
Bijak cara cina nie MAINKAN UTUSAN... kahkahkah... Posted: 24 Jun 2012 08:05 AM PDT Guan Eng akan serahkan RM220,000 gantirugi dari Utusan kepada badan amal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia sebagai satu kemenangan untuk kebebasan akhbar di Malaysia. Beliau juga akan mendermakan RM220,000 ganti rugi yang akan dibayar kepadanya oleh akhbar tersebut kepada badan amal dan kebajikan. "Ini adalah kemenangan untuk kebebasan akhbar kerana di negara ini media dimonopoli oleh akhbar arus perdana yang pro Umno-BN. "Mereka secara berterusan telah memfitnah saya dalam isu yang sama, tetapi tidak sekalipun diberikan hak untuk menjawab dalam isu yang mereka timbulkan. "Kalau adapun, kenyataan saya akan diputar belit, jadi sebab itu kerajaan pusat harus membebaskan media-media kita dari cengkaman akta yang mengongkong kebebasan media. "Ini kerana media telah dikongkong oleh Umno-BN," kata Guan Eng ketika dihubungi TVSelangor hari ini. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar RM220,000 kepada Guan Eng atas kesalahan memfitnah. Utusan Malaysia didapati memfitnah Guan Eng dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" yang membawa maksud DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Akhbar itu diperintahkan agar membayar RM200,000 untuk kerugian atas kerosakan yang dilakukan akhbar itu dan RM20,000 untuk kos mahkamah. Guan Eng mendakwa ucapannya jelas merujuk kepada pentadbirannya yang akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan'. Terdahulu, pada Disember tahun lalu, mahkamah yang sama turut memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM225,000 kepada Guan Eng kerana memfitnahnya dalam laporan yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'. Laporan tentang Setiausaha Agung DAP itu diterbitkan pada 20 Disember 2010. "Syukur atas kemenangan ini, jadi saya akan dermakan kepada badan-badan amal kebajikan yang memerlukan apabila bayaran tersebut dijelaskan oleh Utusan," katanya lagi. Selangorku |
Utusan offer DUIT BUTA kat Anwar Ibrahim Posted: 24 Jun 2012 03:43 AM PDT Nih kalau saman, berjuta pulak Anwar dapat duit BUTA... kahkahkah... Bangang betoi la Mahathir... RM3 bilion tu banyak oooo... dia tak boleh nampak ka apa yang Ummi nampak... Bangang pasai terlepas pandang isu RM3 bilion duit Anwar semasa jadi TPM dulu... Kalau la Mahathir jumpa Ummi Hafilda dulu, tentu dah lunyai Anwar meringkuk dalam penjara Mahathir... kahkahkah... Akhbar Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan foto seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai "akaun luar biasa RM3 bilion." Foto berkenaan, lapor akhbar itu, pada awalnya terbit di satu blog novandri.blogspot.com, selepas seorang anggota Umno, Ummi Hafilda mendakwa telah menyerahkan bukti kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatannya mencecah RM50 juta," laporan itu dipetik. Ummi Hafilda seterusnya dilaporkan dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu sebagai berkata, wanita yang tidak dinamakan itu turut memiliki atau dikaitkan dengan 62 kondominium dan banglo mewah, kebanyakannya terletak di Pulau Pinang. Akhbar New Straits Times pada Jumaat lalu melaporkan bahawa Ummi telah bertemu dengan pegawai SPRM dan menyerahkan bukti berkenaan, termasuk senarai hartanah dan foto wanita tersebut. Dakwaan berkenaan timbul ketika era reformasi memuncak pada 1998, apabila bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa Anwar memiliki 20 akaun utama mengandungi RM3 bilion dalam bentuk aset, saham dan wang tunai ketika menjadi timbalan perdana menteri. |
Posted: 24 Jun 2012 01:35 AM PDT Apa eloknya perjuangan asal Umno? Oleh Subky Latif SAYA terbaca seruan Khalid A. Samad, anggota Parlimen PAS Shah Alam menyeru supaya UMNO kembali kepada perjuangannya yang asal. Saya tidak ikut secara terperinci seruan itu. Tetapi apakah perjuangan asal UMNO itu yang elok yang UMNO patut kembali kepadanya? UMNO itu ditubuhkan atas kejayaan Dato Onn Jaafar menggagalkan MalayanUnion dan berjaya mengembalikan kedaulatan raja-raja Melayu sesuai dengan perkembangan politik di Tanah Melayu. Perjuangan utama UMNO yang asal itu ialah Hidup Melayu. Dan yang tersirat atas pembentukan UMNO itu ialah untuk mencabar perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipelopori oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan lain-lain. Perjuangan yang mereka pelopori itu mendapat sambutan orang awam yang bekerja sendiri atau yang tidak makan gaji dengan penjajahan British. Jumlah orang awam yang bekerja sendiri itu jauh lebih ramai dari rakyat yang makan gaji dengan kerajaan penjajah. Antara pegawai tinggi Melayu yang makan gaji itu ialah Dato Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Nik Ahmad Kamil dan lain-lain. Mereka tidak menyengutukan diri dengan pejuangan kemerdekaan itu. Lalu mereka pun menubuhkan UMNO dengan slogan Hidup Melayu. Ketika itu tidak salah menyuarakan Hidup Melayu kerana rakyat terbanyak masa itu adalah Melayu. Tiada berbangkit Hidup Melayu itu sebagai satu semangat perkauman. Hidup Melayu tidak membawa erti kemerdekaan. Melayu boleh hidup di zaman Peringgi. Ia hidup zaman Belanda dan ia hidup juga zaman Inggeris. Hidup Melayu boleh hidup bersama penjajah dan merdeka pun boleh. Tidak merdeka tak apa, merdeka pun tak apa. Maka penjajah tidak curiga dengan penubuhan UMNO. Bila British bertindak mengharamkan PKMM dan lain-lain parti yang menyokong tuntutan kemerdekaan, Mat Saleh membenarkan UMNO terus dan mengangkat pemimpin-pemimpin UMNO menjadi menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan dan Menteri-Menteri Besar. Yang elok dalam perjuangan Hidup Melayu itu satu saja iaitu menyelamatkan takhta raja-raja Melayu. Ia tidak dibantah oleh majoriti orang Melayu. Tetapi Bahasa Melayu, kebudayaan orang Melayu, agama orang Melayu iaitu Islam tidak mereka pedulikan. Kalau disuruh UMNO balik kepada perjuangan asalnya iaitu Hidup Melayu saja adalah sesuai dengan kemajuan masyarakat majmuk sekarang? Perjuangan itu pada masa ini sudah jadi perkauman. UMNO kini sudah sinonim dengan perkauman. Jika ia kembali kepada perjuangan asalnya, Hidup Melayu, maka menyuruh ia bertambah perkauman. Bila Dato Onn, Dato Gantang dll keluar meninggalkan UMNO, barulah UMNO memadamkan slogan Hidup Melayunya menggantikannya dengan UMNO. Bila Tunku dan Tun Razak beralih memperjuangkan kemerdekaan, barulah orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dulu beralih menyokong UMNO. Tetapi ia menekankan kedaulatan raja dan kemerdekaan saja. Bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan agama orang Melayu tidak diberatkan. Selepas 54 tahun merdeka, Melayu pun tak berapa hidup, merdeka pun tak berapa merdeka, demokrasi pun tak demokrasi. Semuanya hanyut. Yang ada dalam UMNO ialah orang cari makan dan mencari kekayaan sesama pemimpinnya dan kroni masing-masing. Kata Tengku Razaleigh dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, UMNO sekarang sudah tidak lagi macam zaman Tunku dan Tun Razak. UMNO sekarang adalah parti politik yang rosak. Bila Khalid suruh UMNO balik seperti dulu, nak balik ke mana? Ke zaman Dato Onn, Hidup Melayunya sekadar mendaulatkan raja-raja. Merdeka tidak ada, dan jauh sekali dengan cabang perjuangan kebangsaan Melayu yang lain. Kedaulatan Raja-Raja sudah terjamin. Tidak ada rakyat Melayu, Cina, India dan lain-lain mahu derhaka macam Hang Jebat. UMNO tidak kembali ke zaman dulu pun tak mengapa. Kalau ikut kemahuan Hidup Melayu, zaman ini ia seperti menghidupkan lagi perkauman. Kalau ke zaman Tunku dan Tun Razak, merdekanya cacamarba. Perjuangan bahasa dan kebudayaannya seperti tidak ada. UMNO sekarang sudah tidak dapat diikut. Kalau ia kembali ke zaman dulu termasuk zaman Tunku, tidak juga banyak yang elok yang dapat diikut. Sekarang ia tidak dapat dibanggakan. Dulu pun tidak banyak yang hendak dibanggakan. |
Mangkok betoi la POMPUAN MISTERI nih... Posted: 23 Jun 2012 11:50 PM PDT Anwar cari wanita misteri KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai berusaha mengesan wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan beliau memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion sejak mereka terputus hubungan beberapa tahun lalu. Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali (gambar) berkata, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit dan banyak kisah di sebalik tabir berlaku antara mereka berdua. Menurut beliau, wanita berkenaan hidup diselubungi kemewahan semasa masih rapat dengan Anwar, namun, beliau sentiasa dalam ketakutan selepas hubungan itu berakhir. ''Saya difahamkan Anwar mahu menuntut semula semua harta yang telah diberikannya kepada wanita misteri itu. -Utusan |
Mampuih la UMNO kali nie, hampa tunggu bom terbaru... Posted: 23 Jun 2012 08:04 PM PDT Shuhaimi Shafiei Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor. Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti. Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini. "Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik," katanya. Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional. "Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu," katanya. Sinar Harian |
Anugerah ANAK JANTAN Umno... kahkahkah... Posted: 23 Jun 2012 06:15 PM PDT Tiada arahan jangan debat, kata Saifuddin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak mengeluarkan sebarang arahan tutup mulut kepada anggota parti daripada berdebat dengan ahli politik pembangkang. "Saya fikir ita pandangan perdana menteri, tetapi tiada teguran (kepada ahli), tiada arahan tutup mulut. Jadi saya tidak fikir debat saya dengan Timbalan Presiden PAS Salahuddin Ayub akan jadi yang terakhir," katanya. Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program bicara santai UndiMalaysia di Kuala Lumpur hari ini yang dihadiri kira-kira 30 anak muda. Beliau ditanya sama ada debatnya dengan Salahuddin pada 19 Mei lalu yang terakhir ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa debat bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita. Saiffuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno pada 19 Mei lalu berdebat dengan Salahuddin sama ada demonstrasi mengukuhkan amalan demokrasi dalam wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam. Pada hari yang sama dua pemimpin BN - Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dan wakil rakyat Umno Abdul Rahman Dahlan - turut berdebat dengan wakil PKR dan PAS dalam program anjuranMalayiakini di Kuala Lumpur berhubung kedudukan demokrasi di Malaysia. Fenomena itu dilihat memberikan tekanan kepada Najib yang sering didesak pembangkang supaya berdebat dengan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan umum. ABU: Tak kira apa fahaman politik....berani mau ada...baru JANTAN? PM ada bran?Tahniah panglima-panglima tempur UMNO,PAS,PKR dan MCA yang berani berdebat. Dapat membuka minda rakyat.Tidak dapat dimanipulasi oleh pihak ketiga (media arus perdana yang pro parti pemerintah).Lebih elok debat secara langsung di saluran perdana. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat. Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan. "Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita. "Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan. "Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini. Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan. "Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya. Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan. "Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi. PKR S'gor makin serius Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor, Najib berkata kemelut dalaman yang melanda parti pembangkang itu menunjukkan perbalahan di antara pemimpin parti itu semakin serius. Bernama melaporkan Najib sebagai berkata rakyat sudah bijak membuat penilaian mengenai perpecahan serius yang melanda kepimpinan PKR Selangor sehingga ada pemimpinnya meletak jawatan secara tiba-tiba. Menjawab satu soalan, Najib berkata andaian bahawa kemelut PKR itu berpunca daripada masalah individu tertentu dalam parti tersebut kini terzahir secara terbuka. "Punca itu masing-masing kena buat kesimpulan apa punca perbalahan itu, tetapi nampaknya perbalahan semakin serius," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan