Selasa, 12 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


TERHOT: Altantuya mengandung anak sapa?

Posted: 12 Jun 2012 09:42 AM PDT

19 Oktober 2006 ialah hari yang menjadi perhatian bila seorang wanita tidak berdosa yang dipercayai mengandung telah di bunuh dengan kejam oleh 2 pembunuh tidak dikenali yang kini menunggu hukuman mati yang dijatuhkan pada 9 April 2009.

Selepas 3 tahun kejadian itu dan kedua bekas pengawal peribadi PM Najib Razak masih hidup. Ketua Inspoektor Azilah Hadri,30 dan Koperal Sirul Azhar Umar,35 ialah dua pesalah yang di tahan menunggu hukuman mati di penjara Sungai Buloh. Sungguhpun ramai rakyat Malaysia percaya mereka berdua yang memetik picu pistol, persoalan yang masih berlegar –siapa yang arahkan membunuh dan mengupah mereka?

Sementara itu, di Paris, satu kes mahlamah memberi sinar harpan untuk balasan terhadap ketidakadilan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa Malaysia, yang terus berdegil dan menutup pintu kepada kebenaran kerana melindungi pihak-pihak yang 'berkuasa'.

Jadi di Perancis mungkin Altantuya dapat keadilan dari orang-orang Malaysia yang menyiksanya. Satu kisah yang sungguh kejam.


Sdr Anwar saya dah kenal lama... (Video)

Posted: 12 Jun 2012 08:54 AM PDT

Tamrin: Dr M Sengaja Dorong Anwar Lawan Bapa Saya

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993 bertukar sebaliknya apabila Anwar didorong oleh Presiden Umno, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Demikian menurut bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abd Ghafar ketika menyampaikan ucapan beliau dalam program Diskusi Isu Terkini di Lembah Pantai malam tadi.

"Saudara Anwar ni saya dah kenal lama dari saya Pemuda (Umno) lagi dan saya percaya dia.

"Masa tu dia memang tak nak lawan Pak Ghafar, dia beritahu saya, beritahu Pak Ghafar dia tak nak lawan, tetapi tiba-tiba sahaja berubah.

"Selepas perkara tu berlaku, saya tanya dan arwah bapa saya juga pernah bercakap dengan orang-orang seperti Datuk Mazlan Harun, Mat Sabu.

"Mereka kata, yang mainkan dia tu, Dr Mahathir. Ini cerita sebenar," ujar Tamrin dihadapan kira-kira 800 yang menghadiri program itu.

Selain itu menurut Tamrin, beberapa pemimpin kanan Umno ketika itu turut memaklumkan kepada beliau akan perkara yang sama.

"Saya sendiri diberitahu Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Mohamed Rahmat, Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Megat Junid dan Gabenor Melaka sekarang ini, Tun Khalil Yaakob.

"Mereka kata yang menggalakkan Anwar lawan Pak Ghafar ni adalah Dr Mahathir.

"Sebagai orang muda, kalau saya pun, kalau boss dah bagi jalan saya akan lawan, siapa tak nak jadi Perdana Menteri.

"Ini yang dalam Umno berlawan nak jadi naib presiden, nak jadi ketua wanita tu pasal apa? Nak jadi Perdana Menteri lah tu.

Tamrin memberitahu, persahabatan beliau dan Anwar tetap terjalin kerana beliau mengetahui kedudukan sebenar.

"Tak jadi masalah. Sebab itulah persahabatan saya dengan Anwar ni dari dahulu sampai sekarang tak berganjak sebab saya tahu niat dia tak mahu lawan tetapi Dr Mahathir dah galakkan.

"Kemudian arahkan orang ini, orang itu untuk galakkan lagi Anwar," ujar beliau lagi.

Pada 1993, Ghafar mengambil keputusan berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Anwar dalam pemilihan parti itu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution memulakan program Diskusi Isu Terkini itu dengan melancarkan Kelab Nurul Izzah (NIC).

Selain Tamrin, Saifuddin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah sendiri, turut menyampaikan ucapan malam tadi adalah Rafizi Ramli dan Tunku Harmy Tunku Hanan. - Selangorku

Tak sabaq nak tengok Najib ngan Rosmah camni...

Posted: 12 Jun 2012 04:37 AM PDT

Najib, jika anda ingin menang Pilihan raya umum ke 13 nanti, apa yang anda perlu buat adalah bagi semua rakyat terkejut beruk dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:

1. Keluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda.
2. Tahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom.
3. Isu PKFZ di mahkamah, carilah Ling Leong Sik dan hantar dia ke penjara serta-merta.
4. Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada UMNO.
5. Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari UMNO dan bekukan semua aset yang dimiliki NFC.
6. Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda.
7. Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas kuasa.
8. Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi pilihanraya.
9. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan.
10. Singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali dan JATI.

BUKTI: Muka Najib muka tolak rezeki... kahkahkah...

Posted: 12 Jun 2012 12:48 AM PDT

Pihak pengeluar minuman 100 Plus, yang mulanya penuh bangga mengeluarkan minuman tin berlabelkan muka Piem UMNO tu tetiba mengeluarkan kenyataan di FB mereka bahawa minuman tersebut dikeluarkan hanyalah sekadar sticker yang telah dicetak untuk Najib saja ketika beliau melawat gerai 100 Plus semasa himpunan belia yang lalu.

Maknanya mereka tidak mencetak gambar Najib di bekas minuman yang dikeluarkan mereka oleh itu kalau korang tak tergamak atau tak lalu nak minum 100 Plus yang ada gambar Najib tu.. korang boleh koyak begitu saja... kahkahkah...


Tindakan bengong syarikat tersebut telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan kaum.

Dan ada kemungkinan produk mereka akan diboikot .. jadi kerana khuatir produk mereka menjadi mangsa boikot oleh rakyat Malaysia yang bencikan Najib terpaksalah mereka keluarkan kenyataan seperti di atas itu..

Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat....
Ia juga BUKTI NYATA: muka Najib memang muka tolak rezeki... kahkahkah...





BERGAMBAR: Perkahwinan anak pompuan Ust Nasaruddin Mat Isa

Posted: 11 Jun 2012 07:44 PM PDT

Saja aku selak balik kisah yang berlaku dalam bulan May yang lepas nih...
Bukan apa, syok betoi tengok Ust Nasaruddin bermesra-mesraan dengan TPiem Umno nih...
Bukan tak boleh, biasa la orang politik ni kan...
Berlainan parti tak semestinya berlainan ideologi... kahkahkah...

Pelik gak, geng PR tak nampak langsung... tak dijemput ker?
Kahkahkah...

Gambar-Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ustaz Nasaruddin Mat Isa..Muhyidiin Yassin

Oleh: usamah

 


Kisah perkahwinan anak perempuan mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan isteri Munirah Mahmud, Nusaibah bt Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Husain kini menjadi bualan dikalangan para penganalisa dan pengkritik politik tanah air..

Dimajlis tersebut, Ustaz Nasharudin Mat Isa kelihatan amat intim dan mesra sekali dengan para jemputan VVIP dari kelangan UMNO yang diketuai TPM TS Muhyiddin Yassin dan Yang diPertua Dewan Negara TS Abu Zahar Ujang..

Diberitakan para pemimpin tertinggi PAS/PR tidak kelihatan...Adakah mereka tidak dijemput?....betulkah?betulkah?????
omakkau

PADAN MUKA: Ni la padahnya menghina Nabi...

Posted: 11 Jun 2012 03:00 PM PDT

Hina Nabi, Juruhebah Radio ditikam 15 kali

Seorang juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan 46 itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.

Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya,dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada, dan lengan.

Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak "kamu adalah musuh Allah" sambil melancarkan serangan.

Polis mengatakan, lelaki yang menyerangnya berusia sekitar 30 tahun dan berbadan kurus, sementara beberapa saksi lain mengatakan penyerangnya ada beberapa orang.

Menghina Nabi

Dua minggu sebelum kejadian ini, dalam sebuah siaran radio Sergey Aslanyan telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Sergey mengatakan "Nabi Muhammad yang kita kenal adalah bukan seorang yang taat beragama. Ia adalah seorang usahawan, setelah ia mendapat kekayaan dia merancang bagaimana caranya supaya dikenali dunia".

Penyiar itu juga menuduh bahawa Nabi Muhammad "menulis semula Al-Quran", sehingga orang akan tahu bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang penjaga kedai di pasar, tetapi seorang tokoh politik yang luar biasa. "

Minta Maaf

Meski sudah diberitakan bahawa Sergey Aslanyan meminta maaf atas ucapannya itu, namun itu tidak mengubah pendapat masyarakat yang berakhir pada serangan ke atas dirinya. - Sumber...

Ek Ellehh... 3.2 juta ja ka?

Posted: 11 Jun 2012 01:00 PM PDT

Ras Adiba disaman RM3.2 juta

KUALA LUMPUR - Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi menghadapi tindakan saman lebih RM3.2 juta daripada salah seorang pengarah sebuah syarikat atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian penjualan saham.

Writ saman dan pernyataan tuntutan tersebut dikemukakan oleh Nik Fauzi Nik Hussein dari syarikat Inki Plas Holding Sdn. Bhd. di kaunter Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Mei lalu melalui firma guaman Tetuan K.C Tang & Co.

Nik Fauzi dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat tersebut dengan nilai saham sebanyak 65 peratus bersamaan 650,000 unit saham dengan nilai setiap satu RM1.

Nik Fauzi selaku plaintif mendakwa, Ras Adiba yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu bersetuju membeli saham tersebut daripada beliau.

-Utusan

Tiada ulasan: