shalehudin |
- Pasai apa bibir NAJIB bertukar kaler nih... kahkahkah...
- BANGANG memang tercipta untuk UMNO... kahkahkah... (Kesilapan terbesar BN di Selangor...)
- Rambut Rosmah tak sekembang dulu... kahkahkah...
- Najib - Razak Baginda jumpa kat ITALI...
- Nombor plat WWW1...
Pasai apa bibir NAJIB bertukar kaler nih... kahkahkah... Posted: 08 Jun 2012 06:00 AM PDT Perjuangan Umno terhenti setakat lubang kubur Perjuangan PAS mengadunkan aktiviti dakwah dan politik. Perjuangan Umno mengambil kebangsaan dan menolak agama (Islam). Umno semakin resah dan gelisah. Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri juga semakin resah dan gelisah. Kebanjiran lebih 100,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun lalu membuat Umno dan Dr Mahathir semakin resah dan gelisah. Hingga terpantul dari mulut Dr Mahathir mendakwa peserta Himpunan Hijau diupah untuk hadir di himpunan tersebut dan ini menunjukkan reaksi spontan mereka yang membayangkan keresahan dan kegelisahan. Kebangkitan rakyat seramai itu memang tidak diduga, bukan sahaja oleh Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno terutama di Kedah tetapi oleh PAS sendiri. Kesilapan Dr Mahathir kerana beliau menyangka penyokong dan ahli PAS boleh diupah, dibeli dengan wang ringgit seperti yang berlaku secara berleluasa dalam Umno. Beliau menyangka ahli PAS boleh dibeli, disogok dengan wang ringgit. Kesilapan beliau kerana menganggap PAS seperti Umno. Beliau sendiri akui Umno sudah rosak kerana bergelumang dengan rasuah hingga menjadi budaya, cara hidup dan darah daging. Malang sekali kerana Dr Mahathir tidak dapat membezakan di antara parti sekular dan parti teologi, di antara Umno dan PAS. Umno ialah sebuah parti sekular lagi perkauman manakala PAS sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam berdasarkan Al Quran dan As- Sunnah. Manusia berfikiran sekular tidak akan dapat memahami dan membezakan di antara perjuangan sebuah parti yang berasaskan Islam dan perjuangan parti yang berasaskan sekular dan kebangsaan. Perjuangan PAS mengadunkan aktiviti dakwah dan politik. Perjuangan Umno mengambil kebangsaan dan menolak agama (Islam). Barangkali beliau tidak sedar bahawa penyokong PAS yang hadir di Himpunan Hijau terpaksa membayar RM60 sebagai tambang bas menggunakan wang poket sendiri untuk menyertai Himpunan Hijau di Alor Setar. Ini tidak termasuk lagi makan minum dan tempat tinggal yang kesemuanya ditanggung sendiri oleh penyokong PAS dengan penuh kerelaan. Berbeza dengan ahli Umno, seperti yang Dr Mahathir sendiri menyedarinya, semuanya dibayar. Makan minum, tambang pengangkutan, tempat tinggal semuanya dibayar. Ahli PAS sudah ditarbiyyah Semua ahli PAS ditarbiyyah untuk bekerja untuk parti dengan ikhlas, kerana Allah SWT semata-mata, jauh sekali dari matlamat untuk mendapatkan habuan dan harta benda. Perjuangan PAS adalah berdasarkan ayat 10 dan 11, Surah As-Saff. Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai orang-orang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengah harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." Mana mungkin manusia sekular seperti Dr Mahathir yang mempunyai pemikiran yang keliru dan salah menurut pandangan Al Quran memahami ayat-ayat ini. Perjuangan yang berasaskan sekular dan kebangsaan terhenti setakat di lubang kubur sahaja manakala perjuangan berasakan Islam sampai di akhirat. Kebimbangan Dr Mahathir ini juga mungkin tercetus ekoran kebangkitan parti Islam, Ikwanul Muslimun di Mesir yang diambang mencapai kemenangan pada pilihan raya presiden yang sedang berlangsung selepas kejatuhan Hosni Mubarak. Mubarak, 84 yang hampir sebaya dengan Dr Mahathir, dikenakan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan menyebabkan kematian ratusan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir awal tahun ini. Kebangkitan Arab Spring inilah yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh parti pembangkang mahu mengguling kerajaan. Pemimpin-pemimpin Umno di Kedah juga turut resah dan gelisah apabila menyaksikan kebangkitan rakyat, penyokong PAS lebih dari 100,000 orang hadir, membanjiri stadium itu sehingga melimpah ruah. Kenyataan Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad yang meremeh-temehkan Himpunan Hijau ini dalam satu wawancara dengan FMT semalam, juga mencerminkan rasa resah dan gelisah yang selama ini tertanam di lubuk hati.- FMT |
BANGANG memang tercipta untuk UMNO... kahkahkah... (Kesilapan terbesar BN di Selangor...) Posted: 08 Jun 2012 05:15 AM PDT UNISEL cair aset bantu pelajar Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibubapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa dengan membekukan PTPTN. PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai. Ini berikutan tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut. "Sebagai langkah jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. "Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang Talam Corporation Sdn Bhd.," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL. Ujar Abdul Khalid, "kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. "Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar- pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan Barisan Nasional membekukan PTPTN. Bagaimanapun katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat. "Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Pengajian Tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL. K'jaan BN ketepi semangat Federalisme "Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru malah telah mengecewakan ibubapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka. "Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibubapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. "Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin mengakui sengaja membekukan pinjaman PTPTN untuk para pelajar UNISEL kerana mahu membalas dendam terhadap kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini berikutan ikrar dan janji Pakatan untuk memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar di negara ini jika berjaya mengambil alih Putrajaya pasca Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.- FMT |
Rambut Rosmah tak sekembang dulu... kahkahkah... Posted: 07 Jun 2012 11:08 PM PDT Skandal Scorpene merebak ke Vietnam AKHBAR online berbahasa Inggeris berpengaruh Vietnam pada 4 Jun lalu menyiarkan laporan berhubung isu skandal kapal selam Scorpene yang membabitkan orang nombor satu negara. "Submarine deal resurfaces to haunt Malaysia's top man" (Pembelian kapal selam timbul kembali menghantui pemimpin teratas Malaysia), itulah tajuk yang tersiar di The Phnom Penh Post. ******************************** Di bawah ini ReJaM© cuba terjemah tulisan yang dilaporkan di akhbar tersebut. Kalau ada cikgu Bahasa Inggeris di sini, tegurlah mana-mana yang silap. Keputusan yang telah dibuat di Paris bulan lalu bermakna bahawa episod paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali bersama dendam. Ianya bermula 12 tahun lalu semasa Perdana Menteri Malaysia memegang portfolio pertahanan dan telah memesan dua buah Kapal Selam Scorpene dari pembuat kapal selam Perancis, DCNS berharga US$400 juta setiap satu. Pembelian melalui orang tengah Razak Baginda, yang menerajui Institut Kajian Strategi Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk memperluaskan kerjaya politiknya. Sebagai pendedahan penuh, biar saya dedahkan bahawa saya selalu bertemu dengan Razak semasa bertugas di Kuala Lumpur sekitar tahun 1990 an dan sering bertemu beliau setiap kali ke Malaysia. Bagaimanapun, ketika beliau dipilih untuk pembelian Scorpene, saya telah meninggalkan Kuala Lumpur dan tidak lagi berjumpa dengannya sehinggalah kami berjumpa semula di Venice, Italy sewaktu persidangan ASEAN-EROPAH 2002. Razak hanya hadir sebentar, dan bila saya bertanya kepadanya mengapa begitu tergesa-gesa, katanya dia diperlukan di Paris untuk satu rundingan penting pertahanan. Kemudian diketahui di parlimen Malaysia bahawa komisyen terhadap sub kontrak itu adalah 114 euro juta, atau sekitar $160 juta pada waktu itu. Wang itu telah dibayar ke dalam sebuah akaun bank di Kuala Lumpur milik Perimekar, sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan oleh Razak sebelum kontrak tersebut ditandatangani dan ia langsung tidak memiliki rekod menguruskan perolehan pertahanan sebelum ini. Adalah didakwa $160 juta telah dibahagi-bahagikan di antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain di dalam United Malays National Organization, Umno sebuah parti yang dominan di dalam gabungan parti pemerintah Malaysia. Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis telah menggeledah pejabat-pejabat DNS dan merampas longgokan dokumen-dokumen menunjukkan pembayaran rasuah yang sangat besar. Dan bulan lalu, selepas memeriksa dokumen-dokumen tersebut, hakim Roger Le Loire telah mengarahkan satu siasatan jenayah dilakukan. Kebarangkalian tinggi ia akan melibatkan subpoenas (memanggil sebagai saksi) kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Najib untuk hadir ke mahkamah. Bagaimanapun, sebelum menumpukan kepada isu yang dramatik itu kita harus ingat bahawa ketika rundingan dibuat terhadap kontrak tersebut, sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Razak. Dia telah jatuh cinta. Meskipun Razak seorang yang mementingkan keluarga dengan imej umum yang berprofil tinggi dan sudah lama mencontohi mentornya Najib yang suka merayu wanita, hubungan kali ini jelas sekali berbeza. Dia sudah tersangkut dan terpesona terhadap wanita itu - seorang model Monggolia yang begitu mempersonakan bernama Altantuya "Tuya" Shaaribuu. Tidak lama selepas bertemunya di Hong Kong, Razak membawanya menjelajah ke eropah menaikki ferrari merahnya, makan dan minum (wine) di kesemua tempat-tempat menarik dan ia berakhir di Paris di mana mereka bertemu Najib. Altantuya yang cantik manis dan memahami banyak bahasa ini juga cukup bijak dan cepat belajar tentang rasuah besar tehadap rundingan kapal selam. Dia dikatakan meminta bahagian untuk dirinya. Namun dia tidak henti-henti mengugut Razak, manakala Razak yang bimbang perbuatan itu akan menjatuhkannya, cuba untuk menamatkan hubungan mereka. Dia tidak akan dapat bahagiannya, dan dalam keadaan terdesak, Razak telah memberitahu Najib dan polis telah dipanggil untuk menyahkannya. Dua pegawai Cawangan Khas telah melakukan tugas itu dan menculiknya. Mereka merogolnya, menembak kepalanya dan meletupkan badannya dengan bom C4 yang diperolehi dari kementerian pertahanan Najib - sebagai langkah keselamatan, mereka telah memadam data kemasukan Altantuya ke Malaysia daripada rekod-rekod imegresen. Hasilnya, Altantuya lenyap. Namun terima kasih kepada tekanan yang berterusan daripada keluarga dan kedutaan Mongolia, jenayah tersebut akhirnya didedahkan dan mereka yang terlibat telah ditangkap - kesemuanya tentu sekali kecuali Najib. Selepas perbicaraan panjang yang begitu mendebarkan, dua orang polis telah dihukum mati manakala Razak dibebaskan. Bagaimanapun dengan siasatan yang dilancarkan oleh hakim Le Loire di Paris, nampaknya dia akan dipanggil kembali ke mahkamah. Dan PM Najib juga takkan terlepas begitu mudah, kerana isu ini akan dibangkitkan di parlimen minggu hadapan dan akan memberi kesan kepada pilihanraya umum yang akan datang. Maka kematian Tuya yang begitu mengerikan tidak akan sia-sia. Sumber: [The Phnom Penh Post] ReJaM© "Penat betul translate, menyesal gua translate kah kah kah... " |
Najib - Razak Baginda jumpa kat ITALI... Posted: 07 Jun 2012 06:00 PM PDT Skandal Scorpene: Wartawan antarabangsa dedah pertemuan Najib-Razak Baginda di Itali Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati. Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu. Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagai pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya. Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia. Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 Asean-Eropah. Razak menghadiri hanya untuk seketika sahaja dan apabila saya bertanya mengapa dia telah bergegas, beliau berkata beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian pertahanan penting. Kemudian, ia telah didedahkan di Parlimen Malaysia bahawa "komisen" bagi kontrak sub adalah 114 juta euro, atau kira-kira $ 160 juta pada masa itu. Wang itu dibayar ke dalam akaun bank KL Perimekar, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Razak sejurus sebelum kontrak telah ditandatangani dan yang tidak mempunyai rekod mengendalikan pemerolehan pertahanan. Ia adalah dikatakan bahawa $ 160 juta telah berpecah antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah Malaysia. Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis menyerbu pejabat DCNS dan merampas sebuah timbunan dokumen yang menunjukkan bayaran rasuah besar-besaran. Bulan lepas, selepas memeriksa dokumen, Hakim Roger Le Loire mengarahkan penyiasatan jenayah yang akan dilancarkan. Ia hampir pasti akan melibatkan sepina pemfailan untuk kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk hadir di mahkamah. Bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak. Beliau jatuh cinta. Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza. Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita – model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu. Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib. Tuya yang berbilang bahasa, dan mati jatuh cantik, juga pintar dan cepat belajar mengenai rasuah besar bagi perjanjian sub dan sudah pasti dijangka potongan kacak untuk dirinya.Tetapi tunduk kepada "sindrom tarikan maut", dia berpaut lumus Razak, dan dia, takut bahawa indiscretions beliau boleh menjatuhkan karier, cuba untuk menamatkan urusan. Dia tidak akan ia, dan dalam keadaan terdesak, dia bercakap dengan Najib dan polis telah dipanggil untuk memelihara anak itu.Dua agresif pegawai Cawangan Khas telah mengambil tugasan mereka secara literal dan menculik dia.Kemudian mereka dirogol, ditembak di kepala dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dari kementerian pertahanan Najib – dan langkah yang baik, dipadam masuk ke Malaysia dari rekod imigresen. Kesannya, dia terus hilang. Tetapi terima kasih kepada tekanan berterusan daripada keluarga yang disambungkan dan Kedutaan Mongolia, jenayah itu akhirnya terbongkar dan mereka yang terlibat telah ditangkap – semua kecuali Najib, sudah tentu.Selepas perbicaraan yang panjang, yg mendebarkan dan electrifying, kedua-dua polis telah dihukum mati dan Razak telah dibebaskan. Sekarang, bagaimanapun, dengan pelancaran penyiasatan Hakim Le Loire di Paris, ternyata beliau tidak lama lagi mungkin kembali di mahkamah. PM Najib mungkin tidak terlepas dengan begitu mudah sama ada, sejak isu itu akan dibangkitkan di parlimen minggu depan dan akan memberi kesan kepada pilihan raya umum akan datang. Jika ya, kematian mengerikan Tuya tidak akan menjadi sia-sia. (Terjemahan dari berita Roger Mitton dari Regional Insider – The Phnom Penh Post) Berita asal di sini |
Posted: 07 Jun 2012 03:00 PM PDT Berkenaan nombor plat WWW1 Oleh Subky Latif DULU plat motokar nombor MCA1 dibida hingga RM300,000. Untuk plat nombor WWW1 ia dibida setinggi RM520,000. Siapa yang berjaya membidanya tidak penting, tetapi ia menggambarkan bahawa negara dan bangsa kita sudah masuk ke alam seperti itu dan ada orang yang sedia membida setinggi itu malah mungkin lebih tinggi dari itu hanya untuk satu nombor motokar. Ia terjadi begitu ialah sistem yang terpakai di negara ini oleh orang-orang yang membenarkan sistem itu begitu. Ia halal dan dibenarkan oleh undang-undang. Tetapi adakah ia benda yang betul dan bijaksana? Sistem menjual nombor plat yang elok dengan harga yang setinggi itu tentulah disebabkan JPJ merasa sukar untuk memberi nombor yang elok-elok oleh disebabkan ramai orang yang mahukannya. Kalau yang mahukan nombor yang elok itu adalah orang awam biasa, maka mudah kepada pemberi nombor memberi kepada siapa yang dia suka. Kalau yang memohon itu orang bernama, maka payah bagi memberinya, apa lagi kalau ia adalah raja-raja. Kalau seorang raja yang memohon maka ia mudah diperkenankan, tetapi kalau serentak sekalian Sultan memohonnya, maka kepada raja yang hendak diberi. Maka diadakan sistem membida. Siapa yang boleh memberi tender yang tertinggi, maka orang lain tidak boleh takwil. Jika ia diberi percuma, maka ditakuti ada orang dalam bermain kayu tiga secara gelap atau pintu belakang, mengambil harga untuk diri sendiri. Siapa yang boleh menyogok sekian banyak, maka dia boleh dapat nombor itu. Bagi mengelakkan berlaku bentuk rasuah yang demikian, maka ia tawarkan kepada semua di pasaran terbuka untuk membida. Gara-garanya ada bida sampai setengah juta. Orang seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan, Tony Farnandez, Vincent Tan dan Syed Mokhtar tak terasa apa sekali pun membida pada harga sejuta atau lebih. Duit mereka tidak luak. Tetapi adakah bijak dan waras membida setinggi itu sedang dalam masyarakat kita penuh dengan serba ketempangan. Orang yang memerlukan duit, makanan, pakaian dan lain-lain begitu ramai sedang duit yang banyak digunakan untuk membeli satu nombor motokar. Dari mana duit itu diperolehi tidak penting. Adakah dari duit loteri, menang judi, atau keuntungan perniagaan dan sebagainya, tetapi apakah ia satu amalan yang wajar? Jika dengan setengah juta digunakan untuk menghantar orang yang belum pernah haji menunaikan haji, besar mana ganjaran pahala yang diperolehi. Seorang haji perlu RM10 ribu, dengan bida itu boleh hantar 50 jamaah. Segala ibadat dan pahala wajib haji setiap orang itu akan diperolehi oleh orang yang menghantarnya. Setiap hamba Allah akan ditanya dari mana hartanya diperolehi dan bagaimana ia digunakan. Seorang kaya yang soleh setengah hari lewat masuk syurga dibandingkan dengan orang miskin yang soleh. Sebab Allah tanya cara dia berbelanja atas hartanya. Nabi Sulaiman a.s. adalah maksum, kerana baginda adalah orang terkaya di dunia, baginda ditanya setiap kekayaannya digunakan, maka baginda menunggu 40 tahun masuk syurga selepas nabi-nabi lain. Bagaimana sekalian membida nombor itu berbelas dan berpuluh ribu hendak menjawab apakah masing-masing telah menggunakan wang secara betul? Kerajaan dan JPJ yang membenarkan amalan itu telah menyebabkan begitu ramai orang yang terlibat dalam perkembangan yang tidak sihat itu. Kalau raja-raja terlibat membida, maka yang pertama dipersoal bukan raja-raja, tetapi ialah pihak yang menyediakan sistem hingga kejadian yang tidak sederhana berlaku. Islam yang sederhana tetapi yang melampaui tahap kesederhanaan. Kita telah tercebur dalam amal kapitalisme yang parah. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan