Jumaat, 1 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


HOT: Mampuih keraih la Umno kali nie... BERGAMBAR

Posted: 01 Jun 2012 10:31 AM PDT

 
 
Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya.



Tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, ribuan anak muda membanjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya petang tadi..

 

Goyang punggung dapat HABUAN... kahkahkah...

Posted: 01 Jun 2012 07:10 AM PDT

Kumpulan 'senaman punggung' tuntut duit kopi

Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom (kiri)berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.

"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa.

Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara.

Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.

"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia.

"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.

Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.-

Malaysiakini

SERIUS: BN difitnah lagi...

Posted: 01 Jun 2012 05:17 AM PDT

Kerajaan Malaysia "Jual" Rahsia ATM, Kata Peguam Perancis

Bangkok: Kerajaan Malaysia didakwa "menjual" dokumen rahsia Tentera Laut Malaysia kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis bersabit pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

Peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan bahawa syarikat Perancis itu telah membayar sejumlah 36 juta Euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk urusan "kejuruteraan komersial", demikian lapor malaysiakini.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian bersabit pembelian kapal selam yang merupakan laporan sulit," kata Joseph kepada wartawan di Thailand.

Menurut Breham berdasarkan pengalaman di Perancis, tindakan "menjual" dokumen rahsia kepada negara asing dianggap sebagai pelanggaran rahsia pertahanan dan perbuatan khianat.

"Ia adalah pengkhianatan di mana anda menjual maklumat kepada pesaing atau negara asing tentang pandangan anda berkenaan senjata khusus serta pelan untuk menggunakan senjata tertentu.

"Di Perancis, jika anda melepaskan mereka (dokumen-dokumen rahsia), anda boleh dihukum penjara 10 tahun," kata beliau apabila ditanya tentang kesalahan undang-undang menjual laporan tersebut.

Semalam Pengarah Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan Mohd Ibrahim Mohd Noor sebagai individu yang mempunyai kaitan rapat dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion tahun 2002.

Malah menurutnya polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota yang disampaikan kepada Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai, 1999 yang antaranya menyebut Mohd Ibrahim dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda sebagai rujukan rangkaian politik Malaysia.

Kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis, William Bourdon yang ditugaskan mengikuti kes berkenaan ke negara Perancis.

Alasan yang diberikan Menteri Dalam Negeri bahawa Bourdon telah melanggar syarat pas lawatan sosial.

Breham yang dijadualkan melawat Malaysia minggu ini masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa berhubung visa kerja yang dimohon beliau.

Justeru beliau mengambil keputusan untuk menemui pihak Suaram di Bangkok.

********************************************

MP fail usul tergempar isu jualan rahsia negara

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memfailkan usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang berhubung dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Naib presiden PKR itu juga berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.

Menurut Nurul Izzah lagi, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

"Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat," kata Nuruk Izzah.

Dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa, syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya. -mk

Pengajaran daripada krisis yang berlaku di Syria

Posted: 01 Jun 2012 01:36 AM PDT

Dalam kita menangisi dan mengutuk kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar daripada krisis ini.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada krisis yang berlaku di Syria sekarang adalah:

Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negara. Hal ini kerana, dalam sejarah Syria, selepas daripada penjajah Perancis keluar daripada Syria pada 17 April 1946, mereka telah memberikan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria.

Hal ini menyebabkan Sunni di Syria yang merupakan golongan majoriti ditindas dan dizalimi sejak sekian lamanya.

Bahayanya Syiah kepada keamanan sesebuah negara dan pemerintahan Islam. Jika dilihat, penyembelihan demi penyembelihan yang berlaku di Syria adalah kerana rejim Basyar (Syiah Nusairi) menganggap bahawa Sunni yang mereka gelar sebagai golongan nasibi adalah halal darah untuk dibunuh.

Dalam sejarah Khilafah Turki Uthmaniyah juga, Syiah Nusairi pernah melakukan pakatan dengan musuh untuk menggulingkan sultan dalam Khilafah Turki Uthmaniyah. Perkara ini disebut oleh Syeikh Ali As-Solaby dalam kitabnya Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah.

Betapa pentingnya para ulama' memimpin kebangkitan rakyat. Di Syria jelas menunjukkan pentingnya para ulama' bersama-sama menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat.

Antara ulama' haq yang bersama-sama rakyat ialah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Kurayyim Rajih, Syeikh Ali As-Sobuni, Syeikh Jamaluddin Sairawan, Syeikh Sariyah Ar-Rifaie, Syeikh Ahmad Muhammad Najib dan ribuan lagi ulama' ummah yang jelas menaikkan semangat jihad rakyat Syria berhadapan dengan rejim Basyar.

Dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil agar ia tidak lagi berulang. Tidak cukup kita hanya menangisi tetapi ambillah pengarajan ini, semoga kita dipelihara oleh Allah s.w.t..

Teruskan berdoa untuk rakyat Syria dan negara umat Islam keseluruhannya. Insya-Allah kemenangan pasti akan tiba jua suatu ketika nanti.- Harian Metro

HARAM JADAH betoi puak-puak nih...

Posted: 31 May 2012 10:50 PM PDT

Himpunan Jutaan Belia : Atris 'K-Pop' dibayar RM2.04 Juta..

ASD
Selasa lalu Keadilany Daily telah melapurkan seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keadilany Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Pesara yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

"Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut," kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily.

RM20 Juta habis... itu adalah dakwaan pesara kerajaan tersebut.. nilai tuntutan sila lihat diakhir entry ini..

Korang baca laporan ni dulu..

PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.

Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..

Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.

Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.

Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.- sumber dari SINI

Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis 'K-Pop' dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..

Dua kumpulan 'K-Pop' yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..

Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..

Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…

Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..

AC MIZAL HANYIAQ LENDIAQ... kahkahkah...

Posted: 31 May 2012 06:00 PM PDT

Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang berjaya, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANYIR LENDIR!!!!

Kahkahkah....

Pi balik, pi balik aku dok kira-kira la... ada la kot 75 orang tidak termasuk bangku yang telah berjaya memeriahkan program tersebut. Sebelum itu makcik-makcik yang diangkut menaiki bas dari ceruk mana entah dihidangkan dengan kuehtiaw goreng panas!..Program itu dibuat secara last minit utk ganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong semalam.

Alangkah hebatnya program ini.. Sudah semetinya AC Mizal gembira melihat kehadiran di luar jangkaannya.. huhuhu...

Berbanding dengan ceramah PAS yang dihadiri hanya beberapa orang.. sangat sedih.. hehehe... Namun orang ramai begitu terhibur dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Nan dan juga Dayang Ku Intan.

DENGAN PEREMPUAN PUN AC MIZAL DAH KIOK... BELUM LAGI DENGAN BOB LOKMAN.. AGAK-AGAKNYA TERUS HANGUS DEBU DIA....

BILA UMNO NAK KERAH AMY (SEARCH), AWIE (WINGS), JAMAL ABDILLAH, IBNOR RIZAL ADFIN SAUDKI DAN HARUN SALIM BACHIK BUAT CERAMAH?....SIA-SIALAH DOK GEMBAR GEMBUR DAN GEGAK GEMPITAKAN MEREKA MASUK UMNO TAPI TAK BUAT CERAMAH PIKAT ANAK-ANAK MUDA....NAPE?.. TAKUT SENASIB DENGAN AC MIZAL???

Guru wanita trauma dicabul di sekolah

Posted: 31 May 2012 04:32 PM PDT

ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

"Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

"Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Harian Metro

Tiada ulasan: