Roslan SMS Corner |
Raja dalam Raja Buah: Durian (15/6/12) Posted: 15 Jun 2012 03:55 AM PDT Akhbar The Star pada 13 Jun lalu melaporkan mengenai kemungkinan ekspot durian beku (yang dibekukan) ke Negeri Cina dijangka meningkat. Menurut Timbalan Menteri Pertanian ekspot durian beku ke Negara Cina dijangka mencecah 350 ke 500 ton dalam tempuh 3 tahun akan datang. Menurut laporan itu lagi durian Malaysia digemari berbanding dengan dari Thailand memandangkan durian tempatan lebih beraroma dan rasanya yang lebih enak. Menurut Timbalan Menteri itu lagi tahun lepas Malaysia mengekspot durian bernilai RM18.5juta ke Singapura sahaja. Malaysia mengeluarkan hasil durian sebanyak 313,000 ton durian bernilai RM1.4billion keseluruhannya pada thaun lepas. Saya dan keluarga memang meminati durian, tujuan saya menonjolkan maklumat ini kerana mahu menarik perhatian para pengunjung sekalian khasnya peminat durian, agaimanakah sebenarnya sejarah raja buah ini di Malaysia. Saya tidak pasti jika pakar-pakar kita ada membuat kajian berkenaannya. Walaubagaimanapun Munsyi Abdullah, Bapa Kesusasteraan Melayu Moden ada mencatatkan dalam catatannya "Hikayat Abdullah" 1849: "Orang Melaka (maksudnya orang Melayu paling maju ketika itu) tidak makan durian kalau bukan durian Padang" Beliau menulis lagi: "Apabila musimnya beribu-ribu biji durian gugur pada satu malam (di Padang). Itu baru durian di kampong belum lagi durian di bukit iaitu Bukit Muar. Entah berapa banyak pohon durian hanya Allah sahaja yang tahu sebab ia tanaman orang dahulu. Apabila musim durian berbuah kerja orang Padang ialah menebas sahaja dan memungutnya apabila durian gugur. Beberapa orang saudagar di Melaka menjadi kaya kerana berniaga dagangan yang keluar dari Padang. Hasilnya beribur-ribu ringgit dalam setahun. Demikianlah kesenangan yang mereka memperoleh hasil kemakmuran zaman Sultan Mahmud menjadi raja di Lingga, Riau dan Pahang. Padang, Muar dan Batu Pahat di bawah perintahnya." Adakah mungkin durian yang hari ini membawa hasil berbilion ringgit ke Negara kita berasal dari Padang? Apa pun jika benar atau sebaliknya ternyata kemakmuran pemerintahan Kesultana Melayu Melaka lah yang telah memajukan industri durian, terus maju dan membangakan kita sehingga hari ini. Cocok sangatlah ia digerlar "The King of Fruits" atau "Raja Buah" kerana ada sentuhan di Raja di sana. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan