RAKYAT MARHAEN |
- UMNO BODOH PERINTAH MALAYSIA
- BANGSA UMNO WAJIB BACA, JANGAN BODO SAMPAI KE TUA...
- Syria: TV Station Attacked, 7 Staffers Killed
- Pakatan livid over Umno MP, BN distances itself
- Beza Hosni Mubarak Dengan Pesiden Mesir Yang Baru
- Fetisisme Media: Penggunaan perkataan "islamis" dalam kemenangan Morsi
- UMNO Hilangnya Gah Sebuah Parti
- Memo tuntut Royalti kepada MB Kelantan
- Awak ni funny lah UMNO
- Ambiga 'ayam tambatan' kepada transformasi pilihanraya negara
- Scorpene: Jawapan Zahid timbul banyak soalan
- Jangan dolak dalih, tutup terus kem Kemunting
- 'Bapa Propaganda' Najib tak serius hapus ISA - GMI
- Parlimen Kuala Krau: BN gagal lunas janji
- Faekah : Geran Selangorku Diurus Telus
- JK khas Parlimen cadang lagi beri SPRM kuasa mendakwa
- Laporan polis terhadap MP mahu Ambiga 'digantung'
- SPRM siasat Rafizi isu PM campur tangan tender..he.he..orang yang campur tangan tak berani siasat eh..!!!
- Unsur Penipuan Punca Wujud Dua Pelan Pembangunan
- WWW 1: Nizar lapor polis terhadap Utusan, TV3
- Mahasiswa lancar Gerakan Mahasiswa Pasca Auku
- Baju kuning tetap sertai sambutan PM di TARC
- Beri kerakyatan untuk undi adalah derhaka, kata Ambiga...yang ni patut digantung...!!!!
- Corruption fears high before Mongolian election
- UN releases report on Houla massacre
Posted: 27 Jun 2012 11:21 AM PDT | ||
BANGSA UMNO WAJIB BACA, JANGAN BODO SAMPAI KE TUA... Posted: 27 Jun 2012 11:20 AM PDT Perbezaan PAS - Umno Oleh MUHAMAD FAIZAL CHE YUSOF PERTEMBUNGAN antara dua parti orang Melayu iaitu Umno dan PAS bukanlah satu hal yang remeh. Pertembungan antara kedua-duanya bukanlah sekadar perbezaan pendekatan dalam memperjuangkan Islam. Perjuangan Umno berteraskan kebangsaan, PAS pula mendaulat Islam. Jarak kedua-duanya bagai langit dan bumi. Malangnya ramai masih keliru. Pertembungan dua parti itu boleh diberi penilaian langsung oleh rakyat. Siri perdebatan yang dijadualkan suatu ketika dahulu terhenti begitu sahaja pada saat-saat akhir apabila ada yang bimbang lantas peranan Yang di- Pertuan Agong digunakan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Syria: TV Station Attacked, 7 Staffers Killed Posted: 27 Jun 2012 11:18 AM PDT | ||
Pakatan livid over Umno MP, BN distances itself Posted: 27 Jun 2012 11:17 AM PDT Pakatan wants authorities to investigate Mohamad Aziz for his "extremist and racist" remarks and the BN leadership distances itself from the Umno MP. Calling Mohamad a "samseng", DAP secretary-general Lim Guan Eng said: "We were very shocked and outraged by the repulsive, repugnant and derogatory remarks made yesterday by the Sri Gading MP, that we should hang Ambiga just because she was a co-chair of Bersih." Lim said this was a first time in the the history of Malaysia that an MP has called for the "murder" of someone else. "Clearly these remarks are inflammatory, designed to stir disaffection, is extremist and racist. This is seditious, threatening the life of Ambiga," said Lim. "Why is this racist? Because his remarks were only targeted at Ambiga as she is a woman, a Hindu and an Indian." Read More / Baca Lagi >> | ||
Beza Hosni Mubarak Dengan Pesiden Mesir Yang Baru Posted: 27 Jun 2012 11:10 AM PDT | ||
Fetisisme Media: Penggunaan perkataan "islamis" dalam kemenangan Morsi Posted: 27 Jun 2012 10:57 AM PDT Oleh Ismail Hashim Yahaya Saya amat tertarik dengan tulisan saudara Haris Zakapli dalam Siasahdaily berhubung dengan perkataan "islamis" yang diperalatkan media Barat seolah-olah memperlihatkan kemenangan ikhwan muslimin di Mesir ialah kemenangan untuk umat Islam sahaja ataupun ia merupakan kemenangan anggota Ikhwan dan bukannya rakyat Mesir secara keseluruhannya. Namun dalam tulisan ini saya mendekatinya dari sudut fethisme. Secara umum fetitisme difahami sebagai suatu keyakinan dan penggunaan fetis-fetis magik:objek tabiie seperti sejenis kayu atau anggota binatang atau buatan seperti tangkal yang diyakini memiliki kekuatan melindungi pemiliknya. Ini didakwa disebabkan muatan makluk halus atau jin yang berada di dalamnya. Walaupun kekuatan itu dihasilkan oleh suatu objek yang tidak dapat dibuktikan subtansinya ia diyakini oleh segelintir mampu menghasilkan semacam kesedaran kepada diri seseorang yang menggunakannya sehingga menyakini wujudnya suatu kekuatan, pesona, ketakjuban, daya pikat atau tarik atau pesona sihir yang pada dasar bersifat palsu. Read More / Baca Lagi >> | ||
UMNO Hilangnya Gah Sebuah Parti Posted: 27 Jun 2012 10:55 AM PDT "Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Terengganu semalam, Perut mula terasa dan terselera roti canai mamak kat Kuantan. Jam ditangan menunjukan 01.05pagi... lantas aku bertanyakan kawan yang nyenyak tidur disebelah untuk melalui tol Gambang dan terus ke Kuantan. Kawan aku dengan longlai angguk tanda setuju. Sambil membetulkan tempat duduk, tetiba kawan aku si Mail... mencuit bahu aku supaya memerhatikan beberapa lembaga sedang mengusung sesuatu di atas divider pembahagi jalan... lantas aku perlahankan kenderaan dan mengamati apa yang mereka bawa. "Fuhh, mereka usung tangga la bro...," kata Mail. " Berapa orang?" aku bertanya. " empat orang, dan dua orang lagi sedang mengarahkan mereka itu panjat tiang untuk pasang bendera UMNO pada tiang lampu jalan...," Read More / Baca Lagi >> | ||
Memo tuntut Royalti kepada MB Kelantan Posted: 27 Jun 2012 10:54 AM PDT Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Read More / Baca Lagi >>MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN (ROYALTI) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Setia. Dengan hormatnya, ini adalah MEMORANDUM kepada Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan. Bahawa isu Pengeluaran Petroleum sebagai Hasil Bumi Negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui Batasan Kepentingan Politik yang sempit. | ||
Posted: 27 Jun 2012 10:52 AM PDT Saya suka menonton komedi. Ini penting supaya saya tidak terlalu tertekan memikirkan segala macam masalah ekonomi yang saban hari menggasir usia dan sumber-sumber yang saya ada. Kalau ada gunung pun boleh runtuh. Tuntutan kewangan saban hari menjadikan apa sahaja pendapatan yang saya perolehi tidak begitu bernilai. Jadi saya suka komedi. Kerana komedi buat saya ketawa dan lupa sebentar tentang penderitaan poket dan dompet yang semakin merekah gersang tanpa aliran wang yang baik. Tidak ada ubat yang lebih baik daripada ketawa. Err.. Okay, mungkin ada. Tapi itu bukan pokok pangkal cerita hari ini. Komedi yang baik selalunya memerlukan lawak jenaka yang nampak bersahaja. Itu yang membuatkan siri Friends begitu berjaya di seluruh dunia. Jenaka yang diperankan oleh sekawan manusia yang berdepan masalah-masalah harian itu dilakukan dengan penuh bersahaja. Tidak nampak dibuat-buat. Namun pastilah ada komedi yang lebih baik dan lebih berjaya daripada siri Friends, yang hanya bertahan untuk sepuluh musim. | ||
Ambiga 'ayam tambatan' kepada transformasi pilihanraya negara Posted: 27 Jun 2012 10:51 AM PDT Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi bersama Bersih 3.0, sudah menjadi seorang yang paling popular dan beliau sudah pasti menjadi seorang yang 'of consequence' dalam politik negara kini. Ambiga bukan seorang ahli politik dan beliau tidak bercadang dan terfikir untuk berkecimpung dalam arena yang beliau tidak pandai untuk turut serta. Beliau merupakan ketua kepada sebuah NGO yang inginkan pilihanraya diadakan dan dilaksanakan secara bersih. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, beliau bersama rakan-rakan beliau dan disokong oleh majoriti rakyat yang inginkan satu pilihanraya bersih, secara tidak langsung beliau merupakan seorang yang paling berpengaruh dalam negara kita. | ||
Scorpene: Jawapan Zahid timbul banyak soalan Posted: 27 Jun 2012 10:47 AM PDT KUALA LUMPUR- Jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen mengenai isu jualan rahsia Scorpene di Dewan Rakyat malam tadi menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan. Read More / Baca Lagi >>Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya mengungkit banyak soalan yang perlu dijelaskan kerajaan. Pada 26 Jun 2012, Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah memberi jawapan kepada isu-isu yang saya bangkitkan dalam ucapan penangguhan Nurul Izzah di Parlimen. | ||
Jangan dolak dalih, tutup terus kem Kemunting Posted: 27 Jun 2012 10:47 AM PDT KUALA LUMPUR- Pemuda PAS meminta kerajaan tidak berdolak dalik lagi tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan terus menutup kem tahanan di Kamunting dengan segera dan membebaskan kesemua tahanan di dalamnya serta merta. Read More / Baca Lagi >>Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam kenyataannya berkata, tidak ada gunanya kerajaan 'bermain politik' dengan rakyat dengan pengumuman menghapuskan ISA tetapi Kem Kamunting masih beroperasi seperti biasa manakala tahanan di dalamnya tidak dibebaskan. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), kata Riduan, memandang serius kes mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan ISA bagi menuntut pembebasan mereka. | ||
'Bapa Propaganda' Najib tak serius hapus ISA - GMI Posted: 27 Jun 2012 10:43 AM PDT Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggelarkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai "Bapa Propaganda" apabila didakwa tidak konsisten terhadap janjinya menghapuskan akta ISA. Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perkara itu dilihat apabila hanya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) diperkenalkan walaupun Najib dua pengganti ISA diumumkan April lalu. "Saya rasa kita boleh panggil Najib ini bapa propaganda atau bapa persepsi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Parlimen Kuala Krau: BN gagal lunas janji Posted: 27 Jun 2012 08:25 AM PDT Read More / Baca Lagi >> | ||
Faekah : Geran Selangorku Diurus Telus Posted: 27 Jun 2012 08:24 AM PDT SHAH ALAM 27 JUN : Kerajaan Selangor tidak pernah berselindung berkenaan punca dana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan untuk dimanfaatkan terus kepada rakyat. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Belanjawan 2012 tahun lepas menyatakan geran ini berasaskan sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC). Ia juga diperolehi daripada keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang lapuk Syarikat Talam Corporation serta penstrukturan semula projek Canal City. "Jika dahulu keuntungan hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta para kroni BN, kali ini habuan kita agihkan terus kepada semua rakyat Selangor," kata Faekah dalam kenyataan medianya. Read More / Baca Lagi >> | ||
JK khas Parlimen cadang lagi beri SPRM kuasa mendakwa Posted: 27 Jun 2012 08:23 AM PDT Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah akan terus mengemukan cadangan supaya kuasa pendakwaan kes rasuah diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Read More / Baca Lagi >>Pengerusi jawatankuasa, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata tujuannya ialah bagi membolehkan SPRM dapat menjalankan tugas membanteras rasuah di negara ini dengan lebih berkesan. Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, beliau berkata, cadangan itu akan dimasukkan dalam laporan jawatankuasa mengenai Laporan Tahunan SPRM 2011 yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi. "Kita telah mencadangkan perkara ini sebanyak dua kali tetapi ditolak. Kali ini kita akan kemukakan sekali lagi," katanya yang sebelum itu menerima buku Laporan Tahunan SPRM 2011 yang diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed. | ||
Laporan polis terhadap MP mahu Ambiga 'digantung' Posted: 27 Jun 2012 08:21 AM PDT Ahli Parlimen DAP akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen BN Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mahu Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga "digantung" kerana didakwanya seorang "pengkhianat". Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi rang undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, beliau mendakwa Ambiga (kanan) sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April. Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan lapan lagi ahli parlimen parti itu menyuarakan rasa terkejut mereka. "Ia satu hasutan, rasis dan mengancam. Ianya rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita," katanya. "Kita tidak akan membuang masa meminta (Mohamad) menarik balik kenyataannya atau memohon maaf, tiada gunanya.." Beliau berkata, kenyataan Mohamad "rasis" kerana orang lain dalam jawatankuasa BERSIH termasuk bersama Pengerusi Bersama, Datuk A Samad Said, terlepas daripada kritikan itu. Lim berkata, imuniti parlimen tidak akan melindungi Mohamad (kiri) kerana imuniti seumpama itu adalah terhad. | ||
Posted: 27 Jun 2012 08:20 AM PDT Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Unsur Penipuan Punca Wujud Dua Pelan Pembangunan Posted: 27 Jun 2012 08:17 AM PDT SHAH ALAM 27 JUN : Jawatankuasa khas SELCAT telah memulakan siasatan ke atas kontroversi pembangunan sebuah padang di Kelana Jaya yang telah mencetuskan bantahan penduduk dengan pendengaran awamnya hari ini. Pendengaran awam ini bagi meneliti bagaimana dua buah rancangan tempatan diterbitkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang mempunyai maklumat yang bercanggah tentang padang tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
WWW 1: Nizar lapor polis terhadap Utusan, TV3 Posted: 27 Jun 2012 08:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini. Read More / Baca Lagi >>Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak. Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau. "Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1. Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily. | ||
Mahasiswa lancar Gerakan Mahasiswa Pasca Auku Posted: 27 Jun 2012 08:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) hari ini melancarkan Gerakan Mahasiswa Pasca Auku (Gempa) sebagai protes terhadap Opss 2020. Read More / Baca Lagi >>Opss 2020 merupakan konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13. Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Gempa bertujuan membela mahasiswa dan menolak sebarang pencabulan terhadap hak-hak mahasiswa. | ||
Baju kuning tetap sertai sambutan PM di TARC Posted: 27 Jun 2012 08:14 AM PDT Sebaliknya, kira-kira 20 pelajar tahun pertama lanjutan (advanced first year) tetap berbaju kuning dan hanya muncul 'menyambut' Datuk Seri Najib Razak di tepi jalan sekitar jam 4.15 petang.Read More / Baca Lagi >> | ||
Beri kerakyatan untuk undi adalah derhaka, kata Ambiga...yang ni patut digantung...!!!! Posted: 27 Jun 2012 08:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Jun — Pengerusi Bersih Datuk Seri Ambiga Sreenevasan menegaskan, tindakan memberi kerakyatan demi undi, bukannya menuntut pilihan raya adil dan bersih, katanya sehari selepas ahli Parlimen Umno menuntut supaya beliau dihukum gantung. Read More / Baca Lagi >>Peguam itu (gambar) yang juga merupakan seorang aktivis telah mengetuai gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih termasuk menuntut pembersihan senarai nama pengundi meragukan dibuang daripada daftar pengundi telah berulang kali dianggap sebagai pengkhianat oleh pro Barisan Nasional (BN) dan menuntut kerakyatannya dilucut. Namun seorang pemimpin Umno semalam mencadangkan Ambiga digantung kerana menganjurkan dua perhimpunan jalanan, yang mana Najib mendakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan. "Mungkin kita seharusnya boleh menggantung Ambiga atas penderhakaan terhadap Agong," kata ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz di Parlimen malam tadi, dan menyebabkan berlakunya keganasan di ibu negara pada 28 April lalu. | ||
Corruption fears high before Mongolian election Posted: 27 Jun 2012 08:08 AM PDT | ||
UN releases report on Houla massacre Posted: 27 Jun 2012 08:08 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan