Selasa, 26 Jun 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Penganalisis: PRU13 diramal Disember..!!!

Posted: 26 Jun 2012 08:43 PM PDT


ALOR SETAR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin diadakan pada pertengahan atau penghujung Disember iaitu tiga bulan selepas pembentangan Bajet 2013.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.

Read More / Baca Lagi >>

Jambatan tercanggih selepas 54 tahun Umno BN memerintah

Posted: 26 Jun 2012 08:40 PM PDT


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/197632_316703531757759_945354266_n.jpg

TEMERLOH - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.
"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan...

N'N:Tranformasi???

Scorpene scandal surfaces to trouble Najib

Posted: 26 Jun 2012 08:39 PM PDT

The submarine scandal threatens to tarnish Prime Minister Najib ahead of elections he is expected to call later this year.
By Stuart Grudgings and Rachel Will

KUALA LUMPUR: Malaysia's government will address allegations on Tuesday over its purchase of two French submarines, responding to a scandal that threatens to tarnish Prime Minister Najib Tun Razak ahead of elections he is expected to call later this year.
Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi is due to speak in parliament on allegations that Malaysian navy documents were sold to French shipbuilding giant DCNS to help its bid for the 1 billion euro contract it won in 2002.
Najib, defence minister at the time, has for years denied allegations of wrongdoing in the purchase of the Scorpene-class submarines. There has been no evidence linking him directly to corruption in the deal and his supporters say the political opposition is behind efforts to revive the issue just ahead of the election.
But his government is under mounting pressure to give a fuller explanation of the dealings after documents in a French court case brought by a Malaysian human rights group were leaked and picked up by the country's lively online media.
Read More / Baca Lagi >>

Getah turun harga. Tanaman pisang diserang penyakit. Kerajaan buat tak tau?

Posted: 26 Jun 2012 08:36 PM PDT


Baru-baru ni, untuk setandan pisang abu, aku dapat RM 19.00!  Aku bukannya ada kebun pisang pun, yang ada itu la dalam 15 ke 20 pokok je, yang ditanam oleh arwah suami  kat tepi jalan depan umah. Tak jual pun, hanya untuk makan anak-beranak. Kadang-kadang je ada jiran  beli sebab nak buat bekal bagi anak depa bawak balik ke bandar.

Aku tanya kat jiran yang beli pisang abu aku tu. Apsal mahal sangat? Katanya susah nak dapat sebab pokok pisang banyak yang musnah diserang virus. Kalau dulu sekilo harganya sekitar 60sen @ 70 sen, sekarang dah jadi RM1.40. Memang buat duit betul la bagi sapa-sapa yang ada kebun! Tapi masalahnya sekarang di Bagan Datoh ni bekalan pisang tak ada! Tak macam dulu, bersepah-sepah pisang di merata tempat.

Aku ada gak dengar masalah ni dari kawan2 yang berkebun pisang. Ingatkan dah selesai rupanya masalah ni masih berterusan. Aku pun call beberapa orang kawan bertanya hal ni. Kata depa, kalau dulu yang rosak cuma pisang abu dan pisang awak saja, sekarang pisang nangka ,pisang berangan pun kena jugak. Sekiranya masalah ni tak ditangani dengan segera, rasanya lama-lama nanti mau semua jenis pisang  abis rosak.

Read More / Baca Lagi >>

Teka teki teka tekup, lepas PRU13 Umno lingkup..

Posted: 26 Jun 2012 08:32 PM PDT

  
Ini la uniknya demokrasi ala Malaysia. Tarikh PRU 13 masih menjadi teka teki. Nampak seolah2 pimpinan yang menerajui kerajaan masih lagi takut untuk menetapkan tarikh akhir pilihanraya. Disini jelas kelihatan yang parti Umno yang menerajui kerajaan belum beroleh keyakinan diri untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke 13 di adakan dalam masa terdekat ni.
Apabila Menteri Di jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz membuat kenyataan bahawa PRU 13 akan diadakan setelah mandat partinya memerintah tamat, PM Najib yang menjadi Presiden Umno pantas menafikannya dan mengatakan bahawa itu hanyalah pendapat peribadi beliau.
Mengapa PM Najib ni begitu takut untuk berhadapan dengan pilihan rakyat? Apakah segala pemberian yang boleh di anggap gula2 politik belum benar2 memberi keyakinan kepada dia untuk mengadakan pilihanraya? Atau segala perancangan jika tewas dalam pilihanraya masih belum lagi tersedia? Ataupun Umno/BN tiada isu yang boleh dijadikan killer instinct untuk dijadikan modal pilihanraya yang kukuh demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Umno dibelakang Uncleseekers?

Posted: 26 Jun 2012 08:26 PM PDT

Oleh: MSK
Sejak dua minggu lalu, aku memerhatikan perjalanan blog-blog politik tempatan. Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung ke blog-blog politik sedang menurun, mungkin disebabkan tidak ada isu-isu menarik sepanjang dua minggu lalu.
Tapi, ada satu blog yang semakin sensasi hari iaitu blog Uncleseekers. Setiap hari, blog Uncleseekers menyiarkan siri pendedahan tentang skandal-skandal Sultan dan Tengku Mahkota Johor. Setakat ini, sudah 47 siri disiarkan oleh Uncleseekers yang bukan sahaja menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan kepada Raja, malah turut menelanjangkan kisah-kisah peribadi Raja.
Berapa ramaikah yang membaca tulisan-tulisan Uncleseeekers?
Read More / Baca Lagi >>

Kejayaan IM bimbangkan Israel

Posted: 26 Jun 2012 07:57 PM PDT


netanyahuJERUSALEM - Kemenangan anggota Ikhwanul Muslimin (IM) dalam pilihan raya Presiden Mesir 2012 cukup membimbangkan Israel berikutan akan terjejasnya perjanjian damainya dengan Mesir yang ditandatangani pada 1979 lalu.

"Israel berharap akan terus melanjutkan kerjasama dengan kerajaan Mesir di bawah perjanjian damai antara kedua-dua negara ini bagi tujuan untuk menyumbang dalam kestabilan kawasan," ujar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu seperti dilaporkan Associated Press.
Kemenangan Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya umum dan pilihan raya Presiden Mesir 2012 menjadi peristiwa bersejarah di negara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kita Gantung Pembunuh, bukan Gantung yang Berbeza Pendapat!

Posted: 26 Jun 2012 07:54 PM PDT

Matnya- Kita gantung yang membunuh Altantuya. KIta gantung pengedar dadah. Kita gantung yang menjual Kad Pengenalan. Kita gantung yang menjual rahsia tentera laut. kita gantung yang menjual kerakyatan. Kita tak gantung orang yang berbeza pendapat dan pandangan. Hanya untuk sekali sahaja- pemimpin UMNO gunalah otak kamu.
Pemimpin2 United Munafik National Organization( UMNO) bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah- maklum sahajalah, mereka berotak burung. Kita jadi pandir jika melayan puak UMNO. Tak setuju- tarik kerakyatan! Tak setuju- kita gantung. Tak setuju kita jel!. Inilah kualiti pemimpin UMNO. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini? 
Read More / Baca Lagi >>

Poverty-stricken in M'sia hope for improvement: BUT ARE THEY DREAMING?

Posted: 26 Jun 2012 07:42 PM PDT

Poverty-stricken in M'sia hope for improvement: BUT ARE THEY DREAMING?
MELAKA, Malaysia- Cheng Fuok sits in his small home, watching as bicycles pass in the early morning hours. The sweat is already beginning to form on his brow, but he pays no attention as he continues his preparations for the day ahead.
His hands move swiftly over the clock, opening the side and splitting it in half. Taking a small screwdriver, Cheng works his magic and within five minutes, the tick-tock of the clock hands signal it is working.
"This is what I do every day," he tells Bikyamasr.com. "I have been working like this for 40 years, but now there isn't a lot of people who need their clocks or watches fixed."
Read More / Baca Lagi >>

KWSP - Sapa yg punye?

Posted: 26 Jun 2012 07:37 PM PDT

"Assalam.
Cuma nak bincangkan tentang duit KWSP yg kita carum setiap bulan.

Setiap bulan kita carum ke KWSP. Segala duit yang ada dalam simpanan KWSP adalah dari duit kita semua. KWSP diamanahkan untuk menyimpan duit pencarum-pencarum untuk kegunaa masa bersara nanti.

Persoalannya :-

1. Siapa yang bagi kebenaran kepada KWSP untuk melabur atau memberi pinjam kepada sesiapa yang tiada kaitan dengan KWSP tanpa persetujuan dari para pencarum.?

Read More / Baca Lagi >>

A story of red tapes

Posted: 26 Jun 2012 07:29 PM PDT

A retired civil servan recounts the ordeal he encountered in wanting to sell back his late wife's Amanah Saham share.

By K Ramakrishnan
In 1981, former prime minister Dr Mahathir Mohamad started the Amanah Saham Bumiputera for the Malays to uplif their economic status.
When the non-Malays complained, he started the Amanah Saham Permodalan BSN Bhd. And so all the poor Chinese and Indians made a beeline at Bank Simpanan Nasional to buy shares with the hope of securing a better future for themselves and their children.
My late wife persuaded me to buy at least 1,000 units at the price of RM1 per unit. So I bought the units under her name.
We were told to open an account with BSN, which we promptly did and later, my wife received her Amanah Saham Sijil or certificate.
As time passed, the AS Bumiputera was declaring dividends of up to 13% but the shares of the non-Malays continued to tumble. Once in a blue moon, we received dividends in the form of a RM25 voucher.
Read More / Baca Lagi >>

Syria hadapi 'perang sebenar', isytihar Presiden Bashar

Posted: 26 Jun 2012 06:58 PM PDT


Presiden Bashar al-AssadDAMSYIK - Presiden Syria Bashar al-Assad mengisytiharkan negaranya kini berhadapan dengan "perang yang sebenar" dan mahu dasar-dasar negara itu dituju ke arah untuk memenangi perang.

Dua minggu lalu, Utusan Khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan menyifatkan Syria sedang menuju ke arah perang saudara.


Dipetik agensi berita SANA, Bashar, yang turut berhadapan dengan tekanan antarabangsa bagi menamatkan krisis yang berlarutan lebih setahun, membuat kenyataan itu dalam ucapannya kepada Kabinet yang baru dibentuk.


Kabinet mengangkat sumpah semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: 'Saya tak ambil kemudahan MB'

Posted: 26 Jun 2012 06:53 PM PDT


Nik Aziz kecam Harussani SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

"Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

Read More / Baca Lagi >>

Cynthia Gabriel: Najib, You Can Run, But You Can't Hide

Posted: 26 Jun 2012 06:46 PM PDT

31 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Hujah - Dr Asri MAZA

Posted: 26 Jun 2012 06:38 PM PDT

30 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu Lebuh Raya Kelantan - Dr Fadzli

Posted: 26 Jun 2012 06:36 PM PDT

Pak Samad at Occupy Balok-Gebeng

Posted: 26 Jun 2012 06:33 PM PDT

NATO condemns downing of Turkish jet

Posted: 26 Jun 2012 06:33 PM PDT

Sumpah Mursi kepada Mesir

Posted: 26 Jun 2012 06:32 PM PDT

"KAHERAH - Presiden baru Mesir, Mohammed Mursi bersumpah menjadi seorang pemimpin untuk semua rakyat dengan membawa transformasi berpaksikan ajaran Islam selepas memenangi pemilihan kerusi presiden di negara Arab yang paling ramai penduduknya susulan penggulingan Hosni Mubarak awal tahun lalu.

Mursi, pemimpin pertama Mesir yang dilantik sejak pemberontakan berdarah terhadap penyingkiran Mubarak, memenangi 51.73 peratus undi (13 juta undi) berbanding lawannya juga pernah menjadi perdana menteri semasa pemerintahan Mubarak iaitu Ahmed Shafiq, hanya mengaut 48.27 peratus undi.

Read More / Baca Lagi >>

Label ‘demokrat palsu’: Anggaplah sebagai cabaran

Posted: 26 Jun 2012 06:30 PM PDT

Tulisan bertajuk A 21st-century checklist of the new autocrats disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia mengkategorikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia. Ia kemudian dipetik oleh portal Malaysiakini.

Antara yang menarik Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".

Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Posted: 26 Jun 2012 06:23 PM PDT

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.


Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja.  Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Read More / Baca Lagi >>

Tidak berlaku sebarang kebocoran rahsia, kata Mindef

Posted: 26 Jun 2012 06:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Putrajaya menegaskan tiada sebarang maklumat keluar dari negara ini berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion pada 2002 walaupun dokumen mahkamah yang mendakwa sebaliknya dalam inkuiri yang sedang berlangsung di Perancis.
Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata dalam jawapan terhadap ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan dokumen rahsia dijual kepada syarikat milik penganalisis Abdul Razak Baginda kepada sebuah firma Perancis.
"Setakat ini daripada kementerian, tiada maklumat dibawa keluar dari Malaysia.
"Kementerian Pertahanan tiada maklumat berkenaan dakwaan yang dikatakan penjualan dokumen rahsia oleh Terasasi (Hong Kong) kepada Thint Asia (Thales International) yang dikatakan bernilai  €36 juta (RM142 juta)," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) di Parlimen awal pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Apa pendirian kerajaan bersih daftar pemilih

Posted: 26 Jun 2012 06:11 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian Kerajaan dan SPR terhadap tuntutan membersihkan daftar pemilih.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut adalah pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah jalan dan nama-nama jalan kampung dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang perlu dibaik pulih tahun ini.

Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN Patut Ukur Baju Di Badan Sendiri

Posted: 26 Jun 2012 06:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Umno-BN yang sebenarnya "tidak membayar hutang, tidak menepati janji dan tidak kenang budi" seperti kata pemimpin agungnya Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat ketiga-tiga ciri di atas yang cuba dikaitkan dengan Pakatan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, sebenarnya mencerminkan cara pentadbiran Umno-BN.
MP Bukit Mertajam, Chong Eng, berkata, kerajaan Pulau Pinang Pakatan telah membawa banyak perubahan termasuk membayar semula hutang lama kerajaan Umno-BN kepada kerajaan pusat.
"Umno-BN sebenarnya yang lupa kepada jasa rakyat. Saya rasa PM dan BN masih tidak tahu rakyat mahu berubah kerana kerajaan BN tidak melakukan kerja-kerja mereka dengan baik," katanya.
Minggu lalu, Najib di dalam ucapannya di Kuala Langat, menyatakan tiga nilai buruk Pakatan yang boleh menghakis keharmonian dan menjejaskan pembangunan negara.
Tiga nilai buruk yang disebut adalah "janji tidak ditepati, budi tidak dihargai dan hutang tidak dibayar".
Read More / Baca Lagi >>

'False Democrat' Najib on Int'l Rogues Gallery: M'sia on WORLD WATCH ahead of GE-13

Posted: 26 Jun 2012 06:09 PM PDT

'False Democrat' Najib on Int'l Rogues Gallery: M'sia on WORLD WATCH ahead of GE-13If Prime Minister Najib Razak thought he had succeeded in pulling wool over the eyes of the Malaysian people and the international community with a slew of reforms that have been described by critics as "whitewash", "insincere" and "sinister", he is terribly wrong.
And just like the mythical Emperor who wore no clothes, the 58-year old Malaysian leader is now being peeled and exposed for hypocrisy and accused of harboring dark intentions to retain power by force as have many of the world's disgraced despots.
Just months ago, Najib was crowned co-champion of "double-talk" by the influential Washington Post which is read by the likes of President Obama and other top US leaders. The Washington Post lashed out in a stinging editorial after Najib controversially deported Saudi journalist Hamza Kashgari home to face certain torture and perhaps even death. The blunt language used by the US paper raised eyebrows and caused many to cough nervously in the corridors of power in Putrajaya, the Malaysian administrative capital.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: