Jumaat, 8 Jun 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Raja Nong Chik: Tiada konflik kepentingan dalam 'projek RM30j' ....oooo macam tue eh....!!! hebat2...

Posted: 08 Jun 2012 09:03 PM PDT

Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan tiada konflik kepentingan dalam isu kontrak kerajaan yang diperolehi satu syarikat didakwa milik anak perempuannya.

Tanpa mengesahkan atau menafikan kontrak didakwa bernilai RM30 juta itu, Raja Nong Chik berkata projek itu berlangsung pada 2006 lagi - sewaktu beliau masih belum menjadi menteri.

"Saya tak payahlah (cakap tentang perkara itu). Pasal semua projek itu (berlaku) pada 2006. Masa itu, saya ahli perniagaan selama 25 tahun. Takkan tak boleh berniaga pada waktu itu?

"Hanya kontrak itu dimeterai pada 2010, pasal bangunan siap pada waktu itu. Itu sahaja. Kalau tidak, tutup semua perniagaan yang keluarga saya berniaga. Saya rasa tak sesuai kan? Tetapi tidak ada konflik kepentingan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Isu beku PTPTN: Kerajaan BN mulai panik - MB Selangor

Posted: 08 Jun 2012 08:59 PM PDT


KETEREH: Kesediaan kerajaan Selangor mencari dana bagi membantu pelajar Unisel dan KUIS membuatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti kelam kabut apabila membuka semula pinjaman PTPTN yang dibeku baru-baru ini.

Sedangkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin dalam kenyataannya sebelum ini mengakui kerajaan membeku pinjaman kepada pelajar Unisel, dianggap ramai sebagai tindak balas ekoran kesungguhan Pakatan Rakyat mahu menghapuskan PTPTN.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka.
Read More / Baca Lagi >>

SPR Mansuhkan Pamer & Bantah Untuk Elak Bakal Calon UMNO/BN Ditolak

Posted: 08 Jun 2012 08:55 PM PDT


Mansuh pamer bantah elak calon BN disabotaj?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memansuhkan proses pamer dan bantah adalah kerana bimbang calon-calon BN disabotaj ahli mereka sendiri.

Menurutnya, gerakan sabotaj itu wujud sejak 2008 lagi dan lebih ketara sejak kebelakangan ini sehingga Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan amaran keras kepada pihak yang beniat melakukan tindakan itu.

Malah katanya, kenyataan pimpinan Umno bahawa calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini tidak semestinya Ketua Bahagian, mampu menjuruskan sabotaj itu akan benar-benar berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan pengerusi PTPTN 'kurang cerdik', kata setpol MB

Posted: 08 Jun 2012 08:33 PM PDT

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik."

Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN."
Read More / Baca Lagi >>

Persidangan Dewan Rakyat tidak halang pembubaran Parlimen, kata Wan Junaidi

Posted: 08 Jun 2012 08:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa termasuk ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan, undang-undang atau Peraturan Urusan Mesyuarat Parlimen yang menghalang Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa.
Malah, katanya, pembentangan Belanjawan 2013 yang dijadual pada 28 Sept ini bukan indikasi penting bagi pembubaran Parlimen kerana Perdana Menteri boleh membuat pengumuman itu sebelum atau selepas pembentangan itu, sekiranya beliau mendapat 'ilham'.
Read More / Baca Lagi >>

'Jangan ingat saya lembab', kata Anwar

Posted: 08 Jun 2012 07:27 PM PDT

KETEREH - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau bukan seorang yang "lembab" sehingga mengambil tindakan tidak menjaga kepentingan orang Melayu, selaku kaum majoriti, termasuk  melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada DAP jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Pembangkang ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP memahami Melayu merupakan majoriti rakyat negara ini dan tidak mempertikaikan sebarang kelebihan yang diperuntukkan.

Perkara itu juga pernah ditekankan oleh DAP sebelum ini iaitu orang Melayu akan menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Ada orang kata saya akan pegang jawatan PM selama tiga bulan sahaja sebelum serah kepada (Pengerusi DAP Kebangsaan) Karpal (Singh), saya bukan seorang begitu lembab.

"Sekiranya memerintah apa yang ada kini termasuk Bahasa Melayu akan diperkukuhkan lagi," kata Ketua Umum PR ini ketika berucap pada Ceramah Perdana di Padang Malis Daerah Ketereh di sini malam tadi.

Pada ceramah yang dihadiri lebih 15,000 penyokong itu, Anwar berkata, Sabah akan memberi kejutan terbesar dalam PRU-13 dengan peningkatan sokongan yang kepada PR.

An obsession with Anwar

Posted: 08 Jun 2012 06:57 PM PDT

How can anyone commit so many sins in such a short time, and live to tell about it?

Slowly but surely, the net is closing in on Opposition Leader Anwar Ibrahim. Utusan Malaysia reported that Anwar was allegedly controlling 20 master accounts managed by his cronies, which involved assets, shares and cash amounting to more than RM3bil during his tenure as the deputy prime minister.
But having Perkasa to head the call for a Royal Commission of Inquiry, only adds suspicion and ridicule to a seemingly 'serious' allegation.
Anuar Shaari, a former private secretary to Anwar, has joined the chorus to demand that Anwar explains his involvement.
However, opposition critics have remarked that if he had RM3 billion to spare, he would have fled the country, instead of staying put to face his enemies swarming upon him like vultures, waiting to nail him to the wall, and fighting for the rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Semakin buruk: JPJ beri WWW15 secara percuma – BN mahu sembunyi lagi?

Posted: 08 Jun 2012 06:55 PM PDT

Semakin buruk: JPJ beri WWW15 secara percuma – BN mahu sembunyi lagi?Dalam apa yang nampaknya seperti percubaan menutup kesalahan yang terbaru, timbalan presiden MCA, Liow Tiong Lai sekarang mengaku pula bahawa nombor pendaftaran plat kereta WWW 15 yang telah dibidanya sebenarnya diberi secara percuma.
"Saya telah menerima notis rasmi daripada jabatan itu bahawa nombor plat itu adalah percuma. Tiada sebarang pembayaran dilakukan. Jika ada sebarang pertanyaan, harus dimajukan kepada JPJ. TQ," kata Liow dalam mesej twitternya.
Nombor pendaftaran itu telah dijual pada harga RM24,200 pada laman web JPJ. Berita bahawa Liow, yang juga merupakan menteri kesihatan telah berjaya membida nombor tersebut menimbulkan banyak persoalan terutamanya bagaimana dia mampu membelinya jika dibandingkan dengan gaji yang diperolehinya sebagai menteri.
Apabila diasak pertanyaan, Liow berkeras bahawa dia bahkan Kementeriaan Kesihatan tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut dan sebaliknya telah mendapatnya secara percuma.
Kesemua menteri boleh mendapatkan satu nombor; saya tidak pernah menggunakan keistimewaan itu sebelum ini. Nombor ini tidak penting bagi saya. Apa yang penting adalah khidmat kepada rakyat," kata Liow kepada pemberita.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M pun tidak mampu selamatkan diri, apa lagi kamu, Najib: PRU masih tertunda!

Posted: 08 Jun 2012 06:54 PM PDT

Dr M pun tidak mampu selamatkan diri, apa lagi kamu, Najib: PRU masih tertunda!Bagaimana boleh jadi begini? Bagaimana UMNO yang mempunyai 3 juta ahli, menjadi pemerintah selama 5 dekad, dengan kejayaan demi kejayaan seperti yang diakui para pemimpinnya, masih tidak pasti jika pilihanraya ke 13 patut diadakan atau tidak.
Tidak hairanlah jika akar umbi parti dan panglima UMNO menunding jari pada perdana menteri Najib Razak yang juga merupakan presiden UMNO. Ada dikalangan pemimpin yang akan mempertahankannya. Ia terpulang padanya, dialah boss, ia adalah keputusannya. Namun, yang lebih ktitis terhadapnya akan menyalahkannya- ini semua salah Najib kerana tidak mempunyai keyakinan pada dirinya sendiri dan rakyat untuk memberi Umno-BN mandate untuk memerintah selama 5 tahun lagi.
Biarpun mereka menyokong atau menentang Najib, pilihanraya umum ke-13 yang lambat tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Ekonomi global sedang mengecut dan pasaran saham Asia sedang merundum. Menambahkan ketidaktentuan politik akan memburukkan lagi keadaan ini. Paling menyedihkan, rakyat Malaysia yang masih menyokong kepimpinan lemah yang tidak mampu berubah kerana perbalahan dalaman partinya sendiri iaitu UMNO dan ini sememangnya akan menuju kehancuran.
Read More / Baca Lagi >>

BN leadership living in fear?

Posted: 08 Jun 2012 06:52 PM PDT

The amendment to the Evidence Act intends to prevent people from hurling baseless accusations and posting hate-rantings against the government.
Last year Prime Minister Najib Tun Razak promised that Malaysia will never censor the internet. This was the policy adopted by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad during his tenure when Cyberjaya and the Multimedia Super Corridor were launched.
However on June 1, 2012 the Evidence (Amendment) (No. 2) Act 2012 comes into effect. Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz claimed that the law was tightened because "we don't want (anonymous or pseudonymous) people to slander or threaten others," according to a report in a local English daily.
Read More / Baca Lagi >>

BUNUH " TUYA" ISP. AZILAH FAIL 43 ALASAN RAYUAN, SIAPA ARAH BUNUH MASIH MISTERI?

Posted: 08 Jun 2012 06:29 PM PDT


GANTUNG SAMPAI MATI...Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibu.-2009

Azilah tambah alasan 5 Julai

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Ketua Inspektor, Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya pada 5 Julai ini.

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah, N Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalamkamarnya semalam.

Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara 9.45 malam pada 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya.

Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa Unisel Kecewa Jadi Mangsa Politik Murahan

Posted: 08 Jun 2012 06:26 PM PDT

SHAH ALAM 9 JUN : Tindakan bolak balik(flip- flop) Kerajaan Pusat dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) terhadap mahasiswa baru Universiti Selangor(Unisel) dianggap sebagai tidak matang oleh mahasiswa yang ditemui.
Tinjauan TVSelangor terhadap mahasiswa Unisel rata-rata kecewa dengan permainan politik murahan sebegitu.
Read More / Baca Lagi >>

PM Perlu Pecat Khaled Nordin Sebagai Menteri

Posted: 08 Jun 2012 06:25 PM PDT

SHAH ALAM 9 JUN : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak didesak untuk memecat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dengan segera.
Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata, tindakan Khaled membekukan pinjaman  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) merupakan tindakan berunsur politik yang menunjukkan  rendahnya kematangan dan profesionalisme beliau.
"Semata-mata untuk menjadikan diri sebagai wira Umno, beliau sudi menggadaikan masa depan mahasiswa.
"Malang lagi, tindakan beliau disokong dengan kuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin," ujarnya yang juga Adun Bukit Lanjan dalam kenyataan media.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN: Jangan jadikan mahasiswa bahan eksperimen

Posted: 08 Jun 2012 06:24 PM PDT

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana isu  pembekuan pinjaman  PTPTN kepada mahasiswa tahun pertama Universiti Industri Selangor (Unisel) dapat diselesaikan dengan cara baik yang mana pembekuan itu telah ditarik balik oleh pihak PTPTN setelah perbincangan dilakukan antara Naib Canselor Unisel bersama  Ketua Eksekutif PTPTN Agus Cholan. Malah, mahasiswa Unisel juga telah dibenarkan untuk mengemukakan permohonan pinjaman mereka secara online di laman web PTPTN.


Daripada kemelut yang menjadi isu besar di dada-dada akhbar  sejak akhir-akhir ini dapat penulis rangkumkan bahawa kemelut ini lebih bermotifkan kepada nilai status politik dan  juga serangan psikologi menjelang PRU 13. Mengapa? Pelbagai persoalan yang boleh kita bangkitkan dalam isu ini.

Read More / Baca Lagi >>

Nizar vs Sultan Johor : Sah.....PDRM ikut telunjuk Umno !!

Posted: 08 Jun 2012 06:13 PM PDT


Akhir-akhir ini kecoh pasal isu Nizar dan Sultan Johor. Dato' Seri Nizar Jamaludin bekas menteri Besar Perak kononnya telah menghina dan menderhaka kepada  sultan Johor.

Beliau sebenarnya hanya memberi pandangan atau komen di twiternya tentang ketidakwajaran sultan berbelanja sebanyak RM520,000 semata-mata untuk memenangi bidaan nombor WWW1 .
Read More / Baca Lagi >>

TERDESAK BENAR PM UMNO@BN !!

Posted: 08 Jun 2012 06:11 PM PDT

Seluruh media cetak dan elektronik, terutama RTM TV3, Astro dan surat khabar telah digunakan oleh Najib untuk menaikkan imejnya yang telah menjunam begitu teruk sekali,  namun rupa-rupanya itu belum cukup !!

Begitulah terdesaknya Najib, hinggakan pada tin minuman pun diletakkan gambarnya, dengan harapan rakyat akan menyayangi dan meminatinya kembali.  Tetapi mahukah rakyat menyukai seorang PM yang bersekongkol dengan pembunuhan Altantuya? Mahukah rakyat menghormati seorang PM yang bermulut 
celupar dengan menuduh rakyatnya haram jadah? Mustahil !! rakyat bertambah meluat lagi ada ! 

Teman cadangkan tampallah banyak-banyak gambar Najib pada dinding bas dan teksi,.  bot-bot nelayan dan tongkang yang ada di seluruh negara.  Kalau boleh pada kereta lembu dan kereta kuda juga jangan lupa !! biar Najib betul-betul puas hati!!!

Oleh : rahimothman

PTPTN: Jangan banding epal dengan ikan yu

Posted: 08 Jun 2012 06:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dalam isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN terhadap Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyindir 'kebijaksaan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam menimbulkan kontroversi ini.

Mohamad berkata sepatutnya Khaled membuat perbandingan epal dengan epal dalam isu ini.

"Jgn bandingkan kerajaan PR selangor dgn kerajaan pusat. Banding mesti epal dgn epal. Bkn epal dgn ikan yu," tulis beliau di laman Facebook beliau.

Mohamad menegaskan bahawa PR berjanji akan memberikan pendidikan percuma apabila ia diberi mandat untuk memerintah kerajaan pusat pada PRU13 bukan memerintah di peringkat negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Dejavu.......

Posted: 08 Jun 2012 06:03 PM PDT

Pertembungan politik antara BN dan Pakatan berada di tahap kemuncak. Setiap hari ada sahaja isu-isu baru timbul.
Dalam kes PTPTN baru-baru ini drama berlaku apabila kerajaan pusat mahu membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar di Unisel dan KUIN di Kedah.
Pembekuan pinjaman itu akhirnya ditarik balik kerana tekanan yang kuat dan BN mungkin dinasihatkan agar tidak meneruskan pembekuan PTPTN kepada Unisel dan KUIN oleh kerana ianya satu tindakan bodoh yang tidak menguntungkan dari segi politik.
Mengapa saya katakan tindakan membekukan PTPTN kepada pelajar Unisel dan KUIN adalah satu tindakan bodoh?
Read More / Baca Lagi >>

Projek Mega Barisan Nasional Akan Dikenang Sepanjang Zaman

Posted: 08 Jun 2012 05:56 PM PDT

~ UMNO MIC MCA ~

Tragedi Koperal Mustaghni Tabri : 5 polis ditahan untuk siasatan

Posted: 08 Jun 2012 05:39 PM PDT


SUASANA MURAM...ahli keluarga  menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam.
SUASANA MURAM...ahli keluarga menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam.
SABAR...anak Allahyarham ditenangkan ahli keluarga lain.
SABAR...anak Allahyarham ditenangkan ahli keluarga lain. 
 
KLANG: Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.
Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.
Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras.

Zahid denies Scorpene treason: Attention swings to Altantuya killers' appeal

Posted: 08 Jun 2012 05:28 PM PDT

Zahid denies Scorpene treason: Attention swings to Altantuya killers' appeal Malaysia's minister for defense Zahid Hamidi denied there had been sales of naval secrets to French arms maker DCNS in connection to Prime Minister Najib Razak's controversial purchase of 2 Scorpene submarines.
"There is no proof to show such a thing happened. I give my assurance that we will investigate thoroughly if there is proof because this involves national security," Zahid was reported as saying by the government-controlled Berita Harian newspaper.
However, few Malaysians are likely to feel reassured by the latest denial from Najib's BN government. In fact, it had been the BN's refusal to carry out a public inquiry on allegations that Najib and his Umno party had taken illicit kickbacks of at least 114 million euros or RM570mil that pushed the country's largest NGO, SUARAM, to file a complaint with the French authorities.
Denial mode not acceptable
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled...ha..ha..ha...perangkap makan tuan...!!!!

Posted: 08 Jun 2012 05:27 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya sekadar ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memansuhkan PTPTN dan menggantikan dengan pendidikan percuma jika diberi manfat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu kata beliau, adalah jelas Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma.

Read More / Baca Lagi >>

Ban Ki-Moon announces the killings

Posted: 08 Jun 2012 05:22 PM PDT

Ust Mohd Nor Hamzah Ceramah Sungai Serai Marang

Posted: 08 Jun 2012 05:13 PM PDT

Ehsan Bukari Ceramah Sungai Serai Marang

Posted: 08 Jun 2012 05:08 PM PDT

Tiada ulasan: