Khamis, 7 Jun 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Suaram anjur majlis makan malam 'Ops Scorpene 2.0'

Posted: 07 Jun 2012 09:20 PM PDT

NONESuaram akan mengadakan majlis makan malam kedua 'Ops Scorpene 2.0', untuk mengumpul lebih banyak dana bagi membiayai tindakan undang-undangnya terhadap firma pembuat kapal Perancis, DCNS, di mahkamah Perancis, berhubung kontroversi kapal selam Scorpene.

Majlis makan malam itu, yang akan diadakan Jumaat depan, 15 Jun, di
Pusat Sivik Petaling Jaya, adalah yang kedua dianjurkan oleh NGO tersebut. Majlis kali pertama diadakan Julai lalu, yang berjaya mengumpul kira-kira RM250,000.

Majlis kali ini, yang diumumkan oleh Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) dan Fadiah Nadwa dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya kelmarin, mensasarkan kutipan sebanyak RM300,000.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN: PR Selangor mahu sumbang dana Adun

Posted: 07 Jun 2012 09:14 PM PDT



Isu PTPTN SHAH ALAM - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor sanggup menyalurkan peruntukan bahagian masing-masing jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan sekatan pinjaman ke atas pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).

Pendirian itu dilahirkan oleh Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim menerusi laman sosial Facebook dan mesej Twitter malam tadi, yang ditujukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri, sekiranya perlu, setiap Adun PR sudi menggunakan peruntukan kawasan untuk menaja seorang pelajar Unisel," kata beliau di sebalik kontroversi terbaru berkaitan dengan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel.

Read More / Baca Lagi >>

Beku PTPTN: Ada rancang berhenti, ada pindah IPT

Posted: 07 Jun 2012 08:19 PM PDT

Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor menyebabkan beberapa pelajar merancang dan terpaksa berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman.

Tindakan itu juga menyebabkan pelajar baru di universiti tersebut terbeban dan terpaksa bergantung dengan keluarga untuk mendapatkan wang.

Seorang pelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan apabila tidak mendapat bantuan kewangan.
Read More / Baca Lagi >>

Beku PTPTN: Umno BN amal politik ‘zaman batu’

Posted: 07 Jun 2012 08:17 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan zalim, angkuh dan biadap kerajaan Pusat terhadap pelajar-pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.


Hanya disebabkan 'dendam politik' maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap 'keseronokan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk 'membekukan' pinjaman tersebut dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional mempraktikkan budaya politik 'zaman batu' yang cukup jijik.

Read More / Baca Lagi >>

Senarai Penyelewengan Mahathir Sepanjang Beliau Menjadi Perdana Menteri

Posted: 07 Jun 2012 10:08 AM PDT



Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
    * Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
Read More / Baca Lagi >>

Peneroka Felda kini bagaikan ayam daging?

Posted: 07 Jun 2012 10:04 AM PDT

Nasib peneroka Felda akibat penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia, kian kelam. Rupanya selama ini para peneroka Felda seolah-olah bagai diternak seperti menyternak ayam daging sehingga berisi dan berdaging kenyal untuk kemudiannya 'dikorbankan'. Esok pagi ayam-ayam daging yang sedang duduk rehat menikmati sedikit imbuhan itu bakal 'disembelih' untuk dijual di pasaran para cukong dan kapitalis haloba.

Namun walaupun suara mengingatkan para peneroka akan nasib yang bakal menimpa mereka, mereka terus khayal dengan kekeyangan. Asalkan kenyang bermakna selamat bagi sebahagian besar peneroka yang bersikap tidak mengambil tahu. 

Malam kian larut, fajar siddik kian menghilang, ufuk timur semakin hampir menjelmakan mega merah, riuh rendah pisau diasah bermakna leher ayam daging semakin dekat untuk dicecah kilauan pisau tajam cukong dan kapitalis. 
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN: Bukti Khaled Nordin Bertindak Macam Budak Tadika

Posted: 07 Jun 2012 10:03 AM PDT

Dangkal sungguh pemikiran bakal menteri besar Johor yang nak menggantikan Ghani Othman sekiranya rakyat negeri itu masih berkehendakkan Umno-APCO.

Dengan pengakuannya memberikan arahan menyekat pinjaman pelajaran ternyata mentaliti Khaled Nordin yang juga ahli parlimen Pasir Gudang umpama budak tadika.

Tindakan Khaled pantas diselesaikan Khalid Ibrahim yang memahami politik balas dendam ekoran arahan Khaled ini.

Dan paling pasti, rakyat Selangor semakin jauh dari Barisan Nasional akibat tindakan mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 2.0 : Polis Mengaku Tangkap Pemimpin Pas Di Luar Kawasan Larangan

Posted: 07 Jun 2012 09:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 07 JUN : Seorang pegawai kanan polis mengaku telah menangkap dua pemimpin Pas pada hari perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistret.
Inspektor Mohd Zaidi Mad Zizat juga mengaku naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan dan Salahuddin Ayub tidak terdiri daripada peserta perhimpunan itu.
Dalam keterangannya di mahkamah tinggi sivil Kuala Lumpur hari ini, Zaidi juga mengaku tangkapan dibuat berdasarkan alasan untuk mencegah Mahfuz dan Salahuddin daripada menyertai himpunan itu.
Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian memfailkan saman pada 8 Ogos tahun lalu berhubung penahanan mereka semasa Bersih 2.0.
Read More / Baca Lagi >>

Beku PTPTN: Politik ugut ketinggalan zaman

Posted: 07 Jun 2012 09:55 AM PDT


KUALA LUMPUR: "Politik ugut seperti ini sebenarnya sudah ketinggalan zaman, kerana rakyat sudah semakin cerdik politik dan memilih parti politik yang mampu memberikan tawaran dan kebajikan terbaik kepada mereka," kata Riduan Mohd Nor (gambar).
Sehubungan itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana membekukan mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) daripada mendapat pinjaman PTPTN.

Ketua Penerangan DPPM itu berpandangan kerajaan tidak wajar menafikan hak mahasiswa Unisel dalam mendapatkan pinjaman bagi membiayai pendidikan mereka kerana tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan masa depan mahasiswa tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Nothing is FREE, Liow Tiong Lai ...ha..ha..ha...so funny maa....!!!!

Posted: 07 Jun 2012 09:53 AM PDT

Nothing is FREE, Liow Tiong LaiMCA's Deputy President and Health Minister Liow Tiong Lai said that he got his favourite number plate "WWW 15" for free from the Road Transport Department.
This, however, contradicted a report by China Press today, which quoted the Federal Territory RTD spokesperson as saying that everyone who bids for the plate numbers needs to pay for them.
He said that ministers can request for number plates for free from the Transport Ministry, but this does not apply for 'hot numbers' like the one for which Liow had made a bid.
There is no free lunch in this world. When Liow refused to pay, the government via RTD has to pay through a lost of revenue through another successful bidder. This is what we called an opportunity cost.
Read More / Baca Lagi >>

Satu lagi IPT di S'gor berdepan risiko PTPTN dibeku?

Posted: 07 Jun 2012 09:51 AM PDT

ptptn one stop centre kl sentral 260307 boothsAda kemungkinan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar Universiti Selangor (UNISEL) diperluaskan ke atas sebuah lagi pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor.

Dalam satu kenyataan PTPTN semalam mempertahankan
keputusannya menghentikan pinjaman kepada UNISEL, badan itu juga menyebut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Read More / Baca Lagi >>

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN

Posted: 07 Jun 2012 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi  tidak faham konsep federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa.
"Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, alasan dangkal menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat selepas PRU13, bukan sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Syria: Rula Amin and Kristen Saloomey live from Beirut and New York

Posted: 07 Jun 2012 07:08 AM PDT

Flight of Syrians into Jordan intensifying

Posted: 07 Jun 2012 07:07 AM PDT

Khalid Samad shows audio, pix of buy-over defection bid

Posted: 07 Jun 2012 06:35 AM PDT

Gambar, audio dakwaan beli MP Pakatan didedah

Posted: 07 Jun 2012 06:34 AM PDT

NONEAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

Bagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.

"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Jahil, Bangang dan Jahatnya Blogger Umno

Posted: 07 Jun 2012 05:41 AM PDT

Semoga ke api neraka lah hendaknya blogger laknat ini
 
Sudah tentu blogger yang memalsukan gambar Nik Aziz ini berniat jahat !  nak memalukan TG Nik Aziz, parti PAS dan juga agama Islam itu sendiri. Orang PKR mahupun DAP tak mungkin membuat kerja ini.   Sah, ini kerja blogger Umno atau pro Umno. Mereka ini seolah-olah berbangga dengan kerja jahat mereka !  Mereka ingat Allah tak nampak apa yang mereka buat,  mereka ingat hidup ini takkan mati !  walhal mati itu pasti, alam kubur itu pasti, alam akhirat itu pasti, balasan jahat masuk neraka itu pasti,  balasan baik masuk syurga juga pasti!.
Read More / Baca Lagi >>

Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

Posted: 07 Jun 2012 05:38 AM PDT






"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam
Read More / Baca Lagi >>

APAKAH MELAYU MATI TAK MAKAN JIKA UMNO TUMBANG?

Posted: 07 Jun 2012 05:35 AM PDT



Kebimbangan tentang kemungkinan UMNO bakal tumbang dan kehilangan kuasa makin terserlah daripada beberapa kenyataan yang diluahkan oleh pimpinan tertinggi parti itu sejak kebelakangan ini. Perdana Menteri, Najib Razak beberapa kali menyatakan tentang kedudukan orang-orang Melayu yang bakal terancam jika UMNO tumbang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa. Pelbagai bentuk kemungkinan yang berupa ancaman kepada kedudukan dan masa depan orang Melayu disuarakan oleh Najib seolah-olah di Malaysia ini UMNOlah pemberi rezeki dan penentu takdir bangsa Melayu.

Muhyiddin, Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain juga mengeluarkan kenyataan dengan nada yang hampir serupa. Tun Mahathir secara terang-terang menyatakan negara tidak akan aman jika Pakatan Rakyat memperolehi kuasa sambil membandingkannya dengan keadaan di beberapa negara Arab seperti Mesir, Libya dan Tunisia yang terus bergolak meskipun baru bertukar kepimpinan kerajaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Khaled sekat PTPTN Unisel bukti Umno khianat dan tak pentingkan Melayu

Posted: 07 Jun 2012 05:33 AM PDT

SHAH ALAM, 7 Jun – Tindakan menteri pengajian tinggi menyekat pemberian bantuan pinjaman kewangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) adalah bukti kerajaan Umno tidak mengutamakan kepentingan masyarakat Melayu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, tindakan itu juga membuktikan Umno juga hanya memberikan keutamaan kepada parti semata-mata.
"Ini tindakan bukti Umno bukan perjuangkan Melayu. Tapi perjuangkan kepentingan Umno," tegas Khalid.
Semalam, Datuk Seri Khalid Nordin mengesahkan kementerian telah membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar tahun pertama di Unisel bagi melihat sama ada institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu mampu untuk melaksanakan cadangan mereka menuntut pendidikan percuma.
Pemimpin PAS ini turut menegaskan, tindakan itu juga jelas membuktikan orang Melayu bukan di negeri BN akan dianiya dan dizalimi kerana tidak menyokong mereka.
"Ini adalah matlamat politik kepada Umno."
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN sekat, Selangor guna aset sendiri bantu pelajar Unisel

Posted: 07 Jun 2012 05:23 AM PDT



Isu PTPTN SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek untuk membantu pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) yang berhadapan dengan sekatan pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baru Unisel yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang membekukan PTPTN kepada pelajar di universiti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini

Posted: 07 Jun 2012 05:16 AM PDT

Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.
Read More / Baca Lagi >>

‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz

Posted: 07 Jun 2012 05:09 AM PDT


KOTA BHARU, 7 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan 'terima kasih' kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik'.
Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak  yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).

Read More / Baca Lagi >>

PTPTN Dibeku : Unisel Akan Cairkan Aset Untuk Bantu Pelajar

Posted: 07 Jun 2012 05:08 AM PDT

Tindakan Kementerian Pengajaian Tinggi membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL memaksa kerajaan negeri bertindak mencairkan aset badan pendidikan tersebut bagi membantu pelajarnya yang di aniaya kerajaan pusat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri PengajianTinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di universiti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Zunar di University Dataran Merdeka

Posted: 07 Jun 2012 05:05 AM PDT

Tiada ulasan: