Hadi: PM tetap Melayu Islam jika Pakatan menang Datuk Seri Abdul Hadi AwangALOR SETAR - Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
  
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
  
"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.