Jumaat, 8 Jun 2012

PERAKITE

PERAKITE


K-Pop Kepala Batas...kau ada, aku ada

Posted: 08 Jun 2012 04:55 AM PDT

Pihak penaja 'Bertam Nite' harus bertanggungjawab di atas tindakan membenarkan persembahan tarian ala K-Pop pada majlis makan malam tersebut, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Saifuddin bagaimanapun berkata, penganjur  juga melakukan kesilapan apabila mempercayai sepenuhnya pihak penaja tanpa melakukan raptai.

"Pihak penaja harus bertangungjawab dalam perkara ini walaupun sudah memohon maaf dan penganjur juga harus berhati-hati.

"Difahamkan, acara malam itu sepatutnya persembahan tarian kebudayaan pelbagai kaum tapi keluar-keluar tarian yang tidak sopan, ini akibat tiada rehearsal dan serah bulat-bulat kepada penaja," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Saifuddin juga berkata, PKR tetap berpendirian bahawa tarian seperti itu tidak sesuai diadakan pada majlis makan malam anjuran parti kerana mengabaikan nilai kesopanan.

"PKR memberi teguran kepada penganjur bahawa kita menghormati kebudayaan pelbagai kaum tapi harus berlandaskan nilai-nilai kesopanan.

"PKR memandang berat perkara ini dan memberi teguran keras kepada anggota parti yang terbabit," tegasnya.

Sementara itu, pihak yang menaja program ini menghantar surat kepada PKR memohon maaf di atas kesilapan ini.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim.

Dalam sidang medianya, Johari memohon maaf di atas peristiwa itu dan memberitahu ia bukan dari pihaknya.

Tiada ulasan: