PENYAPU SIAL |
Posted: 23 Jun 2012 06:37 AM PDT Najib: Debat bukan budaya kita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat. "Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita. "Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan. "Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini. Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan. "Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya. Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan. "Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan