Khamis, 21 Jun 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Taktik lancau....Murad diugut ejen UMNO

Posted: 21 Jun 2012 09:18 AM PDT

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar) telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion..

Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan,  ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut..kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan..

Kita  berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini?..

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan kita menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.

Jabatan Audit Negara Perlu Siasat Kontrak RM30.8 juta kepada anak nong taik...!!!

Posted: 21 Jun 2012 09:10 AM PDT

Jabatan Audit Negara  di gesa  menyiasat kontrak bernilai RM30.8 juta yang didakwa ditawar secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada syarikat milik anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Projek bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Johor itu diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak Raja Nong Chik, Raja Farhana Raja Nong Chik yang berusia 26 tahun.

Ketua Audit Negara juga wajar mengesahkan keadaan peralatan yang dibekalkan oleh Istijuara kepada IKBN Bandar Penawar..Jawapan Raja Nong Chik bahawa kontrak ini dianugerahkan sebelum beliau menjadi menteri tidak menjawab persoalan berkenaan kontrak dimeterai pada tahun 2010 itu ketika beliau sudahpun menjadi menteri.

Pendedahan ini sendiri tidak dinafikan Raja Nong Chik apabila berhadapan dengan media baru-baru ini,..Sewajarnya Raja Nong Chik boleh menjadi contoh kepada anggota kabinet yang lain dengan tampil ke hadapan bagi mengisytiharkan asetnya.

Dengan ini beliau dapat memulihkan kewibawaan imej pimpinan Umno yang mendapat projek-projek kerajaan secara terus selama ini...

skandal lembu shahrizat dan jantan lembunya jadi filem....ramai berlumba lumba nak jadi pelakon...pelakon asal cerita komidi penipu rakyat ini tak nak join sama ke...????

Posted: 21 Jun 2012 05:45 AM PDT

 

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli  kelmarin menerima banyak tawaran dari orang ramai untuk menjadi pelakon filem komedi bercorak satira tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC).

“Ramai hubungi saya. Ada yang telefon, tanya kalau ada peluang jadi pelakon. Lebih-lebih lagi selepas saya berceramah. Ini lucu. Orang ramai begitu bersemangat.

“Tapi, masih pada peringkat awal. Proses memilih pelakon pun belum dimulakan,” katanya yang menjangka durasi filem dijangka selama 45 minit.

Beliau berkata, pengarah filem itu, Hishamuddin Rais tidak mahu publisiti meluas kerana mengganggu penulisan skrip dan tumpuan proses pengambaran.

“Kita akan buat sidang media. Mungkin perkenalkan pengarah dan sebagainya,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik 13 Jun lalu.

Ditanya sama ada beliau bercadang membawa filem itu ke pawagam, Rafizi tidak yakin pengurusan mana-mana panggung wayang berani untuk menayangkannya.

“Ada yang beranikah? Saya tak yakin. ‘Pecah panggung’ nanti. Kita cadang guna konsep wayang pacak sebab ia sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah,” katanya.

Skandal NFC menggemparkan negara apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan KEADILAN berhubung penyelewengan dana sebanyak RM250 juta oleh NFCorp dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga Pengerusi Esekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu.

Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez Benz selain sebuah apartmen mewah di Kazakhstan.

Tiada ulasan: