pemuda cheh |
Siapa Sultan yang tidak menunaikan haji kerana sibuk membela nasib umat Islam? Posted: 13 Jun 2012 07:24 AM PDT "Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi, seorang Sultan yang hidup dalam keadaan miskin, tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Dalam catatan (buku Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H) menunjukkan Sultan Salahuddin Al Ayubi teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Sultan Salahuddin Al Ayubi mengobarkan semangat perjuangan Islam dengan cara memerintahkan kepada umat Islam supaya tiap tahun diadakan perayaan Maulid Nabi. Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah yang menghidupkan Maulid Nabi Muhammad saw, hingga Islam terus berjaya membebaskan Kota Jurusalem. Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Sultan Salahuddin Al Ayubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Sultan Salahuddin Al Ayubi ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Rujukan :Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h): 31, 32-33, 7,155 |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan