Pahang Daily Online |
- FGVH: Peneroka Tertipu, Syarikat Yahudi Untung Besar Bersama Isa Samad Serta Proksi-Proksinya !
- Taklimat Kewangan: "Pelaburan Emas" Kelantan Gold Di Kuantan Hari Ini, Semua Di Jemput Hadir
- Kemalangan Akibat 'Jalan Berlubang' Dekat Felda Tembangau, Penduduk Tuntut Janji Wakil Rakyat
- Sensasi: Akhirnya Hero Filem "Leftenan Adnan", Hairie Othman Umumkan Secara Rasmi Sertai PAS
- Al-Fatihah: Pelawak "Osman Kering" Meninggal Dunia Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
FGVH: Peneroka Tertipu, Syarikat Yahudi Untung Besar Bersama Isa Samad Serta Proksi-Proksinya ! Posted: 29 Jun 2012 09:28 PM PDT Beberapa hari yang lalu (Khamis) kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) melonjak ketika ianya mula didagangkan. Antara yang dilaporkan pihak mereka ialah "Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini" dan "Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran". Dengan kenaikan yang cukup mengejutkan itu, maka ramailah yang berkata kenaikan itu membuktikan apa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad adalah benar belaka. Mereka menempelak omongan kosong yang dibuat oleh pembangkang terutamanya Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bahawa peneroka akan mengalami kerugian akibat penyenaraian FGVH ini nanti. Persoalannya, siapakah yang mendapat untung besar akibat kenaikan saham ini?. Kenyataan kerajaan kononnya para peneroka mendapat manfaat amatlah memusykilkan sama sekali. Ini kerana mereka hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja, sebaliknya pihak lain yang tidak ada aset dengan Felda menikmati ganjaran yang lebih besar sebenarnya. Di sini kami huraikan satu persatu pihak yang memiliki saham terbesar dalam FGVH malah lebih besar dari apa yang dimiliki oleh peneroka, iaitu Louis Dreyfus (Yahudi) diberi saham 2.5% saham (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan keseluruhan peneroka Felda. Kedua, Tan Sri Isa Samad, selaku Pengerusi Felda beliau memiliki 180,000 unit saham. Begitu juga orang kanannya seperti Datuk Sabri Ahmad (180,000 unit saham), Dr Omar Salim (150,00 unit saham) dan Dr.Emir (150,000 unit saham). Persoalannya, kenapa saham yang dimiliki mereka lebih besar dari jumlah yang diperuntukkan kepada para peneroka sendiri?. [Ini adalah bukti yang terdapat diatas kertas sahaja, bagaimana pun dengan bukti-bukti lain. Malah apa yang memusykilkan kita ialah kenapa syarikat Yahudi (Louis Dreyfus) terbabit diberikan jumlah saham terbesar?. Malah lebih mengejutkan Tan Sri Isa Sama selaku Pengerusi Felda mendapat 180,000 unit saham walau pun beliau tidak memiliki walau seinci pun tanah Felda terbabit. Dalam hal ini, kenapa peneroka menjadi mangsa. Siapa yang mahu diberi kemewahan oleh Felda sebenarnya?. Peneroka atau pun individu yang berkenaan?. Dengan bukti ini, nampak benar peneroka sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh Isa Samad dan juga PM Najib Razak. Mereka sebenarnya berhasrat untuk merompak kekayaan Felda untuk diagih-agihkan sesama kroni mereka. Lantara itulah mereka beriya-iya benar menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia. Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku kepada para peneroka dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang. Jika mereka untung, maka kita turut gembira. Namun jika saham terbabit merudum maka siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang, sekarang majoritinya merasa tidak ditipu tetapi hakikat sebenarnya mana mungkin saham terbesar diberikan kepada syarikat Yahudi?. Sudah jelas membuktikan bahawa memang ada agenda tersembunyi antara mereka itu sebenarnya]. |
Taklimat Kewangan: "Pelaburan Emas" Kelantan Gold Di Kuantan Hari Ini, Semua Di Jemput Hadir Posted: 29 Jun 2012 08:31 PM PDT KUANTAN, 30 Jun - Orang ramai yang berminat untuk mengetahui selok belok pengurusan kewangan berasaskan pelaburan emas, dijemput hadir beramai-ramai ke Hotel Seri Malaysia jam 2.00 petang ini (Sabtu, 30 Jun 2012). Satu taklimat berkaitan akan diadakan oleh Kelantan Gold (foto) iaitu sebuah syarikat emas yang beribu pejabat di Kota Bharu Kelantan. Kebelakangan ini pelaburan EMAS telah menarik ramai pihak untuk menceburinya. Akan tetapi tentulah amat sukar untuk mengadili cara yang mana yang dapat memberikan pulangan yang paling tinggi dan risiko yang lebih rendah. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang mendahului dalam sistem kewangan Islam (perbankan, insurans, pelaburan, pajak gadai dan lain-lain). Jadi, seharusnyalah kita memanfaatkannya. Kenapa hanya menjadi pemerhati? Kejatuhan nilai Fiat Money (wang kertas) adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh semua orang termasuk pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhain. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri sahaja dan menghitung hari? Marilah kita sama-sama berjihad untuk menyelamatkan aset dan juga harta kawan- kawan yang rapat dengan kita. Rata-rata pelanggan yang ditemui memang telah lama menyimpan impian untuk melabur dalam emas, akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan dimana ingin mendapatkannya. Ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membeli emas sebanyak mungkin dari kedai-kedai emas berdekatan. Itu adalah satu tindakan yang baik akan tetapi kurang bijak kerana sphread harga yang tinggi jika beli atau pun jual di kedai-kedai emas konvensional. Ketahuilah Rahsia Dan Selok Belok Berniaga Emas Dengan Kelantan Gold ingin menawarkan kepada anda platform pelaburan EMAS fizikal yang terbaik dan menguntungkan. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Stok barang emas kami terdiri daripada Dinar, Jongkong & rantai EMAS 999. Bertindaklah segera sebelum nilai wang kertas (Fiat Money) anda menyusut kerana inflasi yang melanda dunia. Persoalannya disini adakah anda ingin mengetahu berapa banyakkah jumlah EMAS yang mampu anda beli dengan aset (wang tunai, saham, saham amanah etc.) yang anda miliki; Berapakah jangkaan KEUNTUNGAN yang mampu anda perolehi setelah ditolak segala kos dan juga beza harga jual taubeli; Bagaimana caranya memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan EMAS; Bagaimana caranya untuk membebaskan diri anda dari belenggu HUTANG Ar-Rahnu; Bagaimana caranya untuk simpan sambil mendapat untung dari kenaikan harga EMAS. Emas dijangkan mencecah RM503 segram, satu berita baik untuk anda [Kepada anda yang berminat boleh SMS Nama ke 019-2845511 untuk daftar kehadiran anda ke Hotel Seri Malaysia, Kuantan jam 2.00 petang ini. Tempat adalah terhad. Peluang dibuka kepada semua yang berminat terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta. Berbagai teknik akan diajar termasuk "Rahsia Jutawan Emas Terbongkar" khas untuk kakitangan kerajaan. Justeru kepada anda yang tinggal di sekitar Kuantan dan sekitarnya adalah dipelawa hadir. Masuk adalah percuma. Taklimat akan dibuat oleh mereka yang pakar tentang pelaburan emas. Anda juga boleh mengetahui tentang "Dinar Emas" Kelantan yang juga boleh dijadikan aset untuk masa depan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sila sebarkan]. |
Kemalangan Akibat 'Jalan Berlubang' Dekat Felda Tembangau, Penduduk Tuntut Janji Wakil Rakyat Posted: 29 Jun 2012 09:21 AM PDT BERA, 30 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadil Osman (foto) digesa menunaikan segala janji-janji pilihanraya yang ditaburkan kepada warga Felda Tembangau pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Demikian ditegaskan oleh beberapa orang penduduk yang ditemui di lokasi kejadian kemalangan dekat sini petang semalam. "Saya masih ingat, YB terbabit pernah berjanji untuk memperbaiki stuktur jalan ke Felda Tembangau yang agak kurang memuaskan sejak sekian lama. Janji pada PRU-12 tahun 2008 lalu, tapi hingga sekarang masih tidak diselesaikan", kata peneroka Felda Tembangau Dua itu. Sebuah kenderaan dipercayai terlibat dalam kemalangan akibat cuba mengelak lubang di jalan ke Felda Tembangau. Mujurlah tiada kemalangan maut berlaku walau pun kenderaan tersebut dipercayai berpusing-pusing beberapa kali sebelum tersadai di tepi bahu jalan terbabit. Sememangnya sejak sekian lama jalan ke Felda Tembangau yang juga terletak dalam kawasan DUN Kemayan, Parlimen Bera yang diwakili oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob ini begitu daif sekali. Segala janji-janji manis untuk membaik pulih perhubungan dari Bandar Kerayong ke Felda Tembangau hingga kini masih belum diperbaiki. Akhirnya para penduduk di sekitar Tembangau terpaksa melalui jalan Sg.Lui di Negeri Sembilan sejauh lebih 50 kilometer untuk sampai ke kawasan mereka. Akibatnya, penduduk setempat menjadi Bahau sebagai destinasi membeli belah dan pusat kegiatan harian mereka. Lebih malang lagi, apabila anak-anak mereka juga ramai yang didaftarkan di Negeri Sembilan sedangkan mereka dilahirkan di Pahang. Akibatnya berlaku kesukaran bagi anak-anak mereka mendapatkan berbagai kemudahan sebagai rakyat Pahang termasuk biasiswa Yayasan Pahang bagi melanjutkan pelajaran. Masalah yang mereka hadapi sejak bertahun-tahun lamanya gagal diberi perhatian oleh wakil rakyat BN termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan itu. Janji sekadar tinggal janji dan hingga kini masih gagal untuk ditepati sebenarnya. Sebuah kenderaan kemalangan akibat jalan berlubang di Felda Tembangau [Sebenarnya, isu jalan ke Felda Tembangau ini memang sudah lama menghantui penduduk setempat. Walau pun kawasan tersebut menjadi kubu kuat Barisan Nasional, namun hingga kini pemimpin yang dipilih masih mengabaikan segala janji-janji yang ditabur kepada rakyat setiap kali musim pilihanraya. Amat malang sekali apabila mahu ke kawasan dalam negeri Pahang sendiri tetapi terpaksa memalui negeri orang (Negeri Sembilan). Mujurlah kerajaan negeri terbabit tidak mengenakan tol. Jika dikenakan tol bukankah ia lebih merumitkan sebenarnya. Pemimpin UMNO BN langsung tidak mahu berusaha untuk membaik pulih jalan persekutuan dari Tembangau melalui Felda Triang ke Kerayong. Sedangkan jalan tersebut berdaftar dan mempunyai batu tanda dan sebagainya. Akibatnya para penduduk terpaksa melalui jalan Kerayong, Kemayan, Sg.Lui (Negeri Sembilan) untuk sampai ke Felda Tembangau. Sinario ini tidak wajar berlaku pada zaman moden ini. Namun, entah apa yang difikirkan oleh wakil rakyat terbabit agaknya. Hingga sekarang masih tidak dipulihkan jalan berkenaan. Ia sungguh memalukan. Justeru, rakyat setempat perlu mengajar pemimpin sebegini agar mereka tahu "langit tinggi rendah" pada PRU-13 nanti. Jika tidak ditunjukkan jalan, mereka pasti akan terus begini]. |
Sensasi: Akhirnya Hero Filem "Leftenan Adnan", Hairie Othman Umumkan Secara Rasmi Sertai PAS Posted: 29 Jun 2012 09:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Jun - Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman (foto) malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini. Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS. "Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!! "Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor. Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini. "Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya. Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat. "Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya. Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap. "Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegasnya. Sah, akhirnya "Leftenan Adnan" Hairi Osman secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang kepada Tok Guru Nik Aziz di Johor semalam |
Posted: 29 Jun 2012 09:00 AM PDT |
Al-Fatihah: Pelawak "Osman Kering" Meninggal Dunia Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Posted: 29 Jun 2012 04:13 AM PDT PETALING JAYA, 29 Jun - Pelakon dan pelawak Osman Kering (foto),58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat. Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu. Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun. Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia."Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua," katanya. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini. Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama. Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan