Rabu, 27 Jun 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Lynas: 'Mustafa Mohamed', Kilang Itu Tidak Boleh Beroperasi Sehingga 'Setuju Patuhi Syarat' AELB !!

Posted: 20 Jun 2012 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (foto) berkata loji Lynas tidak boleh beroperasi sehingga bersetuju mematuhi syarat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). "Tak boleh (beroperasi). AELB selaku autoriti yang uruskan ini semua kena adakan mesyuarat. "Kedua, ia akan kenakan apa juga syarat yang difikirkan perlu termasuklah keputusan menteri Mosti dan 31 syor yang dibuat oleh PSC (jawatankuasa pilihan parlimen)," katanya dalam satu sidang media hari ini. Katanya lagi, lesen beroperasi sementara itu hanya akan dikeluarkan setelah syarikat itu menerima syarat yang dikenakan. "Setelah syarikat menerima apa juga syarat yang dikenakan oleh AELB, terserah kepada AELB untuk menetapkan bila TOL (lesen beroperasi sementara) akan dikeluarkan," katanya. Terdahulu dalam ucapannya ketika melancarkan Laporan MITI 2011, Mustapa turut menyelar parti pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan membenarkan "lanun" memasuki negara ini untuk membuang sisa berbahaya. "Kita sangat sedih apabila mendengar kenyataan beberapa anggota pembangkang bahawa Miti dan Mida bertanggungjawab membawa masuk lanun ke negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan. "(Sedangkan), kita melalui proses ini selepas kita yakin bahawa pelaburan ini memuhi semua keperluan yang ditetapkan. "Kita tetap berpendirian bahawa pelaburan ini bukan (mengenai) bahan radioaktif, sama ada bahan mentah atau sisanya. "Perkara ini disahkan dalam (lapopran) jawatakuasa terpilih parlimen semalam," katanya dalam majlis itu.

Tiada ulasan: