Pahang Daily Online |
- Ceramah Umum PAS Di Jengka 18 Malam Ini
- Panas: Orang Kuat "UMNO Kuantan" Mahu Keluar Parti Untuk "Sertai PKR" Dalam Masa Terdekat Ini
- Majlis Hi Tea Bersama Rafizi Di Kuantan 1 Julai Ini
- Ruslan Kassim Berceramah Di Kuantan Malam Ini
- Pejuang Revolusi Mesir Mahukan PAS Di Malaysia
- Kuliah Ustaz Azhar Di Astro Oasis Mulai Julai Ini
- Kemalangan: Tiga Sekeluarga Maut Dekat Triang
Ceramah Umum PAS Di Jengka 18 Malam Ini Posted: 26 Jun 2012 03:03 AM PDT |
Panas: Orang Kuat "UMNO Kuantan" Mahu Keluar Parti Untuk "Sertai PKR" Dalam Masa Terdekat Ini Posted: 26 Jun 2012 01:31 AM PDT KUANTAN, 26 Jun - Seorang pemimpin kanan UMNO Bahagian Kuantan khabarnya akan mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Menurut sumber, pemimpin terbabit dikatakan kecewa dengan perjuangan UMNO sekarang yang dilihat begitu jauh terpesong dari matlamat asalnya. UMNO kini katanya lebih mementingkan kuasa untuk memperkayakan beberapa kerat pemimpin, sedangkan rakyat marhaen terus ditindas dan berada dalam belenggu ekonomi yang sungguh membimbangkan. Lantaran atas kesedaran itulah pemimpin terbabit dikatakan ingin menghabiskan sisa-sisa perjuangannya untuk kembali bersama rakyat dalam memperjuangkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Difahamkan, pemimpin tersebut sudah beberapa kali mengadakan pertemuan sulit dengan pimpinan tertinggi PKR termasuk Dato' Fauzi Abd Rahman sendiri. Hasil perbincangan dan buah fikiran yang dikongsi bersama, akhirnya beliau bersetuju untuk memperhambakan diri kepada rakyat demi maa depan negara yang lebih bermaruah selepas ini. Soalnya, siapakah pemimpin terbabit?. PDO tidak wajar mendedahkannya walau pun kami sudah dimaklumkan lebih awal tentang perkara ini. Malahan, kami juga pernah mendedahkan isu ini beberapa bulan yang lalu, cuma mungkin ketika itu pemimpin berkenaan masih belum bersedia berbuat demikian atau memerlukan masa untuk menyelesaikan beberapa perkara yang sedang dihadapinya. Apa yang pasti, jika keputusan ini muktamad maka ia akan sedikit melumpuhkan jentera UMNO Bahagian Kuantan menjelang pilihanraya umum akan datang. Tambahan pula, dipercayai MCA secara rasminya sudah bersetuju agar Parlimen Kuantan ditandingi oleh UMNO untuk menentang Fuziah Salleh (PKR) pada pilihanraya umum ini. [Jika ini berlaku, maka sudah pasti ia akan memberi impak yang cukup besar kepada UMNO Bahagian Kuantan sebenarnya. Tambahan pula, pemimpin terbabit memang sudah begitu lama berjuang di dalam parti itu sejak Dato' Fauzi Abd Rahman menjadi ketuannya. Kini, apakah beliau sudah bersedia untuk bersama bekas ketuanya itu mengharungi saki baki perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Apapun, dengan senario yang berlaku maka ia sudah pasti akan memberi kelebihan kepada Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) untuk mengekalkan kerusi parlimen tersebut pada pilihanraya umum nanti. Sama-sama kita nantikan siapakah pemimpin yang dimaksudkan itu nanti. Kami sengaja tidak mahu dedahkan mana beliau kerana dikhuatiri ancaman virus "RM" akan serang beliau hingga sebabkan dia akhirnya tarik balik keputusan. Sama-samalah kita tunggu]. |
Majlis Hi Tea Bersama Rafizi Di Kuantan 1 Julai Ini Posted: 26 Jun 2012 01:00 AM PDT KUANTAN, 26 Jun - Satu majlis jamuan Hi-Tea bersama Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli (foto) akan diadakan pada 1 Julai 2012 iaitu hari Ahad ini. Program anjuran Penyelaras Parlimen Pekan itu bertemakan "Sepetang Bersama Pendebat: Bicara PRU Ke-13" akan diadakan di D'Island Of Thousand Roses, Indian Town ECM dekat sini. Difahamkan, program tersebut diadakan bertujuan untuk mengisi tabung dana pilihanraya parlimen Pekan bagi menghadapai PRU13 ini nanti. Turut akan bersama ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan). Sementara itu Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) akan bertindak selaku Moderator pada program itu nanti. Program yang akan bermula dari jam 3.00 hingga 6.00 petang itu turut akan diserikan dengan persembahan Deklamasi Puisi Bersih 3.0 serta Cabutan Bertuah. Tiket penyertaan berharga RM30.00 masih dijual kepada mereka yang berminat untuk hadir. Sila berhubung dengan pihak urusetia di talian 019-9634321. Tempat terhad. [Difahamkan, Rafizi turut akan berceramah pada malam itu nanti. Lokasi akan dimaklumkan kemudian. Justeru kepada orang ramai yang berkelapangan dan tidak turun ke Kerdau untuk bersama dalam program Himpunan Hijau ke Putrajaya pada hari tersebut maka mereka bolehlah bersama dalam program ini nanti. Difahamkan, tiket penyertaan kini sudah tidak banyak lagi dan hanya mereka yang cepat membuat bayaran sahaja akan dilayan oleh pihak urusetia. Apapun, pasti banyak isu yang akan dibongkarkan oleh Rafizi pada majlis itu nanti. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bersama beliau nanti. Info lanjut sila klik poster DI SINI]. |
Ruslan Kassim Berceramah Di Kuantan Malam Ini Posted: 26 Jun 2012 12:48 AM PDT |
Pejuang Revolusi Mesir Mahukan PAS Di Malaysia Posted: 26 Jun 2012 12:38 AM PDT |
Kuliah Ustaz Azhar Di Astro Oasis Mulai Julai Ini Posted: 25 Jun 2012 06:08 PM PDT |
Kemalangan: Tiga Sekeluarga Maut Dekat Triang Posted: 25 Jun 2012 05:21 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan