Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Mufti Perak Sokong Najib Dan Dakwa BN Tak Pernah Pinggirkan Islam Selama Berkuasa
- Lynas: 'DAUN' Dakwa Berjaya Tarik 10 Ribu Orang Berhimpun Sokong Kerajaan Di Teluk Chempedak
- Panas: Projek Rumah Rakyat Terbengkalai, ADUN Tg.Lumpur Di Gesa Ambil Perhatian Segera Isu Ini
- Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pahang, 1 Julai
- Awas: Pemandu Teksi, Jangan Tertipu Dek Subsidi Tayar TR1Ma, Permit Itu Lebih Utama Sepatutnya!
- Sajak Rakyat Oleh Pak Samad, "Gebeng Terluka"
- Panas: Kenaikan Gaji Guru Gred DG44 Tidak Adil, Muhyiddin Yassin Di Gesa Ambil Tindakan Segera
- Awas: MPK Mulakan Pesta Saman Parking SUKMA, Jangan Biarkan Diri Anda Jadi Mangsa Seterusnya
Kontroversi: Mufti Perak Sokong Najib Dan Dakwa BN Tak Pernah Pinggirkan Islam Selama Berkuasa Posted: 25 Jun 2012 02:07 AM PDT Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (foto) hari ini mencetuskan lagi polimek baru dalam politik tanahair apabila secara terbuka menyokong agenda Islam yang dibawa oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN). Beliau yang pernah mendapat jolokan "syaitan bisu" oleh sesetengah golongan agama itu mendakwa BN tidak pernah meminggirkan agenda Islam dalam pentadbiran negara selama ini. Malahan selama 45 tahun berkecimpung dalam bidang agama, beliau dapat menyaksikan sendiri agenda Islam diperjuangkan oleh kerajaan. Dalam nada sebak, beliau berterima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengangkat golongan ulama sebagai salah satu bidang transformasi yang dilaksanakan. Kenyataan terbaru Harussani ini dilihat tidak lebih untuk mengampu dan menaikkan lagi imejnya di mata Najib. Dalam keadaan dia yang sebelum ini telah banyak menimbulkan kontroversi terhadap umat Islam dalam isu-isu panas seperti murtad, K-Pop, rampasan kuasa di Perak dan sebagainya, kini dia seolah-olah menzahirkan lagi sokongan terhadap Islam yang dibawa oleh BN. Walhal dalam masa yang sama dia pernah mengakui begitu ramai anak muda Melayu Islam yang murtad di negara ini gara-gara dasar Islam sederhana yang diamalkan oleh kerajaan. Kini, segalanya nampak berubah menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Harussani dilihat mahu memberi kredit kepada Najib agar rakyat terutamanya orang Melayu menyokong BN pada PRU itu nanti. Persoalannya, benarkan agenda Islam yang dibawa oleh BN itu terkesan di hati rakyat?. Jika benar bagai dikata maka mana mungkin kehidupan umat Islam terutamanya generasi muda hari ini begitu jauh terpesong daripada konsep Islam itu sendiri. Malahan, isterti Perdana Menteri sendiri iaitu Hajjah Rosmah Mansor pun tidak memakai tudung dan menutup aurat biar pun baru balik mengerjakan haji hujung tahun lalu. Jika isterinya sendiri gagal ditarbiyah oleh Najib, maka mana mungkin Islam yang dibawa oleh beliau merlandaskan syariat. Apakah wajar Harussaini mendakwa BN telah melaksanakan agenda Islam dalam sistem pentadbirannya. Sedangkan sistem yang digunakan pakai oleh BN sekarang adalah perlembagaan yang dicipta oleh Lord Reid yang dicipta oleh British. Apakah Mufti Perak sedar semua ini atau sengaja mahu mencari publisiti murahan agar dia disanjung sebagai tokoh Islam kerajaan BN?. |
Lynas: 'DAUN' Dakwa Berjaya Tarik 10 Ribu Orang Berhimpun Sokong Kerajaan Di Teluk Chempedak Posted: 25 Jun 2012 12:33 AM PDT KUANTAN, 25 Jun - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di sini semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di sini. Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong (foto) berkata antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas sebagai gimik sokongan. Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin besar, katanya kepada pemberita di sini. "Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya. "Dan majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," kata Wan Emril lagi. [Satu kejayaan yang sungguh mengejutkan kerana dalam himpunan aman yang dibuat oleh DAUN di Padang MPK Kemunting minggu lepas hanya sekitar 500 sahaja yang hadir. Satu peningkatan yang sungguh menakjubkan. Persoalannya, apakah kehadiran ribuan orang sememangnya untuk bersama-sama DAUN dalam kempen sokong Lynas atau sebaliknya. Apa pun persepi yang dilontarkan, ternyata DAUN berjaya mengadakan program mereka dengan baik. Ia satu perkara yang cukup sihat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebelum ini yang menyerang pihak yang mengadakan himpunan aman bantah Lynas. Ternyata kini demokrasi disuburkan. Mereka yang menyokong perlu adakan lebih banyak program untuk menyedarkan rakyat kenapa mereka sokong Lynas. Manakala bagi yang membantah pula, mereka juga perlu lakukan yang terbaik supaya rakyat yakin dengan pendirian mereka. Apapun, DAUN masih belum terlambat untuk bertindak mulai sekarang]. |
Panas: Projek Rumah Rakyat Terbengkalai, ADUN Tg.Lumpur Di Gesa Ambil Perhatian Segera Isu Ini Posted: 24 Jun 2012 11:46 PM PDT KUANTAN, 25 Jun - Orang ramai terkejut dan tertanya-tanya dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang terhadap sebuah projek perumahan rakyat yang masih terbengkalai dan tidak didiami penduduk di Kampung Pak Mahat dekat sini. Projek yang asalnya dibina untuk menempatkan penghuni Melayu bandar dari Transit Kuarters dan Indera Mahkota kini lengang tanpa berpenghuni. Tinjauan krew PDO ke lokasi mendapati segalanya sudah siap termasuk beberapa buah blok bangunan, namun kenapa ia tidak digunakan. Sudah bertahun-tahun projek rumah flat tersebut siap sebenarnya, namun kini ia menjadi projek "gajah putih". Jalan masuk ke bangunan flat terbabit diletakkan tong untuk menghalang orang ramai. Soalnya, apakah kerajaan sekadar membina dan membiarkan ia usang begitu sahaja. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat (foto) digesa mengambil perhatian isu ini. Jutaan wang rakyat dibazirkan begitu sahaja, sedangkan ia tidak berfungsi. Jika senario ini berlaku di negeri yang ditadbir pembangkang maka sudah pasti ia akan menjadi tajuk utama di media arus perdana. Namun, dek kerana Pahang dikuasai BN maka isu sebegini tidak dihebohkan. Sedangkan ia jelas satu pembaziran yang nyata. Persoalannya, kenapa ketika ia mahu dilaksanakan pihak terbabit tidak mengkaji terlebih dahulu impaknya?. Kini, ia dibiarkan terbengkalai dan menjadi tempat pasangan muda-mudi melempiaskan hawa nafsu serta menagih dadah. Satu langkah terbaik haruslah diambil segera demi menyelamatkan projek perumahan rakyat ini dari terus usang ditelan dek zaman. Kenapa dibiarkan projek ini terbengkalai?. Sedangkan ia dilihat sudah hampir siap sepenuhnya. Kenapa kerajaan perlu ambil risiko membuat projek yang tidak mahu didiami oleh rakyat?. Jika ini keadaannnya, bukankah ia merupakan satu pembaziran wang rakyat!. [Amatlah malang sekali apabila ADUN Tg.Lumpur yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang tidak membawa isu ini ke sidang DUN atau pun mesyuarat exco. Ini adalah isu rakyat di kawasan beliau dan seharusnya dia memainkan peranan untuk menyelesaikan permasalahan sebegini. Ironinya, projek ini sudah hampir siap namun kenapa perlu dibiarkan usang tanpa berpenghuni?. Kerajaan seharusnya memikirkan dulu keperluan rakyat sebelum melaksanakan sesuatu projek. Jangan nanti bila ia dijadikan isu oleh pihak pembangkang barulah kerajaan mula melenting dan mengatakan ia sengaja mahu dipolitikkan. Walhal mereka sudah diberi tempoh untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. DUN Tg.Lumpur terletak dalam kawasan parlimen Kuantan yang diwakili oleh Fuziah Salleh (PKR). Namun, apakah yang dapat dilakukan oleh YB terbabit kerana projek ini adalah dibawah selengaraan Kerajaan Negeri Pahang. Oleh itu, sila pastikan projek ini dapat digunakan sebelum pilihanraya umum akan datang jika tidak mahu ia dijadikan modal politik pada PRU ini]. |
Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pahang, 1 Julai Posted: 24 Jun 2012 11:33 PM PDT |
Awas: Pemandu Teksi, Jangan Tertipu Dek Subsidi Tayar TR1Ma, Permit Itu Lebih Utama Sepatutnya! Posted: 24 Jun 2012 10:51 PM PDT Sebenarnya, apa yang pemandu teksi mahukan daripada kerajaan?. Adakah sekadar voucer untuk tukar tayar yang belum tentu boleh bertahan selama lima tahun atau permit teksi secara individu?. Inilah yang sepatutnya dikaji dan difahami oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya. Semalam, seramai 66,538 pemandu teksi di seluruh negara diberikan baucar bernilai RM520 setiap seorang untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma). Najib mengumumkan demikan dalam satu himpunan terbesar pemandu teksi di Bukit Jalil. Beliau juga berkata, pemberian subsidi itu melibatkan dana sejumlah RM35 juta melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh dua tahun. Menurut beliau, langkah itu dibuat sebagai menjaga kebajikan pemandu teksi, sekali gus memastikan keselamatan perjalanan mereka termasuk kira-kira 40,000 penumpang setiap hari. ''Pemandu teksi boleh mendapat satu set tayar percuma di 300 pusat servis tayar buatan Malaysia yang dikenal pasti, boleh pilih antara Goodyear atau Continental. ''Kita nak jaga kebajikan pemandu teksi, keselamatan mereka dan penumpang. Jika memandu teksi menggunakan terus tayar 'botak' boleh membahayakan. Jadi saya harap lepas ini gantilah tayar masing-masing,'' kata Najib Razak di majlis tersebut. [Persoalannya sekarang, Najib perlu sedar bahawa kebanyakkan mereka yang hadir itu adalah pemandu teksi yang menyewa dari syarikat milik kroni dan proksi UMNO sebenarnya. Najib sepatutnya mengumumkan pemberian permit individu kepada pemandu-pemandu terbabit, bukan sekadar memberi bantuan tayar untuk tempoh dua tahun. Jika ini caranya, yang mendapat untung ialah syarikat pemilik teksi terbabit. Ini kerana mereka tidak perlu menyelengarakan penukaran tayar teksi masing-masing selepas pemandu berkenaan diberikan subsidi oleh kerajaan. Pemandu sebenarnya tidak mendapat apa-apa keuntungan yang relevan atas niat baik kerajaan ini. Ia tidak lebih dari hanya gimik untuk memancing undi pada pilihanraya umum akan datang semata-mata. Oleh itu, para pemandu teksi perlu berani dan tegas dengan pendirian mereka bahawa permit individu perlu diluluskan segera sebelum PRU13 ini. Jika Najib jujur mahu membela, beliau harus laksanakan segera pemberian permit teksi individu bukan tunggu lepas pilihanraya. Buktikan sekarang jika anda benar jujur!]. |
Sajak Rakyat Oleh Pak Samad, "Gebeng Terluka" Posted: 24 Jun 2012 10:20 PM PDT |
Panas: Kenaikan Gaji Guru Gred DG44 Tidak Adil, Muhyiddin Yassin Di Gesa Ambil Tindakan Segera Posted: 24 Jun 2012 09:45 PM PDT Baru-baru ini kerajaan dengan bangganya telah mengumumkan kenaikkan gaji bagi guru DG41 ke DG44 yang telah berkhidmat dari 8 hingga 10 tahun. Ia satu berita yang cukup menggembirakan golongan pendidik ketika itu. Namun, sedarkah kerajaan senario ini telah menimbulkan kekecewaan kepada pihak lain?. Ini kerana difahamkan guru-guru yang telah mengajar dari tahun 2o01 dan telah cukup tempoh 10 tahun teraniaya?. Bayangkan, guru yang naik ke DG44 pada tahun 2012 iaitu mula mengajar tahun 2001 kini lebih tinggi daripada guru yang mula mengajar pada tahun 2001. Persoalannya, kenapa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dibawah menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum tindakan ini dilaksanakan?. Keadilan haruslah diberikan kepada semua guru dan bukannya kumpulan tertentu semata-mata. Ini kerana mereka adalah golongan pendidik yang telah banyak menyumbangkan jasa untuk memajukan anak bangsa. Justeru, pihak kerajaan digesa menilai semula skim terbaru ini agar ia tidak menganiaya satu golongan dan memberi kelebihan kepada pihak yang lain. [Keadilan haruslah diberika kepada semua pihak dalam isu kenaikkan pangkat atau pun gaji seperti ini. Banyak jabatan kerajaan ini gemar meminggirkan orang-orang lama dan terlalu memberi muka kepada orang-orang baru. Akhirnya mereka yang pandai mengipas dan mengampu boss lebih muda mendapat kemudahan kenaikkan pangkat atau pun gaji. Inilah yang berlaku dalam mana-mana jabatan kerajaan sekali pun, hatta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu sendiri. Ketua-ketua dan mereka yang berpangkat akan mencari siapa yang pandai mengipas atau mengampu dirinya jika mahu cepat naik pangkat. Malah, ada juga yang berlaku mereka lebih utamakan semangat kenegerian masing-masing dalam hal ini. Akhrinya, keadilan gagal ditegakkan apabila individu yang sepatutnya mendapat kenaikkan dipinggirkan dan mereka yang masih belum layak diberi peluang. Inilah hakikat yang berlaku dalam mana-mana jabatan]. |
Awas: MPK Mulakan Pesta Saman Parking SUKMA, Jangan Biarkan Diri Anda Jadi Mangsa Seterusnya Posted: 24 Jun 2012 09:11 PM PDT KUANTAN, 25 Jun - Orang ramai yang mahu berkunjung ke bandar Kuantan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini diminta berhati-hati dan berwaspada agar mereka tidak menjadi mangsa "saman parking". Terdapat info dalaman yang mendakwa, aktiviti saman parking akan diperhebatkan menjelang sukan itu nanti, bagi tujuan menampung dana kewangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terutamanya dalam isu pembinaan ibu pejabat baru mereka di Jalan Tanah Putih dekat sini. Sebelum ini sudah beberapa kali isu ini didedahkan oleh Pahang Daily Online (PDO), namun "bagai mencurah air di daun keladi" maka pihak MPK masih lagi meneruskan pesta saman parking tanpa mengambil kira pertimbangan terhadap orang ramai. Tidak kira waktu (siang malam), cuti umum atau cuti hujung minggu, kawasan perumahan, kawasan pusat pengajian tinggi atau sebagainya MPK tetap mengarahkan pegawai mereka untuk menyaman sesiapa sahaja yang dikatakan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Anehnya, bila undang-undang tersebut terkena kepada mereka MPK biarkan. Contohnya, membiarkan peniaga asing (Thailand dan Bangladesh) berniaga atas gerai MPK, membiarkan begitu banyak pusat judi siber tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tanpa lesen, membiarkan begitu banyak rumah urut dan pusat hiburan beroperasi melebihi had masanya dan banyak lagi. Undang-undang hanya ditekankan untuk rakyat tetapi tidak kepada MPK. Perkhidmatan perbandaran yang tidak berkualiti dan merumitkan seperti ketiadaan bas awam bandar dan sebagainya. MPK hanya berselera menggunakan "saman parking" sebagai satu peluang membuat duit. Malah difahamkan, saman menyaman kini menjadi sumber rezeki yang kedua tertinggi kepada Majlis Tempatan tersebut setiap tahun. Saman parking hujung minggu di sekitar East Cost Mall (24 Jun: 3.10 pm) Protes rakyat akan digerakkan semula untuk beri pengajaran kepada MPK [MPK digesa tidak terlalu kemaruk untuk mencuri duit rakyat dengan isu saman parking ini. Tambahan pula ketika menjelang dan berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuantan Julai ini. Difahamkan, para peserta dan orang ramai akan mula membanjiri bandar ini seawal 1 Julai 2012 lagi. Ini bermakna kebanjiran kenderaan dari luar akan bertambah dan mereka pastinya teruja untuk bersama memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding pada kejohanan tersebut. Maka, sudah semestinya ketika SUKMA pihak MPK perlu lebih bertimbang rasa dan melonggarkan peraturan dan undang-undang mereka. Jika tidak sudah pasti ramai orang luar dan pelancong yang akan menjadi mangsa seperti kebiasaannya. Malah, ramai yang kecewa dengan sikap penguatkuasa MPK (berbaju biru) yang begitu sombong dan bongkak tatkala berhadapan dengan orang ramai. Langsung tiada konsep mesra pelanggan dalam tugasan seharian mereka. Apa yang penting, mereka mahu menunjukkan kuasa dan mahu rakyat menuruti undang-undang tersebut tanpa ada pertimbangan. Jika situasi ini tidak dipantau maka akhirnya ia akan menjejaskan nama MPK sebenarnya. PDO akan meletakkan seramai mungkin krew kami untuk memantau MPK ketika SUKMA nanti. Kaunter aduan hotline juga akan dibuka bagi membolehkan orang ramai untuk berurusan hari itu nanti]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan