Selasa, 19 Jun 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Jangan Lupa Tonton Debat Sinar Antara Salahuddin Ayub Dan Saifuddin Abdullah Malam ini

Posted: 19 Jun 2012 03:29 AM PDT


Lynas: Pengerusi PSC, Datuk Khaled Nordin Kata Dia Sanggup Tinggal Bersebelahan Loji Itu Di Gebeng

Posted: 19 Jun 2012 02:37 AM PDT


Sejurus selepas membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas, pengerusinya yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sanggup tinggal bersebelahan loji tersebut."Mengapa tidak?" kata Khaled kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada beliau sedia berpindah tinggal di sebelah loji RM700 juta memproses nadir bumi itu di Gebeng, Kuantan.Beliau mempertahankan laporan tersebut, dengan berkata ia hanya merupakan cadangan dan kerajaan yang mempunyai kata putus."Kami hanya sebuah jawatankuasa parlimen. Kami telah membuat cadangan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakan semuanya, separuh atau (untuk memutuskan) berapa lama ia akan mengambil masa untuk melaksanakan (cadangan itu)" kata beliau.

ADUN Chenor, Dato' Tan Aminuddin Meninggal Dunia Di Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah Temerloh 8.55 Pagi Tadi

Posted: 18 Jun 2012 07:09 PM PDT



[Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak meninggal dunia jam 8.55 pagi tadi selepas lebih seminggu dimasukkan ke Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh. Arwah juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Maran dan Exco Kerajaan Negeri Pahang (Pengerusi Jawatabkuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda). Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada 8 Jun lalu akibat cirit-birit dan muntah. Arwah kemudian ditrmpatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kompilasi penyakit lain termasuk jantung dan kencing manis. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chenor petang ini. Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak. Warga kerja Pahang Daily Online (PDO) ucapkan takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk roh arwah]

Panas: Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Sedia Beri Kerjasama Siasatan Isu Akaun RM3 Bilion Milik Anwar

Posted: 18 Jun 2012 05:30 PM PDT

Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar. Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki."Saya dengan ini mengesahkan ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang saya percaya melibatkan Anwar. Saya juga telah memberi keterangan yang diminta pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.Isu Anwar mengawal 20 akaun induk dengan menggunakan kroni-kroninya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kembali hangat selepas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengesahkan abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memiliki kekayaan luar biasa berjumlah RM30 juta. Kekayaan Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dipercayai ada kaitan dengan Anwar kerana ketika tahun 90-an iaitu semasa menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau yang bergaji RM2,442 sebulan sudah memiliki aset bernilai jutaan ringgit sehingga disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).Malah, Abdul Murad sendiri dalam akuan berkanunnya itu secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja.Dalam akuan berkanun sama juga, beliau mendakwa Anwar telah mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni serta membersihkan hutang mereka dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia (BNM).Antaranya, dakwa Abdul Murad, eksesais korporat melibatkan pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak yang dijual kepada Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB) atas arahan Anwar sebelum menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad...

Panas: Dua Lagi Artis Terkenal Tanahair Akan Srtai PAS

Posted: 18 Jun 2012 04:55 PM PDT


[Berita panas yang kinis tersebar berkaitan dua orang lagi artis terkenal tanahair iaitu Hairie Othman dan Zulkifli Ismail bakal menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Kini tersebar dilaman sembang sosial Facebook gambar mereka berdua mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Soalnya, jika benar mereka sedang berunding untuk menyertai parti Islam itu maka kita ucapkan syabas dan tahniah buat kedua-dua artis terbabit. Nampaknya, benar bagai dikata semakin PAS ditekan dengan berbagai fitnah dan tohmahan namun semakin ramai juga pihak yang mula yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti itu. Mereka juga langsung tidak yakin dengan momokam media arus perdana kononnya Malaysia adalah negara Islam. Ini kerana Islam yang dibawa oleh UMNO jauh terpesong daripada Islam sebenar yang dituntut oleh Allah di tas muka bumi ini. Dengan penyertaan semakin ramai artis ke dalam PAS, maka ia memberi harapan baru kepada generasi muda untuk mencintai Islam. Apapun, kedua-dua artis terbabit dilihat berpotensi mengajak lebih ramai orang muda untuk menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Ummu akan datang].

Panas: BN Dalam Bahaya, Lajim Ukin Letak Semua Jawatan Dari UMNO Sabah

Posted: 18 Jun 2012 10:37 AM PDT

[Panas, pemimpin UMNO Sabah yang disebut-sebut bakal menyertai KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin meletak jawatan selaku Ketua Cawangan UMNO Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah. Beliau yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian UMNO Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini. Dengan senario terbaru ini nampaknya Najib Razak dan BN bakal menempuh laluan cukup sukar pada PRU13 ini nanti.. Rakyat Sabah lebih tahu segalanya.. Bumi yg dipijak kini milik orang bila ia dipenuhi warga asing yg dpt kerakyatan semata2 utk undi BN setiap kali pilihanraya. Apakah, ini petanda awal BN akan berkubur riwayatnya pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti pastinya]

Gempar, Tumbuhan Hijau Di Temui Hidup Subur Di Bawah Tanah Arab

Posted: 18 Jun 2012 09:22 AM PDT


Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai". [Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Ceramah Mat Sabu Di Kuantan Dapat Sambutan

Posted: 18 Jun 2012 09:06 AM PDT


Tiada ulasan: