Isnin, 11 Jun 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Ustaz Azhar Idrus Di "Lanchang" Pada Malam Ini Dan Masjid Balok Makmur Kuantan Pada 16 Jun !!

Posted: 11 Jun 2012 12:20 AM PDT

Perbicaraan "Kes Saman RM30 Juta" Blogger CMK Terhadap "Utusan" Bakal Di Dengar Pada 28 Ogos

Posted: 11 Jun 2012 12:12 AM PDT

KUANTAN, 11 Jun - Mahkamah Tinggi Kuantan bakal mendengar perbicaraan kes saman Blogger Cucumatkilau (CMK) terhadap Utusan Malaysia pada 18 Ogos 2012 ini. Beliau yang diwakili oleh Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) dari firma guaman The Law Office Off Mohd Harris telah menfailkan saman sebanyak RM30 juta terhadap Utusan Malaysia. Tuntutan tersebut ialah gantirugi am RM5 juta, gantirugi teladan RM5 juta dan gantirugi teruk RM5 juta. Tuntutan juga dibuat terhadap faedah ketiga-tiganya atas kadar yang dibenarkan bermula 27 November 2010 sehingga penyelesaian penuh. Menurut Mohd Harris, Dalam tuntutan tersebut selain Utusan Melayu (M) Berhad, turut disaman ialah wartawan yang berkenaan iaitu Tarmizi Abd Rahim. Saman tersebut dibuat berhubung tindakan pihak terbabit yang telah mengeluarkan artikel fitnah dan berniat jahat terhadap blogger terbabit. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri" telah ditulis oleh wartawan berkenaan dan disiarkan di muka surat tiga akhbar tersebut pada 27 November 2010. Sementara itu, Harris turut mendakwa beliau terkejut dengan tindakan peguam Utusan yang mempertikaikan beberapa perkara teknikal dalam writ saman berkenaan. "Mereka pertikaikan isu teknikal, sedangkan isu pokoknya ialah kebenaran dan fitnah yang telah dibuat terhadap blogger terbabit. Saya yakin kes ini akan berpihak kepada kami kerana kita ada bukti-bukti dokumen yang lengkap bagi menyokong tuntutan ini. Maka, alasan teknikal yang dikemukakan hanyalah satu strategi untuk pihak Utusan melambat-lambatkan kes ini", katanya ketika ditemui oleh wartawan PDO di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi. Utusan Malaysia serta Tarmizi Abd Rahim diwakili peguam Izral Partnership.


Sidang media berkenaan isu ini yang telah pun dirakamkan oleh wartawan
dari media Astro Awani pada 2 Mei 2012 yang lalu

[Tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia adalah wajar kerana kebiadapan akhbar terbabit dalam melaporkan beritanya kini amatlah memalukan. Malahan, Utusan rela "melacurkan" diri mereka dalam urusan pemberitaan apabila tergamak menceduk laporan yang dibuat oleh blog-blog hapkrak kelolaan pencacai UMNO BN sebagai tajuk utama mereka. Tindakan ini amatlah tidak profesional dan menggambarkan akhbar terbabit kini setaraf dengan lambakan mingguan tabloid yang berada di pasaran sekarang ini. Utusan kini sudah tiada kreadibiliti sebagai "penyebar fikiran rakyat". Apa yang lebih diutamakan ialah menjadi "Penyebar Dakyah UMNO" untuk merosakkan minda rakyat itu sendiri. Justeru, saman harus dibuat bagi memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat laporan yang tidak berasas tanpa merujuk kepada sumber maklumat yang benar serta sahih].

Panas: Dewan Rakyat Kecoh Kerana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Pertikai Kerajaan Tarik Balik RUU

Posted: 11 Jun 2012 12:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun - Hari pertama pada mesyuarat kedua persidangan Dewan Rakyat bagi penggal kelima bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan kredibiliti kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya di peringkat senat pada 10 Mei lalu. Menggunakan Peraturan Mesyuarat 14, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mahu kerajaan memohon maaf diatas tindakan menarik balik rang undang-undang tersebut malah mendakwa ia dibentangkan secara tergesa-gesa tanpa melalui proses kajian yang menyeluruh. Bagaimanapun dakwaan Kulasegaran disanggah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana tegasnya penarikan balik rang undang-undang itu dibuat selepas mendapat persetujuan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wakil Ketua Pembangkang. "Saya sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya sudah hubungi...saya panggil Ketua Pembangkang. Tanya Ipoh Timur (Lim Kit Siang). "Tiada minta maaf...anda tak faham," katanya pada pemulaan sesi persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin. Bagaimanapun Kulasegaran tetap tidak berpuas hati malah terus membangkitkan isu bahawa kerajaan perlu melakukan perbincangan dengan semua pihak termasuk pembangkang sebelum membentangkan rang undang-undang berkenaan. "Kurang perpincangan antara kerajaan dan pembangkang. Sepatutnya perlu ada sedikit penghormatan kepada kami (pembangkang)," katanya. Namun Mohamed Nazri sekali lagi menegaskan bahawa perbincangan tidak perlu diadakan demi menjaga kredibiliti SPR sebagai badan bebas kerana pindaan undang-undang sedia ada itu dibuat oleh suruhanjaya itu sendiri. "Kita tak boleh campur urusan SPR. Kalau kata nak bincang dulu antara kerajaan dan pembangkang, ia tak mungkin boleh berlaku kerana itu cadangan daripada SPR. Kita mesti bertanggungjawab. "Kita hanya boleh tengok cadangan pindaan itu selepas ia dibentangkan. Ini kes istimewa kerana ia dibawa oleh SPR. Ini bukansoal penghormatan, kita mesti hormati kebebasan SPR," katanya.

Sebelum itu Mohamed Nazri memberitahu bahawa kerajaan mengambil keputusan menarik balik rang undang-undang itu selepas Dewan Negara membahaskan untuk meminda dua pindaan terhadap cadangan akta itu. "Dalam perbahasan peringkat Dewan Rakyat kita lakukan tiga pindaan. Kemudian apabila ia dibahaskan diperingkat Dewan Negara, Dewan Negara bahaskan untuk membuat dua lagi pindaan menjadikan semua lima pindaan. "Kalau kelima-lima pindaan ini dibuat, bermakna rang undang-undang itu sudah tidak bermakna. Sebab itu kita telah berunding bersama dengan Ketua Pembangkang dan SPR bagi mendapatkan persetujuan supaya rang undang-undang itu ditarik balik," katanya. Tegas beliau tidak timbul isu yang mengatakan pindaan terhadap akta itu dilakukan tergesa-gesa tanpa kajian. "Ia bukan tergesa-gesa. Ini rang undang-undang dari SPR, cara urusan kita ialah apabila SPR cadangkan apa-apa pindaan undang-undang berkaitan SPR...jemaah menteri tak buat apa-apa pindaan atau kajian untuk jaga kebebasan SPR. "Sebab itu apabila cadangan itu sampai ke kabinet, kita luluskan tanpa apa-apa pindaan yang dibuat kerana kita tiada hak untuk berbuat demikian. "Itu bukan tergesa-gesa, kalau ada apa-apa perasaan tak puas hati, ia harus dihala kepada SPR," katanya.

[Rang undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi. Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan selama tujuh jam. Persoalannya yang perlu ditimbulkan ialah kenapa kerajaan tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang itu sedangkan mereka tidak duduk semeja berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dengan pihak pembangkang terlebih dahulu. Kenapa bila mahu membatalkannya, kerajaan begitu mudah membuat keputusan yang jelas kontroversi ini. Apakah kerajaan fikir, memerintah dan melaksanakan sesuatu akta atau peraturan itu semudah ABC. Jika inilah kerajaan yang ada, maka rakyat wajar melakukan perubahan sekarang!].

Tiada ulasan: