Sabtu, 2 Jun 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Al-Fatihah: Bekas ADUN Sg.Lembing Cikgu Zul PRM Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan Petang Tadi !

Posted: 02 Jun 2012 04:56 AM PDT

Link
KUANTAN, 2 Jun - Negeri Pahang hari ini kehilangan tokoh perjuangan rakyat apabila mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg.Lembing, Dzulkifli Ismail (foto) meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini petang tadi. Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zul meninggal dunia dipangkuan anak perempuannya, Nina Dzul pada jam 4.48 petang selepas menerima rawatan di hospital terbabit akibat pendarahan otak yang dialaminya sejak semalam. Jenazah beliau kini berana di kediamannya dekat Permatang Badak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi jam 10.00 pagi esok. Cikgu Zul cukup dikenali oleh rakyat setempat selepas beliau menang kerusi DUN Sg.Lembing atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 1974 sebelum dia ditahan dibawah Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA). Pada Pilihanraya Umum Ke-11 (2004), beliau bertanding atas tiket Parti Keadilan di kerusi Parlimen Indera Mahkota. Walau bagaimana pun beliau tewas dengan majoriti 14,229 undi kepada calon BN, Dato' Wan Adnan Wan Mamat (kini Exco Belia dan Sukan Pahang). Allahyarham mendapat 10,948 undi menakala Wan Adnan 25,177 undi. Pada Pilihanraya umum ke-12 (2008) beliau tidak bertanding akibat kesihatannya yang tidak mengizinkan. Apapun, kerusi Parlimen Indera Mahkota dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimana calonnya ialah Azan Ismail.

[Dengan pemergiannya, maka kini tokoh perjuangan rakyat yang cukup sinonim dengan jolokan "Cikgu Zul Parti Kepala Lembu" oleh penduduk disini hanya tingga sejarah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Pemergiaan beliau di saat seluruh rakyat kini tertumpu dan memberi perhatian kepada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi amatlah mengharukan. Ini kerana, beliau cukup arif dengan perjuangan rakyat sejak sekian lama dan amat disegani oleh kawan dan juga lawan. Justeru, orang ramai dijemput hadir untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap jenazah Arwah yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi pagi esok. Sebarkan info ini kepada seluruh rakan-rakan anda yang mengenali Arwah].

Eksklusif: Video Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya

Posted: 01 Jun 2012 08:27 AM PDT



Himpunan Hijau: Ucapan Khas Oleh Presiden PAS

Posted: 01 Jun 2012 08:24 AM PDT

Foto Terkini Himpunan Hijau Di Alor Setar Kedah

Posted: 01 Jun 2012 07:27 AM PDT



ALOR SETAR, 1 Jun - Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya hari ini dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimana pun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke kawasan stadium.








[Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium. Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Malam ini pula berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Jika dilihat kepada kehadiran ke program ini, kemungkinan besar ia melebihi himpinan sejuta belia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Rakyat kini ternyata mahukan perubahan dan mereka mahukan Putrajaya bertukar tangan. Apapun, syabas dan tahniah kepada anda yang telah hadir ke Stadium Darul Aman Alor Setar hari ini].

Tiada ulasan: