Jumaat, 1 Jun 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Isu NFC, Shahrizat Boleh Di Lepaskan Oleh SPRM Tetapi "Tidak Di Mata Rakyat" Sebenarnya !

Posted: 31 May 2012 01:16 PM PDT

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam memberikan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta kepada syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya sungguh mengelirukan rakyat sebenarnya. Pengerusi PPO Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (foto) pada Khamis berkata, siasatan terhadap penglibatan Shahrizat dalam NFC kini ditutup. Keputusan itu berikutan beliau didapati tidak terlibat dalam proses pemberian pinjaman atau kontrak kepada syarikat tersebut. Ramai yang sangsi dengan keputusan ini kerana mana mungkin seorang isteri tidak tahu menahu perniagaan yang dijalankan oleh suaminya sendiri. Persoalannya yang timbul, Shahrizat ketika itu berada dalam kabinet kerajaan UMNO BN dan keputusan kelulusan projek berkenaan dibuat oleh kabinet dan sudah pasti anggota kabinet tahu syarikat yang ditawarkan projek tersebut adalah kepunyaan suami Shahrizat. Makanya, jika pun dia tidak terlibat secara langsung dengan proses pemberian pinjaman dan kontrak namun dia sudah pasti mempunyai kepentingan dalam syarikat terbabit sebenarnya. Dengan melepaskan Shahrizat kini rakyat tertanya-tanya, apakah ia bertujuan untuk melindungi lain-lain pemimpin yang sepatutnya terpalit dengan isu ini. Apakah keputsan SPRM ini dibuat atas desakan pihak tertentu yang tidak mahu Shahrizat mendedahkan nama-nama pemimpin yang terlibat dalam kes ini. Lantaran itulah rakyat tidak terkejut, Shahrizat tidak disambung kontrak sebagai Senator sebaliknya dibiarkan terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO. Apapun yang berlaku, kini kreadibili Shahrizat dan kerajaan UMNO BN sendiri sudah rosak di mata rakyat. Keputusan ke atas Shahrizat dilihat tidak lebih untuk menutup rahsia di sebalik skandal tersebut. Malahan, tindakan Bank Negara memanggil Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan memaksa beliau mendedahkan bagaimana maklumat akaun suami Shahrizat jelas sekali untuk memberi tekanan kepada rakyat yang mendedahkan penyelewangan dan rasuah yang dilakukan. Sepatutnya, suami Shahrizat yang disiasat kerana menyelewengkan wang rakyat, namun kini sudah jadi terbalik pula. Mereka yang mengadu dan membongkar isu berkenaan diberi tekanan demi tekanan. Sebaliknya, mereka yang melakukan perbuatan tersebut seolah-olah hendak dilepaskan.


Shahrizat boleh terlepas dari SPRM, tetapi tidak mungkin di mata rakyat

[Dengan keputusan SPRM terhadap Shahrizat ini, maka kita tidak hairan suami beliau iaitu Dr Mohamad Salleh Ismail juga akan terlepas dalam kes ini sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia bagi memberi imej dan gambaran kononnya kerajaan UMNO BN tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dalam skandal NFC ini. Justeru, rakyat diminta bersabar melihat apa yang berlaku. Anggaplah ia hanyalah satu sandiwara politik peringkat tertinggi antara pemimpin UMNO dalam usaha membersihkan diri mereka dari perbuatan khianat ini. SPRM dijadikan alat untuk membersihlan nama Sharizat, namun tidak dimata rakyat. Kita yakin Shahrizat terlibat dalam apa jua cara sekali pun terhadap kes ini, kerana yang didakwa ialah syarikat suami dan ahli keluarganya. Jangan memperbodohkan rakyat dengan keputusan memalukan ini. Maka, lakukan perubahan pada PRU-13 ini nanti jika mahu melihat kebenaran tercipta].

Promo 'Himpunan Hijau' Di Stadium Darul Aman

Posted: 31 May 2012 01:13 PM PDT

Memalukan, 'Rumput Panjang Macam Lalang' Di Indera Mahkota, MPK Di Gesa Tunai Kewajipan !

Posted: 31 May 2012 12:52 PM PDT



[Orang ramai yang melalui jalan di kawasan perumahan sekitar Indera Mahkota Kuantan pasti terkejut dengan keadaan semak samun di pembahagi jalan kawasan terbabit. Sungguh memalukan apabila ada rumput yang terlalu panjang sudah menjadi seperti lalang dan sawah padi terutamanya di jalan berhadapan pasaraya Tunas Manja ke Indera Mahkota 1. Penduduk hairan kenapa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak memantau keadaan ini walau pun ia dikatakan bukan tanggungjawab mereka. Difahamkan, pihak MPK melepaskan masalah tersebut kepada pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Namun, sedarkah mereka yang mendapat malu ialah MPK sendiri. Baru-baru ini Yang DiPertua MPK, Dato' Zulkifli Yaakob menegaskan mereka tidak bertanggungjawab pada jalan persekutuan dan jalan negeri. Namun apa yang terjadi ini adalah jalan-jalan di kawasan perumahan. Pihak Roadcare juga telah dihubungi dan mereka menafikan jalan terbabit di bawah kuasa mereka. MPK harus berhati-hati, jangan hanya tahu memungut cukai dan saman parking semata-mata tetapi perkhidmatan perbandaran "indah khabar dari rupa". Jika ini keadaannya, kita gusar menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuantan Julai ini gambaran buruk akan diterima oleh orang ramai yang datang ke bandar ini. MPK digesa ambil tindakan segera demi kesejahteraan penduduk setempat. PDO akan terus memantau lagi isu ini].

Musykil, Kadar 'Caj Parkir MPK' Di Pantai Teluk Chempedak Lebih Mahal Dari Caj Oleh Swasta !!

Posted: 31 May 2012 12:29 PM PDT



[Orang yang berkunjung ke Pantai Teluk Chempedak, Kuantan pasti terkejut melihat caj parkir awam yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dua kali ganda mahalnya dari caj parkir swasta di situ. Dulunya, parkir di sini tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia pusat pelancongan. Namun, mungkin kerana melihat ia satu peluang untuk membuat untung cara mudah maka pihak MPK telah mengenakan caj parkir di satu kawasan yang tidak berturap (bawah pokok) yang berisiko itu sebenarnya. Dulu, caj yang dikenakan ialah RM1.00 sahaja, namun sejak awal tahun 2012 ini cajnya sudah melambung naik sekali ganda menjadi RM2.00. Ini mengejutkan orang ramai kerana belum ada di mana-mana kawasan parkir seluruh negara caj parkir (kerajaan) lebih mahal dari parkir swasta. Ini terbukti, apabila caj parkir swasta di lokasi bersebalahan dengan parkir MPK hanya dikenakan caj RM1.00 sejak dulu hingga sekarang. Soalnya, kenapa caj parkir MPK melambung naik sebegitu tinggi. Justeru, MPK digesa berhati-hati dalam mengenakan caj parkir kepada rakyat kerana ia boleh mengundang spekulasi kononnya mereka mahu mencari duit mudah dengan kadar caj yang dikenakan bagi menampung sumber kewangan majlis tempatan terbabit. Di harap, MPK dapat turunkan kadar tersebut selaras dengan kadar biasa (swasta) agar ia tidak menyusahkan orang ramai. Jangan nanti pantai Teluk Chempedak akhirnya gagal menarik pelancong kerana mereka kecewa dengan isu ini].

Lebih Sebulan Penutup Besi Jalan Hilang, Tetapi MPK Masih Biar Penduduk Tanggung Risikonya !

Posted: 31 May 2012 12:00 PM PDT



[Sudah lebih dari sebulan penutup besi di sebuah jalan berhampiran Dewan Orang Ramai dan padang awam (Taman Yew Hong) dekat Indera Mahkota ini hilang. Namun sehingga ke saat ini tiada apa-apa tindakan yang dilakuan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Alasan yang diberikan, sudah banyak kali hilang maka penduduk terpaksa tanggung sendiri akibatnya. Persoalannya, penduduk membayar cukai pintu kepada MPK dan mereka perlukan perkhidmatan yang baik dan selesa. Keadaan jalan terbabit sungguh bahaya dan penduduk hanya meletakkan zink dan sebuah rak pinggan mangkuk untuk memberi amaran kepada orang ramai yang lalu lalang di situ. Situasi ini sungguh memalukan, terutamanya kepada orang luar yang datang ke kawasan ini. Jika pun tidak punyai bajet untuk menggantikan penutup besi yang baru, MPK wajar mencari jalan alternatif untuk tidak membahayakan nyawa penduduk. Kecurian bukan dilakukan oleh mereka, kenapa mereka yang harus menanggung risikonya?. Jangan nanti bila ada kemalangan nyawa barulah MPK mahu buat tindakan pula. Justeru, pihak MPK digesa ambil tindakan sekarang].

IPD Baharu Terbiar, OCPD Maran Di Gesa Berikan Penjelasan Kepada 'Rakyat' Apakah Masalahnya !!

Posted: 31 May 2012 11:46 AM PDT



[Orang ramai yang melalui jalan lama dari Gambang ke Maran pasti akan tertanya-tanya apa apabila melihat komplek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran yang baru dibina seolah-olah tidak digunakan lagi. Ini terbukti apabila papan tanda IPD terbabit juga telah ditutup dan keadaan semak samun yang seolah-olah kini ia telah ditinggalkan tanpa perhatian. Krew kami cuba untuk memasuki kawasan terbabit, namun pagar yang terbuka telah ditutup dengan mangga beberapa jam selepas gambar ini diambil. Pihak IPD Maran digesa memberi penjelasan atas perkara ini. Apakah benar IPD yang baru dibina dan dilancarkan itu telah mengalami masalah?. Siapakh kontraktor yang terlibat dan apa kerosakan yang berlaku?. Semua ini mengundang persoalan, kerana ia dibina menggunakan wang rakyat. Mereka berhak tahu stataus IPD terbabit kerana sebelum ini ia telah pun dibuka dan kini tiba-tiba terbiar begitu sahaja. Permbaziran wang rakyat perlulah dibongkarkan jika benar projek ini bermasalah. Jika tidak kenapa IPD lama masih digunakan sehingga sekarang. Justeru, OCPD Maran digesa berikan penjelasan kepada penduduk apakah masalahnya].

Tiada ulasan: