Isnin, 25 Jun 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Presiden ziarahi timbalan Mursyidul Am

Posted: 25 Jun 2012 04:02 AM PDT


(Ustaz Hadi berbual dengan Dr Haron di Bangi hari ini)

BANGI: Perkara pertama yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebaik saja tiba dari luar negara adalah menziarahi Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Ustaz Hadi tiba dari Abu Dhabi hari ini dalam rangka lawatan kerjanya ke luar negara termasuk menemui pemimpin Ikhwanul Muslimin yang baru menang pilihan raya.

Beliau menziarahi Dr Haron Din yang mula sihat selepas menjalani pembedahan jantung kali ke 5 di Amerika.

Walaupun belum dapat memenuhi apa-apa program di luar, Dr Haron yang merupakan Timbalan Pengerusi Harakah kelihatan ceria.

Beliau memohon maaf kepada semua ahli dan pemimpin PAS kerana masih belum dapat memenuhi sebarang undangan majlis di luar. -Hrkh

Dasar Penipu! Pelabur Tak Berminat Atau Kamu Yang Sekat?

Posted: 25 Jun 2012 04:01 AM PDT



Tok Pa: Pelabur tak berminat ke Kelantan

Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.

"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain.

"Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya.

Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi".

"Pengalaman ini kita tawarkan kepada rakyat Kelantan, dan kita berharap rakyat Kelantan membuat pilihan yang tepat supaya Kelantan dapat dimajukan," katanya. - Bernama

Penipu punya menteri!

Pelabur yang tak berminat atau kamu sendiri yang menyekat mereka datang ke Kelantan?

Kamu sendiri pernah mengakui di dalam dewan undangan negeri Kelantan bahawa kamu yang menyekat pembangunan mengalir ke Kelantan. Ini bukti paling nyata: -GB


[VIDEO] Rakyat Mesir Sambut Dr. Mursi Sebagai Presiden Yang Baru

Posted: 25 Jun 2012 01:52 AM PDT



Kaherah: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir. -HD

 


Semacam ada petunjuk untuk keputusan Pilihanraya Umum Malaysia nanti....
Semuga Allah memberikan kemenangan kepada parti yang memperjuangkan Islam di mana-mana di atas mukabumiNya ini...GB

p/s satu perkara yang menarik ialah semasa rejim Mubarak, pada tahun 2006 beliau telah memerintahkan Dr. Mursi, tetapi pada tahun 2012, Allah telah memenjarakan Hosni Mubarak dan mengangkat Dr. Mursi menggantikannya sebagai Presiden.




Mereka memandu kereta sambil mendengar radio. Sebaik menerima berita kemenangan Mursi, mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah... -SO

Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi

Posted: 25 Jun 2012 01:49 AM PDT



(Penulis [tengah] di dataran Tahrir bersama meraikan kemenangan Morsi dengan rakyat Mesir)

Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir.

Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan.

Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan 'kuku besi'.

Lebih manis lagi apabila yang terpilih adalah Dr. Mohamed Morsi calon dari Freedom and Justice Party (FJP) parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir.

(Rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir)

Hanya setahun lalu, tidak siapa dapat menjangkakan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak yang juga merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Britain serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang 'terroris Islam' serta 'menjamin keselamatan Israel' berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela meluahkan perasaan, berdemonstrasi ke jalan-jalanraya di seluruh negara.

Dan pada minggu ini,  sekali lagi kita dapat menyaksikan sejarah terukir apabila ratusan ribu rakyat Mesir terutamanya dari kalangan golongan muda membanjiri Dataran Tahrir yang terletak ditengah-tengah kota Kaherah bagi meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin itu walaupun ada percubaan awal dari pihak tentera SCAF bagi menafikan kemenangan itu.

Kemenangan rakyat ini adalah amat manis bagi Ikhwan Muslimin di Mesir. Apa tidaknya. Kalau setahun lalu Ikhwan Muslimin adalah dianggap sebagai sebuah 'pertubuhan haram' dan sesiapa yang didapati menjadi ahli pertubuhan ini akan terus ditangkap.

Sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Anwar Sadat dan Mubarak, Ikhwan Muslimin telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan.

Mereka diharamkan dari bergerak aktif di Mesir dan semua media massa di kawal ketat dengan tidak dibenarkan sebarang bentuk kritikan terhadapi rejim ini.

Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim ini sampai kepada kemuncaknya apabila mereka telah bertindak membunuh serta memenjara ribuan para ulama dan cendekiawan yang simpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Namun kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden ini juga berhadapan dengan penuh cabaran besar yang terpaksa terus dihadapi.

Isu utama yang dianggap paling sensitif adalah hubungan beliau sebagai Presiden dengan pihak tentera SCAF yang sejak sekian lama telah mendominasi kuasa dan politik Mesir.

Pada proses pengundian Pilihanraya Presiden pusingan kedua, ia di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah membatalkan semua keputusan pilihanraya Parlimen yang telah di adakan beberapa bulan lepas.

Pihak tentera SCAF serta-merta membubarkan Parlimen dan menghalang ahli-ahli Parlimen yang majoritinya dari parti FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi dari memasuki bangunan Parlimen.

Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia di anggap sebagai suatu percubaan 'rampasan kuasa' dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti Hakim-Hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak.

Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untuk merampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 'pindaan kilat' kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.

(Penulis mengucapkan tahniah kepada jurucakap FJP)

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan 'kelulusan' dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Di peringkat antarabangsa pula, Dr. Morsi berhadapan dengan cabaran menunaikan janji 'menilai semula perjanjian Camp David' dengan Israel yang memberi banyak kelebihan dan perlindungan berat sebelah kepada rejim Zionis itu.

Persoalan ini jugalah yang banyak di tumpukan oleh pembuat polisi di 'White House' bagi menilai hubungan Amerika Syarikat dengan Mesir dibawah seorang Presiden yang berlatar-belakangkan Ikhwan muslimin yang menolak dasar kekejaman dan apartied negara Zionis Israel.

Perlu diingat bahawa Mesir adalah sekutu terpenting Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah sejak lebih 4 dekad yang lalu. Amerika Syarikat juga menyalurkan lebih US3 billion setiap tahun kepada rejim Mubarak terutamanya untuk persenjataan dan pertahanan.

Atas dasar inilah Mesir dianggap sebagai 'buffer' atau 'pintu penghalang' bagi menyekat sebarang ancaman serta menjamin keselamatan dan keamanan Israel.

Begitu juga dengan 'Terusan Suez' yang merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas.

Sepanjang kempen pilihanraya Presiden yang dijalankan, Dr. Mohamed Morsi juga berhadapan dengan konspirasi media barat dan kebanyakan media utama Mesir bagi memastkan calon Ikhwan Muslimin ini kalah.

Pelbagai publisiti negatif telah di timbulkan dan beliau telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan 'bahaya' kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Manakala calon pilihan mereka, Ahmed Shafik pula telah diberikan  pelbagai publisiti positif oleh media barat terutamanya BBC dan CNN serta media utama di Mesir dan dianggap 'sebagai calon penyelamat' bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Namun keputusan resmi  yang di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir yang mengesahkan kemenangan berpihak kepada Dr. Mohamed Morsi adalah kemenangan 'Kuasa rakyat'.

Seperti ungkapan awal beliau; 'Saya adalah Presiden yang dipilih bagi seluruh rakyat Mesir. Semua rakyat termasuk penganut Kristian adalah rakyat di bawah saya bagi sama-sama membangunkan Mesir yang baru'.

Ya, apapun yang ada dihadapan dalam politik Mesir, catur politik antara Dr. Mohamed Morsi sebagai seorang Presiden dengan pihak tentera SCAF akan terus dibidak bagi menentu masa hadapan politik Mesir.

Sementara itu Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menjadi pemerhati yang 'istemewa'. Ia juga akan menjadi inspirasi dan semangat baru selepas Arab Spring kepada seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia.

Tahniah Dr. Morsi...

Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS yang berada di Mesir baru-baru ini. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk TWITTER: @syedazman

Fulamak !!! kalau macam nie .kompom UMNO/BN Penang gigit Jari lagi la....hampir 15,000 orang hadir di Hijau Penang

Posted: 25 Jun 2012 01:49 AM PDT

 Terkejut orang Bagan : Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth
  Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth
Tiada Ruang Kosong di tengah 

 Malam tadi ..Butterworth dipenuhi oleh Ramai Golongan Muda



Sempat Lagi Bro Kita Membeli Belah 

Gambar Bukan Melayu Pun Mai Himpunan HIjau , PAS
malam tadi 24/6/12 aku kesempatan..ke dataran dewan bandaran Buterworth..anggaran kehadiran adalah  seramai hampir 15,000 orang hadir ke Himpunan hijau negeri Pulau Pinang..terima kasih kepada pegawai polis kerana tiada sekatan jalan raya.

Ribuan Hadir Di Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka

Posted: 24 Jun 2012 09:02 PM PDT




Lebih kurang 5,000 orang penduduk Melaka telah hadir bagi menjayakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Melaka yang diadakan bermula petang semalam sehingga lewat tengah malam tadi bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai Melaka.

Program dimulakan dengan Solat Asar berjemaah diikuti dengan program Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya dengan konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat tempatan.

Turut hadir petang semalam ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Di majlis tersebut, Ameerah dan Briged Muslimat peringkat negeri Melaka telah dilancarkan.

Program diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat & Munajat serta Solat Isya' berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Selepas itu, majlis ceramah perdana yang menampilkan ucapan dan amanat dari pimpinan Pakatan Rakyat serta wakil dari NGO Anti-Lynas yang tiba dari program Occupy Balok-Gebeng di Kuantan.

Turut berucap malam tadi ialah AJK PAS Pusat, Zulkifli Omar; Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Naib Pengerusi PKR Melaka, Rajendran; Penolong Setiausaha PKR Melaka, Sdr Wahab Ibrahim dan Pengerusi Anti-Lynas, Wong Tack.

Himpunan bersejarah tersebut dilihat begitu berjaya kerana rakyat pelbagai bangsa telah turut hadir menjayakan majlis berkenaan.

Program tersebut juga telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui channel TVPAS Melaka yang telah menarik lebih 1,600 penonton malam tadi.

Di majlis berkenaan, anak Melaka di perantauan (PERAWAN) telah menyampaikan sumbangan mereka bebentuk replika cek kepada Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Majlis Himpunan Hijau juga menerima kejutan apabila Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali turut hadir memeriahkan majlis.

Beliau menekankan tentang betapa perlunya rakyat bangkit untuk menentang kezaliman yang diterajui oleh UMNO BN dengan mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya akan datang ini.

UMNO terpaksa menangguhkan tarikh pilihanraya dari sebulan ke sebulan apabila mereka mendapati suasana kebangkitan rakyat kebelakangan ini tidak memihak kepada mereka.

Majlis turut diserikan dengan penampilan penyanyi Iwan Syahman yang menyampaikan lagu-lagu bermesej dakwah di majlis tersebut.

Di kemuncak acara, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu telah menyampaikan ceramahnya dan beliau menyatakan bahawa orang Melayu selama ini diperbodohkan oleh UMNO dan masanya telah tiba untuk rakyat melakukan perubahan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri.

Beliau menegaskan juga akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara Polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang Polis yang belua buat tidak benar dan ada unsur fitnah".

Sementara itu, UMNO telah cuba untuk menganggu majlis Himpunan Hijau dengan mengadakan ceramahnya kira-kita 200 meter dari majlis anjuran PAS tetapi gagal untuk menarik pendengar. Mereka sekadar dapat membuat gangguan dengan menghalakan pembesar suaranya ke arah Himpunan Hijau namun tidak memberikan apa-apa kesan terhadap program Himpunan Hijau.

Briged Keselamatan Negeri Melaka bersama-sama Unit Amal telah menunjukkan tugas cemerlangnya mengawal keselamatan daripada sebarang provokasi di majlis berkenaan.





















Tuan Guru Nik Abdul Aziz Dicium Lagi... Siapa Lelaki "MISTERI" Ini.. Jom Terjah!!!

Posted: 24 Jun 2012 08:57 PM PDT

Tidak perlu apa2 caption... Cukup2 MISTERI???
Siapa pula lelaki di bawah ini ???

Umno buat ceramah sebelah Himpunan Hijau

Posted: 24 Jun 2012 05:44 PM PDT


ALAI: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam ini bakal menyaksikan ceramah sebelah menyebelah antara PAS dan Umno.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.

Tempat ceramah Umno pula hanya berjarak kira-kira 200 meter dari tempat Himpunan Hijau itu.

(Gambar: Khairul Faizi turut mempamerkan kebolehan bermain gitar.)

Biarpun ceramah Umno hanya dijangka bermula malam ini, namun pembesar suaranya sudah mula diuji dari petang ini sebaik sahaja program Himpunan Hijau bermula kira-kira 4.30 petang.

Ketika program pemuda mengambil pentas di himpunan hijau dengan ucapan dan persembahan, corong pembesar suara di tempat BN yang dihadap betul-betul menghala ke himpunan hijau dipasang lagu-lagu dan nasyid dengat kuatnya.

Beberapa pemimpin pemuda Pakatan ketika berucap mendakwa, gangguan sedemikian merupakan biasa berlaku di sekitar negeri ini.

Selain 'perang' pembesar suara, suasana di sepanjang jalan tempat ceramah juga penuh dengan bendera kedua-dua parti yang digantung di tiang-tiang dan pokok.

Permulaan memberangsangkan

Sementara itu, sambutan terhadap program himpunan hijau pada sebelah petang tadi sangat memberangsangkan.

Hampir 1,000 orang sudah membanjiri perkarangan Surau Ustaz Ali bagi mengikuti program yang akan berlangsung sehingga kemuncaknya malam ini.

Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka mengambil tema 'Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau'.

Antara program yang berlangsung petang tadi termasuklah konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan tempatan.

Turut hadir petang tadi Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil. -Hrkh

Tok Guru Sudah Terlebih Famous

Posted: 24 Jun 2012 05:43 PM PDT

Tidak dapat dinafikan lambakan gambar atau foto Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam pelbagai fesyen dan suasana menyerlahkan realiti kehidupan diri dan keluarganya banyak tersebar dalam internet baik di  Fb, twitter, ruang blog dan sebagainya. Gambar itu memberi gambaran akan keistimewaan dan keunikan beliau sebagai Menteri Besar dari rahim ulamak di mana perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Ertinya boleh dibilang dengan jari ulamak yang menjadi ketua umarak, MB atau menteri.


Gambar yang disebar itu dalam berbagai viarasi, baik semasa beliau di pentas politik, di podium kuliah di kerusi rasminya, atau pun di masjid dan surau. Gambar-gambar aktiviti ibadat dan perjuangan beliau sungguh mengugah perasaan. Gambar beliau sedang makan, mendirikan solat atau pun melakukan tahalul - cukur rambut atau upacara membelah mulut bayi memberi impak dan sentuhan jiwa yang tinggi untuk mengasihinya.

Tidak cukup itu gambar beliau bermesra dengan anak isteri dan keluarga dan juga gambar beliau sedang dipicit atau diurut belakang dan kaki oleh anak-anak murid dan orang yang menyayanginya memberi dan menerbit perasaan tersendiri pada perenungnya. Benarlah kata orang gambar memberi seribu makna.


Penyebaran gambar itu menyebabkan orang ramai mengenali hati budi dan sejauh dalamnya 'kausar' beliau, dapat menilai tahap kerendahan dan kezuhudan dirinya. Mengenai dirinya menjadi buah mulut, di mana-mana saja orang bercakap mengenai diri dan juga stail kepimpinannya. Kerana itu semua beliau menjadi ikon dan dijadikan maskot politik negara ini.

Tidak terlampau kalau saya sebutkan keterkenalan Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang Menteri Besar dan ulamak sudah melangkau ke seluruh benua. Mana-mana negara yang boleh akses internet pasti akan menemui gambar beliau dan mengetahui syaksiahnya. Inilah hebat dan berkesannya internet dalam mempropangdakan sesuatu.

Penyebaran foto beliau itu sesuatu yang baik dan bagus serta satu strategi ampuh bagi politik Pas. Ia menjadi satu medium atau saluran dakwah bagi Pas. Di samping ia boleh mengenalkan beliau kepada dunia tetapi ia juga dapat mengenalkan beliau sebagai seorang pemimpin bertaraf ulamak yang berilmu dan mempunyai pendekatan yang tersendiri dan khusyusi. Ini semua menguntungkan Pas dan sekaligus Islam yang dijadikan ideologi oleh Pas.

Pas sesungguhnya berbangga memiliki sosok seperti itu. Kerana itulah kehebatan, sebutan mengenai Nik Aziz bukan saja bergema di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang malahan kehebatan dan keistimewaannya mengimbau ke seluruh negara. Bukan saja anak-anak Tadika dan Pasti tetapi juga pentadbir, politician bukan saja dari Pas bahkan dari Umno juga. Hakikat inilah menyebabkan Umno khasnya mencari seibu jalan dan menggunakan seribu senjata (termasuk fitnah) untuk membunuh keperibadian agama dan politik Nik Aziz.

Mengenai anugerah ini saya tampak Pas menggunakan secukupnya modal dan aset yang ada satu ini. Bahkan bagi Pas Kelantan seolah parti itu tidak ada modal lain lagi selain Nik Aziz. Nik Aziz dan Nik Aziz. Tidak salah kalau Pas meletakkan Nik Aziz sebagai ikon dan maskot politiknya kerana ia wajar di atas kehebatan dan keilmuan Nik Aziz dalam agama dan politik. Kandati beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini pun kehebatan dan keistimewaan serta keunikan beliau itu akan disebut-sebut dan diingati serta dijadikan pendorong meneruskan perjuangan. Beliau akan disebut seperti para salahfusoleh yang berjasa kepada Allah seumpama Fadzil Noor yang kehebatan dan kebijaksanaan politiknya terus disebut.

Bagaimana pun dalam hal ini Pas semasa sudah terlebih dalam menggunakan Nik Aziz untuk perjuangannya. Cara Pas mengidola dan mengkultuskan Nik Aziz sudah sampai keperingkat yang perlu membuat ralat. Maksudnya di sini bukan kehebatan dan keilmuannya, tetapi cara Pas menjadikan Tok Guru sebagai aset dan modal politiknya tanpa memperhitungkan keadaan sekelilingnya. Kerana mereka meletakkan Tok Guru terlalu besar menyebabkan pemandangan sesetengah ahli dan penyokong Pas sehinggakan mereka tidak nampak benda lain lagi dan merasakan Tok Guru akan ada selama-lamanya. Sikap dan persepsi ini sesuatu negatif. 

Apabila menyedari akan keterlaluan ini menyebabkan timbul dalam minda saya, apakah hanya Tok Guru  yang berhak mendapat pujian dan sanjungan begitu? Maksudnya kenapa Pas dalam masa sama tidak meletakkan pemimpin pengiring kepada beliau? Walaupun Nik Aziz sendiri tidak menyebut secara pasti siapa selepas beliau tetapi Pas perlu memberi isyarat dan kenyitan mata akan pemimpin yang akan mengambil alih tempatnya. Sepatutnya ahli dan penyokong Pas dapat membaca sir dan maknawi yang terpendalam di dalam kalbun Nik Aziz.

Dalam soal ini saya ingin mempersoalkan tentang sikap taksub atau pun sanjungan berlebihan kepada Nik Aziz yang pada saya tidak seimbang. Bahkan ada kalanya sampai ke peringkat elemen khurafat. Maksudnya kenapa hanya Tok Guru sahaja ditonjolkan sebagai pemimpin zuhud, tawaduk, bersifat qana'ah dan mudah basa. Apakah tidak ada lain-lain pemimpin dalam Pas yang mewarisi sifat-sifat itu? Apakah Pas terlupa? Sikap terlupa seperti ini menyebabkan Pas akan berhadapan dengan kekosongan selepas ini apabila Tok Guru tiba-tiba sudah tiada lagi.

Kekosongan inilah yang perlu difikir oleh Pas khasnya oleh rakyat yang kini terlebih ghairah  mendaulatkan Nik Aziz sebagai ikon dan idola mereka? Sudah sampai masanya para pengidola dan penyanjung ini urut sama menjaja nama-nama lain yang bakal menerajui Pas di masa depan. Apa yag hendak ditegaskan ialah para pendokong perlu mempamikir dan menjualkan akan kehebatan pemimpin lain, baik dari segi karektor, sifat, perwatakan, kebolehan dan sebagainya dan bukan saja Nik Aziz.

Perkara ini penting didedahkan misalnya mengenai latar belakang, fikrah perjuangan, wawasan dan juga kebolehan mereka dalam mentadbir dan mengolahkan politik secara kreatif. Sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini perlulah didedahkan seluas-luasnya kepada rakyat agar mudah rakyat membuat penilaian dan pemilihan. Harus difahami seorang yang bakal menjadi pemimpin bukan saja setakat mampu menjadi syeikh di majlis tahalil atau pun menjadi iman solat hajat dan bermunajat.

Saya sangat berharap selepas ini akan ada foto-foto mereka yang disenaraikan akan menjadi pemimpin masa depan akan ada foto-foto mereka yang beraksi atau bersahaja seperti foto-foto Tok Guru itu dipamirkan dalam dada Fb atau twitter. Hendaknya para penyokong masing atau orang perseorang dapat mengudp-datekan foto-foto ini untuk renung bersama.

Apakah apabila tiada gambar-gambar ini - tokoh selain Nik Aziz, disebabkan tiada tokoh yang seiras Nik Aziz? Mungkin? Sebab gambar-gambar bersahaja begini yang nilainya tinggi tidak boleh dibuat-buat atau pun dilakonkan. Ia hendaklah bersahaja. Manakala gambar yang bersahaja pula akan muncul dari tindakan yang bersahaja dan tidak dibuat-buat.

Alangkan ruginya bagi Pas atau mana-mana juga jemaah kalau hanya mengagung atau memberi air time yang berlebihan kepada seseorang saja apa lagi yang sudah terlebih famous?  Sekiranya memang tidak ada tokoh yang bersikap dan bersifat seperti Nik Aziz untuk diambil gambar ini bermakna bahawa selepas Nik Aziz ini Pas menghadapi masalah.  Nik Aziz sendiri mungkin boleh disifatkan gagal kerana selama 22 tahun menjadi MB tidak berjaya melahirkan seorang murid yang hampir menyamai murbbinya, atau pun muridnya gagal menghayati ajaran gurunya.

Sekali lagi diharapkan selepas ini hendaknya akan ada gambar pemimpin Pas baik wakil rakyat atau sesiapa yang diposting dalam Fb dan blog menunjukkan keserdahnaan hidup mereka. Tetapi dalam pada itu jangan pula mengada-ngada masukkan gambar lakonan seperti wakil rakyat sedang memotong rumput di kawasan rumah sendiri, menarik lembu, menziarahi orang sakit dan sebagainya. Walaupun foto sebegitu ia satu promosi yang baik tetapi gambar seperti itu menyebabkan orang akan kata kita masuk bakul angkat sendiri. -MSO

Mak Oii…Besarnya Cincin Rosmah!!

Posted: 24 Jun 2012 05:41 PM PDT

 
Perbezaan di antara dua watak. Wassatiyyah, nilai-nilai kesederhanaan yang dipraktikan oleh PM Najib. Wassatiyyah yang Najib selalu suka menyebutnya. Bagaimana nak merakyatkan wassatiyyah sekiranya dalam rumahtangga sendiri tak mampu dilaksanakan. Kita boleh lihat perbezaan bagaimana wassatiyyah yang dipraktikan oleh Raja Abdul Aziz melalui wakilnya Dr Amaal Abdullah Al Hazaa dengan wassatiyyah karangan Najib.

Rosmah Mansor, Penaung 'Batu' Permata Pintar Negara bersama wakil MAWHIBA Dr Amaal Abdullah Al Hazaa sebelum menyaksikan perjanjian antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan MAWHIBA, Yayasan Raja Abdul Aziz.

Lihat pula kepada cincin Rosmah, besar 'gedebak'. Bukan hanya sebelah tetapi kiri dan kanan. Lihat pula cincin insan di sebelahnya. Ini fahaman wassatiyyah yang dipraktikkan Rosmah, bini Datuk Najib. Lihat juga perhiasan lainnya.

Kita biasa melihat cincin besar begini dipakai oleh penjual cincin di kaki lima dan juga bomoh-bomoh. Mungkin bomoh Rosmah juga menyarankan untuk memakai begitu.

Satu lagi nak tanya, adakah itu cincin RM24 juta. Eh taklah kerana ini cincin mutiara, yang RM24 juta tu batu permata. Itulah sebabnya Rosmah suka sangat menjadi penaung kepada yang ada nama 'Permata'.

Tengok nii..Janji Pemimpin Umno Ini Boleh Jatuhkan PR Di Pulau Pinang..!!

Posted: 24 Jun 2012 05:38 PM PDT

UMNO Penang ni dah terlalu terdesak nak menang, buat tawaran hebat. Nak hapus tol laluan motorsikal. Nape tak hapus tol jambatan terus.
Bangangnya, nak tunggu menang perintah negeri dulu. Hoi UMNO  , kuasa hapuskan tol tu kerajaan pusat atau kerajaan negeri ? kerajaan pusat.

Tak perlu nak menang negeri, sekarang pun boleh minta kerajaan pusat hapuskan tol tu. Kuasa ditangan UMNO, apa pula kaitan nak perintah kerajaan negeri.

Buktikan dengan kuasa yang ada pada kerajaan pusat, jangan dok berjanji sedangkan kuasa dah ada ditangan- Blog PASPB

BUKIT MERTAJAM – Barisan Nasional (BN) akan meminta Kerajaan Pusat agar menghapuskan tol laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang jika menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Janji itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.


Beliau berkata, ia merupakan salah satu perkara akan dimasukkan dalam manifesto BN negeri demi  meringankan penunggang motosikal.


Menurutnya, penghapusan tol itu sekali gus memberi manfaat kepada pengguna motosikal berjumlah kira-kira 15,000 orang yang melalui jambatan setiap hari untuk berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau.


"Jika kita lihat, hanya Pulau Pinang sahaja satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal. Meskipun ia hanya RM1.40, tetapi jika dicampur dengan duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari, agak membebankan pengguna yang majoritinya adalah pekerja.


"Justeru, kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Juara Rakyat 'Himpunan Anak Muda' Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi BN Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Juara Rakyat Umno Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak.sh



JuRaGan : Fuhhh..macam mana boleh ada lagi atas muka bumi ini pemimpin yang "TERbangang" lagu nii.. Patut la Umno pelingkup di Pulau Pinang..inilah pemimpin yang tinggal dalam Umno..jenis spesis cakap pakai kepala lutut..Yang pandai dan cerdik mahathir kata,semuanya dah lari masuk PR..hancoq Umno..!!

Dayangku Intan Melakar ‘Buruk’ Wajah Umno

Posted: 24 Jun 2012 05:37 PM PDT

MARANG – Memulakan ceramahnya dengan memperkenalkan diri beliau, bekas penyanyi popular tahun 80-an, Dayangku Intan yang masih berdarah 'raja' mendakwa, rakyat negara ini masih belum menikmati erti sebenar kemerdekaan.

Menurutnya, walaupun yang menuntut kemerdekaan itu adalah datuk saudaranya sendiri, beliau menyifatkan kehidupan rakyat terus susah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"dahulu saya sebagai seorang penyanyi hidup saya bersama Umno….umno…umno, saya selalu ke ceruk rantau untuk menghiburkan orang yang akan mengundi Umno,

"tapi adakah kita mendapat kemerdekaan itu….tidak….bukan pembangunan yang tinggi (hebat) yang kita mahukan, sedangkan kita semua susah kehidupan harian kerana semuanya naik harga yang kita tidak mampu untuk membeli untuk anak-anak kita,"ujarnya.

Beliau yang baru tiba dari Kelantan menempelak Umno kerana memberi gambaran buruk tentang Kelantan.

Katanya Umno yang mewajahkan Kelantan sebagai negeri miskin sebenarnya jauh berbeza, berbanding sewaktu beliau ke sana pada tahun 80-an.

Menurutnya Umno yang kononnya memperjuangan Melayu menafikan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu.

"itukah yang dikatakan sebagai hidup Melayu….hidup Melayu…akhlak dan agama sudah tidak ada, yang ada hanya kekejaman,

"rakus dan tamak sehinggakan rasuah sudah menjadi darah daging!,"jelasnya.

Beliau menegaskan perubahan yang berlaku pada dirinya bukan hanya bertukar wajah dari seorang artis kepada seorang ahli politik.

Sebaliknya, menurut beliau 'hijrahnya' adalah menunjukkan betapa buruknya wajah Umno yang harus ditumbangkan.

" Mungkin orang kata dulu dulu Dayangku Intan sekarang sudah pandai bercakap (berpolitik)….sudah bertukar rupa sudah bertukar wajah,

"tidak…. Masa (perubahan) itu menunjukkan betapa buruknya Umno…. Merekalah yang harus kita tumbangkan,"tegasnya.

Turut berucap pada Majlis Ceramah di Kampung Sungai Kerak dekat sini pada Jumaat malam 22 Julai itu adalah Timbalan Pngerusi MTD Rhu Rendang Cikgu Daud Jusoh dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad. -BO


Morsi diisytihar menang Presiden Mesir

Posted: 24 Jun 2012 05:29 PM PDT



(Morsi selepas disytiharkan memenangi pemilihan Presiden Mesir kira-kira jam 10.40 malam waktu Malaysia)

KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.


Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir. -Hrkh

Tiada ulasan: