Ahad, 24 Jun 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis

Posted: 24 Jun 2012 04:33 AM PDT

(Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim dan lain-lain di atas satu pentas khas yang dibuat dari lori)

KUANTAN: Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.

Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam, lapor Malaysiakini.

Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.

Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka.

Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori.

Antaranya adalah Pengerusi Himpunan Hijau  Wong Tack, Pengerusi bersama Bersih A Samad Said, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pahang DatukTuan Ibrahim Tuan Man dan Adun Triang, Leong Ngah Ngah.

Ketua Polis Kuantan Mohd Jasmani Yusof bersama pasukannya kemudian menyekat mereka dan meminta bersurai kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis. -Hrkh

Kononnya Inilah Wanita Yang Simpan RM3Bilion Anwar...

Posted: 24 Jun 2012 04:32 AM PDT






Kita hanya boleh kata satu perkara, Anwar orang hebat dan orang hebat perlu dijatuhkan walau apapun caranya.

Semalam Anwar berceramah di Taiping. banyak pendedahan yang dibuat Anwar.

Berkaitan dengan RM3b, katanya kalau dia ada RM3b, RM10 000 setiap seorang yang hadir, namun tak mampu memberikannya kerana ia fitnah.

Sebelum mengakhiri ceramah Anwar sempat menyanyi

Madu di tangan kananmu…Pakatan
Racun di tangan kirimu…BN
Aku dah tahu mana yang akan menjadi pilihanku -ekeleh.com


FITNAH TERBARU UTUSEKS HARI INI

Komunis: Mohamad maafkan Visvanathan, bukan Utusan

Posted: 23 Jun 2012 08:49 PM PDT

NIBONG TEBAL:Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.

Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu  laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.

"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan  Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung  Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat.  Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Acheh, Nibung Tebal petang semalam.

Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis  agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.

Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan  pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.

"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan  dengan saya," katanya secara berjenaka.

Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan. -Hrkh

Haire Dikutuk Pencacai UMNO Kerana Sertai PAS, Apa Jawapan Haire?

Posted: 23 Jun 2012 08:47 PM PDT



Sebaik saja dramatis/pelakon Haire Othman menyatakan pendirian menyertai PAS, maka ramailah yang memuji dan gembira dengan perkembangan tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang memandang jengkel dengan kata-kata sinis terutama dari para pencacai UMNO yang "keciwa" dengan tindakan haire itu.

Apa jawapan Haire? Mari kita baca sama-sama dan semuga Allah memperkuatkan pendirian dan iman dramatis ini disamping ditambahkan rahmat dan hidayah kepada beliau.




Lu Orang Kenal Siapa Mamat Nii..???

Posted: 23 Jun 2012 08:44 PM PDT

Apa hal cina DAP nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama??Cina DAP yang gua ingat memang tak guna dan menentang Islam,begitulah yang diperkatakan oleh ahli Umno Haprak..Yang terbaiknya bagi gua ialah ahli-ahli umno yang apabila ada majlis ilmu di masjid dan surau mereka dulu yang akan angkat pungkok untuk lari..

Malah yang lebih bangsat lagi perangai baik Umno ialah menahan guru-guru daripada mengajar di masjid dan surau di mana mereka berkuasa..maka setiap surau dan masjid yang mereka kuasai hanya Indah Rupa daripada roh Islam itu sendiri..sudah tentu kejahilan masyarakat setempat akan menjadi dana berharga UMNO untuk setia menyokong mereka..kerana Rakyat Bangang,,Umno Menang,,Hancusss Umnuuooooo...!!

PRU musim haji: Najib 'khianat' Islam

Posted: 23 Jun 2012 04:44 PM PDT



KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.

Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.

"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu.  Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi.  300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.

Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.

Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.

"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji.  Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.

Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini. -Hrkh

SU Sulit Menteri Hampir Kena Tipu RM4.2 Juta.. Banyaknya Duit Dia...

Posted: 23 Jun 2012 04:43 PM PDT

Banyaknya duit Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya Setiausaha Nor Mohd Yaakod saja yang kaya raya…SPRM tak nak siasat ke?

Harian Metro edisi cetak hari ini telah melaporkan Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan siber membabitkan kontrak pembekalan vaksin wabak infuenza A (H1N1) bernilai USD1.33 Juta (RM4.2 Juta) yang dipercayai didalangi oleh satu sindiket antarabangsa.

Difahamkan, sindeiket itu menggunakan sijil perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dipercayai dipalsukan sebagai modus operandi untuk memperdayakan orang ramai menerusi penipuan siber tersebut.


Loh Eng Chong, 48, mendakwa dia nyaris menjadi mangsa penipuan itu selepas menerima beberapa panggilan daripada tiga individu berbeza tidak dikenalinya sejak seminggu lalu.

Katanya panggilan pertama diterima pada 14 Jun lalu daripada seorang lelaki mendakwa dirinya seorang Doktor daripada Amerika Syarikat yang meminta bantuannya membayar wang cagaran selepas vaksin H1N1 dibawa lelaki itu kenegara ini disekat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

"Saya ada menghubungi indivdu terbabit menerusi nombor telefon digunakan, tetapi hingga kini tiada jawapan tetapi sehingga kini tiada jawapan. Justeru saya syak operasi kumpulan itu sebagai palsu sebelum memanjangkannya untuk perhatian Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong.

"Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket dan meminta mereka melaporkan kejadian seumpama itu" katanya..

Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri mempunyai sejumlah RM4.2 Juta yang membolehkan beliau berurusan dengan pihak yang didakwa cuba menipunya?

Jika tidak ada persetujuan antara beliau dan penipu-penipu itu mana mungkin penipu itu akan meminta beliau membayar wang cagaran..

Mahu menyelamatkan air muka Najib, Sinar padam kenyataan ini.. tapi kantoi..

Posted: 23 Jun 2012 04:40 PM PDT


Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang di highligtkan dengan warna biru itu ialah.. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.


Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah  pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir..

Apabila berita atau laporan dari Sinar Harian ini mula tersebar dan disiarka oleh banyak Blog dan juga menjadi bahan jenaka di laman Facebook.. tiba-tiba.. laporannya telah bertukar..

Kata-kata Najib yang membuktikan kepada kita bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang buta sejarah iaitu  "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn... telah dipadamkan..

Tak percaya?? lihat di bawah.. carilah kalau ada lagi..


Dah tak ada bukan??

Demi menyelamatkan maruah Najib yang jelas buta sejah itu Sinar Harian telah memadamnya.. arahan siapa agaknya??

Bagaimanapun tindakan Sinar Harian yang mahu menyelamatkan maruah Najib itu telah digagalkan oleh UMNO Online pula.. he..he..he.. tengoklah video di bawah ini... pada minit 6:58..

Gambar terbaik malam minggu

Posted: 23 Jun 2012 04:39 PM PDT

Memang selayaknya Bn di layan seperti ini
Mujahid dan mujahidah umno terbaik!!!!!!
Kaitan gambar diatas dengan yang ini sama tapi tidak serupa
Ammmah macha, jom keputra jaya
Salah satu daripada ahli umno
Berat juga umno ni ye bang
Bab yang ni gua malas nak komen sebab yang ni bakal ketua agama kat Johor, perhhh mendidih beb hati gua. -sumber

Debat UMNO-PAS: Penjelasan TG Hj Abd Hadi Awang

Posted: 23 Jun 2012 04:34 PM PDT


Penilaian terhadap UMNO/BN ialah kepada kadar rasuah dan isu rasis

Posted: 23 Jun 2012 04:33 PM PDT


Saya selalu berkata UMNO Baru sudah hilang hidayah dalam mentadbir negara. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat. 

Bagi UMNO Baru kerajaan yang baik itu ialah kerajaan yang boleh membina lapangan terbang, membina sekolah, melebarkan jalan, menyediakan bekalan air dan api letrik dan sebagainya. UMNO Baru tidak lagi memahami bahawa pembangunan fizikal itu hanyalah sebahagian yang kecil daripada apa yang dikatakan sebagai 'nation building' itu.

Itulah sebabnya UMNO Baru dan pemimpin-pemimpinnya tidak terlepas daripada mengungkit apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara.
Suatu ketika dahulu bantuan subsidi gigi palsu pun dijadikan umpan untuk orang-orang kampung mengundi parti itu di dalam pilihanraya. Di kampung saya suatu ketika dahulu bantuan lembu pawah juga menjadi isu untuk memaksa orang memilih BN.

Semuanya itu adalah pembangunan yang menggunakan wang rakyat dan pemimpin yang dipilih itu juga dibayar gaji dan elaun oleh rakyat. Tidak sedar mereka itu yang nasib mereka itu adalah di tangan rakyat tetapi mereka tetap mengatakan bahawa pembangunan itu semua adalah budi kerajaan BN. Mereka tidak pernah untuk kembali berfikir yang mereka itu duduk di atas singgahsana kuasa itu adalah pemberian rakyat.

Sesiapa juga atau parti mana pun yang diberi mandat akan melakukan pembangunan kerana harga pembangunan itu dibayar oleh rakyat, bukannya oleh UMNO Baru atau pemimpin mereka. Di Pulau Pinang dan Selangor, misalnya pembangunan rakyat dibiayai oleh rakyat negeri-negeri itu melalui segala bentuk cukai yang dikutip dari rakyat.

Kerajaan kedua-dua negeri itu telah berjaya melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini malahan ianya dilakukan dengan lebih baik dan transperan dari kerajaan BN dahulu. Rasuahnya tiada lagi seperti yang begitu lazim semasa BN memerintah negeri-negeri tersebut. Pemimpin BN persekutuan tidak pula mahu menyebut peranan besar yang diberikan oleh kedua-dua kerajaan PR ini terhadap negara.

Elok pemimpin BN membuat kenyataan yang kedua-dua kerajaan negeri PR ini menyumbang sebanyak 40% dari hasil GDP negara. Itulah salah satu sebabnya rakyat di kedua-dua buah negeri ini tidak mahu lagi dijaga dan ditadbir oleh BN kerana kerajaan BN telah menyalahgunakan sumber kewangan negara yang 40% darinya adalah sumbangan kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negeri ini.


Belanja lawatan Najib dan Muhyiddin ke seluruh negara yang memakan belanja ratusan juta ringgit itu pada hakikatnya adalah dibiayai oleh sumber kewangan dari kerajaan yang mana 40% darinya adalah sumbangan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkan satu lawatan PM akan membelanjakan jutaan ringgit. Maklum sajalah peruntukan menyewa bas yang beratus buah dan kadangkalanya ribuan buah untuk mengangkut rakyat untuk datang menyambut PM itu sahaja memakan belanja ratusan ribu jumlahnya.

Itu belum lagi belanja sewaan kerusi dan khemah yang banyak. Sewa kerusi yang lazimnya hanya 0.65 sen bagi sebuah kerusi kroni UMNO Baru yang menyediakan kerusi itu akan tekan harga dari penganjur sebanyak RM1.70 sen. Kalau jumlah kerusi yang disewa itu sebanyak 20,000 buah bayangkan berapa harganya. Karipap yang sebesar ibu jari itu ditekan harganya sehingga satu ringgit bagi satu karipap bayangkan harga yang perlu dibayar untuk menyediakan 100,000 karipap. Kalau karipap itu tebal dan tembam tak apa juga!

Apabila habis upacara baru sedar semuanya adalah pembaziran kerana jumlah orang yang datang memberikan sambutan itu jauh lebih kecil dari yang dijangkakan. Semuanya ini pembaziran besar. Lawatan PM dan DPM ini tidak memberi apa-apa kebaikan selain daripada menghabiskan karipap sahaja. Ingat, rakyat dari negeri PR juga membayar cukai dan penyumbang besar kepada kantung kewangan negara.

Mahal betul untuk mengekalkan kuasa dan kosnya itu ditanggung oleh rakyat. Budaya ini wajar dihentikan kerana ia merupakan pembaziran kepada sumber kewangan rakyat dan negara. Sesungguhnya lawatan peribadi itu yang penting, tetapi yang lebih penting ialah dasar-dasar yang baik dan implimentasinya yang cekap.

Yang patut turun kepada rakyat ialah dasar yang diimplimentasikan dengan baik dan cekap terhadap rakyat Rakyat merasakan yang dasar-dasar itu benar-benar sampai ke bawah bukannya dapat bersalam dengan PM dan isterinya.

Setakat bersalaman dengan orang ramai bukan lagi cara politik zaman moden ini. Cara itu memang telah diamalkan sejak zaman berzaman, tetapi inilah yang kita dapati sekarang ini. Politik menjadi permainan yang mengelirukan semata-mata kerana budaya bersalaman tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat jelata.

Sudah lima puluh lima tahun pemimpin turun bersalaman tetapi rakyat masih tidak berpuas hati kerana salam yang tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka (rakyat).

BN dan UMNO Baru tidak sedar bahawa penilaian (judgement) terhadap pimpinan mereka ialah kepada dua perkara penting. Pertamanya ianya akan dinilai dari tahap rasuah yang diamalkan oleh UMNO Baru dan pimpinannya serta kerajaan yang melaksanakan dasar yang digubal.

Keduanya sejauh mana kejayaan perhubungan di antara kaum di negara ini. Apabila isu perkauman dimainkan oleh UMNO Baru dengan begitu nyata maka itulah yang menyebabkan pola dan 'tendency' pengundian didasarkan kepada kaum dan 'ethnic' dan apabila perkara ini berlaku maka perhubungan kaum akan menjadi begitu tegang seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini.

Itulah sebabnya sekarang parti-parti dalam PR sedang mendapat sambutan daripada rakyat yang dahagakan 'national unity' yang sebenarnya. Rakyat tahu mereka (rakyat) tidak akan mendapat keharmonian ini selagi UMNO Baru masih berkuasa selepas pilihanraya nanti. UMNO Baru terlalu rasis untuk kepentingan Melayu kononnya, tetapi Melayu tidak ke mana juga. Takkan Melayu boleh meletakkan nasib masa depannya kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sejemput itu.

Melayu yang mendapat habuan besar terus menerus hanyalah Melayu yang menjadi ahli ekskusif kepada parti itu yang jumlahnya boleh dikira dengan jari sahaja. UMNO Baru sendiri telah mengabaikan orang Melayu sendiri, tetapi masih menyanyikan lagu rasis ini kerana pilihanraya akan datang tidak lama lagi.-Aspanaliasnet

Almarhum Ustaz Fadzil Noor : Pilu mengingati dirimu

Posted: 23 Jun 2012 04:26 PM PDT

Hari Hari Terakhir Ustaz Fadzil Noor

Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datang ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas rombongan.

Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,".

Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan

Semakin hari dan setiap masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. 
Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolehi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majlis seumpama itu.

Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, untuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz Hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudian. 
Para doktor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.

Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.

Kami berhimpun . Ustaz Hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat hajat dan membaca surah Yassin.
 
Semakin ramai yang datang , kebimbangan berterusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.
 
Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Menjelang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.

Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.

10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; "Kita Kehilangannya,".

Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat tersebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.

(Petikan di atas diambil daripada buku 'FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGInGATIMU )

Tiada ulasan: