Rabu, 13 Jun 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Kes WWW1-Nizar, Sama Seperti Kes Bukit Kepong-Mat Sabu

Posted: 13 Jun 2012 01:28 AM PDT


Fitnah plat WWW1: NIZAR bakal saman TV3, Utusan

Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap media kawalan UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia, kerana memutarbelitkan kenyataan tweet beliau berkaitan bidaan plat kereta WWW1.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang berkata, pandangan peribadinya melalui tweeter tidak ditujukan kepada sesiapa pun tetapi merupakan pandangan seorang warga marhaen.

"Ramai yang salah anggap mengenai kenyataan tweeter saya dan saya akan menyaman TV3 dan Utusan kerana menimbulkan persepsi buruk ke atas saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau juga bersedia untuk menghadap Sultan Johor bagi memohon ampun atas kekeliruan yang ditimbulkan TV3 dan Utusan, serta ingin menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sementara itu, Dr Raja Ahmad Iskandar yang mewakili Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan bahawa sebenarnya isu mempersoalkan bidaan RM520,000 ini telah dimulakan oleh akhbar KOSMO yang dimiliki oleh Utusan Malaysia.

"Pada 8 April 2012, KOSMO mengeluarkan kenyataan di muka depan 'Sanggupkah anda bayar RM520,000 untuk plat ini'.

"Pada 25 Mei pula, KOSMO sekali lagi mengeluarkan laporan yang memberitahu bahawa plat WWW1 sudah dibida dan membandingkan dengan empat perkara yang rakyat boleh diperoleh dengan sejumlah RM520,000 tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, pada 28 Mei 2012, KOSMO telah menyiarkan sebuah kartun yang dikaitkan dengan harga plat WWW1.

Dengan menunjukkan kepada pemberita semua keratan dari akhbar KOSMO tersebut, beliau menunjukkan bahawa pada hari berikutnya 30 Mei, akhbar tersebut telah mengesahkan bahawa tuanku sultan Johor merupakan pemilik WWW1 manakala pada 31 Mei, berita mengenai anakanda Sultan Johor mempertahankan ayahandanya dikeluarkan.

"Laporan mengenai dakwaaan Datuk Seri Nizar mengkritik Sultan Johor pula telah dikeluarkan pada 31 Mei 2012 sedangkan beliau tidak pun mengkritik Tuanku Sultan," jelas beliau.

Dr Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap KOSMO sedangkan satu laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda PAS Perak pada 4 Jun 2012.

"Apa agenda sebenar KOSMO memainkan isu ini dan kita merasakan ada agenda tersembunyi untuk mengaibkan Sultan Johor," soal beliau.

Raja Ahmad Iskandar juga berkata bahawa Pemuda UMNO Johor telah berbohong rakyat Johor dan Tuanku Sultan sehingga isu ini terus dimainkan dan menimbulkan persepsi buruk di kalangan rakyat.

"Kita juga sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO Johor," ujarnya. – Roketkini





Semua orang kenal dan tahu peranan Utusan di dalam memainkan isu ini.

Sama kesnya dengan isu Bukit Kepong dahulu dimana kumpulan akhbar Utusan memainkan peranannya untuk memburukkan Mat Sabu dan pada ketika itu 942 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Mat Sabu.

Mat Sabu dihadapkan ke mahkamah. Tetapi kebenaran dan keadilan sejagat terdedah. Saksi utama kes tiba-tiba meminta maaf kepada Mat Sabu dan meminta supaya Mat Sabu dibebaskan. Baca: [DEDAH] Kes Bukit Kepong: Perbicaraan Baru Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu.

Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.

Digendangkan secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000 berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.

Sedangkan semua orang tahu UMNO itulah sebenarnya pengkhianat dan penderhaka kepada Raja. Baca : [VIDEO] Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah?

Demikian jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan seumpamanya sudah menjadi resam mereka.

Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan ke tong najis akhirnya.

Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.-GB

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral. Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon. "Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor). Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral. "Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah. "Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya. Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah. "BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah.

Posted: 13 Jun 2012 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral.

Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon.

"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).

Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.

"Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah.

"Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya.

Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah.

"BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah. -Hrkh

[GEMPAR] Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012

Posted: 12 Jun 2012 05:41 PM PDT



Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

Share dan kongsikan gambar fenomena luar biasa ini!

Photo by :Eone Zurfazlie,Nezz Pitwork Irwandy, Hazuan Zuan, Shaenam Sawal, Suzan Jammy,Mimie ColouRfull, Mimie ColouRfull.












Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa'. Awan tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku. -ghaflah

Setiap sesuatu yang Allah jadikan itu tidak sia-sia.

Sepertimana tsunami yang berlaku pada tahun 2006 dahulu melanda utara Semenanjung yang membawa perubahan lanskap politik negara pada pilihanraya 2008.

Apakah fenomena awan arcus itu petunjuk baru kepada perubahan politik akan melanda negeri Sabah pada PRU13 ini nanti?

Sama-sama kita nantikan. -GB

Makhluk Berubah Tapi Umno, Dulu Kini dan Selamanya, Tidak Berubah

Posted: 12 Jun 2012 05:38 PM PDT


Bekas Pengurus Petronas Dagangan yang juga bekas pemain bolasepak negara, Haji Abdullah Ali dan Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Haji Abdul Rahman Taib adalah anak jati kelahiran Terengganu yang telah lama merantau di negeri orang.

Kedua-dua mereka kini mengubah haluan politik, menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berkongsi keputusan yang sama, parti Umno tidak boleh dipercayai lagi.

Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN.

Oleh itu, anak kelahiran Kampung Bukit Payong itu berkata, tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

"Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya,

"membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan," ujarnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 14 Februari lalu

Ketika menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah.

Beliau yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan
mereka.


Rawatan Secara 'Panadol'

Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara.

"sebagai contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam 'panadol' tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu,

"contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.

Justeru, beliau menyedari perkara tersebut dan 'berubah' dari menjadi ahli Umno kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS,

"makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah SWT,"tambahnya.


Umno Sudah Terlalu Rosak

"Umno sudah terlalu rosak. Arwah ayah saya adalah salah seorang pengasas Umno Cawangan Kerandang, Jabi. Puluhan tahun dia berjuang dalam Umno.

"Diakhir usianya, dia ada pesan kepada kami anak-anak, bo bo lah (cukuplah)dengan Umno (cukuplah dengan Umno). Punoh (rosak) dari kepala sapa (sampai) ke ekor. Kita hidup ni nak mati. Mampukah Umno yang memisahkan antara politik dan agama menyelamatkan kita dalam kubur?"

Itulah antara luahan seorang bekas penyokong tegar Umno, Marzuki Mohamad, yang dikenali sebagai Zuki sahaja.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan Mahabbah bersama pimpinan Majlis Tindakan Dun (MTD) Jabi pada 4 Jun baru-baru ini.

Pertemuan tersebut diaturkan di sebuah lokasi di Lata Belatan, dihadiri 15 bekas penyokong tegar Umno dari beberapa cawangan antaranya, Gong Pasir, Kerandang, Anak Ikan dan Tok Dor dalam.

Menurut Pengerusi MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim, mereka hadir atas kesedaran sendiri tanpa apa-apa janji ganjaran dan pemberian.

Katanya, Zuki dan rakan-rakannya hadir dalam majlis yang cukup ceria dan kesempatan yang terbaik untuk berkenalan dengan lebih dekat serta bertukar-tukar pendangan.

Diakhir pertemuan tersebut, Zuki dan rakan-rakannya berjanji setia untuk bersama menyertai PAS kerana menurut mereka, Umno sudah tiada tempat lagi di sudut hati mereka.

Pada Jumaat 8hb Jun, seramai 54 orang ahli Umno dalam kawasan Dewan Undangan (DUN) Jertih, Besut,  telah keluar dari parti itu dan menyertai PAS secara rasminya.

Salah seorang dari mereka, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

"Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

"Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

"Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya'Allah," jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Umum "Selamat Tinggal Umno" di Kampung Bukit Yong, Jertih. -BO


Tiada ulasan: