Isnin, 25 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tolong jangan terikut dengan budaya jelek UMNO

Posted: 25 Jun 2012 07:15 AM PDT


Please... Tolong jangan terikut-ikut dengan budaya jelek UMNO yang.... sikit-sikit suka bersumpah. Kita berlapang dada dan bersangka baik serta respek keputusan yang telah kamu buat. Full stop.

Oleh itu, persetankan apa yang pihak lain nak katakan. Let them speculate what they want. Biar otak mereka kacau memikirkan tindakan yang kamu dah buat. Kamu.... stick to your decision and don't get distracted dengan spekulasi dan tangapan orang lain. Stay fokus pada apa yang hendak kamu lakukan iaitu tumbangkan UMNO/BN

But please, stop sumpah....sumpah ini , ok??

*****************************************

Rafizi: Tiada krisis, saya sanggup 'sumpah'
Jamilah Hamzah
25 Jun 2012

PETALING JAYA - Rafizi Ramli menafikan sekerasnya-kerasnya tindakan beliau meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu disebabkan krisis dengan pemimpin PKR dan sanggup untuk "bersumpah" menyangkal tanggapan sedemikian.

Menurut Pengarah Strategi PKR ini, beliau tidak pernah mempunyai sebarang krisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin atau pun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, kononnnya telah memaksa membuat keputusan meletakkan jawatan.


"Isu itu tak ada kebenaran. Cuma tindakan saya itu memberi kejutan kepada ahli PKR sahaja.


"Saya rasa itu mungkin 'cybertrooper' Umno yang menyamar menjadi ahli PKR menyebarkan fitnah tersebut," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.


Menurutnya, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan semua ahli pimpinan PKR termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan bukan hanya berdasarkan hubungan parti sahaja.


"Saya rapat dengan semua Azmin dan semua rakan PKR.


"Saya kenal Azmin sebelum saya jadi ahli PKR lagi dan hubungan kami bukan berdasarkan parti semata-mata tapi seperti keluarga," katanya.


Azmin juga Pengarah Pilihan Raya PKR dan Pengerusi PKR Selangor.


Rafizi berkata, cerita yang ditimbulkan Umno mungkin untuk memecahbelahkan PR, namun keadaan tersebut akan memudaratkan lagi kedudukan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.


"Kalau mereka (Umno) benar-benar kaji tentang saya, mereka akan tahu saya begitu rapat dengan semua orang.

"Saya juga sering bertemu Faekah tapi disebabkan bidang tugas yang berlainan kadang-kadang tidak dapat untuk bertentang mata," kata Rafizi lagi.

Rafizi juga berkata, isu yang dimainkan Umno memang tidak betul dan beliau boleh bersumpah untuk menafikan fitnah tersebut.


"Demi ALLAH saya tak ada pertelingkahan dengan Faekah atau ahli-ahli PKR yang lain," katanya.-
SH

Mereka yang aku kagumi

Posted: 25 Jun 2012 05:13 AM PDT


Penat amat hari ini. Seharian berada di luar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Tolong menolong amalan mulia, tak gitu??

Petang baru pulang dan setelah berehat seketika.... apa lagi bukak laptop ler. Sehari tak ber-online.... gelisah jadinya.

Dan.... setelah merayau sana sini di alam maya, came across gambar di bawah ini. 


 Hmmmm.... dua orang ulamak yang amat aku kagumi. Aduuuhhh... Sejuk mata memandang, gumbira dan lapang rasa hati. Penat pun hilang......

Baghal betoi la depa ni

Posted: 24 Jun 2012 06:00 PM PDT


Setelah dicabar dalam parlimen tempoh hari, MP-MP UMNO/BN dah bisu dah. Mereka tak berani nak bersuara dah pasal duit RM3 bilion yang kononnyer dimiliki Anwar Ibrahim.

Malangnya, di luar sini, masih banyak baghal wal bingai yang menyalak, mempertikaikan isu tersebut. Apa punya bodoh dah.... Baca sini.

Ada yang suruh siasat ler.... Ada yang suruh pulang balik duit tu ler.... Ada yang mahu Anwar diambil tindakan ler.... Ada yang kata dah baca akaun bersumpah si Murad lerr. Wei... nak tanya sikit, akaun bersumpah Datuk Pengarah SPRM yang siasat akaun bersumpah si Murad tu, lu sudah baca ke belum??

Please... kesiankan ler diri komer. Jangan kerana nak bodek.... lu sanggup jadi bodoh dan memperdohkan diri sendiri. Malu ler sikit oiii!! Perangai lu orang ni.... dah macam badut bodoh, tau tak?? Bikin orang ketawa dan termuntah!!

Sudah-sudah ler tu. Jadiler orang yang cerdik sikit. Tak banyak.... sikit pun jadi ler. Lu orang menyalak bagai nak rak pun, SPRM takkan siasat.... Takkan dah siasat nak siasat lagi? Takkan kalau kes dah mati, nak dihidupkan kembali?? Apa lu orang ingat UMNO tu Tuhan ke?? Salah siasat nanti.... mampuih kena saman.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat. Setelah si Minah Tenggelam Timbul mendakwa yang dia ada bukti baru, kita tengok samada SPRM nak tunjukkan kebodohan mereka, macam lu orang atau tidak. Kalau SPRM termakan dakwaan si minah tu.... sah ler SPRM tu bodoh. Bodoh piang, wa cakap lu!!

Nasihat aku.... usahlah mengabiskan masa pasal duit RM3 bilion tu. Adalah lebih baik kalau lu orang desak keluarga lembu agar pulangkan duit rakyat yang mereka sapu tu. Atau, desak SPRM siasat komisyen Scorpene ke... Nampak ler patriotik sikit... Ini tidak.... asyik membodek jer!!

Duit tu... duit kita tau?? Don't play-play.

Kambing samdol

Posted: 24 Jun 2012 05:00 PM PDT


Siapa sebenarnya dia??

Oooiitt!! 
Pi tanya Umi Hafilda la bodoh!!

Samdol punyer kambing.

Allahu Akbar!!

Posted: 24 Jun 2012 10:40 AM PDT


Mohamed Morsy menjadi Presiden Mesir yang baru.

Tahniah!!

****************************

Mohamed Morsy Menang Pilihanraya Presiden Mesir 
 
KAHERAH: Mohamed Morsy wakil dari Ikhwanul Muslimin telah dipilih sebagai Presiden Mesir selepas meraih 51.7 peratus undi dalam proses pengundian yang diadakan hujung minggu lepas, mengalahkan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafik, menurut jawatankuasa pilihan raya negara ini pada Ahad.

Beliau berjaya menggantikan Hosni Mubarak, yang telah digulingkan sejak 16 bulan lalu selepas pemberontakan besar-besaran.

Beribu-ribu penyokong Ikhwanul Muslimin bersorak di Dataran Tahrir, Kaherah, mengibarkan bendera negara dan melaungkan "Allahu Akbar!" atau Allah Maha Besar, menyambut kemenangan dramatik.

Morsy, yang berusia 60 tahun, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa di penjara di bawah pemerintahan Mubarak, memenangi undi pusingan pertama pada bulan Mei.-mStar

Tiada ulasan: