A Mum Of Three Mohd |
- Suara tuan badan
- Sang Puteri yang bangang
- UMNO 'bersedokah'
- Takut kan?? Just say so la... Don't bla bla bla
Posted: 23 Jun 2012 04:48 AM PDT Kredit gambar:Erapasca Rafizi sudah bikin havoc dengan perletakan jawatannya sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Seperti yang diduga.... banyak spekulasi yang timbul serta citer itu dan citer ini. Aaarrgghh.... mampuih pi la dengan spekulasi depa. Sekarang.... baca sendiri, apa kata tuan badannya sendiri.... Pun begitu... wallahua'lam. *************************** Salam sdr/i, saya memang jujur mahu tumpu kepada kerja2 parti memandangkan PRU dah terlalu hampir. Masa 8 jam setiap hari itu lebih baik dimanfaatkan selesaikan persediaan parti. Sebelum ini, saya memang pernah menyatakan saya mahu menarik diri dari Kerajaan Negeri November 2011 semasa kontrak saya tamat, tetapi oleh kerana PRU tidak pasti dan masih jauh, maka saya bersetuju untuk terus kekal. Sekarang dalam keadaan PRU sudah tentu antara 3-6 bulan, masa saya lebih baik untuk fokus kepada persiapan parti. Kalau tak percaya, kalau saya lompat parti atau khianati, saya akan sunat sekali lagi :-) Sekarang saya nak makan mee goreng :-) P/S ; Ditaip sendiri oleh Rafizi Ramli [sumber] |
Posted: 22 Jun 2012 11:33 PM PDT Awat la.... bangangnya sang Puteri ni. Ini, satu lagi kebenaran bahawasa-nyer yang dok ada dalam UMNO la ni ialah mereka yang bangang wal bonggong. Dia kata pendedahan yang dibuat oleh Khaled Samad pasal percubaan membeli wakil rakyat PR oleh barua-barua UMNO yang telah dikenal pasti itu, ialah satu percubaan untuk menjatuhkan UMNO. Dan.... ia perlukan bukti yang kukuh and pita rakaman tersebut perlu dibuktikan kesahihannya. Aaaaikkk tau pulak kata perlukan bukti yang sahih?? Apa yang ada pada Khalid Samad tu tak cukup sahih dan kukuh ke?? Tentang cubaan nak jathkan UMNO tu.. hello, bukan cooobaan tapi betol-betol la. Bukan cooobaan.... betol!! Ya Allah.... ini politik bukan?? Dalam politik.... kita nakkan kuasa untuk memerintah. Jadi... pendedahan yang dibuat oleh Khalid Samad itu adalah untuk membuka mata umum betapa kejinya cara UMNO berpolitik. Punya ler kemaruk kuasa.... hingga sanggup mempromosikan politik khianat dengan membeli wakil-wakil rakyat yang telah dipilih melalui proses demokrasi. Aha.... khianat sistem demokrasi dan khianat pada parti dan rakyat yang memilih mereka dengan menawarkan wang berjuta-juta. Pendedahan tersebut dibuat agar rakyat sedar betapa jijiknya politik UMNO dan ia mesti ditolak. Politik seumpama ini tidak boleh disuburkan dan dibudayakan. Ia mengundang bahaya.... Oleh itu, pendedahan ini diharapkan akan dapat mendorong rakyat agar menolak UMNO/BN. Hahahahah... kalau sudah kena tolak.... maka insyaallah akan jatuhlah UMNO. Ya..... kita memang nak jatuhkan UMNO. Kita bukan nak jatuhkan UMNO dengan botol air mineral dan garam tapi nak jatuhkan UMNO melalui pilhan raya. Parti politik.... lawan parti politik. Awat la bodo-nya sang puteri ini. Melalut..... maaaacam Najib!! **************************************** SHAH ALAM - Tuduhan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad bahawa wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti adalah berat yang perlu bukti kukuh. Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, rakaman penuh video tersebut juga harus dibuktikan kesahihannya. "Kami tidak terkejut jika dakwaan ini didapati tidak berasas dan hanya cubaan pembangkang yang semakin terhimpit untuk mengelirukan rakyat dengan permainan politik mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau juga menyifatkan dakwaan tersebut sebagai usaha untuk menutup pergolakan dalaman parti itu.-SH |
Posted: 22 Jun 2012 09:30 PM PDT Tahun ni jer kalau tak silap aku....sudah dua kali UMNO ber'sedekah' duit kepada Lim Guan Eng. Sedekah melalui fitnah yang disalurkan melalui Utuseks Meloya. Gilerrr.... kaya ler si Guan Eng. Tapi.... Guan Eng tak macam para pemimpin UMNO/BN yang pelahab tahap gaban pada duit. Sanggup merompak puak-puak ni, wa cakap lu!! Guan Eng tidak tak macam tu... Tidak.... tidak... Dua kali dia dapat 'sedekah' daripada UMNO.... namun, dia sedekahkan pulak kepada rakyat yang tak bernasib baik. Ituler dia pemimpin rakyat sejati. Sanggup berkongsi 'ong' dan nasib baiknya dengan rakyat. Inilah baru dikatakan pemimpin dari rakyat untuk rakyat. UMNO yang bersedekah melalui Utuseks Meloya dapat apa?? Hahahahaha..... dapat kebencian rakyat dan fame. Ia mashyur sebagai parti penfitnah no. 1 Malaysia. Kalau tak fitnah bukan UMNO namanya. Tapi, baculnya UMNO ni.... dia nak fitnah secara berdepan dia takut... Lantas... mereka perguna lembu tunggangan belaan mereka, si Utuseks Meloya. Lidah UMNO setan tu.... Tapi, rakyat bukan bodoh lagi.... Mereka kenal ya amat, siapa UMNO dan sapa Utuseks Meloya. Fitnah mereka tak lut dah. Sebaliknya makan diri dan kena bayar pulak ganti rugi. Yang untung..... rakyat!! Dapat sama-sama merasa duit yang Guan Eng dapat. Syabas Guan Eng!! Yang benat tetap benar... dan sesungguhnya Allah SWT itu maha kaya dan maha mengetahui serta maha adil. *************************************** SHAH ALAM, 22 JUN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia sebagai satu kemenangan untuk kebebasan akhbar di Malaysia. Beliau juga akan mendermakan RM220,000 ganti rugi yang akan dibayar kepadanya oleh akhbar tersebut kepada badan amal dan kebajikan. "Ini adalah kemenangan untuk kebebasan akhbar kerana di negara ini media dimonopoli oleh akhbar arus perdana yang pro Umno-BN. "Mereka secara berterusan telah memfitnah saya dalam isu yang sama, tetapi tidak sekalipun diberikan hak untuk menjawab dalam isu yang mereka timbulkan. "Kalau adapun, kenyataan saya akan diputar belit, jadi sebab itu kerajaan pusat harus membebaskan media-media kita dari cengkaman akta yang mengongkong kebebasan media. "Ini kerana media telah dikongkong oleh Umno-BN," kata Guan Eng ketika dihubungi TVSelangor hari ini. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar RM220,000 kepada Guan Eng atas kesalahan memfitnah. Utusan Malaysia didapati memfitnah Guan Eng dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" yang membawa maksud DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Seterusnya di sini. |
Takut kan?? Just say so la... Don't bla bla bla Posted: 22 Jun 2012 05:00 PM PDT Khairy Jamaluddin.... salute!! Saifuddin Abdullah.... syabas!! Kedua-dua telah membuktikan yang mereka ada telor. Najib?? Kah kah kah... Debat bukan budaya kita... katanya. Itu saja dia boleh kata. Kah kah kah... Scared, right?? Just say so la... Kah kah kah KUALA LUMPUR, June 22 — Datuk Seri Najib Razak has again dismissed the need to square off against Datuk Seri Anwar Ibrahim in a debate, saying that it was not part of Malaysian culture. The prime minister said what was important was that his Barisan Nasional (BN) as well as Pakatan Rakyat (PR) were both accorded room to inform voters of their respective election manifestos. "It is not necessarily (our) culture; you have to look at the situation. "What is important is that enough access to information," Najib told reporters here today. The prime minister said his administration has already pledged to allow more room for PR parties to air their manifestos during the next general election. Anwar has repeated dared Najib to a no-holds barred debate on government policies, but the PM has snubbed every invitation. There has been a flurry of debates between PR and BN leaders ever since the last general election, most notably one involving Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and PKR chief strategist Rafizi Ramli.-MI |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan