MIMPI SENJA |
- Raja Azmi fail penceraian dengan Jailani Sidek
- Keahlian Isa dalam Felda tak sah, tapi kenapa boleh jadi Pengerusi FELDA?
- TERKINI : Blogger AdukaTaruna dipukul dipercayai oleh samseng UMporNO
- Hanya 'mutu' mengenal manikam bukan Muthu mengenal Maniam - Aspan Alias
- Skandal Scorpene : Kami boleh buktikan wang itu wang rasuah, Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar
- HARAMJADAH : Wanita dibakar teman lelaki meninggal dunia
- Boleh percaya ker ni?
Raja Azmi fail penceraian dengan Jailani Sidek Posted: 26 Jun 2012 09:44 PM PDT Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi bakal menfailkan perceraian dengan suaminya, bekas pemain badminton kebangsaan, Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, petang ini. Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas persetujuan bersama kerana bagi menjaga maruah suaminya yang difitnah sebagai lelaki dayus sebelum ini. Raja Azmi menganggap keputusan perceraian ini adalah jalan terakhir buat mereka di mana ia merupakan penyelesaian terbaik daripada terus membiarkan dia dan suaminya dicemuh oleh pihak tertentu. Pasangan ini akan diwakili peguam yang sama, Roslizam Rahim. Teruskan melayari GUA bagi mengikuti berita lanjut mengenai kes mereka yang akan disiarkan GUA tidak lama lagi. |
Keahlian Isa dalam Felda tak sah, tapi kenapa boleh jadi Pengerusi FELDA? Posted: 26 Jun 2012 05:42 PM PDT Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi bahan gelak ketawa ramai akibat daripada keputusan yang mereka buat yang tidak masuk akal. Walaupun telah diputuskan bahawa meluluskan permohonan Isa sebagai ahli koperasi Permodalan Felda (KPF) adalah tidak mengikut undang-undang KPF, keahlian Isa masih sah (Malaysiakini 31 Mei 2012). SKM telah membuat kesimpulan tidak munasabah ini pada 23 Mei sebagai tindakbalas terhadap permohonan 19 orang penduduk FELDA yang mempertikaikan keahlian Isa dalam KPF. Keputusan kontroversi ini telah mengejutkan dan menyedihkan rakyat Malaysia tentang bagaimana 3 orang lelaki yang ditugaskan membuat keputusan boleh membuat suatu keputusan yang amat bodoh ini. Walaupun mereka membuat keputusan bahawa keahlian Samad itu tidak sah dari segi undang-undang KPF, mereka tidak berbuat apa-apa untuk memperbetulkan keadaan ini juga mendakwa bahawa tiada peruntukan untuk membatalkan keahlian beliau. Ini sememangnya tidak masuk akal sama sekali! Menurut peraturan dan regulasi Koperasi, Seksyen 43 hanya merujuk kepada keahlian peneroka Felda, keluarga mereka dan pekerja tetap Felda. Di bawah Seksyen ini, Isa tidak layak menjadi ahli KPF. Beliau tidak pernah menjadi peneroka, ahli keluarga atau pekerja tetap Felda. Jadi beliau sebenarnya langsung tidak layak menjadi ahli. Anda tidak perlukan peruntukan khas di bawah undang-undang untuk membatalkan keahlian beliau atau jawatan beliau sebagai pengerusi KPF. Lembaga pengarah jga tidak berkuasa untuk meluluskan keahlian beliau. Disebabkan keadaan ini, keahlian haram beliau itu sudah dengan sendirinya terbatal. Habis cerita! Apa yang boleh dibuat oleh lembaga pengarah adalah mengadakan mesyuarat lembaga dan membatalkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk membetulkan keadaan. Itu akan membatalkan keahlian beliau terus. Tetapi kenapa ini tidak dilakukan? Kemandirian UMNO Segala episod ini berkait rapat dengan kemandirian UMNO pada pilihanraya akan datang. Mereka harus mengusai KPF walau apa cara sekalipun untuk berkuasa ke atas peneroka Felda. Inilah sebabnya Perdana Menteri, yang juga presiden UMNO mengumumkan pada 8 Mei lepas durian runtuh RM15 000 untuk setiap isi rumah demi mendapatkan sokongan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH). Ini adalah rasuah terang-terangan! Tetapi mengapa memilih untuk memijak-mijak peneroka yang membantah? Adakah kerana beliau sememangnya mempunyai sejarah memenangi sokongan melalui cara rasuah? Jangan kita lupa beliau juga pernah didapati bersalah untuk tujuh tuduhan politik wang dan membeli undi pada pemilihan UMNO tahun 2004. Tuduhan-tuduhan tersebut sangat serius: beliau dituduh : 1) Membenarkan setiausaha politik beliau Mohd Salim Sharif untuk membayar RM300 kepada setiap delegasi darip Telok Kemang untuk pergi ke Perhimpunan Agong UMNO pada atau lebih kurang pada September 2004. 2) Membenarkan agen beliau untuk membayar beberapa jumlah wang kepada delegasi dari bahagian Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Bentong ke Perhimpunan Agong UMNO pada 11 September 2011. 3)Membenarkan agen beliau membayar RM1000 kepada setiap delegasi untuk ke Perhimpunan Agong yang diadakan di Hotel Crown Princess pada 11 pm, 22 September dan pagi 23 September. 4) Membenarkan agen beliau membayar RM 1000 kepada setiap seorang delegasi ke Perhimpunan Agong Umno pada lebih kurang 1.00 am pada 23 September di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur. 5)Membenarkan agen beliau membayar beberapa jumlah wang kepada delegasi Sabah ke Perhimpunan Agong Umno pada lebih kurang 1.00 am pada 23 September di Hotel Legend, Kuala Lumpur. 6) Membenarkan agennya membayar RM300 kepada delegasi Umno Sabah di tanjung Aru Golf Club dan Kandarah Court kedua-duanya di Sabah pada awal September. 7) Membenarkan agennya membayar RM300 kepada delegasi Umno Kedah di Hotel Holiday Villa, Alor Setar dan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani lebih kurang dua hingga tiga minggu sebelum Perhimpunan Agong Umno 2004. Beliau digantung selama 6 tahun dan terpaksa melepaskan semua jawatan termasuk Naib Presiden Umno. Namun begitu, ada yang percaya bahawa Isa mempunyai kedudukan istimewa dalam parti dan ia nampak seperti suatu dakwaan yang berasas. Tempoh pergantungan beliau kemudiannya dikurangkan kepada 3 tahun dan ini telah memberi ruang kepada beliau untuk bertanding di pilihanraya kecil Bagan Pinang pada September 2009. Rasuah nampaknya bukanlah isu besar bagi Umno. Apa kata Dr M sekarang? Dr M juga kurang senang terhadap pencalonan Isa. "Jangan calonkan Isa Samad," pinta beliau. "Tan Sri Isa Samad sudah pun didapati bersalah. Jika Umno meletakkan dia sebagai calon, maknanya Umno tidak serius tentang kes sebegini. Walaupun jika dia boleh menang disitu, (kita) terpaksa mempertimbangkan apa pandangan Malaysia terhadap Umno," ujar Mahathir. Tetapi Umno tidak peduli pandangan Malaysia terhadapnya. Realitinya, apa pandangan Umno itulah realiti dan it yang penting di Malaysia. Untuk membuktikan fakta ini, Isa telah dilantik menjadi pengerusi Felda bermula 1 Januari 2011. Walau dengan keahlian haramnya dalam KPF, kerajaan BN telah mencapai sasaran utamanya menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Kenapa Perdana Menteri berdiam diri dalam skandal keahlian Isa dalam KPF? Kenapa Peguam Negara tidak mengatakan apa-apa mengenai tindak-tanduk menyalahi undang-undang lembaga pengarah KPF dan keputusan tidak masuk akal SKM? Tidakkah pelik Tun Mahathir yang sangat peka terhadap imej Umno tidak mengatakan apa-apa mengenai isu ini? Mari kita ingat kepada pepatah lama, "Agama kamu adalah apa yang kamu buat selesai ceramah.- Malaaysia Chronicle |
TERKINI : Blogger AdukaTaruna dipukul dipercayai oleh samseng UMporNO Posted: 26 Jun 2012 08:54 AM PDT Beberapa keping gambar yang memaparkan salah seorang aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) dalam keadaan berlumuran darah tersebar sejak pagi tadi. Beliau merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani. Malaysiakini melaporkan Aduka menerima tiga jahitan akibat kecederaan itu. Difahamkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk di antara aktivis Royalti Minyak Kelantan dengan kumpulan yang dipercayai penyokong Umno. Menurut Aduka, beliau yang menyertai perhimpunan Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan telah dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno. Tinjauan di laman Facebook Dato Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mendapati beliau menyiarkan satu ucapan takziah terhadap aktivis Menuntut Royalti Minyak Kelantan yang menjadi mangsa. Di bawah ini kenyataan media yang dimaksudkan. Rakaman Takziah dan Simpati YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kepada Mangsa Keganasan Himpunan Menyokong Royalti Minyak 1. Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap lima orang mangsa keganasan pihak yang tidak dikenali semasa Himpunan Menyokong Royalti Minyak di hadapan Kota Darulnaim pada pagi ini Isnin 26 Jun 2012. 2. Beliau yang sedang berada di Shah Alam, Selangor bagi menyampaikan ucaptama di Majlis Wacana Ilmu Mengenai Rasuah anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini juga turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden ini yang disifatkan tidak wajar berlaku sekiranya semua pihak menghormati hak bersuara yang telah dijamin di dalam perlembagaan. 3. Justeru, YAB Tuan Guru telah menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada semua mangsa yang terlibat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Fattah Mahmood, ahli Exco kerajaan Negeri Kelantan sebagai mewakili YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu ketika semua mangsa sedang membuat laporan polis sebentar tadi. 4. YAB Tuan Guru juga turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terhada usaha kerajaan negeri menuntut royalti minyak dan pendaratan gas yang telah dinafikan oleh kerajaan pusat. Juga terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah memberikan kerjasama di dalam memastikan perhimpunan aman ini berjaya dilaksanakan. Yang menjalankan tugas, AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar, YAB Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 26 Jun 2012 sumber:freemalays eSumber : Kelab Greenboc |
Hanya 'mutu' mengenal manikam bukan Muthu mengenal Maniam - Aspan Alias Posted: 26 Jun 2012 08:09 AM PDT 26 JUN — Saya bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa kita tidak perlu mengikut jejak cara Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan, kerana diantara Malaysia dan negara-negara arab itu berbeza. Di negara-negara Arab itu tidak ada demokrasi dan saya bersetuju dengan Dr Mahathir itu. Kita tidak mahu terjadinya Arab Spring disini untuk mendapatkan kuasa. Kita memilih untuk mendapatkan kuasa melalui pengiraan undi didalam pilihanraya yang diadakan secara demokratik. Tidak ada siapa yang mahukan kekecohan dalam politik ini, lebih-lebih lagi pihak pembangkang. Kerana tidak mahu berlakunya Arab Spring itulah, rakyat mendesak kerajaan untuk membetulkan sistem pilihanraya di negara kita ini. Negara kita telah melalui pilihanraya demi pilihanraya sejak merdeka tetapi rakyat sekarang sedar bahawa sistem pilihanraya dan demokrasinya yang telah terlaksana selama ini tidak sampai ketahap yang munasabah. Ianya berat sebelah dan sentiasa memberikan kelebihan kepada BN sahaja. Pihak kerajaan yang "incumbent" tidak mahu melaksanakan sistem pilihanraya dengan betul kerana sistem yang betul akan menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap BN dan akhirnya akan kehilangan kuasa yang mereka tamakkan selama ini. Rakyat tidak mendapat penerangan dengan adil kerana kerajaan tidak membenarkan parti pembangkang untuk menyampaikan perancangan dan kempen mereka melalui media massa perdana contohnya. Di setiap pilihanraya pihak pembangkang tidak dapat bertanding dan bersaing diatas "level playing ground" dan ini tidak lagi disukai rakyat yang kian hari kian bermaklumat dan pandai menilai baik buruk setiap pihak; tidak kira parti yang memerintah atau pun parti yang membangkang. Dalam pada pihak kerajaan menghambat segala maklumat dan pengetahuan kepada rakyat, pihak pembangkang dapat juga memenangi empat buah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ini dan telah mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat jika di bandingkan dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN. Tidak ada sesiapa pun mahukan cara mengambilalih kuasa dengan mengikut cara Arab Spring itu dan itulah sebabnya kerajaan sepatutnya memberikan keadilan kepada pihak pembangkang untuk merapati rakyat untuk memberikan pilihan kepada rakyat untuk menilai pihak mana yang lebih bersesuaian mengikut keadaan semasa pilihanraya itu diadakan. Dr Mahathir berkata rakyat tidak perlu melakukan peralihan itu sambil beliau bertanya, "buruk sangat kah BN sekarang ini?" jawapannya ada kepada rakyat… Mahathir mungkin kata BN itu lebih baik dari Pakatan Rakyat. Tetapi itu pandangan Dr Mahathir. Pandangan rakyat mungkin lain pula. Itulah sebabnya kerajaan sepatutnya melaksanakan pilihanraya ini dengan adil dan saksama supaya rakyat dapat mengadili keadaan semasa itu nanti. Apabila rakyat dibenarkan untuk mendapatkan maklumat secara adil, maka mereka (rakyat) boleh memberikan penilaian samada untuk mendengar kata-kata atau kempen Dr Mahathir atau untuk mendengar pandangan pihak pembangkang. Yang pentingnya dalam demokrasi setiap rakyat mesti diberikan peluang untuk mendengar pandangan dari kedua-dua belah pihak secara bebas dan beretika. Kalau media itu adil maka pembangkang tidak payah berkempen dan berceramah dan BN pun tak payah untuk membawa pemimpin-pemimpin besarnya berkempen dengan "aggressive" di setiap tempat kerana jika BN berkempen ia adalah kempen yang sangat mahal harganya dan ia melibatkan wang rakyat. Contohnya, apabila Najib dan Muhy melawat dan berkempen di Perak sahaja, belanja untuk membeli karipap sahaja memakan belanja puluhan ribu ringgit. Karipap-karipap itu tidaklah tembam macam mana pun. Itu tidak termasuk belanja untuk menaikkan khemah dan sewaan bas yang beratus buah untuk membawa orang ramai datang mendengar temberangnya disetiap tempat beliau melawat. Jumlah perbelanjaannya sampai ketahap jutaan ringgit. Oleh itu Dr Mahathir jika benar beliau jujur beliau sepatutnya meminta pimpinan yang ada sekarang memberikan liputan yang adil di antara pihak kerajaan dan pembangkang. Tetapi beliau sendiri tidak mahu melakukan perkara yang baik ini kerana pihak yang memerintah begitu banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan rakyat. Apabila kita tuduh begitu Mahathir dan pimpinan yang ada sentiasa menafikan yang kerajaan tidak ada apa yang hendak diselindungkan. Jika tidak ada apa yang hendak diselindungkan apa perlu takut dengan liputan diberikan kepada pihak pembangkang. Tetapi pimpinan BN akan berkata yang pembangkang akan membuat fitnah melalui media massa perdana itu. Jika benar pembangkang membuat fitnah bukan kah itu baik untuk BN kerana pembangkang melakukan fitnah itu melalui media massa perdana yang ditonton oleh semua rakyat. Apa yang kerajaan takut sangat? Saya tidak menjangka yang BN yang berkuasa sekarang ini akan memberikan kelonggaran ini, tetapi insyaallah kebenaran akan timbul juga akhirnya. Malahan sekarang rakyat nampak pembohongan BN dan pemimpin-pemimpin mereka melalui media massa perdana itu dan itu sahajalah tempat pembangkang untuk berpaut. Pembangkang tahu dan berkeyakinan yang media massa perdana itu "bias", justru apa pun yang dikatakan oleh mereka melalui media massa arus perdana itu sudah dianggap sebagai pembohongan oleh kebanyakkan rakyat. Kepada Dr Mahathir, beliau tidak perlu khuatir akan datangnya cara Arab Spring untuk mengambilalih kuasa dari BN itu. Itu tidak mungkin terjadi di sini kerana rakyat mahukan pengambilalihan kuasa itu melalui pilihanraya yang adil dan saksama. Jika Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh, beliau sepatutnya mendesak supaya kerajaan menerima dan melaksanakan lapan tuntutan Bersih 3.0 yang lalu. Tetapi kita tahu mereka (BN) tidak akan memenuhi tuntutan-tuntutan itu. Sedangkan tanpa memenuhi tuntutan itu pun BN akan tewas apatah lagi jika mereka secara "gentleman" memenuhi tuntutan itu. Apa yang dikatakan oleh Mahathir itu benar, tetapi beliau jugalah yang tidak akan bersetuju untuk melaksanakan pilihanraya secara bersih kerana sudah terlalu biasa mendapat kuasa melalui cara yang tidak bersih. BN menganggap jika mereka boleh mendapat kuasa melalui cara kotor, apa perlunya mendapatkan secara bersih? Yang pentingnya mendapatkan kuasa dengan cara apa pun seperti yang dijanjikan oleh Najib beberapa bulan dahulu. Hanya kali ini rakyat diharap mampu menilai pihak mana yang lebih baik. Bak kata perpatah, "hanya mutu mengenal manikam", bukannya "Muthu mengenal Maniam". — aspanaliasnet.blogspot.com |
Posted: 26 Jun 2012 06:02 AM PDT June 26, 2012 KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 billion) pada 2002. Dipetiki laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia, (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online. Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut. Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi". "Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib. Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya." PEMBUNUHAN ALTANTUYA Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya. "Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham. Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu. Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan. Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan. Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara. Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong. Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006. Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad. "Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib)," kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram. - TMI |
HARAMJADAH : Wanita dibakar teman lelaki meninggal dunia Posted: 26 Jun 2012 05:25 AM PDT 26 Jun 2012 KUALA LUMPUR - Wanita yang parah dibakar teman lelakinya selepas bertengkar di sebuah rumah di flat Taman Segar, Cheras, Jumaat lepas, meninggal dunia hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata wanita berusia 23 tahun itu meninggal dunia pukul 12.50 tengah hari di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas melecur teruk 90 peratus. "Sehubungan itu, polis menahan reman teman lelakinya berusia 35 tahun itu sehingga Jumaat (29 Jun) untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Teman lelaki wanita itu, yang ditahan pada hari kejadian, turut melecur di tangan dan dirawat di PPUKM. Kejadian pada pukul 3 pagi itu disedari jiran mangsa setelah mendengar jeritannya sebelum mendapati ruang tamu rumah berkenaan musnah terbakar. - Bernama |
Posted: 26 Jun 2012 12:17 AM PDT Umno tidak rosakkan poster Azmin, ZuraidaPerbuatan merosakan poster atau sepanduk PKR dilakukan oleh penyokong mereka sendiri, kata Umno Ampang. PETALING JAYA: Umno Ampang mendakwa orang pembangkang terutama PKR yang merosak atau mencemarkan poster serta sepanduk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin yang dipasang di kawasan itu. Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo berkata, beliau mendapat maklumat berkenaan daripada bekas-bekas ahli dan penyokong PKR. Katanya, mereka memberitahu, ahli PKR yang memasang sepanduk atau poster atau bendera mereka, kemudian mereka menyembur atau merosakkan. "Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya orang ramai melihat, orang Umno yang melakukan perbuatan tersebut. Menurut Ismail lagi, jika benar orang Umno yang melakukannya, PKR boleh membuat laporan polis untuk disiasat. Katanya, beliau sendiri telah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong Umno supaya tidak mengacau pembangkang. "Sebaliknya banyak kain rentang kami (Umno) yang diambil oleh penyokong pembangkang tetapi kami tidak bertindak balas," tambah Ismail lagi. `Hak mereka (PKR) ' Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Gombak, Ismail Ahmad berkata, pihaknya tidak pernak merosakkan poster atau sepanduk Azmin seta Azmin dan mana-mana pemimpin pembangkang di kawasan itu. "Jika ada yang membuat dakwaan orang Umno yang melakukannya, ia bohong semata-mata. "Kalau mereka (PKR) hendak pasang, pasanglah. Itu hak mereka. "Terpulang kepada kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membenarkan poster atau sepanduk dipasang di Gombak. "Sudah berpuluh-puluh tahun orang Umno Gombak tidak pernah menganggu hak parti lain," kata Ismail lagi. Baru-baru ini ada laporan yang mengatakan poster Azmin dan Zuraida telah dirosakkan di Gombak dan Ampang. Azmin adalah ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa yang terletak di Ampang. Manakala Zuraidah merupakan ahli Parlimen Ampang. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan