MIMPI SENJA |
- Pejabat DS Nizar digeledah Polis Johor
- Isteri kecewa tidak disentuh suami
- AirAsia Malaysia dapat CEO baru .. awek cun tu!
- BERITA BARU MASUK : Bekas Timb. Menteri Pelajaran sertai PAS
Pejabat DS Nizar digeledah Polis Johor Posted: 18 Jun 2012 10:31 PM PDT KUALA LUMPUR 19 Jun: Dua pejabat pusat khidmat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin termasuk Ibu Pejabat PAS Perak digeledah polis Johor, semalam. Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam. "Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, Ibu Pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. H/P (telefon bimbit) dan notebook diambil," kata Nizar di twitternya pagi tadi. Bagaimanapun, tiada serbuan dilakukan berikutan ketiadaan beliau di rumah berkenaan. Dimaklumkan, operasi yang bermula kira-kira jam 12.06 tengahari itu dibuat di Pejabat PAS Negeri, di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun (Dewan Undangan Negeri) Pasir Panjang, Lumut. Menurut blog sisibukit, sepasukan polis dari kontijen Johor hadir bersama waran geledah menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti. "Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi lima anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Inspektor Aridhasan Menandi. "Kesemua komputer di pejabat diambil untuk siasatan kes," sumber dipetik. Menurut sumber, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan berkaitan dengan isu mesej twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1. "Serbuan ini adalah disebab satu laporan yang dibuat oleh Umno Bahagian Pulai mengenai isu nombor plat kereta WWW 1," katanya. Ketika serbuan, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen dan hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31770 |
Isteri kecewa tidak disentuh suami Posted: 18 Jun 2012 07:07 PM PDT Kata yang empunya cerita ada isteri – termasuk yang masih dalam manis bulan madu – gelisah sebab sehari dua ini tiba-tiba tidak dipedulikan suami. Malam-malam yang sepatutnya indah, mereka dibiarkan kesepian dan terlentang seorang diri, terkebil-kebil di atas katil. Oleh sebab berasa tidak dihargai, tidak tahan terus memendam perasaan zahir dan batin, ada yang merajuk, diam-diam lari ke rumah ibu bapa. Jangan salah faham, ini bukan kes suami sudah ada perempuan lain. Tidak juga suami terkena ilmu bomoh Siam seorang janda, selisih malaikat 44! Ini semua gara-gara Euro 2012 – Kejohanan Bola Sepak Eropah – yang kini sedang berlangsung hebat di Poland dan Ukraine. Setiap hari ada dua perlawanan, bermula jam 12 tengah malam hingga 4 subuh. Pada waktu ini tumpuan suami tidak pada bola-bola lain, hanya pada bola yang satu itu. Maka sukalah saya memberi nasihat kepada mana-mana isteri yang berkenaan bahawa mereka mungkin terpaksa memeluk bantal kira-kira sebulan sehingga kejohanan itu selesai 1 Julai depan. Tidak guna merajuk atau tunjuk perasaan, sebab suami akan tetap berjaga malam. Sebenarnya bukan isteri sahaja, kesan Euro 2012 dirasakan di kebanyakan pejabat. Rekod kakitangan yang datang lewat semakin meningkat. Bukan lewat 10 atau 15 minit, malah ada yang masuk pejabat dua jam lewat. Mata kuyu seperti penagih tegar, sebab tidur lepas jam 4 pagi. Mungkin ada yang terlepas solat subuh. Rekod yang mendapat cuti sakit @ MC pun mendadak naik. Almaklumlah, daripada masuk pejabat lewat, mata kuyu dan menguap setiap lima minit, lebih baik tidak masuk kerja. Oleh sebab cuti tahunan sudah habis, cara paling selamat ialah dengan membeli MC dari mana-mana klinik. Nasib baik musim bola ini hanya sebulan, kalau setahun pasti akan menjejaskan prestasi kerja, dan negara akan mengalami penurunan produktiviti. Malah, mungkin juga akan terjadi pergaduhan antara suami dengan para isteri yang hilang sabar. Bola ternyata tidak sahaja meresahkan isteri dan majikan, tetapi juga terbukti menyusahkan polis. Walaupun KPI menurunkan kadar jenayah berjaya, demikian menurut KDN, polis tidak duduk senang setiap kali ada kejohanan bola peringkat dunia. Kerja polis bertambah, bukan menonton bola, tetapi untuk membanteras judi bola. Wabak ini, melibatkan pertaruhan RM berbilion-bilion, kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita. Setiap kali bola ditendang, duit judi – termasuk yang tidak berlesen – berterbangan seperti dedaun di musim luruh. Setakat awal minggu, tiga hari setelah sepak mula Euro 2012, polis sudah mengesan gelagat kaki judi di tempat kita. Judi bola paling awal dikesan di Pulau Pinang, apabila polis berjaya menumpaskan sindiket bookie yang mengaut pertaruhan RM100,000 bagi setiap perlawanan. RM100,000 setiap perlawanan, bayangkan berapa banyak yang dikaut oleh tauke judi haram sepanjang musim ini yang menyaksikan berpuluh perlawanan. Kalau satu malam, empat perlawanan, mereka dapat hampir RM setengah juta, jumlah yang diperoleh sepanjang musim ini tentulah berpuluh-puluh juta. Pegawai Turus Bahagian KongsiGelap, Judi dan Maksiat Kontinjen Polis Pulau Pinang DSP Zailani Amit berkata dalam serbuan di sebuah kedai minuman pada pukul 7.45 malam itu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga emas. Mereka sedang menjalankan urus niaga haram menerusi Internet. Siasatan di bawah Seksyen 6(3) (a) Akta Pertaruhan 1953, mendapati warga emas 75 tahun yang ditahan itu pernah terlibat dalam kesalahan sama semasa musim bola sepak Piala Dunia yang lepas. Mungkin denda terlalu sedikit hanya RM20, dia tidak serik. Apalah RM20,000 beranding perolehan RM100,000 setiap perlawanan! Atau, apakah si tua itu dulu tidak dikenakan apa-apa tindakan? Bola sepak, sebagai sukan paling popular, menjadi punca judi. Rekod menunjukkan sepanjang musim Piala Dunia dua tahun lalu PDRM telah melakukan sebanyak 270 serbuan judi bola sepak di seluruh negara. Dari jumlah tersebut sebanyak 151 serbuan memperoleh kejayaan. Jumlah keseluruhan pertaruhan lebih RM400 juta. Sepanjang tempoh Piala Dunia polis menahan 227 individu, termasuk 17 wanita dan beberapa orang kenamaan berstatus Datuk. Pasti ramai lagi ditahan sepanjang Euro 2012. Tetapi tahan sahaja tidak cukup. Tauke dan penjudi haram itu mesti dihukum. Sekiranya denda RM tidak berkesan, sumbatkan mereka ke penjara - Sinar Harian |
AirAsia Malaysia dapat CEO baru .. awek cun tu! Posted: 18 Jun 2012 03:57 AM PDT |
BERITA BARU MASUK : Bekas Timb. Menteri Pelajaran sertai PAS Posted: 18 Jun 2012 12:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah. "Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah. "Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan. "Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu. Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu. Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib. Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib. Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. "Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan. "Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya. Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam. Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. - PASPB |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan