Ahad, 17 Jun 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ini lah antara 'seksaan' para tahanan ISA di kem tahanan reman sebelum dihantar ke Kemunting

Posted: 17 Jun 2012 09:04 PM PDT


  • Aidila Razak
  • 11:31AM Jun 18 2012
"Nota penyeksaan" yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:

  • Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik"  daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman"
  • "Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)"
  • "Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk"
  • Minyak panas dilumurkan ke kemaluan
  • Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan
  • Melumur pes cili ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari
  • Mencucuh kemaluan dengan api rokok
  • Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari

Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.- Malaysiakini

Mampuih dah Pakatan - Ceramah Umno/BN kini mendapat sambutan

Posted: 17 Jun 2012 08:31 PM PDT


Biar gambar-gambar berbicara.... baik punya kisah... disebabkan tiada sambutan lansung.. YB Gobala dari penceramah jadi pendengar

Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.
Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Diluar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya. -omakkau



Kelab Greenboc

hahaha cantek .....Tamrin 'serang' Muhyiddin di Pagoh

Posted: 17 Jun 2012 04:05 AM PDT


  • Nigel Aw
  • 4:29PM Jun 17 2012
Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.


Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.


"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah? 

"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.


Tamrin merujuk kepada kes saman ke atas Muhyiddin, ahli perniagaan Datuk Yahya Taib dan Syed Mokhtar yang didakwa berkonspirasi untuk memiliki 6,600 ekar tanah yang dimiliki oleh Stamford Holdings. 



Syarikat itu mendakwa telah diugut bahawa, sekiranya ia tidak menyertai usahasama untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyerahkan 70 peratus ekuitinya, tanah syarikat itu akan diambil alih oleh kerajaan negeri.


Muhyiddin menafikannya dakwaan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan merosakkan imejnya.


Kes tersebut berakhir dengan penyelesaian luar mahkamah di mana kerajaan negeri dan syarikat berkaitan diperintah membayar RM405 juta berbentuk pampasan untuk pengambilan tanah berkenaan. - Malaysiakini

Ronnie Liu, jangan berlebih-lebih sangat, nanti orang menyampah ... tu belum perintah M'sia lagi

Posted: 17 Jun 2012 02:59 AM PDT

Pemimpin DAP bantah perlantikan ahli majlis tempatan di Selangor

17 Jun 2012
KLANG - Pengerusi DAP cawangan Taman Chi Liung Indah K.Yogasigamany yang menolak tawaran untuk dilantik sebagai ahli majlis, Majlis Perbandaran Selayang (MBS) mendakwa pelantikan ahli majlis oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat tidak dijalankan secara adil dan telus.


Yogasigamany, yang berkhidmat sebagai ahli majlis Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) antara Julai 2010 sehingga Februari tahun ini, berkata beliau kecewa kerana tidak dilantik semula bagi jawatan sama tetapi sebaliknya ditawarkanmenjadi ahli majlis MBS untuk penggal Mac 2012/2013.
Tidak berpuas hati dengan penyingkirannya dari MBSA, beliau mendakwa Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam soal ahli majlis, Ronnie Liu Tian Khiew meminda senarai akhir bagi ahli majlis yang disahkan DAP Selangor tanpa merujuk jawatankuasa negeri.


"Jika nama saya telah dikeluarkan daripada senarai oleh Ronnie Liu tanpa pengetahuan jawatankuasa DAP negeri, kenapa tiada tindakan diambil ke atasnya. "Saya dibuang tanpa mengikut adab walaupun saya disahkan untuk dilantik semula (sebagai ahli majlis Shah Alam) untuk penggal semasa oleh Jawatankuasa DAP Selangor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.




Yogasigamany berpendapat beliau berhak dilantik semula sebagai ahli majlis MBSA kerana beliau dapat mengekalkan hubungan baik terutama dengan penduduk Seksyen U10 Shah Alam.



Beliau dimaklumkan oleh anggota jawatankuasa DAP Selangor V. Ganapathi Raobahawa beliau digantikan oleh seorang lelaki bernama Prakash Rao sebagai ahli majlis MBSA yang didakwa membantu Ronnie Liu menganjurkan majlis makan malam amal 1,000 meja parti itu di Pandamaran, baru-baru ini.



Yogasigamany juga berkata pengerusi DAp cawangan Taman Gembira di Klang,Ivan Ho, juga tidak dilantik semula sebagai ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Klang (MPK) walaupun namanya disenaraikan oleh DAp negeri.


Beliau menggesa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng untuk segera campur tangan merombak kepimpinan parti di Selangor yang didakwanya dicemari tindakan melantik individu yang tidak cekap, tidak berpelajaran dan buta huruf dalam jawatan ahli majlis perbandaran tempatan.


Pada Mac, media melaporkan bahawa pengerusi DAP Selangor Teresa Kok menegur Ronnie Liu kerana meminda senarai calon-calon ahli majlis tanpa pengetahuan DAP negeri.- Bernama

MS : Dari dulu lagi aku tengok mamat ni dengan sorang minah DAP agak lain  sikit, yg boleh buat Non Chinese menyampah pada DAP. Tolong ubah sikit kalau hampa nak menang dlm PRU 13. Kalau macam skrg punya kepala otak, jgn harap la akan di angkat  semula


Gabungan puak-puak yang nak cepat mampuih buat demo.... hahahaha

Posted: 17 Jun 2012 01:21 AM PDT

500 ahli berhimpun sokong kilang Lynas

17 Jun 2012
KUANTAN - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (Daun) hari ini berhimpun secara aman di Padang Kemunting di sini bagi menyatakan sokongan terhadap usaha dan dasar kerajaan berhubung kewujudan kilang Lynas di sini.
Kira-kira 500 ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Pekida serta Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang /Beserah berhimpun di padang itu selama setengah jam bermula jam 10 pagi.
Penyelaras operasinya, Zulfadzli Shamsudin berkata, sebanyak 43 buah NGO di Pahang membentuk Daun dan mendesak agar Lynas diteruskan kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.


Menurutnya, gabungan itu mengutuk tindakan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang menyebarkan dakyah negatif mengenai projek tersebut dengan maklumat tidak tepat.

Selain itu, perhimpunan itu turut menyatakan sokongan terhadap institusi raja di negara ini. - Bernama

Tiada ulasan: