MiLo SuaM |
- Pelik tapi benar, Utusan kantoikan Umi Hafilda!
- Panas! Abby Abadi dituduh mendapat hidayah sesat!
- Dengan pantasnya SPRM siasat surat sokongan Faekah
- Kemenangan Ikhwanul Muslimin gunakan teknologi 1400 tahun lalu
- Tuduhan berat! Bersih 3.0 mahu gulingkan Agong?
- Doa gulingkan kerajaan dalam khutbah jumaat di Penang
Pelik tapi benar, Utusan kantoikan Umi Hafilda! Posted: 24 Jun 2012 10:41 PM PDT BEBERAPA hari lalu Umi Hafilda mendakwa kononnya ada seorang wanita misteri yang menyimpan wang sebanyak RM3 bilion yang dilarikan oleh Anwar Ibrahim. Gambar wanita misteri seperti yang didakwa oleh Umi Hafilda itu terpampang di dada-dada akhbar, Umi Hafilda mendakwa kononnya Anwar mencari wanita itu untuk mendapatkan kembali duit RM3 Bilion yang disimpannya. Namun hari ini, tanpa disangka Utusan Malaysia mendedahkan pula bahawa dakwaan Umi itu hanyalah cerita bohong apabila wanita itu tampil menafikan berita itu. Wanita itu yang dilihat kini sudah agak berisi turut menunjukkan gambar lesennya bagi membuktikan bahawa dirinya adalah wanita yang dimaksudkan oleh Umi Hafilda itu. Kalau menurut salah seorang sahabat blogger, [ASD], tindakan Utusan meng "kantoi" kan Umi Hafilda ini merupakan rentetan atas sebab perempuan kepoh itu telah membelasah salah seorang pemimpin Umno Permatang Pauh. Umi Hafilda difahamkan telah menghentam salah seorang pemimpin Umno di dalam ceramahnya. Maka pemimpin Umno tersebut yang barangkali "panas hati" bertindak mendedahkan temberang Umi Hafilda berhubung isu RM3 Bilion ini. Atas sebab itulah Wanita misteri versi Umi Hafilda ini boleh muncul mendedahkan tembelangnya. Kalau tidak, biasanya Utusan akan buat bodoh sahaja. ReJaM© "Atau mungkin Utusan sudah serik disaman? Kah kah kah... " |
Panas! Abby Abadi dituduh mendapat hidayah sesat! Posted: 24 Jun 2012 09:52 PM PDT PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat. Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya. Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat [Twitter]. Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran. Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu. Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat. ReJaM© "Kalau sesat tentu dah lama PAS diharamkan oleh Majlis Fatwa... " |
Dengan pantasnya SPRM siasat surat sokongan Faekah Posted: 24 Jun 2012 09:17 PM PDT BARANGKALI belum sempat wartawan yang melaporkan isu surat sokongan setiusaha Menteri Besar Selangor, Faekah Husin meninggalkan meja komputernya, berlari-lari pegawai SPRM pergi siasat. Lihat dengan mata kepala anda sendiri, selang sehari sahaja media menyiarkan cerita tentang isu surat sokongan Faekah yang didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan projek syarikat guaman anak saudaranya SPRM sudah mula bertindak [Sinar]. Kita tidak mempertikaikan tindakan menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa ini, SPRM nak siasat, siasatlah eloklah tu syabas diucapkan. Namun yang kita pertikaikan, mengapa dakwaan rasuah cubaan membeli ahli parlimen sehingga kini disenyapkan? Sebelum ini MiLo SuaM ada mempersoalkan mengapa SPRM "buat bodoh" terhadap pendedahan video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat oleh Khalid Samad rujuk sini [isu beli Ahli parlimen] ReJaM© "SPRM ni Umno cawangan mana? " |
Kemenangan Ikhwanul Muslimin gunakan teknologi 1400 tahun lalu Posted: 24 Jun 2012 06:42 PM PDT KITA renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina. Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat. Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah "As-Solah Qobla Al-Islah", iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala. "Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah)," pesan Syeikh Jum'ah Amin. Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma'tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah." Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang. Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang di peroleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya. Disebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas. Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, " Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat.." Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail. Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir . Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang. "Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."
Hantarkan artikel anda ke share.milosuam@gmail.com |
Tuduhan berat! Bersih 3.0 mahu gulingkan Agong? Posted: 24 Jun 2012 06:34 AM PDT SEBUAH email dikirim oleh salah seorang sahabat pembaca berhubung penyebaran risalah "perang saraf" menggunakan kanak-kanak untuk menanam kebencian rakyat Johor kepada Bersih 3.0. ReJaM© rasa tak perlulah ulas banyak tentang isu ekploitasi kanak-kanak bagi tujuan politik sempit ini, korang baca sajalah di sini [ASD]. Apa yang ingin ReJaM© ulas ialah berkenaan salah satu kandungan risalah "perang saraf" tersebut yang begitu jelas menuduh Bersih 3.0 mahu menggulingkan Yang Dipertuan Agong. Risalah itu memaparkan kononnya dua orang lelaki memakai baju kuning membawa risalah gambar Agong dengan tulisan "Republik" seolah-olah mereka menyokong usaha menghapuskan Agong untuk menubuhkan negara Republik (tanpa sultan). Jawatankuasa Bersih 3.0 patut membuat laporan polis terhadap risalah berbaur fitnah jahat ini. Lelaki yang terpapar wajahnya di dalam risalah ini harus disiasat. Ini merupakan satu tuduhan berat. Tiada mana-mana di dalam 8 tuntutan Bersih untuk menggulingkan Agong atau menubuhkan negara republik. Pihak yang mencetak risalah seperti akhbar ini juga harus disiasat. Kalau kamu betul-betul di pihak yang benar sila tunjukkan diri! Jika dakwaan kamu di dalam risalah ini adalah fakta, sila dedahkan identiti kamu supaya senang tindakan undang-undang diambil. Supaya kamu boleh disaman seperti Utusan Malaysia. Ini namanya perang saraf "hit and run", fitnah-fitnah lepas tu lari tak mahu bertanggung jawab. ReJaM© "Patutlah gunakan budak-budak, rupanya nak sebar fitnah tak berani tunjuk muka... " |
Doa gulingkan kerajaan dalam khutbah jumaat di Penang Posted: 24 Jun 2012 03:22 AM PDT KALAU korang tengok Buletin Utama TV3 Al-Musyrikin semalam, tentu korang perasan propaganda terbaru yang bakal digunakan untuk menaikkan darah orang Melayu di seluruh negara. Khatib yang membaca khutbah jumaat baru-baru ini di Pulau Pinang didakwa menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan. Namun sejauh mana kebenaran berita itu tidak dapat dipastikan. Seperti biasa, selepas ini satu persatu pemimpin Umno akan buat sidang media menggesa isu ini disiasat. Selepas itu, NGO-NGO pro Umno yang berlakon sebagai rakyat Pulau Pinang akan buat report Polis beramai-ramai. Ulasan-ulasan orang ramai pula akan disiarkan di TV3 Buletin Utama. Jangan hairan sebab akan ada orang mengamuk dalam TV menggesa Lim Guan Eng agar meletak jawatan. Dua hari selepas itu akan keluar video rakaman khatib baca doa agar kerajaan sedia ada perlu digulingkan, sebenarnya video tu dah ada cuma belum boleh keluarkan lagi kena tunggu isu ni jadi panas dulu. Selepas itu pimpinan tertinggi Umno akan keluarkan kenyataan bahawa Parti Islam, PAS sudah lari landasan perjuangan kerana terpengaruh dengan DAP yang kemaruk kuasa. Perkasa pula akan merapu di media-media internet menaikkan darah orang-orang Melayu. Lebih kurang macam tulah jalan ceritanya kah kah kah. Selepas itu diorang akan buat kesimpulan macam biasa, hanya Barisan Nasional yang wajar disokong pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana Pakatan Pembangkang menyokong keganasan kah kah kah... Semua benda ni dirancang agar meleret-leret selama sekurang-kurangnya dua minggu supaya semua rakyat Malaysia rasa tak selamat hidup di Malaysia kerana DAP akan menghancurkan Islam dengan bantuan PAS kah kah kah... Kalau tak cukup panas, isu ini akan disambung dan dimainkan sampai sebulan, kalau boleh sampai pilihanraya. ReJaM© "Dah faham sangat dah modus operandi media propaganda... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan