Jumaat, 29 Jun 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar: Demi PAS, Hairie Othman Lupakan Lakonan

Posted: 29 Jun 2012 09:35 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/544970_10150911721277312_684425937_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/599392_10150911637032312_1048065164_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/557105_275033005937383_1565525824_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/557665_241052629344992_1260504547_n.jpg

Hero filem 'Leftenan Adnan', Hairie Othman, mengakui yang dia kini sudah meninggalkan dunia lakonan semenjak menyertai parti politik pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, PAS. Jelas Hairie, kali terakhir dia terlibat dengan pengambaran drama ialah pada Januari lalu iaitu untuk drama Waris yang kini sedang ditayangkan di TV3.

"Selepas ramai yang tahu tentang penyertaan saya di dalam PAS, saya langsung tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Tapi saya tidak kisah kerana sekarang ini saya sibuk dengan aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh PAS. Malah, saya juga tidak rasa menyesal atau terkilan meninggalkan kerjaya lakonan yang sudah 20 tahun saya ceburi. Sudah sampai masanya saya berubah. saya mahu menjadi insan yang lebih baik. Ini adalah perjuangan saya," ujar Hairie yang ditemui selepas majlis forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor Atau Kerana Prinsip, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada Khamis.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 41 tahun ini juga mengakui pendapatannya sebagai penceramah PAS tidaklah semewah bayaran yang diterima sebagai pelakon. Namun, perkara itu tidak menjadi halangan kepadanya yakin rezekinya berada di tangan Allah bukan daripada pihak lain.

"Waktu mula-mula hendak sertai PAS, memang ramai kawan-kawan yang ingatkan bahawa keputusan saya itu mungkin membuatkan saya berhadapan dengan masalah tiada tawaran kerja. Tapi saya percaya rezeki itu di tangan Allah. Memang sekarang saya sudah tidak berlakon, tetapi saya dapat peluang lain iaitu berceramah. Alhamdulillah, program ceramah saya sudah penuh sehingga bulan Ramadhan ini. Kalau tidak, susah juga saya hendak sara kehidupan sekeluarga" ujar Hairie lagi.

Sementara itu, lelaki ini turut menbidas pendapat sesetengah pihak yang mengatakan golongan artis ini dipergunakan untuk meraih sokongan masyarakat kepada sesebuah parti politik. Bagaimanapun tidak menyangkalkan kehadiran artis dalam sesebuah ceramah atu program politik boleh menarik kehadiran masyarakat lebih ramai.

"Saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan golongan artis dipergunakan. Ini kerana kalau dipergunakan ia bermakna seseorang artis itu tidak bersetuju atau dipaksa untuk menyertai sesebuah parti. Tetapi kalau dia lakukan secara sukarela, bukanlah dipergunakan. Macam saya sendiri, saya rela PAS menggunakan khidmat saya untuk menarik lebih ramai pengundi atau untuk tujuan berkempen," ujar Hairie.

Turut hadir dalam forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau nama penanya, Budi Hekayat serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi.

Gambar Hairie Serah Borang Kat TG Nik Aziz

Posted: 29 Jun 2012 08:33 AM PDT

Allahuakhbar!

Beza Artis Masuk PAS Dengan Masuk Ummo

Posted: 29 Jun 2012 06:34 AM PDT

Gambar TG Nik Aziz Menjamu Selera Semasa Lawatan Ke Larkin

Posted: 29 Jun 2012 03:10 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/179562_4185191310381_1966997937_n.jpg

Rizal Tahir

Berhenti makan tengah hari di rumah Tuan Hj Husni kat Larkin.

Gambar TG Nik Aziz Solat Jumaat Bersama Rakyat Johor

Posted: 29 Jun 2012 03:06 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/575628_457298164289842_1838373211_n.jpghttp://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/309936_457292090957116_344498699_n.jpg

Rakyat negeri Johor mengambil kesempatan bersalam dgn YAB. Tuan Guru.
Foto By-Rizal Tahir(RT)

[BONGKAR] Daniyar Tidak berada Di Sandhurst Tetapi Bersembunyi Di Malaysia

Posted: 28 Jun 2012 10:12 PM PDT

Ulasan GB

Itu dia!
Jelas satu penipuan.


Baju celoreng itu sahaja sudah membuktikan ia di Malaysia. Bukan di Sandhurst. Baju celoreng berbeza diantara askar Malaysia dengan UK (perhatikan gambar baju celoreng di UK).


Kemudian bangunan yang menjadi latarbelakang pemuda itu. Ia adalah padang kawad di Malaysia, bukan di Sandhurst.

Kemudian pemuda-pemuda (askar?) yang ada bersamanya di gambar pertama, siap bermisai dan tingginya rendek-rendek belaka. Ia pemuda Malaysia!

Logo di topi yang digunakan: logo Kolej Tentera Darat Malaysia!





Siapa punya kerja mengatur dan melakukan penipuan ini?


Sumber

Kontrak cetak 100 juta keping RM2: Awang Adek diminta jelas salah laku

Posted: 28 Jun 2012 10:07 PM PDT



KUALA LUMPUR 29 Jun: KEADILAN memberi tempoh tiga minggu untuk Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek menjelaskan dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salah laku beliau semasa menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, KEADILAN meragui hubungan Awang dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong, pemilik serta pengarah kepada syarikat SunPrestige Sdn Bhd dan Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

"Keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta membuktikan beliau mempunyai hubungan dengan SunPrestige, yang memperoleh kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM," jelas Ahli Parlimen Machang itu lagi dalam kenyataan.

Awang digesa untuk menjelaskan beberapa persoalan termasuk isu penjualan rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00 dalam tahun 1999 serta pembayaran penerbangan beliau ke Tokyo oleh Chung menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd untuk trip penerbangan dari 28 Jun 1999 hingga 1 Julai tahun yang sama.

"Awang juga perlu memberitahu kita benarkah isterinya membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung yang mana ansuran bulanan sebanyak RM2,122.00 sebulan turut ditanggung Chung?" soalnya.

Antara lain, Saifuddin turut menyebut sumbangan kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang, juga persoalan siapa yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana.

Tambahnya, terdapat banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran seperti insuran hartanah, cukai jalan, kereta, pengaturan permainan golf serta pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang dengan Chung.

"Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujud hubungan rapat antara mereka supaya boleh dijadikan asas untuk Chung menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM agar menganugerahkan kontrak kepada beliau," ujarnya.

KEADILAN akan mengemukakan langkah susulan dan bukti-bukti tambahan selepas Awang membuat penjelasan serta mencabar beliau menafikan kewujudan 'hubungan rapat' itu.

"Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!" tegas Saifuddin.

PKR Buat Laporan Polis Kontrak Projek 1.1 Bilion

Posted: 28 Jun 2012 10:06 PM PDT

PETALING JAYA 29 JUN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1.1 bilion.

Menurut Rafizi laporan itu dibuat kerana menimbulkan pelbagai kegusaran kerana projek besar dan penting ini dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu melahirkan hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.

Rafizi juga memberitahu sebelum ini beliau sudah didatangi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membeuat siasatan terhadap pendedahannya sebelum ini.

'Tetapi laporan polis dibuat kerana lebih percaya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Dagangan yang lebih professional," katanya.

Jelas Rafizi, beliau akan mendedahkan skandal ini sedikit demi sedikit dari masa kes semasa agar pihak lain juga tampil untuk memberikan ulasan dan bukti berkenaan skandal ini.

"Kita menunggu untuk pihak Perdana Menteri memberikan komen berkenaan perkara ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Sementara itu, Ketua Biro Undang-Undang PKR, Lateffa Koya berkata SPRM tidak perlu menunggu laporan dibuat kepadaSPRM kerana suruhanjaya itu mempunyai bidang kuasa yang lebih meluas untuk melaksanakan siasatan.

Tiada ulasan: