Kelab Greenboc |
- Jika Ini Bukan Rasuah Namanya, SPRM Yang Perlu Sangat Disiasat!!
- "Haramjadah" - Najib Enggan Tarik Balik, Memang Bagus Sangat!
- [BERGAMBAR] Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated
- Status PhD MB Perlis Diragui, Pemuda UMNO Arau Buat Laporan Polis
- [VIDEO] Panas: Tembakan Pertama Rafizi Selepas Letak Jawatan - Skandal Projek LRT
- [VIDEO] MIC Tandus Modal, Sengaja Putarbelit Kenyataan Salahuddin Ayub
- Sembunyi Tarikh Pilihan Raya, Rakyat Tidak Sabar ‘Kapankan’ Umno-BN
- Dasar Penipu! Pelabur Tak Berminat Atau Kamu Yang Sekat?
Jika Ini Bukan Rasuah Namanya, SPRM Yang Perlu Sangat Disiasat!! Posted: 26 Jun 2012 12:36 AM PDT Jika perkara seperti di atas pun tidak dianggap rasuah oleh SPRM, maka SPRM itu sendiri yang perlu disiasat. Akan tiba masanya, SPRM bakal ditimpa bala dan musibah besar tak lama lagi kerana menipu rakyat. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Bukan sekadar satu barang yang harganya dibeli dengan harga mahal, malah hampir kesemuanya. Mahalnya pula bukan sekadar sekali ganda malah berkali-kali ganda. Ada agenda SPRM menutup salahlaku kerajaan UMNO BN. Tetapi, Tuhan tidak akan membiarkan hal ini berlalu dan tertutup tanpa hukuman. Itu keyakinan orang beriman, itu keyakinan orang yang benar dan adil. Kita sama-sama tunggu detik itu. |
"Haramjadah" - Najib Enggan Tarik Balik, Memang Bagus Sangat! Posted: 25 Jun 2012 11:43 PM PDT Haram jadah: Najib enggan minta maaf KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini. Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu. Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu. Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan. "Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda. "Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya. Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah. "Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda. "Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya. Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah. -HD Ulasan GB Jika Najib tidak mahu minta maaf, biarkanlah hukum kebenaran dan keadilan sendiri menghukumnya. You'll get back what you give Kamu akan dapat balik apa yang kamu beri! Tak sedar-sedar lagi walaupun dah banyak "haramjadah" menimpa dirinya. |
[BERGAMBAR] Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated Posted: 25 Jun 2012 10:02 PM PDT Suasana tegang di hadapan pejabat SUK KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK. Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno. Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat. Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis. Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah. Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. "Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan. "Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram," katanya. -HD |
Status PhD MB Perlis Diragui, Pemuda UMNO Arau Buat Laporan Polis Posted: 25 Jun 2012 06:48 PM PDT Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan status Phd milik Mohd Isa. KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau. Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi. "Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat. "Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara," katanya dalam laporan polis tersebut. Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu. "Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10, 000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut. "Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut," katanya. Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain. -FMT |
[VIDEO] Panas: Tembakan Pertama Rafizi Selepas Letak Jawatan - Skandal Projek LRT Posted: 25 Jun 2012 05:02 PM PDT Rafizi: Skandal kontrak LRT yang libatkan Najib Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project"). KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka. KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Najib Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent. Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu. KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut. Shahril Mokhtar telah menulis kepada Najib Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA. Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat. Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Najib Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil. KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan. Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN. Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Rafizi Ramli |
[VIDEO] MIC Tandus Modal, Sengaja Putarbelit Kenyataan Salahuddin Ayub Posted: 25 Jun 2012 08:01 AM PDT Kalau hina Hindu, kami pertama bantah - DHPP KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau tidak berniat menghina agama Hindu dan penganutnya dan jika dia menghina Hindu, pihaknya yang pertama membuat bantahan. Gambar: Salahudin dalam sidang media bersama DHPP dan anggota Parlimen India hari ini Timbalan Pengerusi DHPP N. Balasubramaniam berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian itu langsung tidak membawa apa-apa masalah di kalangan kaum India yang majoriti penganut agama Hindu. "Orang India masih aman di Malaysia, dalam isu ini tidak ada bawa apa-apa masalah," katanya dalam sidang media. Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T Mohan meminta Salahuddin mohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan. Menurut Bala, kenyataan Salahuddin dalam Debat Sinar Harian pada 19 Jun lalu sengaja diputar belitkan oleh MIC untuk menimbulkan persepsi negatif kepada kaum India. "Jika benar ada penghinaan kepada penganut Hindu kami sendiri pun boleh tegur. Nampaknya MIC sengaja cari pasal. Kenyataan Salahuddin cukup jelas," katanya. Bala turut percaya Salahuddin tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina kaum dan agama lain kerana agama Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu. Ahli Parlimen Batu Kawan P. Ramasamy juga menyifatkan MIC ketandusan modal politik sebab itu mereka sengaja putar belit kenyataan. "Saya ada baca dalam akhbar Tamil tuduhan terhadap Salahuddin, tidak ada bukti beliau hina kaum India," katanya dalam sidang media yang sama. P. Ramasamy turut mempertikaikan di mana kelantangan MIC apabila Umno pernah menimbulkan isu bebaur perkauman dan memperlekehkan kaum India. "Umno pernah guna isu paria. MIC mendiamkan diri. Tapi berbeza dengan Salahuddin yang jelas tidak hina agama kami," katanya. Begitu juga ketika penyokong Umno mengarakkan kepala lembu ke bangunan SUK Selangor yang memang jelas cuba menghina orang Hindu. Salahuddin mengulangi penegasanya beliau tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat itu. -HD Salahuddin : Tiada Niat Hina Perarakan Thaipusam |
Sembunyi Tarikh Pilihan Raya, Rakyat Tidak Sabar ‘Kapankan’ Umno-BN Posted: 25 Jun 2012 06:35 AM PDT Umno-BN seharusnya gentar dengan perkembangan terkini di mana sokongan terhadap parti itu semakin berkurangan dengan rakyat menunjukkan tanda jelas inginkan perubahan dalam tampok pemerintahan negara. Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, rakyat ketika ini sedar mereka tidak boleh lagi bergantung harap kepada Umno-BN yang selama mentadbir negara melakukan pelbagai salah laku dan penyelewengan termasuk rasuah. Malah, perubahan positif dengan sokongan berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini jelas menghadirkan gerun kepada pucuk pimpinan negara yang terus merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Beliau berkata, amalan itu jauh berbeza di negara-negara lain di mana rakyat sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan di negara mereka. Malah tambahnya, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang sudah mula bosan terhadap Umno-BN juga menunggu pilihan raya akan datang bagi menamatkan penguasaan mereka tidak terkecuali penyokongnya sendiri. "Di Kuwait bila tarikh pilihan raya dah tau, di Kenya pilihan raya lagi dua tahun dah tau bila tapi di Malaysia tidak tahu bila pilihan rayanya. "Doktore (doktor) YB, kapan (bila) pilihan raya…..Kenapa tanya?…..Sebab aku nak 'kapankan' (kebumikan) Umno ni," katanya dalam ceramah umum Pengundi Hantu Di Rumah Anda di Teluk Panglima Garang di sini baru-baru ini. Turut hadir, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi. Dr Abdul Rani berkata, menyedari perkara itu pelbagai tohmahan dilakukan Umno-BN termasuk usaha pakatan pembangkang yang didakwa menggunakan rakyat menerusi perhimpunan Bersih 3.0 untuk menjatuhkan kerajaan. Namun katanya, perkara itu gagal dibuktikan malah dipersoalkan masyarakat antarabangsa yang melihat insiden sebenar menerusi siaran media. "Orang Mesir dan Arab Saudi tanya saya yang duduk ramai-ramai tu orang jahat atau baik, penjenayah atau apa. Kalau mereka penjenayah mestilah bawa senapang, kayu, bom atau yang lain. Ini tiada apa cuma bawa air mineral dan garam. Sebab itu bila di Parlimen ketika perkara ini ditanya, menteri sendiri tidak boleh jawab," katanya. Menurutnya, selepas perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau anjuran PAS di Kedah yang begitu berjaya meraih sokongan rakyat, Umno-BN semakin mengelabah bagi menentukan tarikh pilihan raya. Katanya, pemimpin Umno-BN sendiri mengakui perkara itu dan memberi reaksi negatif terhadap parti mereka. "Saya pegang kata-kata Dr Khir Toyo dan Tun Dr Ling Leong Sik yang mengatakan jangan mimpi nak ambil balik Selangor. Dr Mahathir sendiri kata "Umno is rotten to the core". Dah rosak, dah punah dan dah busuk," katanya lagi. -selangorku |
Dasar Penipu! Pelabur Tak Berminat Atau Kamu Yang Sekat? Posted: 25 Jun 2012 04:17 AM PDT Tok Pa: Pelabur tak berminat ke Kelantan Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik. "Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain. "Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya. Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi". "Pengalaman ini kita tawarkan kepada rakyat Kelantan, dan kita berharap rakyat Kelantan membuat pilihan yang tepat supaya Kelantan dapat dimajukan," katanya. - Bernama Ulasan GB Penipu punya menteri! Pelabur yang tak berminat atau kamu sendiri yang menyekat mereka datang ke Kelantan? Kamu sendiri pernah mengakui di dalam dewan undangan negeri Kelantan bahawa kamu yang menyekat pembangunan mengalir ke Kelantan. Ini bukti paling nyata: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan