Selasa, 19 Jun 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Abby Abadi Terkejut Ada Perjuangan Islam Yang Beliau Tak Pernah Lihat

Posted: 19 Jun 2012 12:55 AM PDT

Peserta Himpunan Hijau tidak dibayar – Abby Abadi

TEMERLOH: Selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.

Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama Gerak Khas, berkata ini disebabkan beliau perhatikan sendiri dalam ceramah-ceramah PAS ahli-ahlinya yang menyumbangkan derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti diamalkan oleh sesetengah parti politik.

"Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini," katanya dalam program Talk Show Malam Keinsafan di Dataran Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan pengerusi majlis Ustaz Kamal Ashaari yang mengumumkan pelancarkan kutipan derma.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran Pemuda PAS itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Menceritakan tentang pengalamannya, Abby berkata beliau pada mulanya hanya melihat Islam itu hanya sebagai rutin umpamanya ramai-ramai pergi solat Jumaat dan acara-acara keagamaan tetapi tidak melibatkan kehidupan sosial.

"Tetapi setelah menunaikan ibadah haji ke Mekah barulah terbit rasa insaf dan mahu melakukan penghijrahan daripada hidup sebagai artis.


"Tak sangka pula penghijrahan saya mendapat perhatian ramai orang sehingga boleh dipanggil untuk berada di pentas PAS.

"Tapi saya seronok sangat dengan pengalaman baru ini, seronok dapat berkongsi sedikit sebanyak cara hidup Islam sebab tak pernah didedahkan dengan suasana seperti ini dulu," ujarnya.

Ini merupakan kali kedua beliau berada di pentas PAS di Pahang. Kali pertama beliau dipanggil untuk majlis yang serupa di Kuala Lipis.

Abby yang kini berstatus ibu tunggal, berkata pada mulanya tidak ambil tahu sangat tentang politik. Setelah didedahkan kefahaman Islam dan banyak membaca barulah beliau faham kenapa perlunya perjuangan Islam.

Mengenai dunia artis, beliau berkata jika tak pandai membodek atau tak pandai melobi memang susah untuk dapat job.

"Sekarang saya rasa lebih lapang tidak kalut untuk mendapatkan peluang berlakon. Saya seronok dengan suasana baru ini," jelasnya.

Beliau sempat menasihatkan generasi muda agar tidak leka sangat dengan dunia hiburan dan turut kesal masih ada filem yang memaparkan adegan-adegan ghairah sedangkan itu semua tidak menyumbang langsung kepada pendidikan generasi muda.

Sementara itu, kira-kira 5,000 yang hadir memberi tumpuan kepada Abby turut mendapat 'usikan' Nasruddin.

"Saya sedar siapa diri saya, orang datang bukan nak tengok saya," katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Abby turut diberi penghormatan melancarkan sebuah buku baru "Muslimat Celik Berpolitik' tulisan Ustazah Anisah Tahir. -HD




Terlihat Video Bogel Adiknya Dalam Hanfon Rakan

Posted: 18 Jun 2012 10:00 PM PDT

Kampung Raja - Seorang pengawal keselamatan terkejut besar apabila mendapati gambar bogel adik perempuannya berusia tujuh tahun, terdapat dalam rakaman video telefon bimbit milik rakan setugasnya kelmarin. Gambar fail.

Sebelum itu, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu diminta suspek berusia 56 tahun agar mengecas bateri telefon bimbitnya.

Abang mangsa mengambil peluang memeriksa gambar di dalam telefon tersebut dan terkejut apabila salah satu video di dalamnya adalah video adiknya, disyaki dicabul oleh suspek.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, abang mangsa terkejut apabila melihat video mengandungi perlakuan tidak senonoh ke atas adiknya itu, kemudian bertindak memberitahu ibunya mengenai apa yang berlaku.

Menurutnya, siasatan mendapati terdapat dua rakaman yang dirakam pengawal keselamatan itu pada waktu dan hari berbeza.

"Berdasarkan rakaman video itu, kejadian berlaku pada jam 12.09 tengah hari, 6 Mei dan jam 1.55 petang, 3 Jun lalu di kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut," katanya.

Kamaruddin berkata, keluarga mangsa dan suspek dikatakan mengenali antara satu sama lain dan suspek telah menjemput mangsa serta seorang lagi abang mangsa yang berusia kira-kira 12 tahun di rumah.

Menurutnya, siasatan mendapati, terdapat banyak gambar lucah lain di dalam telefon bimbit suspek yang turut dirampas bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dari sebuah kampung dekat Renek, Jabi di sini, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja petang semalam, selepas dimaklumkan anaknya. Suspek yang beralamat di Kampung Cherang Melilig, Hulu Besut dan mempunyai isteri telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376/11 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.

[BERGAMBAR] Isu WWW1 - Pejabat Khidmat Nizar Didatangi Polis Johor

Posted: 18 Jun 2012 07:30 PM PDT

Semalam sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer.

Kesemua komputer di pejabat tersebut diambil untuk siasatan kes.

Menurut sumber laporan, serbuan ini adalah disebabkan satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1.

Satu persoalan yang bermain di fikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia sekarang ini. Kenapa begitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini?

Kalau begini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua, ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti! -mediaperak

WWW1 - 5 Anggota Polis Johor Datang Pejabat Pusat Khidmat Nizar

Dalam pukul 12.06 tengahari semalam, Pejabat Pusat Khidmat DS Nizar, didatangi 5 anggota polis Johor. Mereka tunjuk kad kuasa dan perintah mahkamah untuk melihat CPU Komputer dan ambil "history komputer.

Aku dan ketua aku Fadhil diambil Kad Pengenalan dan maklumat diri. APA yang menarik,tuan pegawai bagitau, kami ikhlas.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi 5 anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Tiada apa yang diambil.H anya maklumat CPU dan komputer. Apa yang menarik mereka juga menggunakan bilik air Pusat Khidmat.










Ulasan GB

Polis kini secara terang-terang mengamalkan dasar yang berat sebelah dan tidak profesyenal apabila mereka bertindak seperti dicucuk hidung oleh UMNO BN.

Laporan polis terhadap Nizar diberikan keutamaan untuk disiasat sedangkan laporan polis terhadap akhbar kosmo milik Utusan tidak lansung diberikan perhatian.

Kedatangan polis ke pejabat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, menurut pemerhatian GB, ialah untuk mencari bukti-bukti tambahan untuk mendakwa mantan MB Perak berkenaan. Ini kerana soalsiasat ke atas DS Mohd Nizar beberapa hari ini tidak memberikan bukti kukuh kepada pihak polis untuk mendakwa beliau.

Tetapi akibat "tekanan" pihak tertentu, pihak polis terus memburu dan mencari apa-apa saja yang boleh diklassifikasikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa Nizar.

Jika beginilah sikap polis, rakyat dengan sendirinya tidak akan menghormati profesyen polis lagi. Salah siapa?

[VIDEO] Engkau Penakut Midah Sampai Halau Rakyat Di Majlis Dialog? -updated

Posted: 18 Jun 2012 05:01 PM PDT


Banner tertera "Majlis Ramah Mesra & Dialog, Kehadiran Tuan Puan Amat Dihargai".

Jadual sepatutnya bermula jam 3ptg, warga tempatan setia menunggu Hamidah lebih kurang satu jam kemudian ketibaannya diiringi alunan 'dia datang dengan lenggang lenggoknya'.

Bila Hamidah dapati ada 2 pimpinan PR dalam kelompok hadirin, dia umumkan, " Sesi Ramah Mesra saya tak sebut pun berdialog... bla... bla... bla, jadi saya harap yang tak berkenaan tolong tinggalkan majlis ini....bla...bla ini sesi saya, ini majlis saya, saya yg atur, saye punya hak utk majlis ini bagi memastikan saya minta YB Boon Chye Lee & Yg Berbahagia En Radzi Zainon meninggalkan majlis ini....kalau tidak saya tidak mahu meneruskan majlis ini. Sekian Terima Kasih!"

Maka hampir separuh hadirin yang juga penduduk tempatan meninggalkan majlis. Mesranya Hamidah! -mediaperak

MEMANG PANAS!!! Video, berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk

Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012

Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.

Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.

"Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee", demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.

" Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat", jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.

Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.

Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.

Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan 'lxxcau lu punya padang'. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?

Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.

Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja.

Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
-paspb




Warkah Buat Anak Muda India Yang Mahukan Perubahan

Posted: 18 Jun 2012 08:12 AM PDT

YEMARATHE YEMARADHE" Jangan menipu, Jangan ditipu

Bercakap sahaja mengenai soal masyarakat India di Malaysia semua orang dapat memberi simbolik 'kalau bukan mabuk, bukan India namanya'. Adakah masyarakat India hanya tahu minum todi dan adakah anak-anak muda kaum India hanya perlu menjadi hero pergaduhan.

Siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menukar presepsi negatif ini terhadap masyarakat India? Jawapanya adalah diri anda sendiri, Mahtma Gandhi pernah mengatakan "we must become the change we want to see".

Setelah 54 tahun pemerintahan di bawah regim Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO nasib masyarakat India di Malaysia tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Ada pun perubahan adalah dari segi migrasi penduduk; dari estet ke Bandar, namun Dato G. Palanivel, Presiden Malaysian Indian Congres (MIC) atau MAIKA ( lebih dikenali di kalangan orang India) yang baru mengambil alih jawatan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan yang menguris hati masyarakat India.

Apabila bertanya kepada beliau apakah hala tuju dan nasib masyarakat India yang kini semakin hari semakin mendapat tekanan hidup, beliau pula menggesa masyarakat India untuk balik semula ke estet. Adakah ini penyelesaian yang dinanti-nantikan oleh masyarakat India? Apakah kita tidak layak untuk tinggal di Bandar dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin India di kompenan BN yang langsung tidak peduli dengan masa depan masyarakat India.

Pendidikan anak-anak masyarakat India dianaktirikan dan digadaikan, sampai sekarang kerajaan BN tidak mampu untuk memberi penyelesaian terhadap isu-isu melibatkan sekolah Tamil. Makin hari, makin berkurangan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia dulu kita mempunyai 888 buah sekolah, kini hanya tinggal 523 sekolah Tamil sahaja.

Kita tidak mahu masyarakat India terus ditipu oleh regim BN. Kita tidak mahu masyarakat India memperjudikan nasib mereka hanya dengan sebuah hamper, sari, dhoti dan duit saku RM50 apabila setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum.

Kita mahu melihat perubahan dari segi peluang pendidikan, ekonomi dan sosial. Ayuh anak-anak muda bangkit untuk membuat perubahan jangan leka lagi dan menjadi mangsa penipuan BN!! (Yemarathe, Yemaradhe). Di harap pada PRU-13 nanti anak-anak muda masyarakat India akan membuat perubahan dengan membuat pilihan tepat memilih kerajaan yang dapat menjaga dan memulihara nasib masyarakat India.

Anak-anak muda jangan lupa anda juga merupakan agen kepada perubahan tersebut. Oleh itu, tolonglah buka minda dan mata ibu bapa dan keluarga anda yang masih karat dengan menyokong BN. Berikan mereka maklumat dan fakta yang selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh BN, kita memerlukan perubahan dan perubahan tersebut hanya boleh dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.


Kumaresan Arumugam
Penyelaras Bahagian Pulau
Malaysian Indian Voice (MIV)
Negeri Pulau Pinang

Lajim Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno

Posted: 18 Jun 2012 05:49 AM PDT

Pemimpin Umno Sabah yang disebut-sebut bakal menyertai KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin meletak
jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.

Beliau yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini.

"Langkah pertama tidak pertahankan kerusi ketua bahagian dan langkah kedua, letak jawatan ketua cawangan. Langkah ketiga, tunggu dan lihat,? katanya dipetik sebuah akhbar berpangkalan di Sabah.

Beliau dilapor berkata demikian depan lebih 5,000 penyokongnya pada sambutan hari lahirnya di rumahnya di Kampung Kaundu Kebatu.

Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ahli

Parlimen Umno kawasan itu sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan beberapa jawatan penting lain.

"Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini. Ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan, hanya sambutan hari jadi.

"Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu," katanya.

Mengikut laporan itu, Lajim memberi jaminan akan terus berkhidmat dalam Parlimen Beaufort walaupun 'dalam wadah yang berbeza' demi membawa agenda peru bahan untuk rakyat.

Mengulas hal itu, Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen menyifatkan tindakan Lajim itu permulaan kepada gelombang perubahan di Sabah kerana bukan rakyat bukan sahaja menolak Umno, bahkan pemimpin Umno.

Bercakap kepada Keadilan Daily, tindakan Lajim itu didorong berikutan wujud pergolakan dalaman Umno yang kronik di Sabah.


Lajim Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno

Beaufort: Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu," katanya.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," kata Lajim.

Menurutnya ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata "kalau Lajim berani, umumkan letak jawatan dalam Umno". Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno.

Katanya, setakat ini beliau masih "pemimpin kerajaan" dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu akan dipertimbangkan.

Kataya, desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13.

"Siapa mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini," katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Menurut Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort.

"Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih atas kehadiran yang sebegini meriah," katanya.

Tambah Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya di kawasan itu

"Dalam dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu "Yes Man" perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan'," katanya.

Menurutnya, pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat.

"Tindakan golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya," katanya.

Tambah Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah kerangka yang ada.

"Kelompok ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat," tegas Lajim.

Beliau berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan, idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada.

Sambil memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan.

"Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat berhak menikmatinya," katanya.

Di majlis itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) edisi kedua.
-newsabahtimes


Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Sertai PAS Setelah Istikharah

Posted: 18 Jun 2012 03:25 AM PDT

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS,"
kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. -HD



Ulasan GB

Secara bahasa, istikharah ialah kata terbitan dari perkataan istakharah bermaksud mencari yang terbaik. Manakala secara istilah, meminta membuat pilihan. Iaitu meminta pilihan terbaik dari sisi Allah s.w.t.

Dan berkata Ibnu Hajr: Istikharah, meminta kebaikan daripada dua perkara kepada sesiapa yang berkehendakkan kepada salah satu dari keduanya.

Hadis mengenai istikharah;

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ


Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullah 'semoga Allah s.w.t meredhai mereka berdua', berkata:
Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya."

Tahniah Datuk Salleh Jafaruddin. Datuk telah pun dikurniakan dan telah mengikut petunjuk yang diberikan Allah swt.

Kami mendoakan semuga kehidupan Datuk lebih tenang, tenteram dan bahagia bersama -sama kami di dalam jemaah PAS.


Tiada ulasan: